Surat Merah

Dilarang Masuk

Detapan tapak kaki melangkah memenuhi ruang lorong. Langkahnya laju, mencelah di antara kerumunan pelajar lain. Seketika dia terlanggar bahu dengan beberapa pelajar lain.

“Kris!” Jackson memanggil. Suaranya sedikit tenggelam dalam suasana bingar sekeliling.

“Kris! Where u goin?” akhirnya Jackson berjaya mengejar lelaki tinggi lampai bernama Kris itu. Ditahannya lelaki itu di hadapan foyer fakulti.

“Whats up?” soal lelaki yang berasal dari Kanada dengan loghat inggerisnya yang unik.

“Haish, aku sebenarnya nak rekrut kau” Jackson menstabilkan nafas dan tersenyum gembira. Gembira kerana impiannya untuk menubuhkan kelab penyiasatan tersendiri akhirnya tercapai apabila dia mencapai kata putus dari pejabat persatuan universiti yang meluluskan proposalnya.

“Rekrut? For what? New club?” kening Kris terangkat kehairanan tetapi sedikit dapat membaca riak wajah Jackson yang merupakan rakan satu bidang yang sama selama dua tahun ini. Kunci kereta yang dipegang di hujung jari tadi lantas digenggam erat

“Bingo! Prososal aku untuk kelab penyiasatan yang aku nak tubuhkan tu baru saja dilu..”

“Not interested” Kris berpaling tidak berminat.

“Hey, dengar dulu” Jackson menahan lelaki Kanada itu.

“Apa lagi? kelab apa yang kau tubuhkan?” soal Kris dalam bahasa Korea yang masih belum dikuasai penuh. Jelas kelihatan dia malas melayan kerenah Jackson.

“Kelab penyiasatan. Full of mistery and action. Kelab aku ni baru lagi dan kami masih kekurangan ahli. Aku sebagai presiden kelab ni nak lantik kau sebagai salah seorang prokotol. Jangan risau, kau boleh pilih mana-mana jawatan yang kau mahu”

Kris tersenyum sinis. “Sejak bila kau berminat dengan siri penyiasatan ni? nak jadi detektif muda? Sorry tapi aku tak berminat”

“Yah Yah” Jackson menahan langkah Kris sekali lagi. “Aku sebenarnya memang dah lama minat dengan genre penyiasatan ni. aku peminat nombor 1 Sherlock Homes tahu! Tetapi sekarang aku benar-benar perlu sokongan kau sebab kalau dalam masa beberapa bulan, aku tak berjaya rekrut 100 orang ahli, kelab ini akan dibubarkan semula. It’s the rules. Come on tolong aku. Aku yakin kau akan suka kelab ni.

“Well~ apa kata kau cari orang lain je sebab kau tak akan boleh pujuk aku. Hmmm, maybe your wife sudi nak join kelab kau tu” Kris menepuk bahu Jackson berulang kali, sambil hujung jarinya menunjukkan ke arah seseorang yang baru keluar dari pejabat dekan.

“My wife?” dahi Jackson berkerut cuba menangkap maksud ayat Kris tersebut.

“Good luck dengan kelab kau” Kris lalu beredar meninggalkan Jackson yang masih terpinga.

“My wife?’ Jackson lalu memincingkan mata ke arah tempat yang ditunjukkan oleh Kris tadi. Kelihatan seorang perempuan yang dikenalinya sedang mengemas beberapa helaian kertas dalam fail di depan pejabat. Lalu Jackson tersenyum.

“Heo Youngji!”

Younji tersentak mendengar seseorang memanggil namanya. Berpusing dia mencari punca suara tersebut sebelum melihat kelibat Jackson menghampirinya.

“Jackson? Apa kau buat kat sini? Bukan ke kuliah kau semua dah tamat? Ingatkan kau dah balik ke Hong Kong untuk habiskan musim panas di sana”

“Congratulations” ucap Jackson sambil menghulurkan tangan.

“For what?” soal Younji naif dan keliru. Dia terpinga-pinga memandang huluran tangan Jackson itu.

“Anda dilantik menjadi setiausaha Kelab Penyiasatan yang Wang Jackson tubuhkan” ujar Jackson tersengih menampakkan giginya.

“What!!!”

>>>>>>>>>>>>>> 

Sinar cahaya pagi mengintai dari celah langsir. Sinar yang menghangatkan keadaan dalam bilik tersebut. Sinar yang menyentuh wajahnya lembut dan mengejutnya dari tidur dengan mesra. Perlahan-lahan Yubi membuka mata, pandangannya ditampar silauan cahaya matahari yang baru terbit terang. Anak matanya teralih pada kelibat seseorang di hadapannya, terbaring di sebelahnya. Wajah lelaki itu kelihatan samar-samar kerana biasan cahaya yang mengaburkan pandangan Yubi. Gadis berumur 22 tahun itu menatap wajah tersebut kerana dirasakan seperti wajah yang selalu dilihat. Wajah lelaki itu.

“Yahhh!!!”

“Argh!” Baekhyun mengaduh sakit apabila dia terjatuh dari atas katil. Badannya mencium lantai yang beralas karpet bercorak anime ‘Frozen’. “Apa kau buat ni?!” soalnya marah. Tidurnya terganggu dan badannya sakit disepak oleh Yubi.

“Aku yang patut tanya, apa kau buat dalam bilik aku?!” Yubi membalas dengan jeritan marah juga. Paginya yang sepatutnya indah bertukar kelam.

Baekhyun kemudian tersedar sepenuhnya dari mamai dan membuka mata luas. “Ah~ bilik aku bersepah sangat. Jadi aku datang tidur bilik kau” ujar Baekhyun sambil mengosok-gosok rambutnya. Dia memandang sekeliling dalam pandangan kosong sebelum bangkit bangun. Sempat dia mengurut punggungnya yang sakit ditendang Yubi tadi.

“Ahhhh~” Yubi merengek sambil menendang-nendang selimutnya. “Aku tak suka kau dekati tempat tidur aku. Bau kau busuk. Rambut kau busuk. Air liur basi kau busuk. Badan kau busuk”.

“Rambut kau yang busuk. Tilam kau memang dah busuk” Baekhyun mengulum senyuman melihat telatah manja Yubi. Dicapainya bantal kecil dan dilempar pada muka gadis itu.

Yubi menjeling tajam apabila mukanya terkena tepat lemparan Baekhyun tadi. “Encik Byun Baekhyun, daripada kita kecil sampai kita besar, mama dan papa dah bahagi semuanya sama adil, sama rata. Si adik ada bilik sendiri, si abang pun ada bilik sendiri. Jadi, boleh tak Encik Baekhyun gunakan kemudahan yang dah disediakan lengkap tu? Guna dan tidur di bilik sendiri, bukan menyemak kat bilik adik encik yang comel ni”

Baekhyun ketawa kecil mendengar hujahan adiknya itu. Dicapainya baju yang tergantung di kerusi belajar berdekatan katil. Baju yang semalam ditanggalkan dek kepanasan. Disarung laju, menutup badan yang terdedah.

“Bilik aku bersepah sangat, lagipun aku terlalu mengantuk untuk mengemas bilik. Jadi aku datang bilik kau dan tumpang tidur atas katil kau yang besar ni. Adik beradik kena saling bertolak ansur, terutamanya adik beradik kembar”

“Haish, kenapalah aku malang sangat dilahirkan sebagai adik kembar Byun Baekhyun” satu keluhan lemah keluar dari mulut gadis itu.

“Eh, kau adalah orang yang paling beruntung dalam dunia ni sebab jadi kembar aku. Lagipun aku adalah abang kembar yang paling baik. Mana nak jumpa abang kembar yang sanggup menjaga adik kembarnya masa cuti musim panas sekarang ni? aku satu-satunya di dunia” Baekhyun mengusap kasar rambut Yubi.

Yubi laju menepis tangan Baekhyun. “Kau akan jaga aku masa cuti summer ni?” membulat mata Yubi sambil membetulkan rambutnya yang serabai.

“Yup. Kau akan ikut aku pergi ke suatu tempat”

“Heol~ tak nak!” Yubi membentak.

“Dengar sini adikku sayang” Baekhyun mendekap pipi gebu Yubi. Terjuih ke depan bibir gadis itu apabila Baekhyun menekan pipinya rapat.

“Nak atau tak nak, kau kena ikut aku. Mama dengan papa dah pergi Paris untuk selesaikan masalah pelaburan pak cik kita. Jadi kalau kau tak nak aku mengamuk, baik kau dengar cakap aku. Lagipun aku dah janji dengan mama, supaya tidak perlu risau hal kau sebab aku akan jadi abang kembar yang terbaik dan jaga kau dengan penuh perhatian sepanjang cuti ni” nada Baekhyun kedengaran seperti gurauan tapi Yubi tahu maksud dalam setiap ayatnya. Gadis itu menelan air liur apabila memandang anak mata Baekhyun yang serius.

“Jadi ke mana kau nak bawa aku cuti summer ni?” soal Yubi dalam keadaan bibirnya masih menjuih ke depan. Dia tidak berani melawan.

Baekhyun lalu melepaskan tangannya yang tadi menekan pipi Yubi. “Kelab Sherlock ada kes baru. Kami dapat cabaran untuk selesaikan kes di sebuah villa. Aku dah cakap dengan Jonghyun yang aku akan bawa kau sekali. Kau hanya perlu berlakon sebagai ahli Kelab Sherlock je dalam beberapa hari sampai kes tu selesai. Jangan risau sebab aku akan sentiasa tolong kau”

>>>>>>>>>>> 

Angin di pelabuhan meniup sedikit hangat dari biasa. Berkibar-kibar baju kemeja nipis yang tersarung di badan. Cermin mata hitam memantulkan biasan sinar matahari. Langkah Suho berhenti di hadapan salah satu kapal yang tersedia di pelabuhan tersebut. Bunyi kocakan air di dengari jelas.

“Tuan muda” seorang lelaki lengkap memakai sut mendapatkan Suho. Gayanya formal dan segak kemas. Rambutnya disikat belah dua menampakkan dahinya yang luas dan sepasang cermin mata bulat terlekat di atas hidungnya.

“Semua persiapan dah lengkap?” soal Suho sambil menanggalkan cermin mata hitamnya. Gayanya persis seperti seorang model dalam majalah.

“Sudah tuan muda. Bila-bila masa sahaja kapal ini siap untuk dilayarkan” balas Pembantu Kwok dengan hemahnya. Pandangannya ditundukkan sedikit sebagai tanda hormat.

“Mungkin esok atau lusa, saya akan bertolak” Suho mengalihkan pandangan pada kapal layar di hadapannya. Kapal yang baru siap dibeli beberapa bulan lepas. Kapal yang canggih dan moden itu mengambil masa satu tahun untuk siap.

“Seorang?” tanya Pembantu Kwok tiba-tiba.

Suho ketawa kecil, lalu memandang Pembantu Kwok dengan senyuman sinis.

“Kalau Pembantu Kwok nak carikan peneman untuk saya pun bagus juga”

“Saya bukan apa Tuan Muda. Selalunya remaja lain sebaya Tuan Muda sering bersosial dan bertukar-tukar pasangan tapi saya lihat Tuan Muda tidak berbuat sedemikian”

“Terima kasih risaukan saya, tapi saya bukan jenis suka tukar-tukar pasangan. Bila saya jumpa perempuan yang saya suka, saya akan setia pada satu dan berusaha mendapatkannya. Cuma masa belum tiba dan perempuan tu belum muncul”

Tiba-tiba telefon pintar milik Suho berdering. Setelah melihat nama si pemanggil baru jarinya menekan tarik untuk menjawab.

“Ouh, Jackson ah~”

“Bila? Esok?”

Pembantu Kwok mengangkat muka, cuba membaca riak wajah tuan mudanya yang merupakan pewaris tunggal Syarikat Group Kim itu.

“Tuan muda ada rancangan lain?” soalnya semena ingin tahu selepas Suho mematikan panggilan.

“Nampaknya saya terpaksa batalkan rancangan untuk keluar belayar. Saya ada aktiviti kelab bersama Jackson.” Jawab Suho tenang sambil menyarung semula cermin mata hitamnya. “Oh ye Pembantu Kwok, tolong carikan maklumat mengenai Villa Chiyaki. Malam nanti serahkan pada saya”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Jonghyun duduk bersandar di atas kerusinya sambil menunggu ahli yang lain tiba. Jarinya berpusing ligat bermain dengan sebatang pen yang dipusing-pusingkan. Di hadapannya, tersedia sebuah komputer riba dan sebuah fail keras. Cahaya projektor membias separuh wajahnya. Di belakang, terentang layar skrin projektor dengan perkataan yang tertera “Kelab Sherlock”.

Baekhyun masuk melalui pintu utama, terus bergerak ke tempatnya di sebelah Jonghyun. Posisinya yang sesuai sebagai timbalan presiden kelab tersebut.

“Yang lain mana? Tak sampai lagi? Lambatnya” komen anak muda itu seraya melepaskan penat di tempat duduknya.

“Maaf lambat” pintu dikuak dan Hani menunduk hormat. Hani mengambil tempatnya juga bersebelahan Jonghyun di sebelah kiri, bertentangan dengan Baekhyun. Dia turut membimbit sebuah fail keras.

“Awak bawa surat tu?” soal Jonghyun tersenyum kepada gadis tinggi lampai itu.

“Oh, ini suratnya” Hani mengeluarkan sepucuk surat berwarna merah lalu diserahkan kepada Jonghyun. Jawatannya adalah sebagai setiausaha, jadi segala urusan surat-menyurat dan dokumen-dokumen penting adalah di bawah tanggungjawabnya.

“Maaf kami lambat” sekali lagi pintu dikuak dan seorang gadis berambut pendek menjenguh di muka pintu.

“Masuklah Namjoo” Jonghyun memanggilnya.

Namjoo lalu mengatur langkah masuk. Di belakangnya, Naeun, Daehyun, Youngjae, Hara, Myungsoo turut serta. Terkedek-kedek mereka berjalan, mencari tempat masing-masing.

“Maaf kami lambat”, seraya ucap mereka serentak.

“Kenapa tiba-tiba buat mesyuarat di awal cuti musim panas?” Youngjae bersuara selepas menyelesakan diri di atas kerusi. Wajahnya ceria menunjukkan bahawa dia teruja dengan cuti musim panas ini dan sepastinya dia tidak mahu keterujaan tersebut diragut.

“Kita ada kes baru, jadi sorry to say, korang kena korbankan awal cuti musim panas ni. Setidaknya seminggu” Baekhyun menjawabkan bagi pihak Jonghyun. Di kerusi presiden, Jonghyun kelihatan tenang. Sahutan Baekhyun dibalas dengan keluhan ahli mesyuarat.

“Haish, siapa yang minta selesaikan kes di waktu cuti? Ada kaitan dengan polis ke atau sekadar kes pelajar biasa?” soal Myungsoo dalam keluhan.

“Nanti aku terangkan. Baiklah, kita mulakan mesyuarat sekarang. Yang lain mungkin tak dapat datang. Hani, jangan lupa ambil kehadiran” Jonghyun lalu bangkit dari tempat duduknya, menolak kerusinya ke tepi. Dia siap untuk memulakan sebelum pintu bilik mesyuarat dikuak sekali lagi. Kali ni bunyinya agak kuat dan kasar. Semua mata lantas tertumpu ke arah pintu utama. Seorang lelaki perlahan menjengukkan muka, memandang sekeliling. Nafasnya berbunyi kasar, menandakan dia berlari untuk sampai ke tempat itu. Suasana diam kekok. Apabila terpandang akan Jonghyun, baru lelaki itu tersenyum malu lalu menunduk hormat.

“Maaf lambat. Tadi ada berlaku kemalangan kecil depan rumah saya, saya tertinggal bas dan terpaksa berlari, kemudian tadi ada..”

“Duduk dulu” Jonghyun memotong percakapan lelaki itu yang laju berterabur dalam nafas yang tidak stabil. Lelaki itu lalu melangkah masuk dan menutup semula pintu. Terkebil-kebil dia memandang ruang bilik mesyuarat itu dan berfikir di mana harus dia duduk.

“Duduk di sebelah Daehyun hujung sana” Jonghyun menunjukkan setelah membaca riak pucat lelaki tersebut. Semua mata tak lepas memandang lelaki tersebut lantas dia melajukan langkahnya.

“Siapa nama kau? Kenapa aku tak pernah nampak kau dalam kelab sebelum ni?” soal Daehyun berterus terang memandang wajah lelaki itu kehairanan.

“Annyeonghaseyo, maaf lambat perkenalkan diri. Saya pelajar tahun satu, Jeon Jungkook. Saya baru sahaja menyertai kelab ni jadi harap senior dapat beri tunjuk ajar”, sekali lagi Jungkook memberi tunduk hormat. Dia menunduk serendah paras pinggang. Rambutnya turun menutupi separuh dahi.

“Aku ingatkan mesyuarat kali ni hanya untuk ahli jawatankuasa. Apa pelajar baru buat kat sini?” soal Baekhyun pula, mengalihkan pandangan kepada Jonghyun yang berdiri di sebelah skrin projektor. Jungkook menelan air liur apabila bertentang mata dengan timbalan presiden kelab itu.

“Duduklah” ujar Daehyun apabila melihat Jungkook masih tercegat berdiri. Jungkook menarik kerusi dan menyelesakan diri.

“Jungkook adalah ahli special dalam kes kali ni. Walaupun dia tahun satu, aku nak dia aktif dalam kes ni. Kita masuk kepada agenda utama kita” Jonghyun memulakan, nadanya serius tapi mendatar. Yang lain senyap memberi perhatian. Bilik mesyuarat ditutup separuh lampu supaya apa yang dipapar di skrin dapat dilihat jelas semua orang.

“Minggu lepas, kelab Sherlock menerima satu surat berwarna merah. Surat yang ringkas, ditaip dengan komputer berbunyi ‘sila datang ke Villa Chiyaki pada ahad minggu depan dan buktikan kehebatan kelab anda. Ahli tidak dibenarkan melebihi 10 orang’”

Jonghyun menekan sesuatu alat di tangannya dan skrin bertukar latar. Masing-masing yang lain membaca ayat yang tertera pada skrin. Ayat yang sama dibacakan oleh Jonghyun.

“Jadi, kelab kita akan menghantar beberapa orang wakil untuk ke villa tersebut”

“Buktikan kehebatan anda bermaksud ada kes yang perlu diselesaikan bukan?” Myungsoo yang berada di sebelah Baekhyun bersuara. Dia dapat menangkap maksud tersirat surat tersebut sebaik selesai membacanya.

“Macam mana kalau surat tersebut hanya prank pelajar nakal?” Bendahari Gu Hara pula mencelah.

“Aku ada buat sedikit kajian latar belakang mengenai villa tersebut. Menariknya, pemilik villa tersebut dah mati empat tahun yang lepas. Chiyaki Minato dan isterinya mati selepas dapat tahu yang anak mereka Chiyaki Errie adalah pembunuh kepada Yamada Sora”

“Jadi, siapa yang hantar surat tersebut?” soalan Daehyun sama difikirkan dengan ahli lain

“Dalam erti kata lain, pengirim surat tersebut nak kita siasat mengenai kematian keluarga Chiyaki. Pasti ada sesuatu di sebalik kes tersebut yang mengganggu perasaan pengirim tersebut sehingga dia memanggil kita untuk tampil sebab nama kelab kita sebagai kelab penyiasatan dah semakin terkenal” Namjoo mengeluarkan hujahnya sendiri yang mana dipersetujui ahli lain.

“Correct Namjoo” Jonghyun memetik jari. Ternyata ahli-ahli di bawahnya mempunyai pemikiran layaknya seorang detektif. Lalu Jonghyun mencapai suis lampu dan menghidupkan semula lampu, mencerahkan ruang mesyuarat itu.

“Kita semua akan ke villa tersebut? Esok?” Myungsoo bertanya tenang, kakinya disilangkan bawah meja.

“Aku akan hantar lima wakil sahaja” jawab Jonghyun sambil menarik kerusinya semula untuk duduk. “Jadi siapa nak ikut? Ada dua tempat kosong je lagi”

“Siapa lagi tiga yang dah tetap akan pergi?” soal Hani pula ingin tahu.

“Baekhyun, Yubi dan Jungkook” balas Jonghyun.

“Kenapa Yubi ikut serta? Dia berminat nak sertai?” soal Hani lagi, kali ini ditujukan kepada Baekhyun pula.

“Aku tiada pilihan lain. Aku terpaksa jaga dia semasa cuti ni jadi dia kena ikut ke mana sahaja aku pergi. Aku dah janji dengan mama aku. Aku janji akan kawal perangai dia” balas Baekhyun sedikit sesal. Dia tahu Yubi bukan ahli kelab tersebut dan sepatutnya Yubi tidak layak ikut serta tapi mujur Jonghyun membenarkan. Baekhyun enggan meninggalkan adiknya itu bersendirian walaupun hanya seminggu.

“Siapa lagi nak teman Baekhyun?”

“Aku boleh join. Lagipun aku tiada plan lagi untuk cuti ni” Namjoo mengangkat tangan lantas menawarkan diri.

“Itulah kehidupan gadis yang tiada teman lelaki” komen Daehyun nakal mencetuskan gelak tawa ahli mesyuarat yang lain.

“Yah!” Namjoo menyeringai dan menjeling tajam pada Daehyun.

“Hyung tak pergi sekali?” Soal Youngjae pula kepada Jonghyun.

Jonghyun menggeleng lalu berkata, “Aku tak dapat pergi. Aku ada hal lain awal cuti ni”

“Eh~ mesti hyung ada plan dengan teman wanita ni” sekali lagi Daehyun mencetuskan suasana ceria dalam ruang mesyuarat itu.

Baekhyun pula sedikit terkejut dengan pernyataan Jonghyun itu tadi. “Kenapa hyung tak ikut? Habis tu siapa akan ketuai ke villa tersebut?” soal Baekhyun keresahan namun cuba disembunyikan dalam anak matanya.

“Siapa lagi kalau bukan kau. Aku tak pergi jadi Jungkook yang akan ganti tempat aku.” Anak mata Jonghyun melirik ke arah Jungkook di hujung meja. “Aku nampak dia ada kebolehan, jadi aku harap kau dapat bekerjasama dengan dia. Jungkook shi, ok?”

Jungkook sedikit terkejut dan sekali lagi dia menjadi perhatian semua mata. Malu-malu dia tertunduk. “Saya akan berusaha yang terbaik demi kelab Sherlock”

“Hyung” Baekhyun memanggil sesaat sebelum Jonghyun baru melangkah keluar dari bilik mesyuarat. Wajahnya kelam. Ahli-ahli yang lain sudahpun beredar pergi. Bilik mesyuarat sudahpun ditutup gelap.

“Muka kau kenapa?” Jonghyun ketawa kecil sambil mengetatkan genggaman fail di tangan. Beg komputer ribanya tergalas di bahu kanan.

“Hyung, aku takut aku tak mampu untuk ketuai kes ni. Selama ni aku bergantung pada kau, tapi kalau kau tak pergi sekali dalam kes ni, aku tak berani jamin aku mampu selesaikan kes tersebut”

Jonghyun menepuk bahu Baekhyun beberapa kali seraya berkata, “Byun Baekhyun, kau kena yakin dengan diri kau. Dalam kes kali ni, aku amanahkan kau  jawatan ketua. Aku yakin kau mampu. Aku dan yang lain-lain lantik kau sebagai timbalan presiden kelab ni bukan saja-saja, tapi sebab kami semua percayakan kau.”

Baekhyun masih berwajah kelam, tidak dapat menghadam nasihat Jonghyun itu. “Entahlah, aku rasa tak sedap hati”

>>>>>>>>>>>>>>> 

Youngji berjalan mundar mandir sambil memasamkan muka. Rambutnya dibiarkan lepas tidak terikat tapi dikemaskan dengan penyepit rambut bercorak aliran bunga lalang. Derapan tapak kakinya berdetak dalam setiap langkah.

“Yah, berhenti. Kau buat aku pening” Choa menegur. Dari tadi anak matanya mengekori langkah Youngji yang berjalan ke kiri ke kanan. Gadis berambut perang cerah itu merehatkan diri di bangku kayu yang tersedia di halaman rumah keluarga Wang itu. Dua bagasi pakaian diletakkan di sebelahnya.

“Lagi lima minit kalau dia tak datang, aku nak balik. Aku tak nak ikut serta aktiviti kelab ni” rungut Youngji mencebik. Beberapa kali dia menjeling ke arah pintu pagar, berharap yang Jackson akan tiba. Sepatutnya mereka sudah bergerak ke Villa Chiyaki sejam yang lalu.

“Kalau kau tak nak ikut serta, kenapa kau masuk kelab ni?” soal Choa sambil mendongak pandang langit cerah. Gumpalan awan kelihatan seperti gula-gula kapas yang tergantung di langit biru.

“Aku macam kau juga. Dipaksa” jawab Youngji. Satu keluhan keluar dari bibirnya yang kehausan air. Penat berdiri, Youngji mengambil tempat duduk di sebelah Choa.

Tidak lama kemudian, kelihatan sebuah kenderaan mewah memasuki perkarangan rumah tersebut. Kedua-dua gadis itu bangun teruja. Memicing mata Youngji melihat kenderaan yang dirasakan bukan milik Jackson. Kereta berjenama Mercedes itu berhenti di hadapan gadis tersebut.

“Apa korang buat kat sini?” soal Suho saat melangkah keluar dari perut kereta.

“Suho sunbaenim?” serentak Choa dan Youngji bertanya apabila melihat bukan kelibat Jackson yang keluar dari kereta tersebut sebaliknya senior sama universiti. Kim Suho.

“Sunbaenim pun ikut serta kelab yang Jackson sunbae tubuhkan ni?” Choa berteka. Ayatnya diatur satu persatu.

“Oh, korang pun sama?” balas Suho pula, juga kebingungan. Sangkakannya hanya dia dan Jackson akan sertai aktiviti tersebut.

Choa dan Youngji saling berpandangan sebelum serentak menjawab “Terpaksa”

Tergelak Suho mendengar jawapan mereka. Seraya menutup daun pintu kereta, Suho memandang sekeliling. “Mana Jackson?” soalnya lagi.

“Entah. Dari tadi kami berdua menunggu di sini” jawab Choa lalu kembali duduk di tempat asalnya.

“Sunbaenim kenapa ikut serta? Jackson paksa juga?” Youngji pula bertanya. Sepastinya ramai yang menjadi mangsa Jackson. Tekaanya.

Suho menggeleng perlahan. “Saja aku ikut serta lagipun aku tiada plan istimewa cuti ni. Aku ingat nak keluar belayar, tapi rancangan tu boleh ditangguhkan. Aku nak tahu apa rasanya jadi seorang penyiasat, macam detektif”

Suho tersenyum membayangkan dirinya berada seolah dalam filem aksi siasatan seperti James Bond dan Kingsman. Lagaknya seperti hero yang menyelamatkan dunia. Lalu Suho memandang Youngji. “Lagipun aku dah agak kau mesti ikut serta. Di mana ada Jackson, pasti ada Youngji”

Ternganga mulut Youngji mendengar kata-kata Suho yang menyentuh mengenai hubungannya dengan Jackson. Laju Youngji menafikan. “Sunbae!” bentaknya.

Choa hanya menggeleng melihat telatah Suho dan Youngji. Dalam hatinya berharap cuti musim panasnya tidak akan berakhir dengan kebosanan. Kemudian, masuk sebuah kenderaan empat roda yang lain. Suho, Choa dan Youngji menanti tertanya-tanya.

“Yow, maaf lambat” Jackson melangkah keluar dari dalam kereta dan tersenyum lebar.

“Kau pergi mana? Satu jam lambat” Youngji merungut kasar. Sengaja dia membulatkan anak mata memandang Jackson.

“Aku pergi jemput Kris tadi. Tunggu dia yang lambat” Jackson menyatakan alasannya sambil bergerak menghampiri mereka bertiga. “Ini beg korang? Kita pergi sehari dua sahaja, bukan sebulan” bebelnya sambil mengangkat bagasi milik Youngji dan Choa.

“Beg perempuan. Biasalah” ujar Kris yang masih tidak turun dari kereta. Diturunkan cermin kereta tempat duduknya. Mulutnya ligat mengunyah gula-gula getah.

“Kris, kau pun ikut sama?” Suho bertanya kerana tidak dapat percaya Kris akan menyertai mereka. Dia turut mengangkat begnya untuk diletakkan di bahagian belakang kereta Jackson.

“Well, plan last minute” komen Kris selamba.

“Dah-dah. Cepat masuk. Kita gerak sekarang” Jackson menggesa. Wajahnya penuh keterujaan. Youngji, Suho dan Choa terpaksa duduk bertiga di belakang. Suho dikepit oleh dua gadis junior itu yang masing-masing enggan mengalah, mahu duduk di tepi tingkap.

“Kau tahu di mana villa tu?” soal Suho setelah 20 minit mereka memulakan perjalanan.

“Aku dah pasang GPS. Jadi jangan risau” balas Jackson tenang dalam fokus memandu.

“Yah Jackson, aku sebenarnya masih tak faham kandungan surat tu” Youngji bertanya mengenai surat yang ditunjukkan oleh Jackson semalam. Surat yang mengibarkan semangat Jackson dan membawa mereka ke Villa Chiyaki itu.

“Ah~ surat semalam. Kan dia tulis situ, suruh kita datang ke Villa Chiyaki dan tunjukkan kebolehan kita. Jadi kita pergi ke sana, buat apa yang patut iaitu selesaikan misteri” jelas Jackson lalu mengetuk stereng kereta. “Yah, korang tak rasa teruja ke? Ini kes pertama kita terima dan kalau kes ini berjaya kita selesaikan, nama kelab kita akan jadi terkenal. Sure lebih ramai akan join kelab kita.

Jackson jelas teruja dan gembira. Baginya surat yang diterima di depan pintu bilik persatuan pada selasa lepas merupakan satu peluang keemasan dalam bentuk cabaran. Jackson ingin mengembangkan lagi kelabnya dan menjadi salah satu kelab penyiasatan universiti yang terkenal seperti kelab Sherlock. Tambahan pula, penyiasatan melibatkan perkara misteri adalah sesuatu yang menarik minatnya.

“Kes apa yang perlu diselesaikan? Pembunuhan atau kehilangan atau penculikan atau kes rogol?” Youngji bertanya lagi ingin dapatkan gambaran jelas. Sejujurnya perasaan masih berbelah bahagi untuk mengikut serta. Andai perasaannya tidak tewas pada pujukan Jackson tempoh hari, tentu sekarang Youngji sudah berehat di rumah memikirkan rancangan cuti musim panasnya.

“Itu aku tak tahu, tak dinyatakan dalam surat tersebut. Kita tengok apa yang menanti kita di sana”balas Jackson sambil sempat mengenyit mata ke arah Youngji.

“Mesti ada perkara yang berlaku dalam rumah tersebut. Dengar kata anak perempuan pemilik villa tersebut adalah seorang pembunuh. Pemilik rumah tersebut pula dikatakan membunuh diri malah ada khabar angin mengatakan mayat anak perempuan tersebut telah digali dari dalam kuburnya” Suho mencelah dalam diam.

“Pembunuh? Mayat hilang? Bunuh diri?” Youngji menelan air liur sebaik mendengarnya. Dia mula memeluk tubuhnya sendiri.

“Macam mana kau tahu pasal semua tu?” soal Kris, ditujukan kepada Suho.

“Aku suruh Pembantu Kwok siasat latar belakang villa tersebut. Tapi tak banyak maklumat dapat sebab berita tu disekat dan rasanya media dikawal agar tidak menyebarkan mengenai berita tersebut” jawab Suho jujur.

Choa melemparkan pandangan ke luar tingkap. Telinganya disumbat dengan fon telinga dan dipasang beberapa lagu yang popular. Sengaja dia enggan mendengar apa yang dikatakan Suho dan Jackson. Pandangannya yang tertumpu ke pemandangan luar dapat menangkap aura hitam yang semakin menghampiri. Choa mula rasa tidak sedap hati.

>>>>>>>>>>> 

Setelah beberapa kali berpusing di jalan yang sama, mereka masih tidak menemui jalan ke villa yang dinyatakan. Seperti villa tersebut menyorok tidak mahu kunjungan sebarang tetamu. Akhirnya Baekhyun memberhentikan kereta di bahu jalan. Sekitar kawasan tersebut lenggang tidak dilalui kenderaan lain kecuali beberapa orang penduduk sekitar yang menggunakan basikal.

“Baekhyun, sana ada pak cik. Mungkin orang sekitar sini. Cuba kau pergi tanya, mungkin dia tahu di mana villa tu” Namjoo memberi cadangan. Mata mereka tertumpu ke luar, di mana sebidang tanah kebun menghijau dengan hasilnya yang pelbagai. Kelihatan sepasang tua sedang mengerjakan tanah.

“Korang tunggu sini. Jungkook, jom pergi tanya mereka”

Kedua-dua lelaki itu menapak keluar setelah berejam terpenpam dalam kereta. Cahaya senja merah membiasi mereka lewat petang itu. Yubi, Naeun dan Namjoo menunggu dalam kereta. Masing-masing mengadap pandangan ke luar tingkap, memerhatikan gerak Baekhyun dan Jungkook.

“Naeun ah, kau dah berjanji kan, nanti kalau aku terlibat kena selesaikan kes atau apa-apa kat villa tu nanti, kau akan bantu aku” Yubi bersuara mengingatkan Naeun tentang janji mereka pagi tadi. Yubi bimbang kerana dia bukan ahli kelab Sherlock dan tidak mempunyai sebarang skill dalam menyelesaikan misteri.

“Jangan risau” Naeun memeluk pinggan adik kembar Baekhyun itu.

“Kau boleh harapkan kami. Lagipun Baekhyun sentiasa ada untuk tolong kau” Namjoo pula mencelah.

“Ajusshi!” Jungkook melambai-lambai sambil mendekati pasangan suami isteri lewat 50-an yang sedang membersihkan batas di tanah mereka. “Ahjushhi! Ahjumma!”

Lantas kedua tua itu menoleh ke arah suara Jungkook. Mereka memincingkan mata dek terik sinaran petang itu.

“Annyeonghaseyo” kedua-dua Baekhyun dan Jungkook menunduk hormat sebaik menghampiri pasangan tersebut.

Si suami memandang isterinya kehairanan, lantas dalam pandangannya wujud persoalan tentang gerangan anak muda di hadapan mereka.

“Siapa kamu berdua ni? bukan anak orang sini kan?” si isteri bertanya sambil mengelap peluh di belakang leher. Garis kedut di wajahnya menunjukkan usianya yang dimakan masa.

“Bukan. Kami sebenarnya sesat” jawab Jungkook tersenyum mesra.

“Anak ni nak ke mana?” soal si suami pula. Di tangannya masih terpegang cacak batang cangkul. Peluhnya menitik membasahi anak rambut yang sudah beruban.

“Kami nak ke sebuah villa. Nama villa tu Villa Chiyaki. Pak cik dan mak cik tahu tak villa tu?”

“Villa apa?” si lelaki tua mengerutkan dahi, tidak dapat menangkap nama yang Baekhyun sebutkan.

“Villa Chiyaki. Chiyaki. Villa ni milik orang Jepun” Baekhyun mengulang sebut tapi kali ini dijelaskan.

“Ha~ villa orang jepun tu. Nun di hujung kampung sana. Kamu kena lalui sebuah jambatan sebab rumah tu berdekatan gaung curam” si isteri menjelaskan sekaligus menunjukkan arah rumah yang dimaksudkan.

“Kami perlu lalu mana? Jauh lagi ke mak cik?” soal Baekhyun bersungguh.

“Ikut jalan masuk hutan sana. Jalan terus sampai kamu nampak jambatan. Ha, kat depan tu la rumah besarnya” si suami menambah. Si isteri pula mengangguk.

“Aigoo, terima kasih pak cik mak cik” seraya Jungkook tunduk berterima kasih beberapa kali. Baekhyun tersenyum lega.

“Jangan masuk kawasan sana!”

Langkah Baekhyun dan Jungkook yang ingin beredar lantas terhenti. Mereka berpaling serentak, mengadap semula pasangan tersebut.

“Jangan masuk kawasan sana” si suami menekankan suaranya, seolah memberi amaran. Cangkul di tangan di angkat dan dihayunkan, menetak tanah.

“Jangan masuk kawasan sana. Kat sana..” si isteri diam lalu memandang suaminya kemudian beralih pula kepada anak muda di hadapannya. Jungkook dan Baekhyun diam tidak mencelah.

“…. Ada hantu”


Glosari kata :

Sunbae: senior
Hyung: Abang (digunakn oleh lelaki)
Ahjusshi: Pak Cik (Bukan saudara)
Ahjumma : Mak Cik (Bukan saudara)
Heol : (Satu ekpression dlam mengeluh)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Errie!! Kris jumpa Errie..

Comments

You must be logged in to comment
mynameisxxx #1
sejujurnya la kan.... saya sangat sukakan cerita awak ni T^T I'M SERIOUS !! Jalan cerita dia buat saya nak baca cerita ni sampai habis. walaupun karakter yang ada bukan favorite singer saya,tapi serious awak buat saya curious pasal Chiyaki Errie dan Kai (saya sangka Kai ialah Jongin rupanya Kris xD) Saya suka semua watak kecuali Baekhyun cx dia tu macam annoying sikit. Tapi saya sedikit musykil la kan, macam mana Kris boleh bawak mayat errie dari Jepun ke Korea? eue (Ok, mungkin Kris macam suho,ada pesawat sendiri. #abaikansoalanini haha) Apapun, keep it up author-nim !! Harap author nim akan tulis lagi fanfic genre mcm ni. Congratulations for 107 subscribers !!
taeliaa
#2
Chapter 17: i dont regret reading this till the end sampai tak tido T_T best! ni probably first time saya macam bersemangat nak baca genre sebegini sampai habis. pastu cam saspens gila sampai at one point ni rasa cam nak tumbuk kris sebab geram hahaha. thumbs up authornim!!
sunshine234 #3
Kalau ada tulis fanfic genre ni jgan lupa bagi tahu tak, suka sangat story yang awak tulis ni and awak sangat pandai mengolah, saya memang minat genre mcm dan tengah belajar cara untuk menulis genre. You did well. Oh, saya suka jungkook and choa's character. Harap choa lebih berani dgn hantu lepas ni, hehe. Bias saya yg kat sini adalah suho. Ajar saya bahasa jepun, hehe
hana_raeee
#4
Chapter 18: Dah agak dah kris xD tp jln cerita susunan ayat dgn pnggunaan bhasa mmg jjang la! :) dpt jgk spend msa lapang huhuhu //pdhal nk dkt exam dh. XD//
happineseu
#5
Chapter 18: COOL!! HEBAKK GILOO XD
anniiin
#6
Chapter 18: Wowowowowwowow
Serious. Cerita awk memang best. And awk sangat bijakk xD
Saya suka penggunaan bahasa awk huhu
LNAmethyst #7
Chapter 18: No wonder nama2 watak (dlm jepun) ff ni macam familiar... authornim ambik reference dari anime rupanya... waktu scene kereta meletup tu pun mmg saya terbayangkan detective conan punya scene hahaha XD anyway good job authornim, congrats sbb berjaya buat ff bergenre horror/mystery yakni genre minority di sini :3
lugege_
#8
Chapter 18: Ingatkan watak Kai tu, Kai EXO rupenya bukan xDDD Btw keep it up. Cite ni best sgtttttttttttttttt <3
KrisMaya #9
Chapter 17: serios la fic ni boleh buat movie. nn comfirm laku (only if actors and actresses dia cun) haaa
bubble_na_baebeul #10
Chapter 18: Lol..haha..sis.the best ..
Mmg best.
Just one word.nope.two word..
*Amazing
*Best
Anyway.tu jungkook..thats my bias.tpi x kisah pun.sbb sya x ksh kongsi bias.hikhik
*Ada yg kna hempuk lps ni*
Hehe
Skrng ni pun sya tngah dngar lgu diorang.
#So 4 more.bts
Anyway fighting k.klau ada nk buat ff yg lain.horror punya.inform ekk.x sbr.hehe