Belajarlah dari kesilapan.

We Stuck in This Damn Lab

Di pagi yang hening lagi indah tiada siapa yang dapat gambarkan kerana mereka sedang lena dihanyut mimpi ibarat hanyutnya kain buruk mengalir didalam sungai yang jernih. Itulah gambaran yang dapat diberikan kepada 12 jejaka dalam satu kolej atau dorm, mereka semua sedang lena tidur tanpa mereka sedari yang mereka ada kelas pagi itu. Tambahan lagi memang kena tambah yang hakikatnya kelas mereka itu ialah kelas Lab bersama Prof. Heechul yang Diva mengalahkan Prof Key selaku kawan prof tadi. Okey, lupakanlah kisah prof Key berkawan dengan Prof Heechul kerana kedua-duanya bukanlah watak utama dalam kisah moden ini malah mereka hanyalah watak penambahan untuk menjadikan masalah kepada watak protagonist.

 

Bersambung kisah di dorm mereka semua yang mana satu bilik menempatkan 12 orang. Jam loceng masing-masing sudah 3 kali berbunyi tapi tiada seorang pun yang sedar dari mati yang sementara itu atau mungkin salah seorang dari mereka memang dah betul-betul mati? Siapa tahu?

 

Selepas satu jam kemudian, barulah salah seorang dari mereka tersedar itu pun kerana terlalu lapar dan mengidam nak makan ayam sepanjang malam, siapa lagi kalau bukan si Kai kangkung itu.

 

“ARHHHHH!! Mampuslah kita semua kena marah dengan prof Heechul…korang bangun~~~,” tempik Kai sekuat mungkin sehingga bergegar dorm yang mereka diami itu. Mujurlah waktu itu mak cik cleaner sedang pakai earphone, mahu pekat telinga mak cik cleaner itu gara-gara suara Kai.

 

Selepas mendengar jeritan Kai yang agak nyaring itu ; Kris, Suho dan Xiumin terus terbangun dengan kalutnya. Kris yang terkejut melihat jam loceng angry birdnya itu menujukkan hampir pukul 11 pagi terus melompat ke arah katil Chanyeol sehingga terbaring di atas belakang badan Chanyeol, apalgi terus mengelepar Chanyeol dibuatnya. Aksi yang kurang enak itu ibarat Kucing menerkam tikus menyebabkan jiran sebelah katil Chanyeol iaitu Lay terus terjaga.

 

Lay yang terkejut dengan bunyi katil di sebelahnya itu terus membaling jam loceng unicornnya. Tanpa dia dan yang lain sedari jam itu mengetuk kepala Baekhyun yang sedang tidur sehingga dia terjaga dan terus menyanyi lagu high note menyebabkan semua terjaga. Kekalutan di dalam dorm itu seperti rumah terbakar sehinggakan mereka semua tidak sedar yang mereka hanya memakai baju yang tidak sepatutnya dipakai untuk ke kelas.

 


 

“Weh semua!! Jom tumpang motor aku…” ajak Kris kepada 11 orang kawannya yang lain.

 

“Kris, macam mana kitaorang nak tumpang motor yang boleh muat 2 orang sahaja sedangkan kita semua ada 11 orang….orz. Rasa nak cekik aje si Kris yang tak berakal ini,” sedap sungguh mulut Sehun mengata kawan baiknya sendiri. dia sendiri yang tak sedar diri itu sebenarnya selalu tumpang motor Kris apabila lewat ke kelas. Inilah dinamakan kawan tak menghargai kawan.

 

Disebabkan motor Kris hanya mampu menumpangkan seorang sahaja penumpang maka mereka semua bergaduh, berteriak dan bertengkak semata-mata nak suruh Kris tumpangkan mereka.

 

“Dah lah tu korang berhenti bergaduh boleh tak? Makin lewat pulak kita ke kelas semata-mata nak tumpang Kris, baik aku jalan kaki,” marah Suho dan terus beredar.

 

Disebabkan kebijaksanaan idea Suho itu mereka semua pun berjalan kaki juga untuk ke makmal termasuklah Kris yang memang boleh dikatakan bengong jugak kerana apabila dia melihat semua kawannya itu berjalan dia terus memarkingkan motornya tepat-tepat di tengah jalan raya kerana ingin join kawan-kawannya yang sedang berjalan.  Mujurlah kereta di belakangnya sempat brek, kalau tak nahas jalan raya dalam Kampus mungkin akan terjadi.

 

“Yah! Siapa yang gila parking motor di tengah jalan raya ni…ayoyo,” pemandu itu sebenarnya sempat lagi menyumpah seranah si Kris itu sehingga keluar perkataan macam-macam. Moga roh kau tenang di sana Kris.

 

“Kris, kenapa kau join kitaorang berjalannya?” sindir si Chen dengan penuh kata kiasan yang amat pedas tapi sudah immune dengan telinga Kris.

 

 

 

Setelah berjalan, berlari, berenang dan merangkak? Akhirnya mereka semua sampai ke makmal Kimia itu.

 

“Maafkan kami semua prof, kami lambat,” serentak mereka semua menunduk dan meminta maaf kepada Prof Heechul.

 

“Ish, ish, ish teruknya korang, kelas 5 minit lagi akan tamat, tapi korang baru aje sampai…,” bebelan demi bebelan dilontarkan oleh Prof Heechul kepada 12 orang jejaka yang kacaks itu. malangnya mereka semua ibarat mencurahkan air ke daun kelapa.

 

“Hah Lay, aku kata kalau datang lab pakai lab coat, yang hang pakai rain coat ini apa cerita? Ingat hujan ke sekarang?” perli Prof Heechul saat melihat kepelikan pakaian Lay, tapi lagi terkejut Prof Heechul apabila melihat pakaian yang lain jugak. Mengucap panjang dia, apa nak jadi dengan hangpa semua ini? Sempat lagi si Heechul ini membebel di dalam hatinya itu.  yang lain hanya mampu ketawa sahaja melihat kepelikan mereka semua itu.

 

“Xiumin, cantik fashion kau, berbelit dengan selimut seluruh badan,” kata Kyuhyun rakan sekelas mereka sambal ketawa.

 

“A’ah, aku tengok dekat youtube. Ni fashion terbaru,” jawab Xiumin dengan selambanya sambal makan pisang tanpa mempedulikan Prof Heechul.

 

 

 “ Jadi sebagai hukumannya korang kena buat eksperiment malam ini di lab ini tepat pukul 9 malam, jangan datang lambat tau.” Kata Prof Heechul menamatkan sesi bebelannya yang tidak ada kesudahan itu. Kris dan yang lain hanya mengangguk tanda setuju sahaja.

 

“Alah setakat buat eksperiment waktu malam, kacang aje,” kata Tao.

 

“Jangan lupa bawak stock makanan banyak-banyak untuk malam ini tau,” ujar D.O sambil mengira formula untuk resepi masakannya. Pelik memang pelik apabila D.O memasak mengira berapa gram garam yang diperlukan untuk menyedapkan lagi sup ayam kedai Mak Jah mujurlah tak guna berapa moles yang diperlukan. Dah jadi soalan kimia pula.

 

 

“Kris, kau parking kat mana motor kau?” soalan mengejut dari Suho itu menyebabkan Kris terus menjerit.

 

“ARHHHH, ALAMAK! AKU PARKING DEKAT TENGAH JALAN, HABISLAH MOTOR AKU HANCUR,” terus Kris beredar untuk mengambil semula motornya itu.

 

“Bengongnya tak pernah habis,” kata Luhan sambal mengelengkan kepalanya, mujurlah dia paling normal antara kawannya. Puji Luhan dengan perasannya walaupun hakikatnya dia pun 2 kali 5 sahaja dengan mereka semua.

 


Malam sudah pun menjelma maka adanya 12 orang jejaka ini sedang berjalan-jalan menuju ke Lab.

 

“Uhuu, tak shabarnya aku nak buat eksperiment episode 119,” ujar Chanyeol dan terus ketawa bersama Baekhyun. Entah apa yang lawaknya yang pasti yang lain tidak dapat memahami ayat yang dikeluarkan oleh Chanyeol tentang episode 119?

 

“Tak sabar aku nak buat eksperiment dekat sana,” ujar Chen yang sudah siap memakai lab coat, belum masuk lab dah beria-ria pakai lab coat.

 

 

 

Setelah sekian lama yang tidak beberapa lama  mereka semua berjalan maka mereka semua pun sampailah di depan lab yang mereka datang pagi tadi yang terletak di tingkat 4.

 

“Aduh penatnya naik tangga, pinggang hyung dah nak patah ni,” omel Suho sambal memegang pinggangnya.

 

“Sedar diri pun dah tua,” kata Sehun dengan mulut murainya.

 

“Kau nak suruh aku panggil kan bomba ke Suho?” tanya Kris dengan muka derpnuya yang tak pernah hilang itu.

 

“Panggil tok bomoh lagi bagus,” ujar Chen sambil ber’hi-5’ dengan Kai.

 

“Dah lah tu, lambat nanti kena bebel pulak dekat Pak Cik Tua tu,” kata Xiumin yang tak beberapa nak ada mood untuk buat eksperiment di malam-malam begini. Tidur lagi best.

 

 

 

“Aha, baguslah 12 orang jejaka kita semua sudah pun sampai di sini, apalagi masuklah,” kata Prof Heechul yang memakai baju tidur unicorn. Gayanya macam dah siap sedia nak bermalam di situ aje.

 

“Memandangkan malam ini saya ada hal jadi saya akan tinggalkan awak semua di sini untuk buat eksperiment yang sudah saya tulis dekat depan tu yer. Jangan tidur dan jangan ponteng. Lepas dah siapkan eksperiment itu sila tinggalkan lab report kamu semua dekat sini, BYE-BYE,” Prof Heechul terus beredar dari lab itu meninggalkan 12 orang makhluk manusia dengan pandangan tanda tanya.

 

Baekhyun yang merasakan Prof Heechul itu sudah tiada terus melompat keriangan, “Wuhuu Prof tak ada weh… jomlah buat benda yang aku dah lama nak buat dekat dalam lab ini,” laung Baekhyun.

 

“Tapi sebelum itu kita siapkanlah dulu eksperiment yang Prof suruh buat, then lepas ni kita main-mainlah,” cadang Lay. Mereka semua mengikuti idea Lay dan terus membuat eksperimen Prof Heechul minta dahulu sebelum membuat kerja gila lain di dalam lab itu.

 

Tanpa mereka semua sedari dan tanpa Pak Guard yang menjaga Lab itu sedari ada orang di dalam lab itu dia terus mengunci lab tersebut kerana pak guard itu merasakan di malam begini tiada orang di dalam lab.

 


 

 

“Weh, korang aku balik dululah. Kalau korang nak buat benda mengarut pun janganlah sampai tertangkap yer…bye,” kata Suho yang sudah bersedia untuk pulang, malangnya waktu dia ingin pulang barulah dia sedar yang pintu lab itu sudah di kunci dari luar.

 

“Weh, korang kita semua sudah berkunci dekat dalam ni,” tempik Suho yang sudah kelihatan pucat itu.

 

“APa? Suho nak kencing dekat dalam seluar?” soalan Kbat Lay itu tidak diepdulikan yang lain kerana mereka semua sudah risau macam mana nak pulang.

 

“Habislah kita, macam mana ni?” kata Xiumin yang sudah risaukan magginya yang dimasak sebelum datang lab tadi. Apalah Xiumin ni, kalau nak masak pun masaklah lepas ini janganlah sampai nak tunggu berjam-jam rendam maggi itu.  

 

 

“Jom buat eksperimen hingga kita boleh cari jalan keluar dari sini,” cadang idea bijak Luhan yang memang sentiasa dapat markah tinggi di antara mereka semua.

 

“JOM!!,” Sokong Chen yang memang suka buat kerja gila itu.

 

“Mula-mula kita cari bahan dalam lab ini dulu,” ujar Chanyeol dan mereka mula menyelongkar di setiap ruang lab itu.

 

“Apa ni, Yeast? Hahaha, aku nak buat roti lah,” Xiumin terus mengambil serbuk yeast tersebut dan meletakkannya di dalam air suling.  

 

“Aku hauslah, nak minum glucose solution yang ada dalam botol atas rak itu lah,’ bebel Kai seorang diri lantas mencapai bekas glucose tersebut. Belum sempat kai ingin menunguk larutan glucose itu Luhan sempat menyelamatkan dia.

 

“Kau nak mati ke?” marah Luhan.

 

“Aku hauslah…” kata Kai dengan muka kesiannya itu.

 

“Pergi minum air paip tu,” idea Luhan pun tak adalah bernas mana pun. Macam pak Pandir aje.

 

 

“Mula-mula letak oil,lepas itu tambah dengan larutan methanol, then campur pulak dengan sodium chloride, lepas tu tambah dengan…” Chen mula mencampurkan semgala jenis larutan yang ada di dalam Lab itu. Suho yang meilhat Chen it uterus bertanya.

 

“kau buat apa tu Chen?”

 

“Sabun basuh kain dekat bilik aku sudah habis jadi aku nak buat sendirilah. Jimat duit aku daripada aku melaburkan duit untuk syarikat T.O.P tu. Entah-entah dioarang bayarkan untuk TOP big bang.”

 

“Yah! Chen, kau tak yah nak cuba cipta sabun basuh kain lah kat sini…” tempik Suho apabila melihat Chen yang sedang bertungkus lumus mencampurkan segala jenis bahan kimia yang tidak dapat diketahui oleh Suho.

 

“Chen hentikan… aku takut lab ini meletup karang,” marah Suho sekali lagi tapi tidak di endahkan oleh Chen. Suho terpaksa masuk campur dalam urusan Chen itu, dia terus merampas segala bahan larutan kimia yang digunakan oleh Chen. Aksi pergaduhan merebut dan merampas barang sudah pun terjadi di antara Chen dan Suho.

 

 

“Tao, aku jumpa spring balance (neraca spring) lah,” kata Sehun dan terus mengeluarkan alat tersebut.

 

“Aku nak timbang berat aku lah jap,” kata Tao. Terus Tao menyangkutkan baju belakang badan dia. dah macam orang nak bunuh diri pun ada.

 

“Sehun, berapa berat aku?” tanya Tao.

 

“Aku rasa benda ni takkan mampu tampung keberatan kau yang gemuk nak mampus ni,” kata-kata Sehun amatlah menusuk kalbu Tao sehingga hatinya terluka dan dia rasa ingin bunuh aje si Sehun itu. Maka, berlakulah aksi kejar mengejar dalam lab itu.  

 

 

Kris macam biasalah, dia dengan D.O memang suka masak. Sampaikan dalam lab pun sempat lagi memasak air.

 

“Kris, aku rasa Bunsen burner kita ni kurang api lah, macam mana nak suruh api ni makin kuat?” tanya D.O dengan soalan yang tak berapa nak bijak itu.

 

Kris yang malas fikir itu terus mengambil Ethanol dan menuangkan secara direct ke atas api tanpa memikirkan seberang kesan dan akibat sehingga api itu menyala dengan kuat sekali.

 

“API!!!!!!!!!,” serentak mereka semua menjerit. Api mula merebak sehingga ke serbuk yang Chen cipta, akibatnya meletuplah satu lab itu.

 

 


 

 

“Huk, huk…aku dah mati ke?” tanya Kai dengan mata yang tak dapat dibuka.

 

Mujurlah mereka semua selamat dan sedang menjalani rawatan di Hospital.  Tapi mereka tidak sangka yang Prof Heechul datang melawat mereka di hospital.

 

“KORANG!!! APA YANG KORANG BUAT DEKAT LAB AKU!!!,” tempik Prof Heechul sehingga bergegar satu hospital. Disebabkan jeritan Prof Heechul, maka tersedarlah 11 lagi jejaka yang menjahamkan harta benda awam itu.

 

Disebabkan oleh itu, mereka semua tidak dibenarkan memasuki lab untuk satu semester. Kesian betul kisah hidup 12 orang bakal saintis ini.


Author notes:

Maaf jika hambar dan tak best, dah lama tak menulis.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 1: Kris..asallah kau parking motor kat tengah jalan..??adui..sabar jelah dengan perangai diaorg yang terminum banyak sangat air ribena..
_aerin4 #2
HAHAHAHHAHAH LAWAK LAAAA
nmmnbg #3
Chapter 1: lawak sangat!!penat gelak malam-malam nie
pikahbajet #4
Chapter 1: apalah diorang ni buat lawak je.
SimpleSwag
#5
Chapter 1: BTW, authornim, ni saya, Chocolate_Crush, tp sy dh buang account lama sbb ad prob ckit... hehehe
#NoticeMeSenpai #LolIdek
SimpleSwag
#6
Chapter 1: Mengong la mamat-mamat ni =_=
Fic ini menyebabkan saya mempersoalkan kewiwbawaan saya sebagai EXo-l...

“Sedar diri pun dah tua,”

-sehun-
#BestQuoteEver
Dragneel09 #7
To exo oppa..pleaselah normal skt....haha...apasal hang parking motor tgah jalan kris? XD...xhbs2 perangai derp kau
happineseu
#8
Chapter 1: Saintis gila..pling normal suho rasennye despite dia dh tua xD