Bangtansitter Mission!

Bangtansitting For One Day 방탄소년단
Please Subscribe to read the full chapter

"Jadi.. awak tolong jagakan mereka dengan baik hari ini je. Mereka akan bekerjasama dengan awak. Pembayaran, nanti saya uruskan. Good luck!" Kata- kata Encik Bang Sinhyuk bermain di dalam kotak fikiranku. Bekerjasama? 

 

Puii. BTS. Atau lebih dikenali sebagai Bangtan Boys. Sekumpulan jejaka yang kian meningkat naik, diminati ramai baik perempuan mahupun lelaki. Aku pun tak tahu kenapa.. Tapi sebelum kisahku bersama mereka bermula, biarku perkenalkan diri. 

 

Namaku Ahn Minzy, dan aku ditugaskan untuk menjaga BTS untuk satu hari. Sorry to say, aku tak minat mereka so yeah, faham la korang. 

 

Aku sedang berdiri di tepi pintu dapur, memegang pisau sambil mengeluh. Apa yang berlaku sekejap tadi, bermain di mindaku. 

 

 

"Jaga diri dekat sini" Pembantu Encik Bang, Cik Hyuna menepuk-nepuk bahuku selepas menghantar aku di hadapan pintu sebuah rumah yang besar, diklafikasikan sebagai sebuah banglo mewah. Aku menggaguk kepada Cik Hyuna. Perlahan-lahan, aku menguak daun pintu dengan senyap selepas melambai Cik Hyuna.

 

"Haa! Anda telah tertangkap! Put your hands in the air yo" Seorang manusia berbaju T-shirt hijau berlengan pendek menghalakan pistol air ke arahku. Siapa ini?, gumamku. "Entah-entah dia ni sewel tak.."

 

"Hai!" Sebuah suara yang asing bagiku kedengaran begitu dekat. Aku menoleh, seorang jejaka yang kacak berdiri di sisiku. Matanya kecil, pipinya tembam. Aku menelan air liur. "Hi. Saya Jimin." Dia senyum. Matanya hilang! Comel gila! Tergugat iman (⊙o⊙)

 

"Yang kau dekat sangat ni kenapa? Blah la" Seorang lagi jejaka, tapi kali ini lebih tinggi dari si Jimin tadi berdiri di hadapanku. "Aku lebih tua la, maknae!" Terdengar suara Jimin merajuk. "Pedulikan dia. Saya Jungkook. Panggil je apa-apa. Awak?" Jungkook menghadiahkan aku seulas senyuman. Kenapa panas sangat ni, tiba-tiba aku lupa cara nak bernafas. ~(*+﹏+*)~

 

"Sa-sa.." Aku tergagap. "Dah dah. Kacau la korang. Sinilah Minzy." Seorang lelaki berambut hijau memanggilku. Dia kelihatan lebih matang, dan berkarisma? Aku kaku. Jungkook, Jimin dan lelaki yang membawa senapang air tu berpaling ke arahku. Apa? Aku tahulah aku comel.

 

"Jomlah." Lenganku rasa ditarik. Wangian lelaki menusuk hidungku. Sungguh wangi, suci dan segar! Aku mengikut sahaja lelaki berambut putih ini dan dia menunjuk ke arah sofa yang diduduki lelaki berambut hijau tadi. Nak aku duduk ke? Soalan bodoh. Aku mengikut arahanya dan duduk dengan penuh sopan santun. >3<

 

"Korang, berkumpul!" Lelaki berambut hijau itu menepuk tanganya kuat sebelum berdiri. "Boleh tahan.." Aku memujinya dalam hati. Dua orang lagi lelaki turun dari tingkat dua, salah seorang turun menyusur turun menggunakan pemegang tangga. "HENSEMNYA" Mulutku ternganga tiga minit. Pfft.

 

"2-3 Bang Tan! Annyeonghaseyo, Bangtan Sonyeodan imnida!" Aku mengerdipkan mataku berkali-kali tanda konpius, bukan buat comel kay. Apa yang lelaki berambut putih ni cakap? Lajuuuuuu. Aku menggigit pipiku dari dalam. "Apa?" Aku balas dengan muka innocent.

 

"2-3 Bang Tan! Annyeonghaseyo, Bangtan Sonyeodan imnida" Lebih perlahan. Okey, Encik Bang dah beritahu tentang dia orang, acah je tadi. Lols.

 

"Awak pembantu kita orang tu kan?" Lelaki berambut hijau tu berkata. Pembantu ? Weii aku nanny korang! Encik Bang kata 'jaga' bukan 'bantu'. Aku mengembang kempiskan hidung dengan gaya Brad Pitt.

 

Angguk jelah. Nak patah tengkuk asyik angguk je hari ini. "Saya Jin." Aku melopong memerhatikan manusia berambut hijau ini. Jin? Peliknya nama engkau. Lepas ni nama syaiton pulak an? Senyum je lah Minzy.

 

"Suga. Bye." Dia terus melambai ke arah aku sebelum menghilangkan diri. Macam tu je kau layan aku, cik abang? My feelsss . Hina sangat ke aku ini T_T

 

"Taehyung" Dia mempamerkan barisan giginya yang putih melepak. Ni la budak tak senonoh turun menggunakan pemegang tangga tu. "Hi" Aku menarik otot mukaku untuk senyum dengan comel. 

 

"Kim Namjoon also known as Rap Monster." Rambut putih ni. Bau minyak wangi dia harum semerbak. Nanti aku suruh oppa aku beli. "You look like you got jams. Keep it up." Derr speaking. Jams? Aku ada planta je. HEHHEHEHE. Lawak tak jadi kbye.

 

"J-Hope! Sebab saya Hope awak! Touch my body" Muka pertama yang aku jumpa ketika melangkah masuk tadi. Bahaya betul, menari menonggeng, bawa senapang pula, silap hari bulan tumpang sewel la aku disebabkan dia ni.

 

Jimin duduk di sebelah aku. Si comel ni. "Awak, kenalkanlah diri." Dia nak goda aku ke? Haa tengok! Dia kelipkan sebelah mata dekat aku. Menggoda aw aw. Rugi korang tak ada dekat sini.

 

"Ahn Minzy. 19 tahun, your one day sitter." Aku menunduk beberapa kali ke arah enam orang lelaki yang kini berada di hadapanku. "Oh.." Serentak, itu balasan dia orang. Itu sahaja ke..? Hampa je bunyi.

 

"Kita sama umur, sistah !" - JK

"Tinggal dengan siapa?" -JN

"Kemahiran asas kamu apa dong?" -RM

"Peminat Sistar or not?!" -JH

 "Haaa?" -V

"No telefon?" -JM

Aku rasa bagai ditikam dengan bom atom. Aku menelan air liur, kelat tambah masin tambah manis. Lols. 

 

"Okay. Perlahan-lahan la.. Jungkook, kita sama umur ke? Wow cool, I think? Tinggal seorang. Ibu-bapa saya dekat Jepun sekarang. Kemahiran asas? Makan. Tidur. Berak. Loghat Indon tak mahir er. Sistar is not my style. Daillah 999, nanti saya jawab. 24/7." 

 

Aku menjawab sekali lafaz sambil memerhatikan sorang-sorang. Kali ini giliran dia orang mengganguk-ada yang tidak puas hati dengan jawapan yang diberi, aku melepaskan keluhan bosan.

 

"Okay.. jadi saya nak buat apa dulu? Korang perlukan apa-apa ke?" Aku cuba berdalih dari sesi soal jawab super spontan sambil mereka memerhatikan aku dari atas ke bawah. 

 

"Apa-apa je?" Mereka soal. "Ya.." Macam ada niat lain je dia orang ni. -O-

 

Disebabkan aku kalah permainan batu, gunting, kertas dengan mereka, aku ditugaskan memasak. Malangnya, aku tak pandai memasak! Walaupun aku dah cakap, dia orang cakap aku tipu. Mahu tak mahu, aku akur. Masak dengan jahanam ke lah. /evil laugh/

 

"Ah!" Aku menjerit kecil. Jariku terkena pisau- opkos sakit. Aku menjauhkan jariku daripada kepingan ayam yang sedang ku potong. Darah mula menitik keluar. Segera aku berlari ke singki untuk mencuci darah. Sepanjang hidup aku, aku tak pernah luka ketika memotong! Aku merintih apabila air sejuk dari paip terkena jariku. 

 

Tiba-tiba, air paip ditutup. Aku menoleh ke tepi, melihat wajah gerangan siapa yang tiba-tiba sahaja menarik jariku ke arahnya.

 

"Jin.." Gumamku. Dia mengambil jariku yang luka lalu disedutnya darah yang mengalir menggunakan gigi untuk memberhentikan pendarahan. Melihatnya saja aku rasa nak muntah. Dia ini vampire limited edition ke apa? Not for sell. Geliii. 

 

Mujur kemudian dia meludah ke dalam tong sampah di tepi singki. Dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya-atau dipanggil plaster lalu membalut jariku dengan kemas. "Takda ubat kuning ke apa ke.." Aku berharap dalam hati. Dalam masa yang sama, aku mengambil kesempatan untuk memeriksa wajahnya dari dekat. Hidungnya mancung, kulitnya bersih.. ah.. syurga..

 

Namun, dia tak letak pun. "Dah siap. Hati-hati lain kali ya Minzy. Kalau ada apa-apa panggil je oppa. Oppa dekat bilik permainan dengan yang lain." 

 

Suara Jin membangunkan aku dari mimpi. Aku lantas mengganguk sambil mengutarakan 'terima kasih' dengan hampa. Dia berlalu pergi dan aku melihat jariku yang kini berbalut.. "Itu je ke? Tapi, gentleman uh.." Aku mencium jariku, kalau macam ni aku nak luka lagilah! Okay, gila Minzy. //Tak, author gila//

 

Aku sambung kembali melakukan kerja amal bernama memasak. Kalau bermain masak-masak pandai la aku. Ini tak, masak berisiko hidup atau mati. Aku tak nak dia orang mati. (>_<)

 

Selesai memotong daging sehingga menjadi kiub dadu, aku cuba membuka api. Krik krik krik. "Kenapa tak buka ni? Mummy buat macam ini okey je.." Aku menahan geram. Aku cuba sekali lagi, mungkin hari ini adalah hari bahagia aku- api dapur pun terbuka. Aku menayang muka bangga.

 

"Kalau aku tak hidupkan pemetik api ini, sampai maghrib kau tak habis memasak. Jangan nak naik sangat hidung kau tu." Aku menoleh ke tepi, Jungkook. Aku tercakap kuat ke tadi? Sekejap, jadi dia ke yang hidupkan api ini? Krik krik. "Whatever." Aku menjawab spontan dan memperlahankan api sebelum meletakkan kuali di atas. Uihh, bahaya. Nanti hangus makanan aku reka cipta. 

 

"Kau masak apa?" Belum berambus lagi? "Makanan kot." Aku meletakkan pisau dalam singki. Takut ada orang akan terbunuh oleh aku lepas ni kalau asyik tanya soalan tak berfaedah. "Itu je?" Kau nak apa lagi? Taik? Aku pulaukan dia dan masukkan ayam yang telah dipotong kiub untuk digoreng. "Aku tahu la kau bodoh, tapi jangan nampak sangat kebodohanya.." Jungkook perli. Apa masalah dia ini? Kiub ayam dimasukkan, dia keluarkan menggunakan garfu. 

 

"Masukkan minyak dahulu, bongok." Jungkook buat muka sambil menuang minyak masuk sedikit perlahan-lahan . Kini barulah aku tahu betapa bodohnya diri ini. "Erk-aku lupa. Terima kasih." "Sama-sama. Jaga diri." Dan berjalan keluar dengan segaknya. Woah, cool guy! Spazz.

 

Selesai menyiapkan sarapan tepat pukul 9.00 pagi, aku menghidangkan sarapan di atas meja yang telah kututup dengan tudung saji. Barulah nampak grand nanti. HehaHuheha.

 

Aku memanggil mereka dari bawah dengan lantang. BTS segera berlari turun dari tangga-ada yang menyusur lagi semestinya Taehyung, yang bergoleng; J-Hope dengan gaya superman, dan si normal Suga yang berjalan mengalahkan walking dead. Perlahan ...

 

"Dah siap akhirnya!" Jimin menepuk tangan. Perli ke dia ini? "Apa ini?" J-Hope menanyang gigi. Syukurlah mereka lebih segar dari 2 jam yang lepas, lebih-lebih lagi Suga. 

 

"Memperkenalkan, senwich" Jangan judge sesuatu melalui nama, bunyi spanish kan nama makanan aku. Lels. Aku menaikkan tudung saji dengan hidung yang naik turun kedudukanya kerana terlalu bangga.

 

"..........." ._.

Aik, kenapa senyap? Aku melihat ke arah mereka, semua melopong. Sedap sampai menjilat angin ke?

 

"2 jam aku berpuasa.. ini je?" Namjoon bersuara hampa.

 

"Let me taste it." Suga mengunyah sekeping roti inti ayam dengan kening bertaut, sebelum dia meludah ia keluar kembali ke muka Jimin yang kebetulan berada di tepinya. "Apa hyung ni?? Dah belum gosok gigi lagi!" Jimin mengelap muka dengan wajah masam. 

 

"Minju, kenapa pedas, manis, pahit, masin, masam rasanya ni?" 

 

"........" Minju? Wow, tak tahu pulak parents aku tukar nama aku. Minju adik aku lah.

 

 "Hyung.. Minzy." Taehyung berbisik. "MINZY. Yes. Siapa Minju?" Mabuk ke dia ni? Tulah, pakai banyak sangat Qu Puteh. Qu Puteh Qu Puteh, barulah puteh.

 

 "U-um.. saya masukkan pes cili, garam dua sudu masak, mungkin sedikit lada? Kiub ayam bersalut garam dan sedikit perahan limau." Aku membalas pelik. Bukan itu normal ke?

 

"Meninggal la perut aku hari ini." Suga menahan perutnya sambil membuat muka sebelum berlari naik kembali ke tingkat atas dengan muka yang tidak dapat ditafsir.

 

Sunyi.. kenapa enam orang BTS yang lain ini? "Minzy tolong jagakan dia orang, nanti oppa tolong membetulkan masakan Min." Jin senyum pahit sebelum membawa masakan aku kembali ke dapur. 

 

Aku mengganguk dan melihat mereka di hadapan aku ini, Jungkook, Taehyung, Jimin, J-Hope, Namjoon. Tapak kaki Suga dah kedengaran di atas. Nak berak? Kisah pulak aku.

 

"Aku nak tulis lagu. Bye" Namjoon melambai kepada kami lalu hilang dari pandangan. Janggalnya...

 

"So, saya kena jaga korang-" "Oppa lebih tua" "Kau akhir bulan, aku awal" Mana-mana koranglah, aku berkata dalam hati. Aku membuat judging face dekat Jungkook, mana dia tahu aku akhir ke awal? Skodeng eyy.

 

Aku menuju ke ruang tamu. Sebuah pemandangan yang indah diserikan seluar dalam pink di atas sofa, stoking di dalam pasu bunga dan kertas yang kehilangan asal-usulnya. Pemandangan limited edition- hanya didapati di tempat pembuangan sampah. Namun, ianya di sini, di depan mataku. Tadi berniat sangat nak kemas, kemaslah Minzy.

 

Tiba-tiba, Taehyung muncul. Seluar dalam di atas kepalanya, dia boleh tengok je benda tu. Dengan selamba, dia mengambil sekeping keropok yang berseorangan di atas meja lalu dikunyah dengan lahap. Okay, ini terlalu mengelikan. 

 

Aku menggeleng kepala, nak tak nak aku mesti kemas! Ini kerja! Aku bertekad dengan semangat juang yang jitu lagi benar, cewah.

 

Selepas 30 minit..

 

Aku mengutip ronyokkan kertas di atas lantai. Ini yang terakhir. Aku mengesat peluh di dahi dengan belakang tapak tangan, penat! Kini, ruang tamu dah bersih. Aku kibas rambut ke belakang, akhirnya. Siap pun. 

 

"Woaa..." Aku memaling badan ke belakang, Suga berdiri di depan aku, bersinar-sinar muka. "Kenapa.." Aku tanya, "perut tak sakit lagi ke cik abang?" aku mengomel sendiri. "Macam ni baru syok tidur!" Suga melompat ke atas Taehyung yang sudah terlena dari tadi selepas memakan keropok 'beracun' itu.

 

 Hairanya, Taehyung tidak terbangun mahupun berganjak. Sah tidur mati. Dengan selamba Suga memeluk pinggang Taehyung erat sebelum bunyi dengkur kedengaran. Bromance aw. Dia boleh tidur bersempit macam itu dalam beberapa saat saja. Aku teruja, sakaii .

 

"Minzy.." Suara Jin bergema. Aku bergegas ke dapur menuju ke ruang makan. "Ya, oppa?" Aku senyum manis. Bukan nak goda okay.

 

"Tolong aturkan meja. Sarapan dah siap." Jin kembali ke dapur. Aku melihat figuranya dari belakang, macam robot dah rupa. Aku tergelak kecil. HAHAHAHAHAHA, lebih kurang macam ini la. Buruknya perangai.

 

Selepas meja siap di letak pinggan, chopstick, tisu oleh aku, Jin pun tiba membawa sebuah mangkuk besar makanan. Sedapnya bau! Buka sahaja mata, aku menjauhkan diri serta merta. Namjoon ? Bila masa dia muncul? Aku nak hidu bau makanan, bukan dia.. Kacau line!

 

"Sedapnya bau, hyung.." Namjoon bersuara manja. Macam pelik je aku tengok. "Kau jangan nak bodek. Dah panggil yang lain sana." "Hyung.." "No means no." Jin bersuara tegas. Oh, nak nasi goreng lebih? Hebat betul main bodek ni.

 

"Korang.. Jin hyung dah habis masak. Sarapan." Namjoon bersuara sayu. 

 

"Yang kau pergi cakap tu dekat aku kenapa? Pergilah panggil mereka." Jin menaikkan sebelah keningnya. "Huh.." Terdengar Namjoon mengeluh dengan hebatnya sebelum memanggil BTS yang lain turun dengan berteriak.

 

"Aku dulu!" 

"Kookie dulu!" 

"Aku hyung kau!"

"Kookie lebih tinggi!" Tiada balasan dari Jimin kedengaran. Kelibat MinKook pun muncul sejurus itu. Jungkook berjalan ke meja makan dengan gembira diikuti Jimin dengan muka seposen. "Kenapa lagi?" Namjoon menyoal Jimin.

 

"Kookie cakap ChimChim pendek. Waaa..." Kedengaran Jimin mengadu kepada Namjoon sambil menayangkan sisi pondanya yang eu eu. "Kookie-" 

 

"Dah sah pendek, terimalah kenyataan Jimin hyung." Jungkook menjelir lidah ke arah Jimin. "Sakitnya tuh di sini." Jimin memegang dadanya dengan pilu sekali. "Kita tak ada shooting hari ini. Lempang ko kang" Jin menyelit. Aku tergelak kecil. Lels.

 

"Dah, yang lain mana? Tak nak makan sudah." Jin duduk di kerusi meja, sambil dibuntuti Minkook dan Namjoon. Jungkook duduk di sebelah Namjoon manakala Jimin di sebelah aku. Merajuk , katanya. 

 

"Makan dulu!" Namjoon, Minkook dan Jin mula menjamah. Aku tengok mereka; berharap, 'tak nak ajak aku makan sekali ke..?', Fikirk

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
young_girl
#1
habis wak baca akhirnya T_T perey nak mampus eh lawak ehehaha ahahahagdsvsddjhssha
nurfarrh49
#2
Chapter 3: SEQUEL JUSEYO UNNIIIEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE
Mrs_Hana02
#3
Chapter 3: Hahhhh x gi solah xD
Miss_Baek
#4
Chapter 2: Daebak!!!!!!!!!!!!!!
NurRahSyaXD #5
Chapter 2: Author-nim.. buatlah sequel
Mrs_Hana02
#6
Chapter 1: Perey nak mati xD
starlight_miss
#7
Chapter 1: untongnya minzy dapat duduk ngan diorng!
nurfarrh49
#8
Chapter 1: Wait, Minju? *smirk*
nurfarrh49
#9
Chapter 1: Author-nim I love you ahahahajahahahahjaj