1/1

Sick Enough To Die

Aku Kim Seokjin,seorang pesakit tetap di hospital ni.Sepanjang 23 tahun aku hidup,kebanyakan waktu aku luangkan di hospital.Semua doktor dan jururawat di sini aku kenal,termasuk pesakit sekali kalau boleh.Macam pelik je kan? Walaupun aku tau yang aku ni boleh mati bila-bila masa je,aku tetap friendly dengan semua orang.

 

Aku tinggal di wad peribadi,membuatkan aku selalu keluar untuk mencari teman berbual.Sudah berkali-kali doktor memarahi aku kerana keluar wad tanpa memberitahu sesiapa.Tapi aku tetap keluar.Heh,aku ni degil juga rupanya...

 

Sejak dua tahun lepas,aku sering dilawati oleh seorang lelaki.Yang umurnya mungkin sebaya dengan aku.Setiap hari dia akan datang bersembang atau bermain permainan dengan aku sampai la waktu melawat habis.Jururawat bertugas tak pernah pun datang panggil dia untuk memberitahu dia bahawa waktu melawat sudah tamat jika dia lewat.

 

Aku pelik,aku tak kenal pun dia tapi dia kata dia kenal aku.Bila aku tanya nama dia,dia hanya tersenyum lalu berkata: "Tak perlu tahu pun tak ape... Asalkan aku kenal kau"

 

Oh,lupa pula nak cakap pasal penyakit aku.Penyakit aku ni tiada nama atau lebih senang,penyakit yang tak diketahui.Tak ada sesiapa pun yang tau apa penyakit aku ni dan ubatnya juga tak pernah wujud.Mungkin aku orang yang pertama menghidap penyakit ni agaknya?

 

Organ dalaman aku akan mereput atau hancur dan sama juga la dengan di otak aku ni.Macam mana boleh jadi macam tu pun aku tak tau.Memori aku pula sedikit demi sedikit akan menghilang sehinggalah tiada apa-apa lagi yang tinggal dalam diri aku ni.

 

Disebabkan itu la,aku mempunyai sebuah buku nota kecil. Aku selalu membawanya ke mana-mana.Buku nota tu penuh dengan nama-nama orang yang aku kenal termasuk keluarga aku.Aku menulis sebegitu supaya jika aku terlupa akan seseorang,aku boleh merujuk buku nota ni.

 

Tapi,ada beberapa muka suratnya telah dikotori dengan tompokan darah sehingga tak menampakkan apa-apa langsung di atasnya kecuali darah yang sudah kering.Aku sudah tak ingat macam mana muka surat itu boleh kotor... Tapi harap-harap supaya ianya berkaitan seseorang yang tak penting buat aku.

 

 

 

Aku ni tak makan mana pun.Sebab aku selalu muntahkan darah apabila selepas makan.Dan masa itu la lelaki misteri akan mengusap-usap belakang aku lembut.Dia tak memberi reaksi apa-apa apabila melihat aku memuntahkan darah dengan banyak.Hanya ayat-ayat yang mampu menenangkan hati aku dituturkan olehnya.

 

Bahkan,pernah suatu masa itu,aku termuntahkan darah di atas bajunya.Dia tak terkejut,malah langsung tak menunjukkan riak muka seperti geli ataupun marah.Dia hanya tersenyum pahit lalu ke tandas untuk membasuh bajunya.Aku rasa bersalah padanya.

 

Tapi dia juga la yang menenangkan aku walaupun sepatutnya aku yang meminta maaf kepadanya.Aku tersangat la berterima kasih kepadanya.Dia sentiasa ada di sisi aku dan menjadi kawan yang baik buat aku.Aku tertanya-tanya,adakah aku pernah mengenali lelaki itu dahulu?

 

 

 

•••

 

 

 

Tadi aku terdengar perbualan doktor yang merawat aku bersama doktor yang lain.Mereka mengatakan bahawa keadaan kesihatan aku semakin teruk dan mungkin sudah tak mampu dirawat lagi.Mereka menjangka aku mungkin akan 'pergi' pada subuh esok.

 

Aku tau masa ni akan tiba juga suatu hari nanti.Aku tak terkejut,aku tak menangis,aku terima semua ni setenang yang mungkin.Kerana aku tau,inilah jalan cerita hidup aku yang sudah tertulis.Cuma... Aku rindukan lelaki itu... Lelaki yang telah menjadi kawan baik aku sepanjang aku di sini.

 

Lelaki itu juga la yang telah memberi aku semangat.Aku harap aku dapat jumpa dia buat kali terakhir.Hanya sekali saja lagi... Aku merayu... Tolong la Tuhan...

 

 

 

Malam itu,kesakitan mula dapat dirasai di seluruh tubuh aku.Rasa seperti berpuluh-puluh orang telah menumbuk badan lemah ni.Aku hanya terbaring di atas katil,menanti waktunya untuk tiba.Dan tanpa disangka-sangka,dia datang ke wad aku pada malam itu juga.

 

Aku tersenyum gembira apabila melihat wajah tenangnya.Tetapi aku langsung tak memberitahunya tentang kemungkinan pemergian aku.Tak terlintas walau sedikit pun di fikiran aku untuk memberitahunya.Dia menghampiri aku lalu mengusap-usap rambut hitam aku.

 

Mukanya kelihatan seperti dia sedang menahan tangis.Seolah-olah dia sedang menahan air mata yang sudah terlalu lama ditahan.Dengan suara yang bergetar,dia telah memberitahu aku namanya.Min Yoongi,atau lebih aku kenali,Suga.

 

Tiba-tiba dada aku terasa sebak.Yoongi... YOONGI!! Hati aku menjerit sekuat yang boleh.Aku ingin memeluknya,tapi aku sudah tak berdaya untuk melakukan apa-apa.Air mata aku deras mengalir di tepi kepala hingga membasahkan bantal.Tapi aku sudah tak kisahkan semua tu.

 

Yoongi...dia adalah kawan baik aku.Dia telah meninggal kerana hendak menyelamatkan aku daripada dilanggar lori dahulu... Macam mana... Macam mana aku boleh terlupa pada seseorang yang begitu penting dalam hidup aku?! Kami berkawan sejak dari kecil dan aku telah melupakannya hanya dalam tak sampai seminit kami berjauhan...

 

Dia memeluk aku dengan erat seperti dia memahami apa yang aku inginkan sekarang.Dalam tangisan,aku ketawa.Rupa-rupanya,selama ini di hanya hendak menemani aku... Kawan baik aku...sentiasa ada di sisi aku...

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
damonsfriend
#1
Chapter 1: jgn buat den emo hahaha
kenjin
#2
Omo sedihnya!!tak sangka la
mpreggoland
#3
Chapter 1: wah tragis dan sedih la citer ni~