Ending.

Housemate.
Please Subscribe to read the full chapter

Rani mengambil teksi untuk ke rumah sewa. Rumah sewa itu di cari oleh ibu bapanya. Kalau dia yang cari sendiri, alamatnya, memang tak jumpa tempat tinggal. Kelihatan seperti rumah itu tiada penghuni, tetapi bersih seperti ada orang yang menetap di situ. Kerana terlalu penat, hari pun dah senja, Rani masuk ke dalam bilik pilihannya, lalu menukar baju dan terus tidur tanpa mengemas barang-barangnya. 

Malam itu, Ken pulang daripada rumah kawan-kawannya. Rumah kosong seperti tiada siapa yang hadir. Tapi, pintu salah satu bilik di rumah itu tertutup rapat. Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, dia masuk ke dalam biliknya. Otaknya kosong kini. Yang ada dalam otaknya hanyalah tidur. Tak terfikir kenapa pintu itu tertutup rapat. Tanpa menukar baju, badannya rebah di atas katil, dia menyembamkan kepalanya di atas bantal yang empuk. Sepasang mata dipejamkan.


Rani ke dapur untuk minum air selepas selesai mandi. Dalam masa yang sama, Ken menuju ke arah dapur dengan tujuan yang sama. Di saat kedua-duanya menoleh ke arah satu sama lain, terkesima sebentar. Kaku. Beberapa saat kemudian, baru tersedar. Buntang mata dua manusia itu. Tersembur air daripada mulut Rani. Mereka menjerit serentak. Lalu Ken berlari ingin masuk ke dalam bilik semula. Namun langkahnya terhenti. Bila fikirkan balik, rumah ini dia yang sewa dulu. Kenapa perlu takut? Kemudian, Ken ke dapur semula. Tanpa teragak-agak, dia memulakan perbualan,
"Kau siapa?" tanya Ken dengan lagat sombong.

"Aku sewa rumah ini. Wae?"

"Ouh. Jadi kaulah yang ahjussi cakap." Ken menghalakan jari telunjuknya pada Rani.

"Ahjussi cakap apa?" Rani bingung.

"Dia tak bagi tahu kau ke yang rumah nie berpenghuni?"

"Jadi, kita nie housemate?" Rani terkejut.

"Eh, taklah," sindir Ken.

Ken mengambil gelas dan menuang air ke dalamnya. Dia kembali ke biliknya. Malas nak layan. Lagipun, dia masih mamai. Dia mengambil keputusan untuk mandi. Segarkan badan. Rambut yang basah dibilas.

Dia keluar bilik untuk mencadangkan sesuatu. Tuala di leher dibiarkan. Dia mengetuk pintu bilik Rani. Dengan berdebar Rani membuka pintu. 'Nak apa cik abang nie?' soal hatinya. Diri rasa menyampah dengan perbuatannya tadi. Nampak sombong. Tapi hati berdebar tanpa sebab.

"Ye?" tanya Rani, dengan gugup.

"Kau ada masa tak? Aku ada perkara nak bincang," kata Ken acuh tak acuh.

"Boleh. Perkara apa?" Rani menghadiahkan senyuman tawar.

"Meh sini. Duduk dekat ruang tamu. Aku ada peraturan dekat dalam rumah nie. Tapi, disebabkan kita tak sama jantina, aku nak ajak kau buat peraturan baru. Memandangkan mungkin kau tak boleh terima peraturan aku dan peraturan kau mungkin agak girly. So, kita buat yang baru." Mimik muka Ken jelas tampak menyampah.

"Aku on je," ujar Rani.

"Peraturan pertama, tak boleh masuk bilik sesuka hati. Kalau nak masuk, ketuk pintu. Jangan main sergah je. Yang kedua, kalau aku suruh kau masak, kau kena masak. Yang ketiga..."

"Jap, yang pertama tu, aku setuju tapi yang kedua, tak. Kau tak boleh buli aku sesuka hati. Ya, aku tahulah aku newbie. Tapi tak adil lah macam tu," bantah Rani.

"Okay, kau buatlah peraturan," Ken seperti tidak mahu melayan. Namun, Rani tabah melayan kerenah lelaki yang berada di hadapannya.

"Yang kedua, kena percaya antara satu sama lain. Yang ketiga, kalau ada apa-apa masalah kena cerita."

"Asal kena cerita?" 

"Sebab, kalau salah satu antara kita muka monyok ke, kita akan tertanya-tanya kenapa. Dan mungkin mengganggu perhatian kita sebab asyik fikir kenapa housemate jadi macam tu." Dengan bersemangat Rani mengemukakan hujahnya.

"Asal pulak? Kalau tak macam mana?" soalan bodoh Ken membuatkan Rani hilang sabar dengan sikapnya.

"Kau nie tak pernah ada kawan ke? Kalau kawan kau monyok je, mesti kau nak tahu kenapa." 

"Ouh. Ok, teruskan," dengan selamba Ken menjawab. Dia cuba sembunyikan perasaan seronok kerana dapat kenakan Rani.

"Yang keempat, kena ada sifat tolong-menolong. Yang kelima, kena bagi kerjasama."

"Kau nak ke kerjasama dengan orang yang kau tak kenal?" Ken mengangkat sebelah kening.

"Oh, kau nak cakap yang kau nie jahatlah sampai 0.01% pun aku tak boleh percayakan kau?" Menyampah juga Rani dengan si Ken.

"Dangsin! Tapi, takkanlah kau nak kerjasama dengan orang yang kau tak kenal, cik adik." Ken cuba kawal intonasi suaranya.

"Wae andwae? Kalau kau pergi pasar, kau akan bagi kerjasama dekat ahjumma-ahjumma dekat sana jugak walaupun kau tak kenal diorang." Penangan Rani telah berjaya membuatkan Ken kelu.

"Yang tu lainlah. Dah lah aku nak masuk bilik dulu."

"Jap, aku pun ada request." Rani memberhentikan langkah Ken.

"Apa dia?" Ken mengangkat sebelah keningnya.

"Sesi memperkenalkan diri?"

"Arasseo. Kau mula dulu."

"Kau dah lama dekat sini. Kaulah mula dulu."

"Baru seminggu, k. Tapi, kau newbie kaulah mula dulu."

"Please. Kaulah dulu. Kau dah seminggu dekat sini. Kau mulalah dulu." 

"Yelah. Nama aku Lee Jaehwan. Tapi, aku suka orang panggil aku Ken. Hanya keluarga dan guru boleh panggil nama sebenar. Aku seorang yang agak cerewet bila aku tak suka sesuatu benda. Tak kisah dengan keadaan sekeliling. Tak terasa bila orang ignore aku. Tapi, kekadang aku terasa bila hati sensitif. Aku nie annoying sikit. Sukakan kata-kata semangat. Tak serius dalam semua perkara kecuali perkara tu memang tak boleh buat main. Hhmm....Aku rasa, tu je kot. Selebihnya, kau akan kenal aku secara semula jadi. Your turn."

"Nama aku Cha Rani. Keluarga dan kawan baik aku panggil aku Ah Ra. Orang lain panggil aku Nira. Nak dijadika cerita, aku yang mula dulu tebalikkan nama kawan baik aku. Then, dia balas balik dan orang lain pun, turut serta panggil aku Nira disebabkan kawan baik aku. Setakat nie, memang payah nak jumpa orang panggil aku Rani. Aku tak kisah kau nak panggil aku apa. Aku takdelah nak cerewet sangat. Adalah sikit. Memang itu sifat semula jadi wanita. Aku suka cari pasal sedangkan masalah itu tak datang dengan sendirinya. Aku macam kau, tak kisah dengan keadaan sekeliling. Tu je kot. Oh ya! Aku nie pelik sikit. Mungkin makan masa yang lama sikitlah untuk kau betul-betul kenal aku." 

Usai membuat peraturan dan juga memperkenalkan diri, mereka membawa haluan masing-masing. Rani masuk bilik untuk kemas barang-barang, Ken pula, duduk sahaja di ruang tamu sambil mata memerhati Rani. Ingin sahaja membantu. Tapi, baru kenal, takut pula. Akhirnya, dia bertanya,

"Kau nak suruh aku tolong kau tak?"

"Aku rasa, takpe kot. Kalau aku perlukan bantuan, aku panggil kau. Gumawo, sebab pelawa." Rani senyum tawar lalu memasuki biliknya.

Setelah siap mengemas, Rani berkira-kira. Nak ajak kawan baiknya, atau pergi sendiri? Kalau pergi sendiri, nanti larat ke nak angkat kalau banyak? Kalau ajak, rumah dia jauh. Fikir Rani. Kemudian, dia terpandang dinding di mana di sebelah sana terletaknya bilik Ken. 'Nak minta tolong ke tak?' hati tertanya-tanya. Dia membuat keputusan untuk mencuba nasib. Kalau ditolak, tak mengapa. Tangan teragak-agak untuk mengetuk pintu. Buntang matanya apabila pintu tiba-tiba terbuka. Ken yang terkejut bagai jantung nak keluar sudah mula membuka mulut murainya. Tadah telingalah jawabnya. 'Aku nak minta tolong je.' hati mengomel lemah. Akhirnya, kata-kata terucap,

"Mianhe," perlahan sahaja nadanya. Rasa bersalah menyerbu diri.

"Aduhai. Lain kali, nak ketuk tu, ketuk je. Aku bukan nak makan kau pun. Bagai nak tercabut jantung. Nasib baik aku tak ada masalah jantung....bla...bla...bla..." Ken masih lagi tidak selesai.

"Aku nak minta tolong je," pandangannya tidak beralih daripada lantai. 

"Tolong apa?" soal Ken apabila dia sedikit tenang.

"Temankan aku pergi supermarket."

"Buat apa?" Soalan bodoh Ken keluar lagi.

"Aku kan newbie lagi dekat sini. Nak kena beli barang-barang keperluanlah. Kalau kau busy tak apalah."

"Tapi, kau kena tunggu aku tukar bajulah."

"Okay apa baju nie."

"Uish. Nie baju aku duduk rumahlah."

"Kenapa orang lelaki kalau nak keluar selalu nak bergaya? Padahal supermarket je pun."

"Haruslah. Kena jaga penampilan. Dah tu, kenapa orang perempuan kalau nak keluar kena make-up tebal-tebal dulu. Sampai bedak 5 inci bagai."

"Aku simple je, okay! Macam yang kau cakaplah. Jaga penampilan. Dah dah, cepat tukar baju! Aku tunggu dekat luar."

"Nae! Bagi aku 5 minit."

Setelah menunggu beberapa minit, Ken keluar.

"Kata 5 minit. Tipu! Lebih 3 minit," ucap Halla sambil menunjukkan jam tangannya.

"Aku siap tukar baju 2 minit kot. Oh, stocking. At least, aku siap tukar 2 minit je," bidas Ken, menegakkan kebenaran.

"Kau suruh bagi 5 minit. Kau tak cakap pun, siap tukar baju ke apa."

Rani segera pergi. Dia tahu, kalau lama-lama dekat situ, takkan habis. Dua-dua nak menang. Jumpa, kira nak bergaduh. 
Balik daripada supermarket, Rani mengemas dapur, menyusun makanan, dan sebagainya. Ken cuma perhati setiap makanan yang disusun oleh Rani. Melihat Ken, Rani pelik. 'Dia nie lapar ke?' tanya hati kecil. Dengan muka yang sedikit berkerut, tangan mula bergerak perlahan. Akhirnya, dia menatap Ken dengan bercekak pinggang. Lalu dia bertanya,

"Kau nak apa?"

"Nak tu," mulut Ken muncung menunjuk ke arah biskut.

"Ambiklah makanan kau sendiri."

"Kau tak kesian dekat aku ke?" Ken menjuihkan bibirnya ala-ala budak 5 tahun yang kena marah.

"Wae?" tanya Rani. Saja buat-buat tak tahu.

"Lapar," Ken membuat muka kasihannya.

"Aku masak untuk kau, nak?" Cadang Rani dalam nada teruja.

"Masakan kau sedap ke?" 

"Entah. Tapi, kawan baik aku suka sangat aku masak. Dia cakap sedap."

"Kau tak pernah rasa ke?"

"Entah. Biasa je kot. Nak tak?"

"Okay lah. Aku jadi juri." Ken sudah bersedia di meja makan bersama sudu dan chopstick.

"OMG! Nak pengsan aku dengar. Tapi, kau tak boleh minta apa yang kau nak."

"Maksud kau?"

"Ikut suka hati aku nak masak apa. Yang kau boleh minta hanyalah hidangan. Kau nak berapa hidangan?"

"Arasseo! Nak 2!" jerit Ken.

Usai memasak, Rani meletakkan hidangan di depan Ken yang sedari tadi hanya menunggu makanannya. Lapar sangat kot. Dari pagi tadi dia tak isi perut. Dengan muka yang tidak sabar, Ken merasa makanan itu. Mukanya bertukar menjadi pelik. Seperti makanan itu tidak sedap. Dia menyuruh Rani pula rasa. Sewaktu sudu dimasukkan ke dalam mulut, Ken ketawa. Seronok dapat kenakan rakan serumahnya. Dia sengaja berbuat demikian. Tujuannya untuk bagi Rani rasa masakan hasil air tangannya. Kemudian, Ken makan dengan rakus.Rani ingin masuk bilik, langkah terhenti tatkala namanya di panggil. Ken ingin mengucapkan terima kasih atas masakannya. Kenyataan dibalas dengan senyuman.

Malam itu, Ken mengetuk pintu bilik Rani,

"Rani, kau free tak?" tanya Ken, ragu-ragu.

"Free. Wae?"

"Petang tadi, aku dah teman kau. Malam nie, kau pulak teman aku."

"Pergi mana?" Pelik juga Rani dengan perangai Ken yang tiba-tiba baik.

"Ada lah. Kau siap je."

"Jap, kau nak suruh aku pakai macam mana?"

"Asal tanya aku pulak soalan tu?!" fikiran Ken melayang jauh.

"Nanti aku pakai ikut suka hati aku, tak kena pulak."

"Hhmm...Dress? Simple tapi, tak nak simple sangat. Sederhana lah. Aku tunggu kau dekat ruang tamu."

"Arasseo!" ujar Rani lalu mengunci pintu bilik.

Rani mengenakan kasut tumit tinggi 1 inci yang berwarna koko tanah dengan dress pendek paras lutut yang berwarna putih susu. Make-up di muka agak simple. Natural. Usai bersiap, dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum keluar. Terpegun Ken melihat dirinya kini. Dia tidak pernah melihat Rani pakai seb

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
GreenDecember #1
Chapter 1: Saya kadang2 keliru dengan dialog cerita ini di permulaan..
Dekat dngn pertengahan cerita baru awak bgtahu siapa yang cakap...
Maaf atas komen saya yg kasar..memang saya suka komen cara kasar...
GreenDecember #2
Tag malay please---
kkamjonghunnie
#3
Chapter 1: Jalan cerita awak best. Simple but nice.. senang nk phm. Saya suka perwatakkan ken dlm citer nih.. comel >< walaupon sbnrnya sye minat N :3 xD