dear muslim and malay friends, can u help this girl?

Kali ni saya terpanggil untuk membuat coretan mengenai kawan saya ni. Tak mahu la mengaibkan diri nya, jadi di sini saya coretkan name empunya badan sebagai Miss. Miss  ni baru 20 tahun. Perempuan dan baru juga habis STP, seperti saya. Di sini saya ingin berkongsi masalah dirinya. Dia seorang gadis remaja biasa, tak lah alim mana pon tapi masih boleh membezakan dosa dan pahala. Diri nya tatkala ni sedang belajar menjadi lebih alim dan takwa.,ingin menjadi muslimah solehah. Alhamdulilah,semua berjalan lancar buat dirinya,cuba bertudung labuh,menutup aurat sepenuhnya. Masalah yang dihadapi nya ialah cinta. Ya,dirinye sedar,baru 20 tahun,tidak layak untuk mengucap apatah lagi berbicara mengenai cinta. Dia sendiri pon sedar yang dirinya pon masih mentah dan tidak matang. Ceritanye bermula apabila dia menyukai seorang lelaki ni, yang pada mulanya hanya kenalan biasa. Dia suka gaya lelaki itu yang mesra, dan pandai berkata-kata. Kemudian dirinya sedar yang hatinya sudah terpaut pada lelaki itu. Tidak seperti perempuan lain,dia tidak berani dan segan untuk menyatakan hasratnya. Dipendamkan tiada siapa yang tahu termasuk kawan baik nya sendiri,cuma Allah yang MAha Mengetahu isi hatinya. Dirinya tidak matang dan masih mentah mengenali dunia, berdoa kepada yang Maha Mendengar supaya dapat dijodohkan bersama lelaki itu,dia ingin disayangi lelaki itu.

Hari demi hari berlalu, Allah yang Maha Memakbulkan telah perkenankan doa gadis itu. Lelaki itu terbuka hati untuk menyayangi dirinya. Sungguh gembira tidak terkata. Hari-hari nya kini dilalui dengan gembira mendengar bibit cinta lelaki itu. Masa mereka bercinta,mereka masih lagi belajar di semester 3.  Lelaki itu juga menjadi semangat untuk dirinya agar belajar bersungguh-sungguh. Seperti kekasih biasa yang lain, mereka juga sering berjumpa,bertelefon hingga ke lewat malam, bermesej manja.

Lama kelamaan akhirnya lelaki tersebut menceritakan perihal dirinya, perihal dosa yang pernah dilakukan dengan perempuan lain. Hati gadis ini sedih tidak kepalang. Sungguh tidak sangka lelaki yang disangka baik dan mampu menjadi imam itu  pernah melakukan maksiat. Kecewa dan sedih tapi gadis ini masih menerima seadanya apa yang berlaku. Perubahan. Itu yang gadis itu mahukan lelaki tu lakukan. Nama lelaki itu sentiasa dalam doanya agar lelaki tu berubah menjadi lelaki yang soleh. Gadis itu sedar dirinya tidak la semulia mana tapi dia cuba mengingatkan sekerap yang mungkin kepada lelaki itu agar berubah ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Hari demi hari berlalu,pelbagai janji manis ditabur, gadis dan lelaki tersebut boleh dikatakan bahagia akan hubungan mereka. Pergaduhan dan masa menjadikan mereka lebih menghargai antara satu sama lain, apatah lagi lelaki tersebut merupakan cinta pertama gadis itu. Gadis itu sangat berharap yang lelaki itu dapat menjadi iman nya dan mendirikan masjid yang diberkati. Tetapi lama-kelamaan gadis itu sedar, apa yang dilakukan dengan lelaki itu sebenarnya bukan apa yang disukai tuhan. Dirinya takut akan dosa. Dia ingin memutuskan hubungan dengan lelaki itu, bukan kerana tidak sayang atau sudah tidak mencintai tapi dirinya mahu hubungan yang diredhai,hubungan yang halal.

Gadis itu berharap lelaki tersebut dapat memahaminya, dengan harapan lelaki itu akan tetap setia dan meminang gadis itu untuk dinikahi apabila tiba masanya. Masalahnya yang sekarang gadis itu tidak sanggup meninggalkan lelaki itu kerana bimbang lelaki itu akan salah faham dan mungkin akan kembali ke jalan lama yang kelam. Gadis itu bimbang dan tidak mahukan perkara sedemikian berlaku.

Apakah yang patut dia lakukan….?

Comments

You must be logged in to comment
mo93
#1
Klu lelaki tu jodoh dia.. Jauh mane pon pergi pasti akan bertemu kembali.. Klu bukn jodohnya seblh rumah pon x kemana.. Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk makluknya cuma disukarkan dengan cabaran dan dugaan.. Inn shaa allah.
MLWJYBJCKZJS
#2
saya pernah baca somewhere yang jika kita rindukan seseorang yang bukan mahram kita, boleh menjerumus kepada maksiat, biarpun secara tidak sengaja. oleh itu, saya galakkan hentikan sajalah hubungan ini. ya, mungkin gadis ini mempercayai bahawa lelaki ini seorang yang telah berubah ke jalan kebaikan dan tidak akan melakukan kisah lama, tapi kita ni makhluk Allah yang kecil, tidak mengetahui dengan jelas garisan antara maksiat atau tidak. so, lebih baik kita ambil jalan yang lebih selamat, kan?

saya ni bukanlah orang yang berilmu. ini hanya satu cadangan sahaja. moga gadis itu diberi petunjuk yang benar, Amin. :)
Shimmieh
#3
Kalau benda ni, saya bukan expertise ke apa, tapi kalau rasa macam tak yakin, better pergi jumpa ustazah atau kalau dia ada join usrah, mintak dia tanya naqibah. Bagi pendapat saya, kalau niat nak menjauhkan dari maksiat, sebaiknya dia putuskan lah. But, kalau dia yakin dan dia dah kuat iman utk ubah perangai laki tu, then go on. Tapi dengan syarat doa jgn tinggal. Bulan puasa ni, doa in shaa Allah senang makbul. Banyakkan qiamullail. Saya bukanlah org yg tinggi ilmu agama. biasa2 ja tapi ni sekadar cadangan okay? :) May Allah Bless
LovelyPurple96
#4
berdoa banyak2...
tindakan lelaki itu menceritakan kisah silamnya adalah satu tindakan yang jujur...dia tak nak kawan akak salah faham di kemudian hari..
hope kawan akak dapat terus kekal bersama dengan lelaki itu untill jannah....
maybe kawan akak boleh memberi cadangan dengan mengajak lelaki itu menghadiri kuliah @ kelas agama...
siapa tahu,dengan cara itu perlahan-lahan hati lelaki itu akan berubah..
kita hanya berikhtiar,tetapi Allah SWT yg menentukan segala-galanya...
mieyhyun
#5
Masalah ni memang complicated. Tak salah nak bercinta tapi perlu ada batasnya dan saya tak nafikan apa yang kawan awak lakukan tu memang salah. Saya rasa lebih baik kalau kawan awak tu berkawan dulu dengan lelaki tu. Mungkin itu lebih baik tapi pada masa yang sama kawan awak boleh membimbing dia. Ataupun kawan awak boleh kenalkan lelaki itu dengan seseorang (lelaki) yang boleh membimbing dia. Apa yang penting sekarang ialah usaha kawan awak danjuga tawakal kepada Allah.
oppabimbap
#6
:)) Berdoa banyak-2 kat Allah SWT . Diberi petunjuk , lagipun apa salah nya dorang berkawan ? dalam masa yg sama , si Miss tu bimbing , dorong laki tu ke arah yg lebih baik . Kalau niat kita baik , maksiat takkan berlaku :)) In shaa Allah
missL_marsh #7
wat solat hajat..ALLAH sllu ade dgn org mcm miss 2..sruh dye pk yg tbek tok dri dye dlu..bkn pnting un dri tpy rsenye dye da lku un tbek tok llaki 2..ALLAH cpte mnusie bpsgan,klo llki 2 jdoh tbek miss 2 then 1 ari nnti dowg akn bsme jgak