Chapter 002

Can You Save Me ?

“ Okey macam ni ceritanya....

FLASHBACK <<<

 

                             Tahun pertama dulu ,aku budak nerd , baik mengalahkan tahap angel dan banyak lagilah... Lepas tu ada Sunbae tu suka sangat buli aku sebab dia tahu aku ni kaya... Waktu tu , aku ada girlfriend nama nya Park Yeojung ... dia librarian... Kitorang kapel lah ... sebab kitorang suka sesama sendiri.. 5 hari selepas tu , Sunbae tu datang nak buli aku lagi... tapi yang ni lebih teruk lah... rupanya baru aku tahu yang aku tengah kapel dengan Ex – Girlfriend dia .

 

                  Mulanya aku terkejut jugak tapi bila aku fikir balik normal lah kalau ada Ex-Girlfriend... Lepas tu 7 hari kemudian, Yeojung datang and dia Tiba – tiba je minta break... aku pun mula – mula keliru ,asal dia minta Clash ... Pada mulanya aku tak terima... tapi selepas dia merayu apa semua.. aku pun break dengan dia walaupun hati tak rela.. Seminggu tu aku rasa sedih je... sebab dah break dengan Yeojung... Tiba – tiba satu hari ni... aku nampak dia tengah bergembira dengan sunbae yang buli aku tu.. aku rasa pedih sebab aku nampak dia pegang – pegang tangan ... lepas diorang Kiss depan mata aku... apa lagi aku terjah lah... lepas tu aku pergi Lempang si Yeojung. Dah lepas puas hati tu aku terus blah... Dekat seminggu aku tak keluar rumah.. Sebab asyik fikir.. selama ni aku sedih sebab Yeojung tinggalkan aku.. tapi kenapa Daejung tak macam tu... aku pun dah jadi pendiam kat rumah sebab kan tekanan perasaan ..lepas kena pujuk dengan family suruh pergi sekolah.. aku pun menurut je.. but , aku dah serik jadi baik... aku tak nak dipermainkan lagi... TAMAT...” Cerita Jin.

 

                 “ Sedihnya cerita awak ... buat saya rasa nak nangis.” Kata Minyoung. “ Okey ni turn aku pulak nak tanya... “ kata Jin. “ Awak nak tanya apa ? ? ” tanya Minyoung. “ Aku nak tanya... Kau kawan Jeon Jungkook kan? Budak – budak lain kata dulu kau tak pernah berenggang dengan dia pun... korang rapat sangat... tapi aku tengok sekarang ni.. korang tak bertegur sapa pun... korang macam buat tak kenal antara satu sama lain... korang ada masalah ke ? ? ” tanya Jin. Minyoung tersentak. “ Saya ada sebab saya sendiri ... yang tahu cerita ni.. hanya Hyun , Lyxuan , Hyesung dan awak je... saya tak suka libatkan Family dalam masalah saya .. ” kata Minyoung. “ Jadi aku yang terakhir lah ... mana adil ... aish , tak pelah ... kau cerita jelah..” kata Jin.

 

“ Macam ni ceritanya ...

 

FLASBACK <<<

 

                             Saya dengan Jungkook memang kawan rapat sejak kecil.. keluarga kitorang rapat lagipun kitorang jiran... Waktu tahun pertama saya disekolah ni... saya ada kawan dengan seorang budak... nama dia Jang Jaemy... Jungkook suka dekat Jaemy... jadi, dia gunakan saya untuk rapat dengan Jaemy... bila diorang dah rapat , diorang sisihkan saya ... saya tahu yang Jaemy suka Jungkook juga.. Lepas tu Jungkook mula lupakan saya semata – mata nak luangkan masa dengan Jaemy walaupun saya tengah sakit... Waktu Jungkook sakit pun saya yang jaga dia... Jaemy tak lawat dia pun... tapi Jungkook selalu terfikirkan Jaemy... Esoknya Jungkook tak datang sebab masih sakit... jadi saya datang sekolah.. Saya terkejut sebab saya nampak Jaemy bersama lelaki lain... mereka kelihatan mesra sangat.. mereka berpegangan tangan.. lepas tu diorang Kiss bagai... lepas balik ... saya cakap kat dia yang jangan mainkan Perasaan Jungkook sebab hati Jungkook terlalu rapuh untuk impak yang besar.. Lepas tu  Jaemy kata yang Jungkook takkan percayakan saya Kalau saya beritahu dia perkara sebenar sebab dia lebih percayakan Jaemy... saya pun sedih lah... Balik tu, Jungkook tanya saya kenapa muram saja... saya pun dengan berat hati ceritalah... Lepas tu  Tiba – tiba , Jungkook lempang saya...

 

                 saya pun rasa sedih dan pelik kenapa dia lempang saya... Jungkook cakap dia lebih percayakan Jaemy daripada saya.. Saya kata kat dia .. Kenapa dia lebih percayakan Jaemy yang dia baru kenal 6 bulan berbanding kawan dia selama 13 tahun... Lepas tu saya tolak dia sampai jatuh ... jadi saya terus masuk rumah .. dalam bilik saya menangis saja... Hyun, adik kembar saya asyik tanya kenapa dengan saya.. saya cerita jelah... Hyun dah tak tentu arah dia kata yang dia nak BUNUH Si Jungkook tu.. tapi saya suruh dia senyap saja sebab takut abang kami Han Baekhyun tahu... abang saya memang panas baran kalau ada benda buruk berlaku pada kami.. jadi Hyun senyap saja.. Jungkook semakin lenyap dari hidup saya ... Kitorang pun dah tak bertegur sapa... Tamat..” kata Minyoung

 

                             “ Sedihnya... mesti kau banyak menderita kan? “ tanya Jin sambil memandang langit lalu memalingkan mukanya kepada Minyoung. Jin terkejut kerana melihat Minyoung sedang menangis. Jin sejujurnya lemah apabila melihat Minyoung menangis. “ Minyoung – ah... Jangan menangis.. / / dongakkan kepala Minyoung / / Muka kau tak sesuai lah kalau menangis.. muka kau sesuai untuk senyuman kau yang cantik tu je... / /  Kesat air mata Minyoung / /  Cheer up Okay ! “ kata Jin. Minyoung mengangguk dan mengesat air matanya.. Kkkrriiiinnngggg ! ! – bunyi loceng sekolah. Minyoung dan Jin bangun. “ Jin – shi ... thanks sebab temankan dan tenangkan saya...” kata Minyoung lalu beredar. “ Erm... Minyoung – ah !” panggil Jin. “ Nae?” tanya Minyoung lalu menoleh kebelakang. Jin berlari kearah Minyoung. “ Aniya... Gomawo...” kata Jin lalu mengucup pipi Minyoung. Minyoung kaku lalu berlari masuk kedalam kelas. “ Minyoung... aku akan balas dendam untuk kau..” kata Jin dalam hati lalu masuk dalam kelasnya.

 

% Kelas 4 – 1 %

 

                             Minyoung dari tadi asyik termenung sahaja. Lyxuan , Hyesung dan Taehyung perasan akan perubahan sikap Minyoung. Selalunya pada waktu terluang Minyoung , dia akan membuat kerja sekolah atau pun ulang kaji. “ Lyxuan , kenapa dengan noona aku?” tanya Taehyung. “ Mollayo... Minyoung eonnie jadi lain macam bila Jin cari dia pagi tadi..” kata Lyxuan. “ Noona , betul ke yang Jin hyung cari noona pagi tadi?” tanya Taehyung. “ Ya Hyun, Jin cari noona pagi tadi ..” kata Minyoung dengan tenang. “ Dia  ada buat apa – apa dengan Noona ke? Noona okey kan? Dia tak buat benda buruk kat Noona kan?” tanya Taehyung yang seperti terdesak. “ Hyun , noona okey lah...  Jin tak buat apa – apa pun... Dia tak delah sejahat mana dia baik apa...” kata Minyoung. “ Kenapa eonnie cakap macam tu?” tanya Lyxuan. “ Adelah... mana boleh beritahu..” kata Minyoung lalu mukanya merona merah.

 

___________________________________________________________________________________________________

Sorry readers kalau bosan ... truly ... tak ada niat pun ... hihi !

 

                            

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet