(Malay) idea 1,idea 2, idea 3

Salam.. dan hai hai.. rajin pulak cek buat blog Aff kebelakangan ni.. hoho..

Cek happy ni cita cek dah siap, //joget happiness //full draft dah lengkap, tinggal nak taip update ja lagi. Tapi hak tu la masalahnya, malas nak menaip. Adakah itu dikira salah satu penyakit writer block? Atau cek sorang ja hak jadi lagu ni.?

Btw la kan, cek dah mula nak fokus kepada hak cita cek yang masuk pertandingan ni., sambil tu cek mula berangan nak buat fanfic baru. Gatai noh. Hahahak. Ni adalah antara idea yang cek dapat fikirkan malam tadi.

Idea 1: Cinta Putera Thailand. Hak ni tajuk tak tentu lagi.

Baekhyun membuat keputusan untuk menghabiskan cuti musim panas di kampung neneknya.  Di sana, dia secara tidak sengaja telah bertemu dengan seorang ‘hantu’ perempuan bernama Tiffany. Disebabkan hanya Baekhyun yang boleh melihat Tiffany, hantu gadis itu bertindak dengan berterusan menganggu hidup anak muda dari Seoul itu sehingga pada satu hari , janji termeterai antara mereka berdua. Baekhyun juga secara tidak sengaja telah berjanji untuk membantu Tiffany menunaikan hasrat akhirnya yang tidak kesampaian. Mereka memulukan dengan mengkaji punca kematian Tiffany dan menemui seutas rantai loket yang mempunyai gambar Tiffany dan seorang putera Thailand yang hilang pada Revolusi Thai 1973. Mampukah Baekhyun membantu Tiffany? Atau Tiffany akan terus menghantui hidup Baekhyun?

Hak cita ni cek nak selitkan unsur sejarah, iaitu Revolusi Thai yang berlaku di mana raja Thailand yang terakhir telah ditumbangkan dan pemerintahan di Thai digantikan dengan sistem republik. Hak tarikh tahun  tu cek tak confirm, lupa, hehe..

Sapa lagi putera Thai kita kalau bukan Nichkhun ! :D

Idea 2: cek tak taw nak bagi tajuk pa.. ==”

Siwon merupakan pelajar jurusan Seni di salah satu universiti terkemuka di Perancis manakala adiknya Suho menetap dan belajar di Malaysia.  Suho tinggal bersama kawan baik Siwon iaitu Zoey yang merupakan melayu muslim. Pada suatu hari Siwon telah diculik oleh geng penjenayah. Namun Siwon sempat meminta tolong teman wanitanya Victoria yang merupakan penyiasat persendirian di Seoul untuk melindungi adiknya. Victoria ke Malaysia dan membawa Suho berlindung ke Korea. Penjenayah tersebut terus mencari dan mengejar Suho sebagai tebusan untuk memaksa Siwon melakukan sesuatu. Suho danVictoria pula bertekad ingin selamatkan Siwon. Berjayakah mereka? Siapa yang akan terkorban dan apakah yang kumpulan penjenayah itu mahu?

Hak cita ni pula cek nak buat cita aksi. Kejar-mengejar gitu. Cek nak try sesuatu yang baru. Hehe. Cek dapat inspirasi ni pon dari katun faveret cek la, Detective Conan! lagipon cek memang dah lama kempunan nk buat cita pasal siwon. XD 

Idea 3: Cinta amortentia.

Lay ialah pelajar di Hogwarts dan telah menghasilkan amortentia iaitu sejenis posyen cinta. Dia secara tidak sengaja telah membubuh posyen tersebut dalam minuman Sulli, kawannya. Sulli pula seorang manusia biasa yang menjadi ketua band  nyanyian di kolejnya. Dia merupakan musuh utama Mark iaitu kapten pasukan bola keranjang. Namun setelah minum posyen yang Lay buat, Sulli telah jatuh cinta pada Mark dan sedaya upaya mendapatkan cinta Mark. Apakah akan berlaku apabila Mark juga telah jatuh cinta pada Sulli? Kecoh satu kolej, apabila musuh utama itu menjadi pasangan yang hangat bercinta. Namun apakah akan terjadi pada Sulli sebaik kesan posyen cinta itu lenyap? Adakah masih wujud cinta terhadap musuhnya itu?

Cita hak ni pula, cek selitkan unsur mistik. Harry Potter ceh habaq hang! XD ada geng minat HP? Meh nak peluk~ cek pun nak try noh unsur komedi sikit-sikit.

Hah. Tu ja lah, yang mampu cek fikirkan. Tapi cek nak habaq awal2. Cita ni plan je baru. Cek tak buat draft pa pun lagi. Fresh kat otak cek lagi. Kalau cek rajin. Cek buat na, kalau tak, memang stay jadi idea ja la.. eh, kalau hangpa nak try ambil idea ni pon boleh, Pm cek, cek cita semua dari A sampai Z.. :D takpa, cek tak kedekut, hehe.  

Any komen? :)

Comments

You must be logged in to comment
xiuminrose08 #1
idea ketiga.. mcm menarik ~
heerah #2
I mean, idea awk yg ketiga psl ala ala harry potter tu best. Kekekeke. Cek nk habaq maii cek minat hp tu smua naaaa
heerah #3
Harry potter tu besttt !!!
jiumin #4
nak semua..!!
imanfya
#5
yeayy akhirnya ader pon org malay yf minat hp!! cx
blackunicorns
#6
semua cun ah.
micheokorea
#7
idea no. 3 nmpak best :)
baekychany #8
love your idea no.3..... hope u do that.....
minocha99
#9
Sume nampak best
esp no.3 x3
Buatla
galaxy_here
#10
buatlah semua .
hehe ^^
semua nampak best .
serafina91 #11
menarik ketiga tiga cerita.... but suka yg 1st story ... huhuh coz ade unsur sejarah :)
NLessme #12
Haha..otak awk mmg bergeliga yer? Byk sgt idea awk..tapi saya suka yg hp tu sbb saya peminat nombor satu hp..novel dan filem dia, dari sorcerer's stone sampai deadly hallow saya layaaann~ haha

dan yg hantu tu...hahhh~ hantu saya suka..bkn sbb ada hantu..tapi sbb ada OH MY NICHKUN! Haha..

saya rasa sume crita yg awk draf kt otak tu menarik..alah..tak kisahlah kalau nak buat byk2 cerita..bkannya dikenakan cukai kn?hehe..