The Cherry Blossom Tree

Take My Hand
Please Subscribe to read the full chapter

 

Pagi yang menggerunkan bagi Nahyun. Dia bakal menjejakkan kakinya ke sekolah baru. Tiba sahaja di pintu pagar sekolah, terpapar jelas deretan huruf yang membentuk perkataan Namshin High School.

Nahyun mengambil nafas dan memulakan langkah pertamanya memasuki sekolah baru tersebut. Kelihatan di keliling ramai pelajar memandang ke arahnya. Puncanya adalah Nahyun masih memakai uniform sekolah lamanya.

Agak kekok bila dipandang sebegitu. Namun digagahkan juga diri untuk menyelesaikan urusan pertukaran sekolahnya.

Selesai sahaja urusan kemasukkannya, dia mula mencari kelas yang telah ditetapkan mengikut panduan yang telah diberikan oleh guru kelasnya sebentar tadi. Teragak-agak dia untuk masuk ke dalam kelas itu.

Perlahan dia membuka pintu kelas. Semua mata di dalam kelas itu kini tertumpu ke arahnya. Nahyun menoleh pula ke arah guru yang berada di dalam kelas itu. Senyuman manis dilemparkan kepadanya. Debar di dadanya mulai berkurangan apabila dia diminta masuk oleh guru itu.

"Baiklah kelas. Saya perkenalkan kepada kamu semua pelajar baru. Silakan Nahyun." Guru itu melemparkan lagi senyuman manisnya. Nahyun membalas kembali senyuman itu. 'Haih saesongnim. Kalau Hyun lelaki mesti Hyun boleh fall inlove dengan saesongnim'.

"A-Anyeonghaseyo. Cheonun Kim Nahyun imnida. Harap awak semua boleh beri tunjuk ajar kepada saya." ucapnya setelah memberi tunduk hormat. Dia memandang ke arah pelajar kelasnya yang masih mendiamkan diri. 

"E-Err. Nahyun-shi awak boleh duduk di sebelah Yukwon." Guru tersebut menunjuk ke arah kerusi kosong yang berada di belakang bersebelahan dengan seorang pelajar lelaki. 'Hmmm. Yukwon.' 

Nahyun menuju ke arah mejanya. Lantas kerusi ditarik dan terus dia duduk. Pandangan dari pelajar lain mesih tertumpu kepadanya. Dia cuba menoleh dan senyum. Cuma segelintir sahaja yang membalas senyumannya.

Dibiarkan sahaja mereka. Nahyun lantas menoleh ke arah Yukwon yang sedang memerhatikannya.

Dia menelan air liur memerhati Yukwon kembali. Yukwon lantas tersedar dan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Sesi pembelajaran mereka bermula dengan subjek Matematik. "E-Err.. Yu-Yukwon" Yukwon menoleh apabila namanya dipanggil.

"Hmmm ?" terkebil-kebil Nahyun untuk berkata-kata. "Buku takde lagi eh?" Yukwon bersuara lagi. Nahyun hanya mengangguk. "Nah! Kita kongsi." Yukwon meletakkan buku itu ditengah-tengah meja. "Thanks Yukwon." Nahyun berkata.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet