Episod 9 - Haru

Lee Donghae's Wifey

Listen to this =)    https://www.youtube.com/watch?v=X1TKx9v6h2w


 Junhee dan Donghae berjalan menyusuri bandar Myeongdong dengan senyuman yang terukir di bibir. Kebahagiaan jelas terpancar pada wajah pasangan suami isteri itu. Sesekali Donghae menghadiahkan senyuman terhadap peminat yang memandang ke arah mereka.

 

Sebaik saja mereka melangkah masuk ke dalam restoran, mereka disambut dengan teriakan peminat Donghae yang mungkin tidak menyangka akan kehadiran lelaki itu. Mujurlah mereka hanya kaku di tempat mereka tanpa mendekati idola mereka. Sekurang-kurang peminat-peminat Donghae masih memahami yang dia ingin meluangkan masa bersama isterinya.

 

Donghae memilih tempat yang agak tersorok, jauh dari yang lain. Dia mahu sedikit privacy bersama-sama isterinya. Donghae memesan pencake dan juga hot chocolate sebagai ganti “sarapan tidak menjadi” Junhee tadi.

 

Tetapi apa yang menghairankan Junhee ialah Donghae hanya memesan sepinggan pancake dan dua cawan hot chocolate.

 

“Oppa?”

 

Donghae berhenti menuang sos blueberry di atas pancake lalu memandang isterinya.

“Kenapa pesan satu aje pancake?” soal Junhee.

 

Soalan itu dibiarkan sepi oleh Donghae. Dia mencapai garfu lalu mengambil secebis pancake sebelum disuakan ke mulut isterinya.

 

“Kita kongsi je. Sharing is caring kan?” balas Donghae sambil mengenyitkan matanyanya.

 

Junhee terpinga-pinga. Namun dia membuka juga mulutnya membiarkan Donghae menyuapkan pancake tadi ke dalam mulutnya. Junhee mengambil garfu tadi dan buat perkara yang sama terhadap Donghae.

 

Begitulah sarapan pagi untuk pasangan ini. Meskipun mereka berkongsi pancake yang kecil itu, apa yang penting ialah mereka berkongsi kebahagiaan dalam setiap suapan. Mereka berdua berharap yang memori ini akan terus kekal dalam ingatan mereka untuk selamanya.

 

Mereka berdua menghabiskan masa sehari suntuk berjalan-jalan di Myeongdong. Pada hari itu, Junhee dilayan bagaikan puteri oleh Donghae. Apa sahaja yang gadis itu inginkan pasti ditunaikan oleh Donghae. Walaupun Junhee tidak mengharapkan yang Donghae menghabiskan wang untuknya, lelaki itu tetap berdegil.

 

Junhee berhenti di hadapan sebuah kedai yang menjual cenderamata. Tanpa bertangguh dia terus melangkah masuk ke dalam. Matanya tertumpu ke arah sepasang rantai kunci berbentuk hati. Couple item? Agak-agak kalau aku beli yang ni untuk Donghae dia suka tak?

 

Mata Donghae meliar mencari kelibat Junhee. Dia membalas SMS daripada Eunhyuk untuk seketika dan sekarang isterinya entah ke mana perginya.

 

“Oppa!” Junhee mendekati suaminya.

 

“Sayang pergi mana? Buat oppa risau aje,” ujar Donghae.

 

Junhee hanya tersengih sambil buat muka tak bersalahnya.

 

“Tada!!” Dia menunjukkan rantai kunci yang dibelinya tadi di hadapan Donghae.

 

“Apa ni?” soal Donghae lurus sambil mengambilnya dari tangan Junhee.

 

“Couple item,” balas Junhee. Dia menunjukkan satu lagi rantai kunci yang sama yang tergantung di telefon bimbitnya.

 

“Comel tak?” soal Junhee.

 

Donghae ketawa kecil dengan telatah Junhee yang keanak-anakan. “Comel sangat.”

“Oppa jangan berani nak hilangkan rantai kunci tu. Faham?” ugut Junhee.

 

Donghae hanya mengangguk. “Baik Madam!” selorohnya. Dia merangkul pinggang Junhee.

 

“Kita nak pergi mana lepas ni?” soal Junhee.

 

Lelaki itu mempamerkan senyuman yang tidak pernah gagal membuat jantung Junhee berdegup laju.

 

“Rahsia.”

 

“Taman tema?” soal Junhee. Dia memandang wajah Donghae tetapi suaminya itu hanya tersenyum.

 

“Jom.” Donghae menarik tangan isterinya masuk ke dalam taman tema itu.

 

Memandangkan hari sudah lewat, mereka tidak mencuba apa-apa permainan. Sebaliknya Donghae terus membawa isterinya menarik roda feris.

 

Junhee masih lagi bingung dengan tindakan suaminya. Tetapi dia tidak bersuara. Donghae kemudiannya mengeluarkan telefon bimbit dan earphones dari poket seluarnya.

 

Oppa nak sayang dengar lagu ni.” Donghae memasukkan sebelah dari earphones tadi ke dalam telinga isterinya dan sebelah lagi ke dalam telinganya.

 

Butang play ditekan dan satu lagi yang tidak asing bagi Junhee mula kedengaran. Tanpa sedar Junhee tersenyum. Mereka berdiri menghadap matahari terbenam sambil menghayati setiap bait-bait lirik.

 

Sementara itu, Donghae menggigit bibirnya sambil sesekali menjeling ke arah isterinya yang tidak lekang dari senyuman. Dia berharap sangat yang Junhee dapat memahami perasaannya melalui lagu ini.

 

Bagi Donghae, lagu ini sangat sesuai untuk menerangkan segala yang terbuku dalam hatinya.

 

This kind of feeling is a first baby

This kind of love is a first baby

The person that makes my heart rush

My love, who resembles me, is you

 

Donghae sendiri tak ingat bila kali terakhir dia jatuh cinta. Dia pernah merasai cinta monyet pada zaman persekolahannya dahulu. Tetapi perasaan itu tidak sama seperti mana yang dia rasa terhadap Junhee, isterinya.

 

The more I see you, the more I miss you

The person who will only be by my side

My girlfriend, whom anyone can I say is pretty

My love, who resembles me, is you

I can find you even with my eyes closed

I will protect you, baby

 

Donghae ingat lagi bagaimana dia boleh terpikat dengan kecantikan Junhee. Saat Puan Lee menunjukkan gambar Junhee terhadapnya, hati kecil Donghae kuat mengatakan bahawa Junhee ialah orangnya.

 

Sehinggalah mereka berjumpa untuk pertama kalinya pada malam itu, Donghae semakin yakin dengan kata hatinya. Mungkin ini yang orang katakan jatuh cinta pada pada pertama.

 

Dan perasaan itu semakin bertambah kuat apabila mereka ke Mokpo. Saat itu Donghae sedar betapa cantiknya Junhee. Dan dia yakin dia tak akan jumpa gadis lain seperti Junhee. Kelembutan hati Junhee membuatkan Donghae ingin melindungi gadis itu seluruh hidupnya.

 

In your day, in my day

Since we’re both there

Everything is beautiful to me

Never say the painful words of breakup

Just stay by my side like that

 

Dan kini betapa bahagianya dia apabila dia menjadi suami untuk gadis yang dicintainya. Walaupun dia pernah buat silap, dia sangat berterima kasih kerana Junhee tak pernah menjauh daripadanya. Memiliki Junhee sudah cukup daripada memiliki segalanya.

 

Junhee terlalu sibuk dalam khayalannya sehingga dia tak sedar yang lagu tadi sudah lama habis. Suasana bertukar menjadi sepi. Tiada siapa yang berani bersuara. Jantung Junhee mula berdegup laju apabila lirik lagu tadi bermain di fikirannya.

 

In your day, in my day

Since we’re both there

Everything is beautiful to me

Never say the painful words of breakup

Just stay by my side like that

 

I want to go everywhere and anywhere with you

I’ll run to you anytime as you please

You and me, we’ll have fun and be in love

 

Junhee berpaling menghadap suaminya. Apa yang Donghae cuba sampaikan? Takkanlah dia...

 

Donghae masih lagi tidak bersuara. Dia mencari satu lagi lagu lalu menekan butang “play.”

 

I’m your only oppa, you’re my only girl

I will always be by your side

I;m your only oppa, our love is so sweet

Oppa will only love you

On February 2 2015

You came to me like white snow

I remember even you even the slightest tremble

You, who leaned against me and fell asleep

I planted a sweet kiss on your lips

I love you

I can only tell you that I love you

This is all I can give to you

Snow is falling outside the window under the streetlight

You ana I are there

I’m your only oppa, you’re my only girl

Oppa will only love you

 

Donghae menghadap isterinya yang masih lagi terkaku di tempatnya. Dia mencapai kedua-dua tangan Junhee. Mata mereka bertaut untuk.

 

“Lee Junhee.”

 

Junhee menelan liur. Jantungnya berdegup laju memainkan irama tidak sekata. Mindanya seolah-olah tidak membenarkan dia untuk memberi sebarang respon apabila wajah Donghae begitu dekat dengan wajahnya.

 

“Saranghae,” ucap Donghae.

 

Ketika itu, bibir mereka bertaut menzahirkan perasaan yang tersimpan dalam hati.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanbinhaera #1
Chapter 11: TOO SWEET OMFG
GreenDecember #2
Updatelah lagi bestlah citer ni....
rayyrahieymah #3
Chapter 11: update lgi please..
StarPeace
#4
Chapter 11: Ingatkan Junhee mengandung tadi. Hehe xD
GreenDecember #5
Chapter 10: kenapa cerita ni terlalu cute dan comel...updatelah lagi author nim!!! ^^ (panjang2 sikit tau)
rayyrahieymah #6
Chapter 9: waaaaa best sgt.. deabak.. pallli update :)
GreenDecember #7
Chapter 8: Donghae sampai hati kau tampar Junhee ... T_T
anyway i like this story...^^
StarPeace
#8
Chapter 7: Your story is so good. Update soon ^ ^
ArmyGirls #9
update soon ^^
Dragneel09 #10
Chapter 4: Oh my gosh, donghae must be a sweet husband...keke