Mianhee,saranghae neo...

C.R.U.S.H ( 짝 사랑 )
Please log in to read the full chapter

Hari-hari tipikal seorang pelajar sekolah menengah ialah bangun pagi,mandi,bersiap dan pergi ke sekolah.Sangatlah biasa,tiada yang menyeronokkan sangat pun.Sebagai anak perempuan sulung daripada 3 beradik,memang membosankan bagiku.Dirumah tempat aku bersendiri,menghabiskan masa dengan kerja rumah dan membaca novel-novel yang terdiri daripada pelbagai genre.

 

Tetapi apabila aku terkenangkan yang aku ini bergelar pelajar tahun terakhir di sekolah ini,aku jadi bersemangat mahu ke sekolah.Setiap perkara yang dilakukan adalah untuk terakhir kali sebelum aku meninggalkan sekolah ini.Terlalu banyak kisah suka duka yang aku telah lalui.

 

Inilah zaman keremajaanku.Tahap dimana emosi aku tidak stabil dan sentiasa keras kepala tanpa berfikir dengan panjang.

 

3 Zamrudians adalah kelasku.Kelas terakhir ku.Aku mengorak langkah dengan hati yang senang.Bangunan sekolah aku perhatikan.Aku tersenyum sendiri.Meskipun aku sentiasa katakan yang aku tidak akan merindui sekolah ini,jauh di dalam hatiku bukanlah begitu.Aku bersyukur kerana ditempatkan disini.Sepatutnya dari awal lagi aku berbuat demikian.

 

"Annyeong,morning~" Aku menyapa rakan semejaku,Jeha.Kami bersalaman dan aku duduk mengemas barang-barangku.

 

"Yoonhi! Tengok tu dia datang,ala comelnya~"Kata Jeha kepadaku.Aku boleh lihat mukanya yang sudah memerah apabila melihat Yoongi masuk ke kelas diikuti dengan Jungkook.Aku nampak kelibat mereka berdua tetapi aku malas nak pandang Yoongi.Biarlah aku sibuk makan nugget tempura yang dibekalkan oleh omma ku.

 

"Cantiknya rambut dia,alahai Encik Yoongi yang kacak lagi bergaya.Kenapa dia handsome sangat harini?" Tambah Jeha.Mata Jeha berkaca dan bercahaya.Bahagia yang dia sedang rasai barangkali.

 

"Rambut macam bontot itik je pun"Aku menjawab.Seketul lagi Nugget tempura aku gigit.Sedap betul makanan ni.

 

"Auch!" Aku menggosok lengan kananku yang ditampar oleh Jeha.Sakit lah kawan!

 

"Sakitlah..Apa pukul orang ni?"Tanyaku yang mendapat pukulan percuma pada pagi hari,kelas pun belum mula.

 

"Mana ada rambut dia macam bontot itik! Da pakai spect mata takkan tak nampak betapa kemasnya rambut dia tu?" Jeha memarahi aku.Aduhai…Memang parah dia ni.Angau terlebih.

 

"Tak kisahlah…Dia bukan handsome macam Yifan pun"Jawab aku acuh tak acuh.Jeha menarik mukanya.Marahlah tu.

 

"Okay,tapi dia nampak kemas harini…"Tambahku.Terus Jeha tersenyum meleret.Aku mengunyah ketulan nugget yang seterusnya dan memandang muka Jeha.Awat muka dia ni?

 

"Hah…Akhirnya Yoonhi mengeluarkan sesuatu yang sedap didengar tentang Yoongi~ Ajaibnya..!".Jeha menepuk tangannya dan terhasillah suatu bunyi yang kuat.Satu kelas memandang kami dan mereka semua meneruskan kerja mereka masing-masing.

 

"What? Memang betulkan dia nampak kemas…Bukan handsome."Aku berkata dengan muka yang tiada perasaan.Memang patut pun tiada perasaan.Yoongi je pun.Bukan Yifan.

 

"Haish dia ni…Crush kita tu kan handsome,kacak lagi bergaya.Yoonhi tak nampak atau buat-buat tak tahu? Huh.."Jeha mencucuk lengan ku menggunakan belakang pensil.Dia menonyoh tangan kanan ku.

 

"Tak nampak dan tak nak nampak" Aku memberikan jawapan dan Jeha melepaskan keluhan.

 

"Yoonhi…Yoonhi..Mata Yoonhi memang pelik.Nanti check kat pakar mata eh? Risau kita tengok ni…" Ujar Yoonhi dengan nada simpati dan perli.

 

"Mata kita sihatlah…"Aku mempertahankan mataku.Memang aku rabun.Fakta,aku pakai spect mata bukan sebab aku nerd.Diulangi,aku bukan budak nerd! Aku pakai sebab aku rabun okay?! Tak faham betul aku dengan persepsi masyarakat ni.Asal pakai spect besar je,nerd.Loser betullah orang yang jenis macam tu.

 

"Dah tu kenapa kata Encik Yoongi tak handsome,semua kata dia handsome.Yoonhi je yang tak."Jeha mempersoalkan kenapa aku tidak nampak 'kekacakan' Yoongi.

 

"Sebab dia bukan Yifan." Jawabku.

 

"Yoonhi..Kita tak tahu nak cakap apa lagi dah.Yifan,dia tu bukannya ada kat sini lagi.Dia tak ada Yoonhi…"Aku hanya mengukirkan senyuman kepadanya.Kata-kata Jeha itu tidak masuk akal.Dia tak tahu ke yang Yifan sentiasa ada untuk aku.Jeha meninggalkan aku sendiri di dalam kelas ini.Dia mengikut Jaera keluar.

 

 

 

☆☆☆☆☆

 

 

 

"Habislah Jeha..Tinggal sorang lah Jeha nanti.Dah lah yang tinggal nanti semua lelaki dalam kelas ni.." Usik Jaera kepada Jeha yang sudah masam mencuka seperti cuka yang memang masam.LoL.

 

"Diamlah Jer..Tahu tak kita tengah risau ni.Macam mana kalau diorang tak peduli pasal kita..Alah menyesal tak nak ikut korang pergi SU (Seoul University).." Jeha menggoncangkan lenganku pula.

 

"Orang dah ajak kan..Degil tak nak ikut.Haritu orang tanya dia jawab,tak nak,tak kisah,tak nak ikut~" Kataku kepadanya.Aku dan Jaera ketawakan Jeha.

 

"Kejamlah korang ni…Ish apa kita nak buat nanti ni.." Jeha menepuk mukanya.

 

"Alah,diorangkan baik.Bukannya apa pun." Kata Jaera untuk mengurangkan kerisauan dihati Jeha.Serta-merta Jeha tersenyum lebar.

 

"Encik Yoongi adakan harini? Dia tak ikut kan? Hehe…."Kami berdua memandang Jeha pelik namun segera mengerti.

 

"Dia ada..Sukalah tu.."Tambah Jaera.Jeha sudah senyum tersipu-sipu.Bas kami ke SU juga sudah tiba.Aku dan Jaera mengucapkan selamat tinggal kepada Jeha.Di kelas kami hanya tinggal 7 orang pelajar sahaja.Seorang perempuan iaitu Jeha dan 6 orang pelajar lelaki.Sadis bukan.

 

 

 

 

"Yoonhi! Tahu tak betapa gembiranya kita kena tinggal semalam! Kita bercakap dengan Encik Yoongi,dia bagi kita pen dia..Ah~" Kata Jeha sambil mengingati semula apa yang berlaku semalam.Aku hadiahkan senyuman buat dia.Jeha menceritakan apa yang dia buat semalam.

 

"Kita rasa macam flower girl semalam,even bila Jungkook tanya kita nak rehat dengan siapa.Diorang semua pandang dan tunggu jawapan kita.Encik Yoongi pun ambil berat sekali!" Kegembiraan Jeha tidak boleh digambarkan dengan kata-kata kerana dia terlalu gembira.Yoongi is her crush.A day with crush.Rasanya tak cukup sehari buat Jeha.

 

"Baguslah tu.Yoongi tu baiklah.Cuma dia jenis pendiam sikit and dia jarang cakap dengan perempuan.Untunglah dia sehari dengan crush".Kataku kepadanya.

 

"Sehari? Humm..Tak jugak sebab lepas rehat dia menghilang.Lepas tu semuanya jadi bosan."Adu Jeha kepadaku.Dia mengeluh.

 

"Tapi kita tak adalah cakap sangat dengan Yoongi,kita tak bolehlah nak pandang dia.Even bila kita duduk belakang dia pun kita rasa malu.Padahal dia tak buat apa-apa pun".Aku perasan perubahan warna muka Jeha.Dia mengipas-ngipas mukanya.Aku hanya mentertawakannya.

 

"Okaylah tu,boleh jugak tengok dia secara close-up kan.Bukan selalu pun boleh dapat chances macam ni".Jeha tersenyum pula.Macam chameleon dah dia ni,kulit dia senang-senang je berubah warna.

 

"Hehe..The sweetest moment ever lah.."Jeha membalas.

 

"Agaknya kita pun ada chances nak dekat dengan Yifan macam Jeha tak?".Aku pula yang tersenyum.Membayangkan Yifan berada dihadapan mataku.Kami berbual dan melakukan setiap perkara bersama.

 

"Yoonhi…Boleh tak berhenti bercakap pasal orang yang tak ada kat sini? Ada banyak lagi lelaki lain kat sini".Jeha menarik muka setiap kali aku bercakap tentang Yifan.

 

"Orang lain bukan Yifan dan kita tak berminat terhadap lelaki lain selain dia".Tegasku.Kenapa Jeha tak faham.Yifan selalu ada untuk aku.Kenapa Jeha tak pernah nampak? Mungkin Jeha malas nak ambil tahu hal Yifan kerana dia terlalu sibuk terhadap Yoongi.

 

"Sukahati Yoonhi lah..Kita dah bagi nasihat,Yoonhi tak nak dengar".Jeha mengemas barang-barangnya kerana waktu pulang hampir tiba.Aku hanya mengukirkan senyuman tawar buatnya.Salah ke aku menyimpan perasaan terhadap lelaki itu?

 

 

 

☆☆☆☆☆

 

 

 

"Yoongi mana,Yoongi?" Puan Kwang memanggil nama Yoongi tetapi tiada sahutan.

 

"Yoongi tak ada cikgu,Yoonhi ada~" Sahut Baekhyun.Aku yang mendengar hanya buat tak tahu.

 

"Tahulah nama Yoonhi hampir sama dengan Yoongi,ish kamu ni Baekhyun".Marah Puan Kwang.Baekhyun hanya ketawa bersama Tao.Entah apa yang lucu pun aku tidak pasti.Tetapi disebabkan nama aku yang hampir sama dengan Yoongi,orang sering tersilap.Mujur juga dia lelaki dan aku perempuan.Kalau aku dan dia sama jantina mungkin dikatakan kembar.

 

"Exam dah nak dekat ye murid-murid.Kita ada lagi beberapa tajuk nak dihabiskan sebelum peperiksaan pertengahan tahun.Cikgu risaukan Yoongi sebab dia jarang masuk kelas.Dah berapa kali dia keluar kelas".Ujar Puan Kwang.Kami melakukan latihan matematik yang diberi.Jeha mencuit lenganku.

 

"Kesian kat Encik Yoongi kan.Berapa subject dia tertinggal.Kesiannya dia…"Kata Jeha.Aku menyambung kerjaku.

 

"Pandai-pandai dialah..Dia kan pandai,tak payah risau pasal exam pun tak apa.Sibuk dengan kamera dia j

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sayhershe
Based from what i feels lately and it's actually a true story of mine. :')

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 1: Sedih bile tau yg Yifan dh mati....T.T
ilirsyana #2
Chapter 1: hm . truth :'(