I got a nightmare !(2)
I got a nightmare ! (Friend's Revenge)/Pintu kelas dibuka/
"Hayoung !" Hoseok menyahut aku . Aku memandang Hoseok dan senyum kepadanya . Nampaknya Hoseok rindu aku ... serta mendiang Chorong . Hoseok merupakan teman lelaki Chorong ketika Chorong masih hidup . Apa yang menarik tentang pasangan ni , mereka jarang bertekak . Kadang-kadang aku pun cemburu juga sebab aku tak ada teman lelaki . Hoseok ni pun merupakan satu-satunya pelajar lelaki yang aku rapat sejak sekolah rendah lagi .
Aku harap sangat Hoseok tak terlibat dalam kematian Chorong . Sebab aku percaya dia . Dia dengan Boram sahaja aku percaya .
"Kenapa kau berpeluh-peluh banyak sangat? Kau buat larian marathon ke , Hayoung?" ,soal Hoseok dalam nada jenaka .
"Nampak sangat ke peluh ni ? Haihh"
Aku membelek-belek beg sekolah semata-mata nak ambil sapu tangan . Tak sangka , sapu tangan yang aku pegang ni pemberian Chorong . Ini satu-satunya hadiah yang Chorong bagi dekat aku . Tak jadi aku nak lap peluh .
Aku endahkan sahaja teguran Hoseok tadi dan terus duduk dekat tempat aku . Boram memandang aku dengan reaksi yang pelik . Kenapa pula ni ?
"Kau nak tahu , satu sekolah macam tak percaya pasal kematian Chorong . Pelajar popular mati dalam keadaan yang mengerikan ."
"Dia kawan kita juga . Kau tak sedih ke dia mati , Boram?" ,soal aku . Cakap dengan budak banyak mulut ni memang bergaduhla sekejap lagi . Takpelah , sekurangnya ada tempat aku nak bersembang . Meja sebelah aku dah ... kosong .
"Hmmm , siapa tak sedih . Kawann baik sendiri . Cukuplah dah 3 hari aku menangis pasal Chorong"
Aku tak balas dan cuma berdiam mulut sahaja . Tak dinafikan , hari ni memang kecoh pasal mendiang Chorong . Aku harap diorang tak ganggu privasi aku dengan mendiang tu . Ada yang sibuk kerumun aku sebab nak aku ceritakan macam mana Chorong mati lah , tak hormat langsung !
Kelas tamat macam biasa , waktu petang pelajar sudah pun bersurai meninggalkan halaman sekolah.
Tapi aku dengan Boram serta Hoseok masih berada di sana sampai malam. Kami kena lengkapkan tugasan yang guru Sains ajar.
Comments