Selepas Dilarang Masuk, saya kembali dengan sesuatu yang baru

Mungkin ada yang dah tahu, mungkin ada yang belum. Saya kembali dengan fanfic terbaru iaitu Darah dan Emosi. Kalau anda jenis yang sukakan sesuatu yang suspens, mencabar, tapi dalam masa yang sama terselit sesuatu yang manis. Darah dan Emosi menampilkan watak kegemaran saya sendiri iaitu Baekhyun dan Taehyung, disertakan watak pelengkap yang dipilih rawak (Sungjae, Joy, Irene, Jin, Jimin, Taeyeon, Heechul, Leeteuk, Eunhyuk, Sandara, Shin Dong) untuk menampilkan jalan cerita di luar watak mereka sebagai idol. Fanfic ringkas tapi padat ni cuba untuk menonjolkan nilai persahabatan, kekeluargaan dan juga hubungan istimewa antara perempuan dan lelaki itu sendiri. 

Ala, senang cerita, kalau anda suka baca pasal zombie, kejar mengejar, konflik polis dan remaja, anda tak akan menyesal kalau baca cerita saya ni. Klik link di bawah untuk terus baca foreword cerita dan jangan lupe subsribe untuk dapatkan update mingguan. :D

http://www.asianfanfics.com/story/view/1032840


sikit teaser 

Jin pantas bangkit, dan berlari ke Blok B aras tiga. Sedang dia berlari, sempat dia mengerling lihat keadaan kecoh di aras dua Blok A. Namun langkahnya tidak terhenti.

“Irene!”

“Irene!” jerit Jin memanggil sambil menerjah masuk ke dalam kelas tahun tiga itu. Beberapa orang pelajar dalam kelas memandangnya bersahaja. Mereka masih tidak menyedari akan kekecohan yang berlaku di blok sebelah.

“Yah, aku ingat kau tak datang sekolah hari ni” tegur salah seorang rakan kelasnya. Perhatian pelajar itu yang leka mengadap telefon bimbit diganggu dengan kehadiran Jin.

“Irene mana?” soal Jin. Dia mendapati Irene tiada di tempat duduknya, mahupun di dalam kelas itu.

“Dia tak sihat. Di bilik kesihatan mungkin” jawab seorang pelajar perempuan, juga rakan sekelas Irene dan Jin.

“Kenapa muka kau pucat semacam? Macam kena kejar hantu” rakannya tadi mencuit pipi lelaki itu. Lantas Jin menepis kasar.

“Tinggalkan kawasan sekolah ni kalau kau nak selamat” ujar Jin, memandang tepat anak mata kawannya itu. Peluh di dahinya masih tidak kering. Anak rambutnya juga basah. Jin bergerak ke belakang kelas, dan mencapai batang penyapu.

“Apa hal dengan dia tu?” masing-masing merasa aneh dengan kelakuan Jin.

Jin memegang kuat batang penyapu tersebut, lalu keluar dari kawasan kelas. Matanya melilau mencari sesuatu yang biasanya terdapat di luar kelas di tepi dinding.

“Yah, apa kau nak buat tu?” dua tiga orang rakan Jin mengikuti gerak lelaki itu. Bimbang pula jika lelaki itu cuba mencederakan sesiapa dengan penyapu yang dipegang.

Jin berdiri di hadapan sebuah kotak kecil.

‘Amaran, pecahkan jika berlaku kecemasan’

Tanpa berfikir panjang, Jin menghentak hujung batang penyapu yang dipegang pada kotak kaca itu.

Krrrrrrrrrriiiiiiiiiingggggggggggg

Comments

You must be logged in to comment
SapphireBlue91
#1
Pergh! Macam saspen je nih