Part 2 (Akhir)

I Love You?
Please Subscribe to read the full chapter

Tibalah hari yang dinanti-nantikan oleh Yuna. Hatinya sangat berdebar-debar seperti atlet yang baru mengabiskan lariannya. Matanya meliar pada sebuah rumah besar yang sedang megah berdiri di hadapannya. Keraguan pada dirinya sangat besar. Dia membaca sesuatu pada kertas di tangannnya.

"Rasa inilah rumahnya. Memang besar! Nak tekan loceng ke tak? Kalau aku tekan loceng ni, pasti Jin membukanya. Memang mati aku. Eh, kejap! Buat apa aku takut pada dia! Ah, tekan jelah loceng ini! Aku cuma datang bekerja je. Bukan nak buat apa pun!," cakap Yuna bersendirian dan terus menekan punat loceng yang berada di hadapannya.

Hati Yuna berdebar tatkala menunggu geranggan yang membuka pintu untuknya. Beberapa minit kemudian, pintu pagar terbuka dengan sedirinya. Yuna yang agak terkejut dengan pintu pagar tersebut, berjalan perlahan-lahan menuju ke dalam rumah itu.

 

"Kamu boleh mulakan kerja kamu sekarang," cakap Tuan Kim kepada Yuna di dapur rumahnya.

Yuna mengangguk perlahan sambil melihat sekitar dapur tersebut. Bukan itu sahaja, Yuna juga meliarkan matanya di seluruh kawasan itu supaya dia akan dapat mengesan Jin. Bolehlah dia menyorok dari Jin.

Tuna Kim tergelak sedikit dengan kelakuan Yuna. "Jin ada dekat biliknya. Dia tidak akan turun dekat bawah jika tidak dipanggil untuk makan. Dia suka menghabiskan masa dekat biliknya. Bila petang, dia akan keluar dengan kawan-kawannya. Macam itulah rutin hariannya. Kadang-kadang, dia akan mengajak kawannya tidur di sini. Tujuan dia bawa kawan, untuk parti sahaja. Saya sudah memarahinya tetapi, dia masih tidak mendengarnya. Habiskan duit ibu bapa sahaja dia tu," cakap Tuan Kim dengan panjang lebar.

Yuna hanya sekadar mengangguk sahaja. Malas ingin bersuara sahaja. Dia sudah mengagak dengan perangai Jin. Suka enjoy sahaja.

"Kamu akan balik selepas sediakan makan malam untuk kami. Kamu tak usah buat banyak-banyak sebab saya dengan Jin sahaja yang ada dekat rumah ini. Kalau kawan dia datang, kamu sediakan makanan untuk mereka. Kamu tak apa, balik malam?," tanya Tuan Kin dengan risau. Perempuan tak elok balik malam-malam. Nanti ada berlaku perkara yang tidak inginkan pula.

"Saya okey je, cikgu. Lagipun sudah biasa saya balik malam. Jangan risau cikgu. Lagipun, saya telah mempelajari ilmu mempertahankan diri dari ayah saya. Hahahaha," jawab Yuna dengan gembiranya.

"Baguslah tu. Kalau ada apa-apa masalah, jumpa saya dekat bilik saya. Okey?," soal Tuan Kim.

"Okey!" Yuna melihat sahaja permergian Tuan Kim darinya. Kena elakkan dari Jin tapi, macam mana?! Ah!!!! Buat kerja sekarang, Yuna! Abaikan jelah dia tu!, ujarnya dan memulakan kerjanya membersihkan kawasan rumah.

 

"Bosannya! Aku ni asyik terperap dekat bilik sahaja. Tak ada mood nak keluar. Dahaga pula. Nak minum airlah," cakap Jin dan terus keluar dari biliknya untuk pergi ke dapur.

Jin menuruni tangga dengan biasa. Telinganya menangkap suara perempuan menyanyi. Keningnya terangkat sebelah. Siapa yang menyanyi? Suara perempuan pula tu. Cuma aku dengan ayah je dekat dalam rumah ini. Tak akan hantu! Tak tak tak! Mungkin maid baru! Hah! Betul tu! Apalah kau ni, Jin, bisiknya dan meneruskan perjalanannya ke dapur.

"Lega pun! Sambung main game lah!" Jin meletakkan bekas cawannya di atas meja. Malas nak basuh! Dia menaiki tangga untuk ke biliknya tetapi, terbantut apabila mendengar suara perempuan bercakap di dapur.

"Bukan ke itu suara Yuna ke? Tak mungkinlah! Mengarutlah!" Jin ingin meneruskannya pergi ke biliknya tetapi dia berhenti lagi apabila suara itu semakin dekat. Dia mengambil keputusan untuk berpatah balik.

 

"Gila! Siapa yang tinggal bekas minuman dekat sini! Malas gila nak basuh. Satu je! Bukan banyak pun! Hish!," marah Yuna yang memegang penyapu di tangannya.

Selesai membasuh, dia menyambung balik kerja membersihnya. "Serius menyampah macam ini! Ah, penat! Duduk sekejap dekat sofa ini," cakap Yuna dan terus melabuhkan badannya ke atas sofa yang empuk itu.

"Amboi, best gila kau duduk dekat sofa aku!" Yuna terkedu. Matanya membulat. Jin! Tidak!

Jin melabuhkan badannya di sebelah Yuna. Terkejut Yuna dibuatnya. Yuna bangun dari tempatnya dan ingin pergi dari situ tetapi ditahan oleh Jin.

"Kau nak apa?!," tanya Yuna dengan suara yang kuat. Jin tergelak. 

"Kau cakap macam tu dekat boss kau? Memang patut kau kena dibuang kerja" Jin tergelak habis-habisan.

"Ye ke? Macam mana kau tahu? Sibuk je nak tahu tentang aku! Untuk pengetahuan kau, aku bukan kerja untuk kau! Lagi satu! Kau bukan boss aku! Ayah kau baru boss aku! Faham! Dah lah aku nak sambung kerja! Malas nak layan kau!" Yuna bangun dari tempatnya dan cepat-cepat beredar dari situ. Jin tersenyum sinis.

 

"Awak kerja dekat mana sekarang? Kalau awak tak ada kerja lagi, saya boleh tolong," tanya Miju pada waktu rehat.

"Tak apa. Saya sudah ada kerjalah" Yuna mengigit cebisan roti. Itu sahajalah makanan untuk makan tengah harinya. Tidak mahu membeli makanan yang mahal-mahal. Tidak mampu kecuali Miju yang belanjanya. Tak akan nak belanja setiap hari. Kesian pula. Nampak macam pengemis pula.

"Awak kerja dekat mana?," tanya Miju dengan bersungguh-sungguh.

"Adalah. Secret!" Yuna senyum kepada Miju.

 

Jin memandang Yuna dengan pandangan jauh. Dia hanya berjalan di belakang Yuna tanpa disedari oleh Yuna. Sengaja sahaja nak ikut. Dia nak pergi mana sebenarnya? Sekarang ni, dia patut bekerja dekat rumah aku sekarang, ujar Jin bersendirian.

Yuna melihat berlaku peragutan dia hadapnnya. Tanpa membuang masa, Yuna terus mengejar peragut itu tersebut. Peragut itu lebih pantas darinya. Itu bukan masalah Yuna sekarang, dia harus mengejar peragut itu dengan secepat yang

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chichisakura99 #1
Chapter 2: Daebak!!!!!!! Sedih juga citer ni. Sy jarang baca citer yang pendek2 sbb ending cepat sgt. Tp cara author-nim sampaikan citer ni bt sy rasa mcm perjalanan citer ni jauh. Ape2 pon, citer author-nim mmg awesome
youngminbfminwoo
#2
Chapter 2: Whoooo! Sebak dada saga baca ff ni, memang daebak!
girly_
#3
Warghhh!! romantiknya Jin! Huuuu... mula2 geram gile dengan dia sbb mulut dia jahat sangat..
overdosing14
#4
Chapter 2: Best sangat! Mula-mula nak sepak je dengan Jin sebab buat macam tu dekat yuna. Tak ada belas kasihan. Semoga berjaya! my chingu
starlightkim_
#5
Chapter 2: Ahhh..swwt gile diaorg..first-first tu rase macm nk kasi flying kick je kat jin..sampai hati buat yuna macam tu??but akhirnya dia jadi baik dan percaya cinta tu wujud..nasib baik jumpa balik Yuna..X )
overdosing14
#6
Chapter 1: Rasa macam nak marah je dekat jin. kesian dekat yuna. Update soon. good luck my chingu!
girly_
#7
Chapter 1: Geram pulak bila baca. Rasa marah dgn Jin. Sian Yuna. Btw, semoga berjaya!!!!!
MissFisabilillah #8
tanniah...fighting
blackunicorns
#9
starlightkim_
#10
Update soon..tak sabar nk baca