Second day
Camp HighTepat jam 7 pagi,para peserta mula bangun dari tidur lena kerana loceng yang dibunyikan kedengaran satu camp.Memang kuat mengalahkan loceng sekolah.
"Aduhai,awalnya bangun.Aku mengantuk lagi ni." Chen mengeliat kecil dan mengambil posisi duduk.Matanya pula masih mamai.
"Yah! Yah! Bangun! Bangun!" Sunggyu menggegar katil JB dan Jr kerana mereka tidur mati.Dari tadi tak bergerak.
"Yah! Im Jaebum! Park Jinyoung!Palli ireonayo!"
"Hyung! Biar je dua ekor badak tu,tidur mati!" Suho sempat menyindir mereka berdua dengan gelakan.Sunggyu masih berdiri diantara mereka berdua.
"Amboi sedap kau je panggil aku badak,kau tak fikir kau tu keldai!" JB menjengkilkan matanya.Suho mencebik sambil menunjukkan penumbuknya.
"Hah dah tak yah gaduh.JB pergi mandi cepat.Aku nak uruskan lagi seorang ni." JB bangun dan berlalu ke bilik air.Sempat lagi ditolak bahu Suho sengaja.Suho merengus geram.
"Apa aku nak buat?" Sunggyu berfikir dan mentol menyala.
"Rap monster ster ster! Sini sekejap." Rap Mon menoleh memandang Sunggyu dengan wajah yang pelik.
"Habis lah kau,kene marah dengan hyung." Chen sengaja menakut-nakutkannya.Rap Mon mencebik.
"Err hyung,kenapa?"
"Ambil sebaldi air sekarang!"
"Nak buat apa hyung?"
"Jangan banyak tanya boleh? Jangan derhaka dekat sunbae.Pergi ambil." Rap Mon segera berlari ke bilik air tapi JB tengah dekat dalam.
"JB,mian! Aku terjah je tau.Sunggyu hyung suruh!"
"Woi! Aku tengah guna lah.Apa ni."
Rap Mon keluar dengan baldi air tapi tangan kirinya mengurut kepalanya.Ni mesti kes kene seligi dengan JB dekat dalam.
"Nah hyung!" Rap Mon menghulurkan baldi.Sunggyu tersenyum.Bagus juga jadi sunbae ni,boleh perintah je sesapa.Nak try lagi lah.
"Suho!" Suho tak menoleh.Habis lah aku kene buat apa pulak ni.Bisik hatinya.
"Aku tahu kau dengar,jangan derhaka.Sini cepat." Nak tak nak Suho pun bangun dan pergi ke Sunggyu.
"Siram dia!" Suho membulatkan mata.Bukan terkejut tapi serious ni? Ni yang suka ni.
DDushhhhh. Suho puas hati.Segala kebencian,dendam aku sertakan dengan air ini.Muahahahha
"Jagi,cepat lari hujan lebat ni,tengok aii dah lencun.Jagi,tu ambil payung untuk kita." Jr masih di alam mimpinya.Mengigau.Sunggyu memandang tak percaya.Suho pun.JB yang baru keluar pun rasa nak tak nak ngaku member.Rap Mon dengan Suga tak tahan gelak dan terus gelak terbahak.Chen memang dah gelak macam orang gila dari tadi.
Sunggyu menampar pipi Jr perlahan.Jr membuka matanya dan terkejut dengan keadaannya yang basah.
"Hyung,kenapa aku basah ni?"
"Kau mimpi apa hah? Dah mandi.Kau last ni.Cepat."
"Hyung tak achi lah gini.Asal aku kene siram?"
"Untung kene siram,kalau aku suruh yang lain campak kau dalam kolam tu,apa engko rasa."
Jr mencebik geram dan segera bangun.Memang tak boleh menang kalau dengan sunbae.Sabar je
Comments