Hello Hello~

Description

 

Di dormitary FT Island....

"ANDWAE!!!" jeritan Hong Gi yang begitu lantang memecah kesunian malam.

"Mengapa ni Hong Gi??" "Awak okey ke?" "Awak dibasahi peluh macam baru mandi", soal Jong Hoon tertanya tanya lantas bergegas mendapatan Hong Gi.

"Oh, saya tak apa-apa..." balas Hong Gi.

"Terperanjat saya tadi. Ingatkan ada gempa bumi tadi! Nol Jinjjia!!" "Awak ni kacau je mimpi indah saya dan... Oops, rahsia! ^^" "Awak pasti awak okey?" tanya Jonng Hoon lagi. Sebagai ketua band, dia sangat prihatin tentang Hong Gi dan ahli-ahli band yang lain.

Hong Gi cuma diam dan mengangguk-anggukkan kepalanya sahaja. "Ne, meanhae... Saya tak berniat nak ganggu tidur awak. Lagipun, esok kita ada photoshoot dari awal-awal pagi lagi. Cheongmal meanhae. Awak pergilah sambung tidur dahulu," balas Hong Gi.

Setelah beberapa ketika Hong Gi  masih tidak mampu melelapkan matanya. Dia termenung melihatkan sekitar biliknya yang dikongsi bersama Jong Hoon itu.

Tragedi yang berlaku 10 tahun lalu masih segar di ingatannya. Kadang-kala, ketika dia nyenyak tidur diulit mimpi nan indah, dia terasa seakan-akan masih terhidu bau asap. Dia terasa umpama diselubungi asap tebal yang memedihkan. Dadanya terasa sesak secara tiba-tiba. Hong Gi bingung memikirkannya.

* * * * *

10 tahun lalu....

"Ring! Ring!!", terdengar deringan handphone Hong Gi. "Yoboseyo?" Hong Gi bingkas bangun untuk mendapatkan handphonenya lalu menjawab panggilan tersebut.

"Annyeonghaseyo. Yah, Hong Gi! You are under arrest."

"Wea??" Hong Gi tertanya-tanya.

"Na no ye girlfriend la...."

"Bo? Hye Jeon??" "Itu awakkah? Awak kedengaran sungguh lain!" tambah Hong Gi.

"Ne? Sayapun tak tahu," balas Hye Jeon.

"SURPRISE!!! Inilah surprise saya untuk awak. Hari ini saya nak hadiahkan diri saya untuk awak." "Bukalah pintu rumah awak," pinta Hye Jeon.

Hong Gi berlari menuju ke pintu rumahnya lalu membuka pintu.

"Sengil chukahae, Hong Gi! ^^" ucap Hye Jeon.

"Ahh! Aegyo..." "Mana dia hadiah saya?" "Palli! Saya tunggu ni," tanya Hong Gi lalu menutup matanya.

"Muahh!" Hye Jeon terus memberikan ciuman manjanya di pipip Hong Gi.

Hong Gi terkesima lalu membuka matanya. Kedua-dua mereka berpandangan antara satu sama lain.

"Wah! Nan haengbokhangol...." Hong Gi memecahkan kesunyia antara mereka berdua.

Hye Jeon hanya tersenyum sahaja. Tanpa berlengah, dia terus menarik tangan Hong Gi mengajaknya pergi.

"Nanti dulu, kita nak ke mana ni?" tanya Hong Gi.

"Datinglah! Hari inikan birthday awak. So, saya nak awak jadi insan yang paling bahagia pada hari ini," balas Hye Jeon dengan ceria.

Keceriaan dan kebahagiaan jelas terpancar dari wajah Hye Jeon. Hong Gi berasa begitu bertuah. Dia berharap agar dia dapat terus menatap wajah buah hati kesayangannya itu.

* * * * *

Di sebuah restoran di Seoul....

Bersaksikan kek hari jadi Hong Gi, Hye Jeon telah menyanyikan lagu hari jadi buatnya.

"Sengil chuka hamnida...

Sengl chuka hamnida...

Sengil chukahae Hong Gi...

Sengil chuka hamnida!! ^^"

"Palli! Buat wish awak," pinta Hye Jeon. Hong Gi pun menutup matanya dengan begitu rapat dan membuat wish dengan penuh rasa berharap.

"Apa yang awak wish Hong Gi?" tanya Hye Jeon.

".... Saya harap hanya sayalah satu-satunya boyfriend awak." "Saya harap, walau 10 tahun selepas ini, awak tetap akan jadi girlfriend saya. Meskipun kita selalu berjauhan, saya tetap sayang awak, tau!!" balas Hong Gi.

"Yes, sir!" gurau Hye Jeon dengan perfect eye smile. "Saya harap pada masa akan datang, awak akan jadi seorang penyanyi yang berjaya." "Awak mempunya dulcet voice!" balas Hye Jeon dengan senyuman. Punca dia jatuh cinta pada Hye Jeon.

* * * * *

Sebelum mereka pulang dari restoran tersebut....

"Hye Jeon, hari ini kita pulang bersama, ya." "Biar saya hantar awak." "Will you excuse me for a while?" kata Hong Gi.

"Okey! Saya tunggu di sini saja..." Hye Jeon cuma menurut.

Hong Gi telah keluar buat seketika untuk mendapatkan hadiahnya buat Hye Jeon. Biarpun hari itu merupakan hari jadinya, tapi dia sendiri memberikan hadiah buat Hye Jeon. Itu sudah menjadi kebiasaan buat Hong Gi setiap kali mereka kaluar bersama. Hal ini kerana dia sangat mengasihi Hye Jeon. Dia turut gembira apabila melihat kegembiraan bersinar di mata Hye Jeon.

Seketika kemudian, apabila dia kembali ke restoran tersebut yang terletak di tingkat atas bangunan itu, dia ternampak asap berkepul-kepul di sekitar restoran tersebut.

Tanpa berlengah, Hong Gi terus berlari menyelamatkan kekasihnya di dalam restoran tersebut. Orang ramai berpusu-pusu berlari keluar dari restoran teresebut. Jeritan dan teriakan orang ramai begitu hingar-bingar, membingitkan lagi telinganya.

Namun begitu, dia percaya Hye Jeon masih berada di dalam. Meredahi kepulan asap yang menebal dan api yang membara, dia berusaha mencari Hye Jeon. Namun usahanya menemui kegagalan.

Api semakin marak, Hong Gi pula gagal menemui jalan keluar. Mujur datang seorang ahli bomba datang memberikan bantuan.

Hong Gi bingung memikirkannya. Setelah kejadian itu berlalu, dia masih tidak berputus asa mencari Hye Jeon. Dia cuba menghubungi Hye Jeon, namun panggilannya tidak berjawab. Pihak omba  pula melaporkan tiada mangsa yang bernama Hye Jeon.

* * * * *

Setelah beberapa  tahun berlalu, Hong Gi telah berusaha keras demi memantapkan karier nyanyiannya. Dia telah bertekad untuk menjadi seorang penyanyi yang terkenal. Dia telah debut dengan sebuah band yang diberi nama FT Island.

Dia tidak sekali-kali berputus asa sebaliknya meneruskan impian Hye Jeon agar dia menjadi seorang penyanyi. Dia ingin terus menyanyi kerana dia mahu Hye Jeon mendengar suaranya walau di mana dia berada.

* * * * *

10 tahun berlalu.... ketika Hong Gi berada di airport.

Hong Gi baru sahaja pulang dari Jepun. Dia dan bandnya baru sahaja mangadakan konsert di Saitama Super Arena. Hong Gi telah pulang terlebih dahulu berbanding bandmatenya yang lain atas urusan penggambaran drama. Kini, dia bukan sahaja seorang penyanyi yang terkenal, malah dia juga sering memegang watak utama dalam drama-drama popular Korea.

Tiba-tiba, seorang wanita telah terlanggar bahu Hong Gi. "Meanhae," wanita tersebut meminta maaf dan berlalu pergi. Senyuman yang dilemparkan oleh wanita tersebut amat dikenalinya.

Tanpa berlengah, Hong Gi terus mencari wanita itu di sekitar kawasan tersebut. Namun begitu, wanita tersebut sudah tidak kelihatan. "Mungkin saya tersalah orang," kata Hong Gi di dalam hati. "Tapi itu macam dia.... Aisshh!!" Hong Gi mula naik bengang.

Semenjak kejadian tersebut Hong Gi kerap-kali mengigau akan kekasih lamanya Hye Jeon. Kadangkala, dia sampai meracau-racau menyebut nama Hye Jeon. Lebih memburukkan lagi keadaan, masalah yang pernah dihadapinya setelah kejadian kebakaran 10 tahun lalu berulang kembali. Ketika dia tidur, dia sering mengalami kesukaran bernafas.

Hal ini telah membimbangkan Jong Hoon, ketua band tersebut. Namun begitu, dia tetap membantu Hong Gi merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan orang lain. Hong Gi tak mahu orang lain bimbang terhadapnya. Dia tidak mahu mengganggu perjalanan aktiviti band tersebut.

* * * * *

Beberapa tahun berlalu.... Ketika Hong Gi sedang berjalan-jalan di Myeongdong.

Hong Gi telah terserempak dengan wanita yang disangka Hye Jeon itu. Dia terus menggam erat tangan wanita tersebut. "Kkeokjeongmara!" dia tidak mahu melepaskan genggamannya.

"Saya kenal awak. Awak tak kenal saya ke?" tanya Hong Gi kepada wanita tersebut yang sentiasa memakai winter cap untuk menutup kepalanya.

"Maaf, encik." "Saya tak kenal awak," wanita tersebut minta dilepaskan.

"Ring! Ring!!" tiba-tiba handphone Hong Gi berdering. Hong Gi menjadi gelabah apabila apabila mendapat panggilan. Dengan tidak semena-mena, wanita itu berjaya melarikan diri.

Hong Gi telah terlepas satu peluang untuk mendekati wanita tersebut. "Mungkin bukan nasib saya..." keluh Hong Gi setelah menjawab panggilan tersebut.

* * * * *

Ketika recording di studio....

"Hyung, ini ada hadiah untuk awak." "Mungkin daripada peminat," kata Min Hwan, maknae grup tersebut. Hong Gi yang begitu excited terus membuka hadiah tersebut.

Di dalam kotak yang dibalut dengan kertas pembalut hadiah bercorak candies itu terdapat sebuah MP3. Hong Gi terus mencuba MP3 tersebut. Di dalamnya diisi dengan beberapa rekod suara. Dia mendengarnya satu per satu.

"Hong Gi, maafkan saya. Saya tak berniat nak lukakan hati awak dengan berpura-pura tidak mengenali awak. Meanhae... Masa tak panjang buat saya. Hari ini saya perlu berangkat ke Jepun."

"Hong Gi, saya tak mahu memberikan harapan palsu buat awak. Sejujurnya, pinta saya ialah awak tinggalkan je lah saya. Kita tak mungkin bersama. Kita hanya mambu bersatu.... dalam fiction, haha!"

"Biar saya terangkan perkara yang sebenar. Saya telah hilang ingatan selepas kejadian 10 tahun lalu. Omma dan appa tak tahu akan hubungan kita. Sayapun memang tak berjaya nak recall apa-apa."

"Baru-baru ini saya telah mengalami kemalangan. Ingatan saye dah kembali pulih. Saya telah kembali ke Korea. Saya dapat tahu awak berada di airport jadi saya telah mengambil tindakan berani demi mendekati awak. Saya telah berpura-pura terlanggar awak! Cheongmal meanhae..."

 

"Malam ini saya akan pulang ke Jepun dengan menaiki flight pada jam 8.00 p.m. Saya harap...... Kita dapat berjumpa buat kali terakhir..." voice records itu pun terhenti.

Hong Gi terus memandang jam di dinding studio, "Alamak! Dah pukul berapa ni?" Jam telah menandakan tepat pukul 6.00 p.m. Hong Gi mencapai jaket dan terus beredar menuju ke airport.

* * * * *

Setibanya di airport....

Hong Gi tercari-cari akan Hye Jeon. Setelah ternampak kelibat Hye Jeon, dia terus memeluk Hye Jeon tanapa memikirkan paparazi lagi.

Hong Gi bertanya kepada Hye Jeon, "Hye Jeon, ah... Kita baru sahaja berjumpa. Kenapa awak sudah hendak pergi meninggalkan saya? Wea??"

Hye Jeon melepaskan dakapan Hong Gi. Katanya, "Hong Gi, awak carilah kekasih lain." "Tinggalkan saya!" pinta Hye Jeon dengan linangan air mata.

Hong Gi terkesima. Dengan tatapan mata yang tajam, dia menyoal kembali Hye Jeon, "Kenapa awak ckp macam ini?".

Tanpa sebarang kata, Hye Jeon hanya berjalan dengan langkah yang sugul menuju ke suatu sudut yang private.

"Hong Gi," Hye Jeon telah menanggalkan winter cap yang dipakainya. Sehelai rambutpun tiada. "Sebagaimana kurangnya rambut di atas kepala saya, begitu jugalah hayat saya," kata Hye Jeon.

Mata Hong Gi bergenang dengan air mata. Dia  begitu sebak sehingga tidak mampu berkata apa-apa. "Andwae..... Andwae..." "Wea? Why is it always like this?" Hong Gi menangis teresak-esak.

Hye Jeon cuma terdiam kaku. Dia kembali menutupi kepalanya dengan cap tersebut.

Hong Gi mengeluarkan handphonenya dan terus membuat panggilan kepada pengurusnya. "Anyeonghaseyo, Pengurus Hwang,  saya perlu bercuti untuk beberapa minggu atas urusan peribadi." 

Hye Jeon tergamam mendengarnya. "Hong Gi, ya?" "Pergilah bercuti." "Saya rasa awak perlu bercuti kerana awak kelihataan sungguh exhausted." "Jangan risau. Hal-hal lain saya pasti akan uruskan. Yang penting, awak jaga diri," pengurus Hwang mengakhiri bicara. 

"Kamsahamnida... " Hong Gi terus memutuskan talian. 

* * * * *

"Hye  Jeon,  saya telah mengambil cuti." "Biarlah saya menemani awak meniti sisa hidup ini," kata Hong Gi. 

Hye Jeon tidak mampu berbicara apa-apa. Sesungguhnya dia  juga amat memerlukan Hong Gi d sisinya pada ketika itu. 

Merekapun  berangkatlah ke Jepun.

* * * * *

Di sebuah hospital di Jepun....

Keadaan Hye Jeon semakin tenat. Dia terpaksa dimasukkan ke hospital.

Hye Jeon yang lena telah terjaga. Dia memandang Hong Gi  yang sedang lena di sisinya. dia hanya menatap Hong Gi dengan matanya yang sudah kian hilang sinarnya. Namun begitu, pandangan tersebut penuh dengan kasih sayang.

Tiba-tiba Hong Gi terjaga dari lenanya. "Hye Jeon, awak dah lama bangun?" "Meanhae... Saya tertidur pula." "Awak nak apa-apa?" tanya Hong Gi.

"Hong Gi, .... Saya nak gula-gula kapas," balas Hye Jeon ringkas. 

"Okey, awak jangan banyak bergerak. Nanti awak penat," pesan Hong Gi kepada Hye Jeon. 

Sebelum brlalu pergi,  mereka berpandangan antara satu sama lain dengan pandangan yang penuh makna.

"Hye Jeon, dengan keadaan awak sekarang, susah  saya susah nak tinggalkan awak walau untuk seketika," kata Hong Gi.

"Hong Gi, bagi saya awak umpama gula-gula kapas. Awak sungguh manis dan membawa kegembiraan." "Nan haengbokhangol. Tapi saya tidak puas mengunyahnya... " kata Hye Jeon dengan suara yang semakin kurang jelas didengari.

Hong Gi terus keluar untuk menunaikan permintaan Hye Jeon itu.

* * * * *

Beberapa minit kemudian....

Sebaik sahaja Hong Gi masuk ke wad Hye Jeon, dia terlihat akan Hye Jeon yang bergelut menghadapi kematian. Mata Hye Jeon tertutup rapat sehinggakan dia tidak menyedari kehadiran Hong Gi di situ.

"Hye Jeon, ini saya bawakan gula-gula kapas untuk awak," kata Hong Gi, dia tidak sanggup melihat keadaan Hye Jeon  begitu. Dia terus memanggil doktor. 

Hye Jeon berusaha membuka matanya untuk melihat Hong Gi buat kali terakhir. "Hong Gi, annyeong..." ucapnya dengan senyuman yang kian pudar.

Hong Gi menggenggam erat tangan Hye Jeon. Air matanya mengalir membasahi pipinya. Hye Jeon menghembuskan nafasnya yang terakhir. 

"Andwae!!!" teriak Hong Gi. Dia mengucup dahi Hye Jeon. "Nah. Ini adalah payback untuk 10 tahun lepas."

* * * * *

"Hu, hu...." terdengar suara tangisan seorng wanita teresak-esak. 

Hong Gi membuka matanya perlahan. Dia terlihat akan Hye Jeon.

"Biar betul ni!" bisiknya dalam.

Sebaik sahaja terrlihat Hong Gi membuka matanya, Hye Jeon terus memeluk erat Hong Gi. "Hong Gi! Saya tidak akan tinggalkan awak lagi!"

Hong Gi terpinga-pinga. Dia masih tidak faham akan situasi sebenar. "Saya kat mana ni?" tanya Hong Gi.

Ketika itu, Jae Jin yang turut berada di situ menjelaskan perkara yang terjadi. "Hyung, awak  pengsan di airport semalam. Nasib baik Jong Hoon hyung dah suruh saya ekori awak. Dia risau sangat tau!" "Perkara ini dah kecoh," tambahnya lagi.

"Dah sehari suntuk awak terbaring kat sini." "Risau saya tau..." kata Hye Jeon.

"Alah.... Baru sehari," balas Hong Gi.

Hye Jeon naik berang. "Nol jinjia!!!"

Hong Gi mengusap manja kepala Hye jeon. "Eh, eh, rambut?" Semua yang berada di wad tersebut naik hairan mendengar kata-katanya.

The End

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet