Bab 4
What You Expecting is Unexpecting(Slow Going)Lampu chandelier yang tergantung indah dipandang saat dia membuka matanya.Kepalanya berdenyut-denyut dan badannya terasa berat.Dia mulai fokus dengan keadaan sekelilingnya.Mukanya pucat lesi apabila terasa pinggangnya digenggam erat.
Eik,tangan siapa atas badan aku ni?Takkanlah aku dah jadi mangsa keadaan?Habislah 'kesucian' aku!
Chen menggeleng kepalanya.Tidak mahu semua itu benar-benar terjadi.Dia menoleh ke arah tuan empunya tangan yang melingkar pinggangnya dan lega habis apabila melihat siapakah gerangan itu.
Nasib baik awek cun semalam.Bola?Bora Bora? Lupa dah nama dia ni.
Matanya masih melirik dengan sekelilingnya.Bagaikan taufan telah melanda di dalam rumah agam tiga tingkat itu.Habis semua sudah tunggang terbalik.Pelik pulak dilihatnya TV LCD sedang terapung di tengah kolam renang seluas padang bola sepak.Siapa yang buat tu?
Eh,akulah.Malas nak fikir lagi baik aku sambung tidur.
♞
"Apa!"Seung-min jerkah tiba-tiba membuatkan seseorang di sebelahnya lemah semangat.
Betul ke aku dengar ni?Lelaki gila sakit meroyan tu buat party kat rumah aku! Si bahlul tu memang nak kena.
"Cuma budak kool je yang boleh join.Tak heranlah oppa kau tak dijemput.Kalau budak nerd macam kau ni pergi mesti jatuh air muka diorang tu."
Sabar jelah,Seung-min ada oppa yang straight forward macam sorang ni.
"Seung-min,oppa nak tanya sikit boleh?"
"Tanya jelah bukannya berbayar pun,"ujar Seung-min dengan suara datar.
"Eh?Marah ke?"Seung-min menyilangkan tangannya dan mendengus marah."Alolo,adik kegemaran oppa tak comellah kalau macam tu.Senyum sikit..."
Comments