Chapter 3
Rahsia"FLASHBACK"
Beberapa tahun yang lalu sebelum segala kejadian menimpa luhan dan yang lain
Nicole bersama hyorin dan nana ingin menuju ke kantin bersama tao dan kris , mereka adalah pelajar tahun pertama tahun ini . Hyuna dan hyosung berada di kelas lain bersama ahli exo dan minwoo , hanya tao dan kris yang berada di kelas yang sama dengan nicole . Walaupun ini adalah tahun pertama mereka tapi nama nicole sudah diketahui satu sekolah kerana dia adalah antara pelajar cantik pada waktu itu. Jadi sudah jadi kebiasaan jika dia sering diganggu oleh pelajar lelaki .
" haii nicole " kata seorang pelajar lelaki
" err emm " nicole hanya menghadiahkan sebuah senyuman
" nak pergi kantin ke ? " tanya pelajar lelaki itu lagi
" dah terang-teranglah nak pergi kantin. itupun nak tanya lagi mamat ni " bisik kris kepada tao dan nana mendengarnya menyiku lengan kris
" shh , biarlah dia berniat baik " balas tao gelak sinis
" em , ye . maaf lah saya minta diri dulu kawan-kawan saya yang lain sedang tunggu " balas nicole sopan
" sekejap nicole " dia memegang tangan nicole tetapi ditepis oleh tao
" woo , hyung kan ? sebab awak senior kami . Tak ada niat nak berkasar tapi agak tak sopan gaya awak tu " kata tao
" kau siapa dengan dia ? :" kata pelajar lelaki itu kepada tao dengan pandangan tidak puas hati
" saya kawan dia , ada masaalah ke ? " tao seolah-olah mencabar lelaki itu tetapi di hen
Comments