Episod 8 - Loving You

Lee Donghae's Wifey

 Donghae duduk bersandar pada dinding sambil matanya terpejam rapat. Insiden antara dia dan Junhee sebentar masih lagi segar terbayang di ruang minda. Kalaulah dia boleh putarkan masa, dia takkan ulangi perkara yang sama. Kenapa dia boleh tergamak menampar Junhee sedangkan isterinya itu langsung tak salah?

 

Ya, Junhee betul. Dia sudah abaikan isterinya. Betul kata Junhee. Untuk apa dia berkahwin kalau dia langsung tak boleh bahagiakan isterinya? Apa yang dia mampu lakukan ialah menyakiti hati gadis itu. Bodohnya kau Lee Donghae!

 

“Ya, Lee Donghae!”

 

Lelaki itu mencelikkan matanya. Dia fokus ke arah Shindong yang berjalan ke arahnya dengan wajah yang serius. Kini semua mata tertumpu ke arah mereka berdua.

 

“Apa yang kau dah buat dengan Junhee?” soal Shindong dingin.

 

“Kenapa dengan Junhee?” sampuk Leeteuk.

 

“Aku nampak dia menangis tadi. Apa yang kau dah buat dekat dia?” soal Shindong lagi.

 

“Donghae-ah, apa yang dah jadi?” kini Leeteuk pula bertanya.

 

Dia hanya tunduk. “Saya salah. Hyung, apa yang patut saya buat? Saya dah sakitkan hati dia,” luah Donghae.

 

Kemudian setitis demi setitis air mata gugur membasahi pipinya. Perasaan marah mula surut apabila Shindong kawannya itu mula menangis. Leeteuk merapati Donghae dan duduk di sebelah lelaki itu.

 

“Tak apa. Setiap orang buat silap.” Leeteuk cuba memujuk. Meskipun tak tahu perihal sebenar, dia tahu Donghae menyesal dengan tindakannya.

 

“Tapi hyung, saya dah buat dia menangis. Saya dah sakitkan hati dia,” ujar Donghae dalam tangisannya.

 

“Kalau macam tu betulkan balik semuanya. Minta maaf. Junhee mesti faham.”

 

Donghae melangkah ke dalam kondominium dengan penuh berdebar. Dia menjejakkan kaki ke ruang tamu dengan ditemani kesunyian. Bayang-bayang Junhee langsung tidak kelihatan.

 

“Junhee. Junhee-ah,” panggil Donghae sedikit takut-takut. Macam mana kalau Junhee masih marahkannya?

“Junhee-ah,” panggil Donghae lagi sambil menghayunkan langkah ke bilik mereka.

 

Perlahan-lahan dia menolak daun pintu mengharapkan Junhee ada di dalamnya. Tetapi dia hanya disambut dengan bilik yang kosong. Donghae mengeluh perlahan. Ke mana agaknya Junhee pergi?

 

“Oppa?”

 

Donghae terperanjat apabila ditegur dari belakang. Dia lantas menoleh. Junhee kelihatan sangat tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku. Donghae menarik isterinya duduk di birai katil.

 

“Junhee.” Donghae melutut di hadapan isterinya.

 

“Oppa.” Junhee terkejut melihat tindakan suaminya. Tetapi dia tidak berkata apa-apa selepas itu.

 

“Junhee. Oppa minta maaf pasal tadi. Oppa tak sengaja,” kata Donghae. Air mata mula bergenang di tubir matanya.

 

“Tak apa. Saya maafkan. Patutnya saya yang minta maaf sebab saya pentingkan diri sendiri. Mulai hari ni saya akan mula fahami oppa. Saya minta maaf kalau saya tak cukup memahami selama ni.”

“Ya. Lee Junhee.”

 

Junhee memandang suaminya.

 

“Kenapa pulak Junhee yang kena minta maaf. Oppa yang patut minta maaf. Oppa yang salah.”

 

Dia ketawa melihat gelagat suaminya.

 

“Okeylah, macam ni. Kita sama-sama salah. Dan kita sama-sama dah minta maaf. So, kosong-kosong,” ujar Junhee ceria.

 

Donghae ketawa kecil. Dia sendiri tak tahu macam mana dia boleh kahwin dengan perempuan sebaik Junhee. Donghae bangun lalu duduk sebelah Junhee. Rambut isterinya itu dielus lembut. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

 

“Terima kasih,” ucapnya perlahan.

 

“Untuk apa?”

 

Donghae mencium dahi isterinya dengan kasih sayang yang melimpah ruah.

 

“Untuk semuanya.”

Pagi itu Junhee bangun dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Macam mana dia tak bahagia kalau sebaik sahaja dia mencelikkan matanya, dia disapa dengan wajah Donghae yang masih lena.

 

Akhirnya dia dapat bangun dengan Donghae di sisinya. Sudah lama rasanya dia tak rasakan persaan begini. Junhee merenung wajah suaminya. Sehingga ke hari ini dia masih lagi tak percaya yang dia mengahwini Lee Donghae. Apalah agaknya kebaikan yang dia pernah buat sehingga dia dapat berkahwin dengan putera yang kacak seperti ini?

 

Junhee menggigit bibir. Dengan teragak-agak dia merapatkan wajahnya ke wajah Donghae. Merenung Donghae sedekat ini membuatkan jantungnya berdegup laju. Perlahan-lahan dia mengucup bibir Donghae sebelum bangun dari katil dengan wajah yang kemerah-merahan. Tanpa diketahui oleh Junhee, segaris senyuman terukir di bibir nipis Donghae.

 

“Jagiya.”

 

Sudip di tangan Junhee hampir terlepas dari tangannya apabila suara Donghae berbisik di telinganya. Pinggangnya dirangkul erat oleh lelaki itu dari belakang

 

“Buat apa tu?”

 

“Pencake,” balas Junhee ringkas. Dia cuba berlagak tenang.

Tapi macam mana dia boleh tenang kalau dia dengan Donghae sedekat ini. Jantungnya waktu macam ni jugalah dia nak berdegup laju.

 

“Oppa tak ada pergi mana-mana ke hari ni?” soal Junhee. Dia cuba meleraikan pelukan Donghae tetapi semakin erat lelaki itu memeluknya.

 

“Tak ada. Hari ni oppa nak luangkan masa dengan sayang.”

 

Junhee mengetap bibir. Aduh, dia panggil aku sayang lagi! Dia tersentak apabila Donghae menarik tubuhnya membuakan dia terpaksa berpaling menghadap lelaki itu. Dia menarik Junhee dekat dengan tubuhnya. Hanya beberapa inci sahaja yang memisahkan mereka.

 

“Oppa, minta maaf sebab selama ni oppa dah abaikan sayang. Oppa janji lepas ni oppa tak buat lagi,” ujar Donghae dengan tulus.

 

Junhee merenung ke dalam mata Donghae. Dia tersenyum.

 

“Tak apa,” ujar Junhee. Dia mengusap lembut pipi suaminya.

 

Mereka bertentangan mata. Untuk seketika, mereka merasakan seolah-olah waktu terhenti untuk seketika. Dan kini mereka berada dalam dunia mereka sendiri.

 

“Jagiya.”

 

“Hmm?”

 

“Ada bau sesuatu tak?”

 

Junhee mengangguk. Ketika itu dia teringat sesuatu.

 

“Pencake!” teriak Junhee. Dia cepat-cepat berpaling menghadap dapur.

 

Tetapi sayangnya pencake tadi sudah pun rentung. Memang dah tak ada rupa pencake langsung. Junhee mengeluh perlahan.

 

“Mungkin kita patut sarapan kat luar.”

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanbinhaera #1
Chapter 11: TOO SWEET OMFG
GreenDecember #2
Updatelah lagi bestlah citer ni....
rayyrahieymah #3
Chapter 11: update lgi please..
StarPeace
#4
Chapter 11: Ingatkan Junhee mengandung tadi. Hehe xD
GreenDecember #5
Chapter 10: kenapa cerita ni terlalu cute dan comel...updatelah lagi author nim!!! ^^ (panjang2 sikit tau)
rayyrahieymah #6
Chapter 9: waaaaa best sgt.. deabak.. pallli update :)
GreenDecember #7
Chapter 8: Donghae sampai hati kau tampar Junhee ... T_T
anyway i like this story...^^
StarPeace
#8
Chapter 7: Your story is so good. Update soon ^ ^
ArmyGirls #9
update soon ^^
Dragneel09 #10
Chapter 4: Oh my gosh, donghae must be a sweet husband...keke