Bab 14
Our Fantasy..=)
Bab 14
Setelah Eunchul beredar, Eunhyuk kembali memasang muzik yang digunakan oleh Eunchul tadi...Sebaik sahaja muzik dipasang, Eunhyuk terus menari..namun, tiba-tiba gerakannya terhenti...
Dalam mindanya, masih terbayang Eunchul menari...Akibat daripada itu, dia terus menghentikan muzik dan terus balik ke dorm..
Di Dorm Super Junior
Eunhyuk yang baru tiba di dorm berasa tidak sedap hati apabila melihat kasut yang banyak daripada biasa di tempat letak kasut...
Di ruang tamu, kelihatan kesemua ahli Super Junior telah berkumpul...
“Wae?? Kenapa berkumpul ni??”tanya Eunhyuk..
Leeteuk yang dari tadi kelihatan tegang menghulurkan sampul surat kepada Eunhyuk...
“Kenapa lambat?? Tak dapat mesej kata ada gather ke??”tanya manager Super Junior sebelum sempat Eunhyuk membuka sampul tersebut..
“Biarkan jela hal tu...apa yang ada dalam sampul tu lagi penting..”ujar Leeteuk..
Lalu, Eunhyuk membuka sampul tersebut dan berasa terkejut melihat gambar Donghae dan Sungmin yang masing-masing bersama seorang ahli HOGI...
“Gambar tu bukanla satu masalah besar bagi kita sebab kita dah biasa lalui perkara macam ni...tapi macam mana dengan HOGI?? Mereka tu masih baru dalam industri ni..”kata Siwon..
“Patutlah tadi waktu terserempak dengan Eunchul leader HOGI, dia macam tengah tertekan...”luah Eunhyuk..
“Kau ada terserempak dengan Eunchul??”tanya Heechul..
“A’ah...tadi nampak dia menari kat studio..cara dia menari memang boleh nampak dalam tekanan..”jelas Eunhyuk..
“Aku rasa macam ada benda tak kena je...kalau setakat gambar macam ni sahaja dihantar tak mungkin Eunchul tertekan sangat...mesti ada something else...”kata Leeteuk..
“Apa kata kita buat perjumpaan antara group..benda ni melibatkan members kita dan HOGI...kalau tak diselesaikan bahaya..”kata Ryeowook...
“Aku dan Sungmin akan bertanggungjawab dalam hal ni...”kata Donghae..
“Baiklah kalau macam tu..biar hyung yang aturkan..”kata manager mereka dan terus beredar..
Comments