Final

Cahaya Baru
Please Subscribe to read the full chapter

 

 


20 Ogos 2005

 

"ANDWAE!!" jerit Kris dengan lantangnya, suaranya bergema di dalam dewan orang ramai tersebut sehingga suasana yang tadinya riuh rendah terhenti seketika menjadi sunyi sepi setelah jeritan Kris mendapat perhatian semua orang yang berada di dalam dewan itu.

 

Kris berlari ke arah bilik salinan pakaian dengan lajunya, diikuti Chen dari belakang  bersama Kai adik kandung Kris. Pintu dikuak oleh Kris dengan pantas akan tetapi tiada sesiapa di dalam bilik salinan pakaian itu.

 

Kris menahan marah dan sebak di hatinya, tangannya mula mengigil kerana dia tidak menyangka wanita yang disayanginya akan pergi meninggalkan dirinya sewaktu hari bahagia mereka sedang menanti kehadiran mereka. Kris terduduk di atas lantai sambil mengalirkan air mata kerana dia tidak percaya apa yang sedang berlaku ketika itu.

 

Seluruh badannya seolah-olah tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Semuanya turut hilang bersama kekasihnya yang pergi meninggalkannya tanpa sebab. Kai datang menghampiri, Wu Yi In yang dipanggil Kai itu hanya mampu menepuk-nepuk bahu abang kandungnya itu memberikan semangat dan sokongan.

 

 

 

 

~~~

 

 

 

 

 

8 March 2015

 

10 tahun sudah berlalu, peristiwa itu masih bermain di minda Kris. Masih segar di ingatannya, wanita yang dicintai pergi tanpa sebab dari majlis perkahwinan mereka. Sejak dari hari itu, Kris tidak pernah bersua muka dengan wanita tersebut. Kris memandang ke arah langit, pandangannya sayu menitir rindu yang semakin menebal di dada.

 

"Jessica..." jerit satu suara membuatkan Kris menoleh pantas mencari kelibat manusia bernama Jessica. "Jessica! Kan mama dah cakap, jangan berlari tengok sekarang habis luka. Tu lah degil, lari lagi." marah seorang ibu kepada anaknya yang bernama Jessica. Kris hanya tersenyum pahit melihatkan anak kecil itu menangis teresak-esak. Imbasan tentang wanita dicintainya kembali semula.

 

 

 

 

 

~~~

 

 

 

 

9 Mei 2003

 

"Oppaaaa!" jerit satu suara sambil berlari anak ke arah Kris yang sedang menunggu di depan keretanya. Sampai saja di hadapan Kris, wanita itu tercugap-cugap sambil membongkokkan badannya kerana letih berlari. "Saya betul-betul minta maaf, sebab lambat." kata Jessica lalu terbatuk kecil akibat terlalu penat.

 

"Tahu tak?" Kris bersuara membuatkan Jessica mengangkat keningnya dan memandang tepat ke arah Kris yang sedang memeluk tubuh di hadapannya itu. "Kita dah lambat untuk date ketiga kita. Awak buat apa lambat sangat keluar kelas?" tanya Kris sambil membuat muka merajuknya.

 

"Alolo, saya pergi bantu cikgulah encik Wu Yi Fan yang tak comel." Jessica mengembungkan pipi Kris dengan kedua-dua belah tangannya. 

 

"Tolong cikgu? Cikgu mana? Siapa nama? dan umur berapa?" tanya Kris dah macam pegawai polis abis semua dia mahu siasatnya.

 

"Haha, oppa ni sejak bila jadi pegawai polis? Tadi kata dah lambat nak date? Jomlah." kata Jessica selamba lalu dia menghampiri pintu kereta di sebelah tempat pemandu dan masuk ke dalam kereta tanpa mengendahkan Kris yang sudah membuat muncung seperti itik di hadapan keretanya itu.

 

"Orang tanya, bukan nak jawab." marah Kris walaupun marah nadanya tetap lembut sambil masuk ke dalam keretanya di bahagian pemandu. Jessica hanya tersenyum sambil mengelengkan kepalanya.

 

"Oppa tak perlu takut sebab hati saya dah dicuri dan orangnya ialah oppa." kata Jessica manja lalu menarik hidung Kris lembut.

 

"Jangan sentuhlah." Kris masih merajuk dengan kekasihnya.

 

"Ish, saya perempuan ke oppa yang perempuan ni? AIH apalah nasib kau ni Jessica dapat pakwe macam mak nyah." sindir Jessica membulat mata Kris kerana Jessica memanggilnya Mak Nyah... 

 

"Apa?" Kris memberhentikan keretanya di tepi jalan lalu dia memandang ke arah Jessica dengan pandangan tajam. "Saya lelaki aslilah. Pandai-pandai je cakap saya mak nyah." kata Kris lalu menjeling Jessica.

 

"Haha, dah tu merajuk kalah perempuan?" tanya Jessica sambil ketawa geli hati.

 

"Amboi, ketawa ya?" tanpa segan silu tangan Kris segera naik ke pinggang Jessica dan mengeletek pinggang kekasihnya itu sehingga terjerit-jerit Jessica di dalam kereta akibat geli digeletek.

 

 

 

 

 


~~~

 

 

 

 

 

 

8 March 2015

 

Kris mengelap air matanya saat tersedar dari lamunannya sendiri. Suasana bising tadi kini perlahan-lahan menjadi sunyi sepi. Patutlah dia merasakan ada air banyak membasahi tubuhnya. Rupanya hari sudah hujan, dirinya berada dalam keadaan nasah akibat tidak berlindung di tempat yang teduh.

 

Kris berjalan pergi meninggalkan kawasan yang banyak meninggalkan kenangan manis antara dirinya dan jessica. Dalam perjalanan mahu pulang ke rumah, Kris baru tersedar yang dia bukan menuju ke rumah malah menuju ke sebuah taman tema. Kris memberhentikan langkahnya lalu mengalihkan pandangan ke arah taman permainan tersebut. Bayang dirinya dan Jessica berada tidak jauh dari Kris sedang memakan ais krim dengan gembiranya.

 

 

 

 


~~~

 

 

 

 

 

3 April 2004

 

"Oppaa, nanti kalau kita kahwin. Kita buat dekat sinilah." kata Jessica sambil memakan aiskrim coklat kegemarannya sehingga comot mulut dibuatnya.

 

"Eh, orang bagi tempat cantik-cantik nak dekat taman juga. Tak faham betul." dengus Kris perlahan. Jessica memcebik bibirnya.

 

"Apa salahnya? dekat sinilah juga tempat pertama kali kita berjumpa. Tak ingatlah tu." kata Jessica membuatkan Kris memandang ke belakang memandang taman tema itu. 

 

"Ah, Budak yang jerit ketakutan naik roler coster tu awak ke?" sengaja Kris, mahu mengusik wanita di sebelahnya itu.

 

"Hey!!" marah Jessica lalu aiskrim yang dipegangnya cuba disuakan ke muka Kris. Apabila Kris menoleh ke arahnya mulalah aiskrim itu melekat pada wajahnya dengan serta merta Jessica bangun mahu melarikan dirinya sambil ketawa geli hati. 

 

"Tunggu..." kata Kris yang juga turut bangun dan mengejar Jessica di sekeliling taman tersebut.

 

 

 

 


~~~

 

 

 

 

 

8 March 2015


Sekali lagi air mata Kris menitis. Memang sakit apabila mengingati kenangan tersebut. "Kenapa kau tipu aku Jess?" tanya Kris sendirian apabila dia tidak dapat menahan sebaknya lagi. Hujan mulai berhenti, Kris pulang ke rumah dan sewaktu masuk ke dalam rumah. 

 

"Hyung, tak ambil Krystal ke?" tanya Kai membuatkan Kris tersentak.

 

"Krystal?" bisik hati Kris apabila teringat nama itu dia terus menepuk dahinya. 

 

"Hyung terlupa. Adoi." kata Kris.

 

"Aih hyung ni. Hyung nak pergi ambil ke saya yang ambil?" tanya Kai yang semenangnya sudah bersedia hendak keluar dari rumah.

 

"Kita pergi ambil sama-samalah. Malam ni kan malam tahun baru, hyung nak bawa dia jalan-jalan." kata Kris sambil mngukirkan senyumannya kepada adiknya itu. Kai hanya mengangguk memandangkan dia juga mahu bersuka ria bersama rakan-rakannya jadi jika dia yang bawa Krystal pasti terab

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
twenty-six
#1
Chapter 1: Annyeong, cerita ni dah complete eh? Hurm, tak tahu nak cakap apa. Permulaan dan ending agak baik sbnrnya. Utk yg tengah2 tu, sy ada beberapa soalan...

Jess mengandung slps setahun peristiwa rogol tu? Dan...lepas kena langgar, dia lumpuh tapi kandungan tak terjejas?

Sori kalau soalan2 di atas melukakan hati awk. I'm just curious, as a reader.

Anyway, never give up! Trust me, I've been following your works, and it's just getting better and better!
mynameisNARA
#2
Chapter 1: Omo ... best cita ni.. serious ... xtipu..
Good luck for future
little-deer
#3
Chapter 1: Baru habis baca. Dan akak kena mengaku yang akak sukakannya!
Oh pasal poster tu takda hal lah :D Bila tengok balik, macam serabut je. Haha.
Akak upvoted! Wish you the best Yana untuk contest ni. Hwaiting!
GreenDecember #4
Chapter 1: Oh my god...awk pandai buat cerita, sy dah menangis nie...sedihnya...tp at least kris ada krystal sbgai penganti jessica....
~T_T~
Good luck for contest
bhcy0506
#5
Good to the luck yana ^^ will read it as soon you updated.
ShiningStar99 #6
Good luck akak! ^0^