BLACK DREAM : 01

BLACK DREAM

Sudah sebulan aku (Shin Hye) berada di Malaysia. Kami tinggal di sebuah rumah banglo yang di sediakan oleh pihak penerbitan di dalam kawasan Kajang. Aku semakin suka dengan suasana di sini. Aku juga tidak menyesal mengikut suamiku dan meninggalkan sekejap dunia lakonan untuk suamiku dan Dream. Aku gembira dapat besarkan Dream sendiri dan lalui kehidupan sebagai seorang surirumah sepenuhnya buat masa ini. 

 

Aku tidak mengambil sebarang orang gaji kerana kerja di rumah ini tidak lah banyak mana. Setakat membasuh, memasak, mengemas dan menjaga Dream seorang, aku boleh lakukan seorang diri. Aku juga tidak sunyi.. jiran-jiran sangat ramah dan dapat menerima aku dengan baik, salah seorangnya adalah Mak Nik, jiran yang paling hampir dengan rumahku dan dia jugalah yang sering menemani aku ketika suaminya keluar berkerja atau ketika aku ingin ke mana-mana. Suami Mak Nik yang bernama Pak Samad juga menerima kedatangan kami dengan baik. Pendek kata kehidupan aku di sini sangat memuaskan.

 

Sama seperi di Korea, suaminya mempunyai jadual kerja yang agak padat. Malah kadangkala dia tidak pulang beberapa hari. Namun aku tidak kisah kerana aku ada Mak Nik dan Pak Samad yang akan sentiasa bersama aku. Dream juga semakin mesra dengan mereka berdua. 

 

************************************

Selepas makan tengahari, Dream terus  tertidur.  Sebelum ini Dream susah mahu tidur siang tapi sekarang ini sudah terbalik. Siang dia akan tidur dan malam dia akan berjaga dengan lama. Agaknya mungkin sebab perubahan umur. Yerlah, sekarang ni Dream sudah berusia 8 bulan dan semakin aktif bergerak ke sana ke mari.

 

Aku mengangkat sebakul pakaian yang belum sempat ku lipat. Macamana mahu lipat? Bila aku melipat... Dream pula akan menyepahnya semula.. Jadi untuk tidak memenatkan diri sendiri untuk buat kerja yang sama dua kali, aku sengaja tunggu sehingga Dream tidur. Aku melipat semua pakaian. Pakaian Dream yang agak kecil ku letakkan seluar dan bajunya bersama sepasang demi sepasang kemudian aku susun kemas di dalam laci almarinya.  

 

Aku segera menuju ke dapur untuk menyiapkan minum petang... Sudah seminggu suamiku ada sessi pengambaran pada waktu malam dan aku tidak mahu dia keluar berkerja dengan perut kosong. Aku panaskan kembali lebihan gulai daging yang di beri oleh Mak Nik tengahari tadi. Aku keluarkan beberapa keping roti dan ku susun di dalam pinggan. Sedap juga kan roti di cicah dengan kuah gulai yang pekat. Seteko teh o turut ku letakkan di atas meja.

 

Aku menjenguk ke dalam bilik tidur. Suaminya, Sehun sedang berdiri di hadapan cermin. Aku menyelinap masuk dan memeluknya dari belakang. Dia tersenyum. "Hensemnya... suami siapa ni ya.. " aku bercanda. Suaminya mengalihkan badannya dan berdiri menghadapku. Dia mencubit lembut pipi kananku. 

Aku : Yobo... Jom makan!

Sehun : Sayang masak apa?

Aku : Mak Nik ada beri gulai daging tadi.. sayang nak ajak abang makan tengahari tadi tapi abang tengah nyenyak tidur jadi sayang simpanlah untuk abang makan petang ni. 

Sehun : Pandai isteri abang.. 

 

Kami bergerak ke meja makan. Aku menemaninya makan seperti biasa. Aku gembira melihatnya makan dengan berselera. Inilah salah satu tips untuk mengikat hati suami iaitu dengan menjaga makan minum nya. Jika tidak masak sekurang-kurangnya menemaninya makan..

Aku : Berapa lama lagi abang kena kerja malam?

Sehun : Tak pasti lagi lah sayang.. babak kali ni agak susah sikit. Mungkin seminggu dua lagi.. kenapa? Sayang takut ya?

Aku : Eh tak la! nak takut apa.. bukannya ada hantu. 

Sehun : Abang bukannya takutkan hantu tapi abang takut kalau-kalau ada orang jahat masuk ke rumah ni. Isteri abang ni kan cantik.

Alangkah bestnya apabila di puji oleh suami sendiri... Bahagianya ku rasa.

 

Sehun : Dream mana? 

Aku : Dream tidur. dah dua tiga hari dia tidur petang dengan lama. Agaknya sebab penat bermain kot.

Sehun : Jangan kasi dia tidur petang lama sangat nanti dia susah nak tidur waktu malam. Sayang juga yang akan susah nanti.

Aku : Sekarang Dream memang susah nak tidur malam pun tapi abang jangan risau.. dia langsung tak merengek. Kadang-kadang sayang yang terlelap dulu dan sedar-sedar jer sayang tengok Dream dah tidur di sebelah sayang.

Sehun : Wah! baiknya anak abang tu ya...

Aku : Eeeee perasan nya dia... Dream tu anak sayang la.. bukannya anak abang.. 

Sehun : Kedekut! 

 

Kami tertawa sukahati. Setiap kali berbual tentang Dream kami pasti akan tertawa gembira. Ada saja keletah Dream yang membuatkan kami gelihati. Aku mengejutkan Dream. Kesian pula suamiku jika tidak dapat melihat senyuman Dream sebelum pergi berkerja. Mujurlah Dream seorang budak yang baik. Walau kelihatan mengantuk namun Dream sama sekali tidak menangis. Aku meninggalkan Dream dengan suamiku dan segera ke bilik air untuk membersihkan diri.

 

Sejam kemudian, pengurus suamiku tiba untuk menghantarnya ke lokasi pengambaran. 

"Jangan lupa kunci smua tingkap dan pintu..." Pesan suamiku..

___________________________________________________________________________________________________________________________

 

Aku memandikan Dream. Setelah itu aku buka laci almari baju Dream untuk mengambil baju tidurnya. Tapi apa yang menghairankan aku, hanya bajunya saja yang ada tapi seluarnya sudah hilang. Pelik! Hanya aku seorang saja yang membasuh dan melipat baju Dream, malah sudah menjadi tabiat aku untuk menyusun baju Dream sepasang demi sepasang. Masalahnya sekarang di mana seluarnya?
 
Aku keluarkan semua baju Dream. Aku periksa satu persatu dan aku susun kembali seperti tadi. Aku kini semakin terkejut. Rupa-rupanya banyak baju Dream yang sudah hilang.
 

Ah! Mungkin abang yang ambil baju Dream untuk dijadikan pelepas rindu agaknya... Malas lah nak fikir. Aku ambil baju tidur Dream yang lain. Selesai makan malam aku membawa Dream masuk ke dalam bilik tidur dan mengunci pintu. Aku duduk bersama Dream di atas hamparan tilam sambil menonton rancangan KBSW di saluran Astro. Bagus juga duduk di sini kerana aku masih dapat melihat rancangan Korea dengan mudah.

Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam dan seperti yang sudah ku duga... Dream masih aktif bermain sedangkan aku sudah benar-benar mengantuk. 

 

*****************************************************************

Aku tersedar! Ku lihat jam di dinding, sudah pukul 2pagi. Lor.. aku tertidur rupanya. Aku berpaling ke kanan, Dream tidak ada. Aku terperanjant! Aku segera bangun dan rupa-rupanya Dream sudah berada di atas lantai sedang bermain dengan mainan-mainannya. Dia ketawa suka melihat aku. Aku segera mencapai Dream dan mendakapnya erat di dalam pelukanku. 

Tidur ya sayang.... tidur.... Aku cuba bertahan melawan rasa mengantuk ku untuk menemani Dream sehingga dia tertidur.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet