BLACK DREAM : 04

BLACK DREAM

Tiba-tiba..... 

Aku merasakan aku sedang berada di dalam sebuah bangunan tak ubah seperti sebuah kantin. Keadaan agak berkabus dan aku duduk seorang diri di atas sebuah kerusi kayu yang panjang.  Ku perhatikan sekeliling. Terdapat beberapa orang perempuan berpakaian serba putih berdiri tidak jauh dari ku.

 

Salah seorang dari perempuan itu menghampiri aku. Wajahnya cantik, berambut panjang dan berkulit cerah. Dia tersenyum padaku dengan pandangan yang sangat mesra. Aku membalas senyumannya.

 

'Namaku Julia.." Dia memperkenalkan dirinya. Aku turut memberitahu namaku padanya. Dia terus memandang aku dengan wajah yang agak sayu. "Saya mahu minta tolong.." katanya lagi. Aku benar-benar tidak faham. "Tolong apa ya?" 

Dia bergerak sedikit supaya lebih hampir denganku... Aku hanya menunggu apa yang akan dia katakan. "Saya nak minta izin untuk berkawan dengan Dream." Aku terkesima. Berkawan dengan Dream? Siapakah Julia ini hingga mahu minta izin dariku untuk berkawan dengan Dream? Jika ya pun mahu berkawan, kawan sajalah. Setakat mahu berkawan apa salahnya? "Tapi....." sambung perempuan itu lagi... Aku tertunggu-tunggu sambungan ayatnya.. Tapi apa??! 

Perempuan itu agak susah untuk menyambung ayatnya... "Tapi apa?" Aku menyoalnya lembut.. Dia mengangkat wajahnya... lalu dia berkata..

"TAPI AKU SUDAH MATI..!"

 

Matanya merenung tepat ke dalam anak mataku. Aku mula berasa takut tapi fikiran ku masih rasional berfikir. Ku buat kesimpulan segera berdasarkan apa yang telah dia beritahu aku. Namanya Julia. Dia mahu berkawan dengan Dream tapi dia sudah mati. Ini bermakna.... dia? hantu?!!

 

"Maaf ya.. kita berbeza. Awak, Dream dan saya berlainan.. saya tak boleh izinkan awak berkawan dengan Dream" aku menjawab pertanyaannya dengan jawapan yang aku yakini sepenuhnya. Mana boleh orang yang sudah mati bersahabat dengan orang yang masih hidup. Lagi pun Dream itu anakku. Mana mungkin aku benarkan Dream yang masih kecil bersahabat dengan 'perempuan' ini. Aku harus pertahankan Dream demi keselematannya.

Aku terjaga! Lor mimpi rupa-rupanya. Aku menyapu wajahku beberapa kali. Ku toleh ke kiri, Dream masih tidur dengan nyenyak di dalam selimutnya. 

 

**************************************

Keesokan harinya, Mak Nik menelefon aku untuk datang ke rumahnya. Aku segera ke rumahnya sambil mendukung Dream. Tiba di rumah Mak Nik, aku lihat Pak Samad turut berada di situ menanti kedatangan aku.

"Semalam macamana? Ada apa-apa yang berlaku tak?" Aku menjawab soalan Pak Samad dengan sebuah gelengan. "Apa-apa pun tak ada?" Mak Nik menyoal ku dengan soalan yang hampir sama. Aku sekali lagi menggeleng.

"Tak ada apa yang jadi pun. Cuma...." 

"Cuma apa?!" Soal Mak Nik lagi hinggakan terbantut apa yang ingin aku sampaikan. Aku tersenyum melihat gelagat Mak Nik. 

"Cuma... semalam saya ada dapat mimpi.. itu sajalah.. lain-lain tak ada apa pun." Oleh kerana Mak Nik benar-benar mahu tahu apa yang aku mimpikan, aku pun menceritakan mimpi ku itu pada Mak Nik dan Pak Samad dari a hingga z.

 

Apabila aku selesai menceritakan mimpi ku itu. Pak Samad dan Mak Nik melepaskan sebuah kelegaan. Aku yang sememangnya susah untuk memahami sesuatu, hanya mampu memandang wajah Pak Samad dan Mak Nik bergilir-gilir. Mungkin mereka menyedari keadaan aku itu, akhirnya Pak Samad membuka mulut untuk menceritakan apa yang dia tahu padaku.

 

Pak Samad : Sebenarnya anak kamu di datangi toyol.

Aku : Toyol? 

Pak Samad : Iya... Toyol. Toyol itu di arahkan oleh tuannya untuk mencuri baju Dream.

Aku : Pelik! Kenapa curi baju? Untuk apa? Bukannya ada harga pun, betul tak?

Pak Samad : Itu anggapan kamu. Sebenarnya Dream ni lebih berharga dari wang ringgit kamu...  (Aku masih belum faham) Baju Dream di ambil oleh seorang pengusahan kedai makan. Dia menyuruh toyolnya mengambil baju Dream untuk di jadikan sebagai pelaris. Sebagaimana orang suka dan jatuh sayang bila melihat Dream, begitu jugalah orang ramai akan suka dan sayang terhadap kedai makannya. Tapi, malangnya toyol yang di hantar pada Dream tidak mahu balik. Dia benar-benar sukakan Dream dan mahu berkawan dengan Dream. Sebab itu lah Dream tidak merengek dan tidak mahu tidur malam kerana Dream seronok bermain dengan toyol tuh.

 

Penjelasan Pak Samad benar-benar mengejutkan aku. Bila aku tanya dari mana Pak Samad tahu semua itu, Pak Samad mengatakan dia tahu selepas berjumpa dengan seorang ustaz yang sudi membuat air tawar untuk Dream. Dan air tawar itulah yang Pak Samad gunakan untuk merenjis seluruh rumahnya bersama Mak Nik malam tadi.

 

Aku terus pulang ke rumah dan mengemas semua pakaian aku dan Dream. Aku tidak mahu tinggal di sini lagi.. Aku mahu segera pulang ke Korea.

 

 
263171lxlble1hnk.gif
 
          2633830cflxwns313.gif           184983h1kkvipup7.jpg           1033917h167ubyjt9.gif
______________________________________________________________________________________________________
Terima kasih pada pihak penganjur kerana mewujudkan contest ini.
Terima kasih juga pada sesiapa saja yg sudi membaca kisah ini.
Cerita ini hanya lah sekadar rekaan semata-mata, tidak ada kaitan
dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.
 
Pada bakal pemenang, Tahniah saya ucapkan! XD
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet