1.Confession (26 Sept. 14)

Our Butterfly Love
Please Subscribe to read the full chapter

______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

 

"Aku cinta kau." akhirnya,Jongin dapat mengungkapkan kata-katanya yang terpendam selama ini pada gadis kesayangannya. "Not funny,Jongin. Stop all this...I hate this..." Sumin melepaskan tangannya yang degenggam erat oleh Jongin. Jongin mengeluh. "Tolong Sumin,aku maksudkannya. Aku cinta kau. Aku tidak menipu." kata Kai sambil merenung dalam mata Sumin yang sayu.

Jongin tahu,gadis itu tidak mahu menerimanya kerana dia seorang 'playboy' tetapi salahkan jika seorang 'playboy' inginkan cinta sejati sepertinya. Semakin lama Jongin tidak dapat memendamkan perasaannya pada Sumin. Dia menyintai gadis itu sepenuh hati dan baru sekarang Jongin dapat meluahkan rasa cintanya itu.

"Tidak...Tidak,Jongin. Aku rasa lebih baik kau lupakan aku Jongin. Kau tidak akan faham hati aku,Jongin..." pandangan Sumin jatuh pada atas tanah. Takut hendak melihat wajah Jongin. Jongin mendengus kasar.

"Ya,aku tahu aku ni seorang 'playboy' tetapi tidak bolehkah aku mahu memperbaiki semua ini dengan cinta sejati kau? Salahkah,Sumin?" kata Kai. Matanya tidak lepas memandang wajah suci Sumin persis seorang bidadari dari kayangan.

"Kau tidak faham perasaan aku Jongin. Kau tidak faham...Hati aku sakit kau tahu tak? Sakit! Cukuplah aku melihat kau bermesra dan mainkan perasaan perempuan-perempuan yang di luar sana. Aku tidak mahu hati aku ini terluka sekali seperti mereka. Ianya hancur...Rapuh hati aku melihat lelaki yang aku cintai selama ini bersama orang lain. Bukannya sekali Jongin,banyak! Kau kira lah berapa banyak perempuan yang kau telah mainkan dan banyak itulah hati aku disakiti...Oleh kau..." tanpa disedari,air mata Sumin mengalir. Jongin terkejut mendengar Sumin berkata sedemikian. Tidak menyangka yang gadis itu menyintainya selama ini dan tidak pula disangka hati Sumin yang tidak bersalah itu sakit kerananya. Disebabkannya hati sumin sakit.

"Cukuplah Jongin. Lebih baik kau balik,fikir perkara ini masak-masak. Aku tidah mahu kau manjadi seorang yang bodoh. Bodoh kerana menghadirkan aku di dalam hidup kau." Sumin menolak lembut tubuh sasa Jongin yang berada betul-betul di hadapannya itu dan Sumin melangkah longlai pergi dari tempat itu. Air mata Sumin tidak berhenti mengalir seperti air terjun. Jongin pula yang menjadi sakit hatu di situ di saat Sumin mengalirkan air matanya. Perit hatinya apabila gadis yang dicintainya itu menangis. Disebabkannya. Dia telah menyakitkan hati Sumin. Gadis itu semakin jauh daripadanya.

 

Tiba-tiba Sumin merasakan sepasang tangan memeluk erat perut kecilnya dari belakang. Ya,Jongin mendakap Sumin dari belakang. Sungguh Jongin tidak sanggup melihat Sumin menjauhi dirinya.

"Jongin..." Sumin mencuba untuk melepaskan pelukan Jongin namun Jongin mengeratkan lagi pelukannya. Jongin merehatkan kapalanya di atas bahu Sumin. Nafas hangat Jongin yang hinggap pada leher Sumin membuatkan Sumin berhenti bergerak. Waktu bagaikan berputar. Berputar pada saat indah. Betapa selesanya Sumin di saat Jongin melakukan sebegitu terhadap dirinya.

"Sumin,aku tahu aku teruk. Teruk dalam melayan diri kau dan perasaan kau sebegini. Aku...Aku teruk. Tetapi aku sudah bertekad untuk menghentikan perangai buruk aku ini dengan menghadirkan kau dalam hati aku. Menempatkan kau di tempat pertama dalam hati aku ini. Aku ingi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet