Review - Malaikat

(Special Review) - Malaikat
Please log in to read the full chapter

 

 

MALAIKAT by WoaiJia

 

STORY TITLE: Malaikat

AUTHOR: WoaiJia

LENGTH: One-shot

STATUS: Completed

 

 

 

 

PLOT (22/30): First of all, saya sukakan gabungan idea yang awak buat. Saya boleh nampak sedikit Ombak Rindu and How to Murder your Husband (Lol, saya pun baca jugak story ni) dalam story awak. Satu kombinasi yang bernas dan ideal, melahirkan sebuah cerita dengan storyline yang baru. So, cerita awak ni pretty much original juga. Saya tak nafikan yang saya pernah berdepan dengan jalinan plot yang hampir serupa beberapa kali sebelum ini, tetapi apa yang saya dapati dalam story awak adalah combination yang sesuai dan tak nampak pelik atau janggal. Basically, idea asal yang awak gunakan memang menarik minat saya. Jadi, saya tak ada apa-apa nak complain bahagian tu. I guess sekarang ni kita boleh masuk part realistic and logical?

Okay, kebanyakan hal yang akan saya tegur adalah bertumpu pada settings dan tindakan watak-watak sepanjang penceritaan awak. Firstly, pada permulaan yang awak buat, mereka sedang membersihkan kawasan rumah, right? Awak explained keadaan dan kawasan rumah mereka dengan baik. Tetapi, awak tak menyatakan mengapa mereka baru mengambil tindakan untuk mengemas kawasan rumah mereka setelah hampir bertahun-tahun lamanya? Kenapa dorang tak mengambil tindakan lebih awal? Of course ada sebab kan? Apa yang telah terjadi sampai mereka memakan masa yang begitu lama? Lebih baik seandainya awak berikan lebih points.

One more thing yang saya rasa awak patut tambahkan pada part awal cerita awak adalah kisah Baekhee dan Yifan. Mungkin awak boleh cerita secara ringkas terlebih dahulu kisah cinta mereka; bagaimana mereka bertemu dan apa yang mendorong kepada perkahwinan mereka di usia yang begitu muda. Oleh kerana awak tak mention banyak tentang kisah hidup mereka, awak telah membiarkan readers awak tergantung tanpa details. Kelemahan yang ada di sini adalah kurangnya informasi tentang perhubungan Kris dan Baekhee. Hal ini sekaligus membuatkan saya kurang menghayati scene di mana Kris meninggalkan Baekhee kerana saya tak tahu sebesar mana cinta mereka yang sebenarnya.

Selain itu, menurut pandangan saya, semasa Baekhee 'diselamatkan' oleh Kai dan dihantar ke tempat pelacuran, saya rasa perempuan itu terlalu… naif dan terlalu lurus bendul. I mean, ketika dia ditarik oleh Luhan, saya tak faham kenapa dia tak struggle atau meronta macam kebanyakan gadis lain buat apabila diperlakukan sedemikian. Saya faham yang kononnya dia menganggap Luhan itu adalah malaikatnya. Tapi bagaimana dia boleh nampak imej malaikat tu dalam diri Luhan? Sewaktu first encounter dia dengan lelaki tu bukannya Luhan membuktikan personaliti yang baik, right? Kerana sewaktu tu Luhan mabuk. So, apa yang dia nampak? Berbeza dengan Kai, pertemuan pertamanya dengan lelaki itu menampakkan imej baiknya yang sebenarnya berlindung di sebalik kejahatan. Then, why didn't she think that Kai is her angel instead before she met Luhan?

Settings. Awak boleh membuatkan readers awak lebih feels semasa membaca cerita awak dengan menerangkan dengan lebih terperinci situasi dan keadaan sekeliling. Contohnya sewaktu mereka berada di pub atau di shopping complex, saya tak dapat rasa pun suasana dan keadaan yang sepatutnya saya rasa. Gunakan deria yang awak ada; apa yang awak nampak, dengar, bau, rasa dan sentuh. InsyaAllah, cara ini akan banyak membantu dalam membuatkan story awak kedengaran lebih hidup sekaligus meningkatkan penghayatan pembaca.

 

CHARACTERIZATION (13/20): Overall, part ni okay. Tapi masih ada kekurangan tersendiri pada setiap watak. Bahagian ni ada banyak yang saya nak katakan. Saya akan cuba menjelaskan satu-persatu karakter mereka.

Luhan: Setelah habis membaca cerita awak, apa yang boleh saya katakan mengenai personaliti dia adalah dia merupakan seorang yang cerewet, bersosial, hidup mewah, agak baran dan suka cakap lepas tetapi pada masa yang sama memiliki sifat penyayang. Perkembangan watak dia stabil dan perubahannya tak terlalu drastik. Nevertheless, sewaktu menghampiri klimaks, saya rasa dia tiba-tiba menjadi seorang yang berbeza. Pada ketika itu, dia sudah merancang dengan cukup baik untuk menyingkirkan Baekhee daripada kehidupannya. Namun apabila detik itu tiba, dia boleh berubah fikiran hanya dengan memandang wajah Baekhee? Bukan ke dia dah selalu nampak muka perempuan tu, jadi kenapa dia seakan baru menyedari sesuatu? Dan pada saat itu juga dia baru sedar akan perasaan cintanya terhadap Baekhee. Saya rasa perubahan perasaannya terjadi dengan tiba-tiba. Perwatakannya agak dingin dan kebanyakan masa, dia tidak mempedulikan Baekhee. Malahan dia sanggup menghantar gambar bogel perempuan itu kepada teman-temannya. So, kenapa dia bersimpati dan jatuh cinta pula? Awak tak mention langsung pun yang dia tertarik atau mempunyai, at least, sedikit perasaan terhadap Baekhee sebelum tu. Lebih baik sekiranya awak ada nyatakan awal-awal bahawa dia sudah pun warm up dengan kehadiran Baekhee sebelum perasaan cinta itu tumbuh. Awak tak boleh jatuh cinta dengan orang yang pernah awak benci sepenuh hati dalam masa satu atau dua hari melainkan mema

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet