Part 1

I Love You?
Please Subscribe to read the full chapter

Yuna meletakkan kepalanya di atas meja selepas tamat waktu pembelajaran yang pertama. Dia sungguh mengantuk hari ini. Semua ini disebabkan kerana dia bekerja semalaman di kedai runcit 24 jam. Dia cuba ingin melelapkan matanya tetapi tidak boleh kerana kebisingan di kelasnya semakin kuat. Yuna mendengus kecil.

"Kenapa awak hari ini? Tak cukup tidur ke?" Yuna membukakan matanya apabila terdengar suara di sebelahnya iaitu satu-satunya kawannya, Miju.

"Ye. Saya tak cukup tidur sebab saya kerja sampai malam. Balik dari kerja, saya tak tidur sebab nak siapkan kerja sekolah. Eh, kejap! Kerja sekolah?" Yuna membuka matanya dengan luas dan memandang tepat pada Miju.

"Kenapa dengan kerja sekolah? Jangan awak cakap yang awak tak siap kerja sekolah Matematik," kata Miju.

Perlahan-lahan Yuna menganggukkan kepalanya. Dia menelan air liurnya. Badannya mula berpeluh. Sebentar lagi  kelas Matematik akan bermula. Kelas yang paling Yuna bencikan. Bukan Yuna bencikan pada mata pelajaran Matematik, dia cuma sangat benci pada guru yang mengajar mata pelajaran Matematik. Cikgu Choi, guru yang paling garang dan cerewet.

"Yuna! Kenapa awak boleh lupa kerja sekolah Matematik. Saya sudah siapkan lamalah. Awak tu, pelajar yang paling tinggi dapat markah Matematik tau. Nanti awak kena marah dengan cikgu macam mana!," cakap Miju yang ketakutan.

"Terima kasih kerana risaukan saya"

"Kenapa awak nak terima kasih dekat saya?," tanya Miju.

"Sebab ambil berat tentang saya. Lagipun bukan saya seorang sahaja yang belum siapkan kerja sekolah Matematik. Ada seorang yang pasti tidak akan menyiapkan kerja sekolah," jawab Yuna yang memandang seorang lelaki yang berada di berdekatann dengan tingkap.

Miju memandangnya dan tersenyum. Kim Seokjin? Lelaki yang paling malas di kelasnya.

"Suka hati je," cakap Miju sambil ketawa. Yuna juga tersenyum.

 

"Kang Yuna! Saya sangat terkejut! Kali pertama kamu tidak menyiapkan kerja sekolah dari saya!," jerit Cikgu Choi sambil bercekak pinggang.

Yuna yang berdiri dan menunduk sahaja. Takut untuk memandang muka cikgunya. Garang sangat!

"Cuba kamu beritahu sebab kenapa kamu tidak menyiapkan kerja sekolah saya? Cuba beri alasan kamu" Cikgu Choi setia menunggu jawapan dari Yuna yang berdiri di hadapannya.

Yuna teragak-agak untuk menjawabnya. Tak akan nak beri alasan yang aku bekerja sehingga malam. Cukuplah orang menahu bahawa aku ni orang miskin. Aku tidak mahu pelajar di kelas aku tahu bahawa aku telah bekerja, ujar Yuna di dalam hatinya.

"Kenapa kamu diam! Saya tanya ni!," marah Cikgu Choi. Yuna terketar-ketar.

"Cikgu! Dia kerja sampai malam! Lepastu dia sengaja malas nak buat kerja sekolah cikgu. Kesian. Siapa suruh jadi miskin!" Yuna membulatkan matanya. Dia cukup kenal siapa tuan punya suara tersebut.

"Kim Seokjin! Kamu jangan masuk campur! Saya tahu kamu juga tidak menyiapkan kerja sekolah yang saya berikan!," marah Cikgu Choi kepada Jin.

"Kenapa cikgu marah saya?! Saya cuma jawabkan untuk dia je. Memang betul apa yang saya cakapkan tadi! Kalau nak tahu betul ke tak, cikgu tanya jelah dia," balas Jin dengan biasa dan tersenyum sinis kepada Yuna.

"Sudah! Sekarang, Kang Yuna dan Kim Seokjin! Kamu berdua pergi berlari 20 pusingan. Jangan nak melawan! Keputusan saya muktamad! Kamu berdua pergi sekarang!," arah Cikgu Choi. 

Membulat mata Yuna dan Jin. 20 pusingan?! Gila!

 

Yuna mengelap peluhnya yang mengalir di tekaknya. Dia melihat jam di telefonnya. Dah lambat! Aku kena pergi kerja!, bisiknya dan mengemas barang-barangnya dengan pantas tanpa mengambil tahu tentang Jin yang berada di hadapannya.

"Kau nak pergi mana?!," tanya Jin yang mengelap peluhnya. Yuna yang baru ingin beredar dari situ menjadi terbantut apabila mendengar suara Jin. Yuna memalingkan mukanya perlahan-lahan.

Jin berjalan lebih dekat pada Yuna. "Ini semua salah kau! Gara-gara kau, aku kena denda sama dengan kau," marah Jin. Yuna diam. Bukan takut tapi, malas nak bergaduh.

Sudah 3 tahun dia mengenal Jin tetapi, dia tidak pernah menegur Yuna. Apa sebabnya? Jikalau Miju, ada jugalah. Cuma Miju tidak melayan sahaja.

"Hoi! Kau dengar tak apa yang aku cakapkan ni!" Jin naik angin apabila Yuna tidak mengendahkan percakapannya. Menyampah betul perempuan ni! Dahlah miskin! Boleh dia buat macam tu dekat anak pemilik sekolah ni! Dia ingat bagus sangatlah tu!, ujarnya.

Yuna berasa rimas dan malas melayan karenah Jin. Dia pergi dari situ. Lagipun dia sudah lambat untuk pergi ke kerja. Dia tidak mahu kehilangan kerja ini. Jikalau hilang pekerjaan ini, susah untuk menyara hidupnya.

Hati Jin bergerak untuk mengikuti Yuna. Dia dan Yuna tidak pernah bercakap. Walaupun Jin mengejeknya tetapi, Yuna hanya berdiam diri sahaja.

 

"Awak dipecat!" Yuna membulatkan matanya apabila pemilik kedai itu memecatnya. Apa salahnya? Padahal belum lambat lagi dia untuk masuk kerja. Cuma ada 5 minit lagi untuk dia masuk kerja.

"Tuan, boleh tak saya tahu? Apa kesalahan saya? Kenapa saya dipecat? Lagipun saya tak pernah lambat masuk kerja," tanya Yuna dengan lembut. Dia cuba dengan sedaya upaya untuk tidak menitiskan air matanya. Dia betul-betul ingin memerlukan pekerjaan ini.

"Kenapa awak tak cakap yang awak ni pelajar sekolah? Masa awak mula-mula bekerja di sini, saya ada tanya sama ada awak pelajar sekolah ke tak tapi, awak cakap, awak bukan pelajar sekolah. Awak tipu saya! Saya tidak terima pelajar sekolah untuk bekerj

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chichisakura99 #1
Chapter 2: Daebak!!!!!!! Sedih juga citer ni. Sy jarang baca citer yang pendek2 sbb ending cepat sgt. Tp cara author-nim sampaikan citer ni bt sy rasa mcm perjalanan citer ni jauh. Ape2 pon, citer author-nim mmg awesome
youngminbfminwoo
#2
Chapter 2: Whoooo! Sebak dada saga baca ff ni, memang daebak!
girly_
#3
Warghhh!! romantiknya Jin! Huuuu... mula2 geram gile dengan dia sbb mulut dia jahat sangat..
overdosing14
#4
Chapter 2: Best sangat! Mula-mula nak sepak je dengan Jin sebab buat macam tu dekat yuna. Tak ada belas kasihan. Semoga berjaya! my chingu
starlightkim_
#5
Chapter 2: Ahhh..swwt gile diaorg..first-first tu rase macm nk kasi flying kick je kat jin..sampai hati buat yuna macam tu??but akhirnya dia jadi baik dan percaya cinta tu wujud..nasib baik jumpa balik Yuna..X )
overdosing14
#6
Chapter 1: Rasa macam nak marah je dekat jin. kesian dekat yuna. Update soon. good luck my chingu!
girly_
#7
Chapter 1: Geram pulak bila baca. Rasa marah dgn Jin. Sian Yuna. Btw, semoga berjaya!!!!!
MissFisabilillah #8
tanniah...fighting
blackunicorns
#9
starlightkim_
#10
Update soon..tak sabar nk baca