Oh My So Kacak!!

ONE DAY...

Heeyoung POV

"Aq, Lee Heeyoung. Hari ni bakal menjejakkan kaki ke sekolah menengah buat kali pertama dan berazam yang tahun ni aq nak belajar betul-betul. Nak potong rekod si Taehyung. Hee..Biar padan muka si Taehyung tu.. asyik kata aq lembab ja.." aq cakap kuat-kuat sambil berdiri depan cermin dan mengangkat tangan. Eceh, dah macam baca ikrar pun ada.. Aq tengok dari atas sampai bawah. Wah! Smartnyer aq hari ni ngan uniform baru. Awesome!!

"Pfffttttt..." aq terdengar macam seseorang tengah tahan gelak. Haish.. jangan cakap si V tu dengar apa yang aq cakap tadi. Adoi!! Aq tengok ke arah cermin dan aq bole nampak dari pantulan cermin yang V tengah menyorok belakang pintu.

"Dah lah! Tak payah nak tahan gelak sangatla.. aq tau ko dengar. Tak yah nak nyorok-nyorok, aq cepuk ko jap lagi kang." Kedengeran suara si V tergelak besar. Nyampah!! Siap ko.

V datang mendekat dan dia mengusap-usap kepala aq. "Uwaaa.. tak sangka, adik abang dah besar. Siap berikrar sebelum masuk sekolah menengah lagi. Puahahahahaha." Kata V lepas tu dia terkekek ketawakan aq. Sampai terbatuk-batuk.

"Eeeee.. jangan buat semak kat rambut aq la V. Tulah, ketawakan aq lagi. Kan dah terbatuk-batuk. Padan dengan muka ko." Aq tepis tangan si V sebab dah buat rambut aq yang berjam-jam aq sikat nampak serabut balik. Aq sikat lagi sekali rambut ni.

"Udah ler tu dengan rambutnyer. Nanti mak ko membebel kalo ko lambat keluar dari bilik. Lpas dengat mak ko membebel, nanti ko pulak jadi macam mak ko." Kata V macam bunyi ngutuk aq je. Mu tunggu aq bagi flying kick. Sekali aq bagi baru tau. Tapi sayang, memang aq takkan buat. Yang aq mampu hanya bagi jelingan maut kat dia.

"Dah siap dah ni.  Ko keluar dulu." Kataku. V menurut. Bila V pusing badan, baru aq perasan yang handsome jugak V bila dah pakai uniform sekolah menengah ni. Aish. Heeyoung, stop talking nonsense.

 

Di luar pagar sekolah.

"Ko la ni V. Bukan aq dah suruh ko pam tayar basikal ko ke semalam? Huh!!" Aq membebel kat V sebabnyer, tayar basikal dia pancit tiba-tiba. Lepas tu bole dia kata dia lupa check. Tak pasal-pasal kiteorang kena share basikal.. nasib dia yang kayuh.

"Sorry ah. Bukan sengaja. Tadi, aq ada dengar yang jiran sebelah ko kata yang kita ni dah macam pasangan kekasih." Kata V dengan nada suka. Erkk..Ada ek?? Tak dengar aq. 

"Dah la. Ko tolak basikal ni senseorang aq nak jalan. Geram aq ngan ko. Tau!!" aq turun dari basikal secara mengejut. Disebabkan cara turun aq tersalah, aq terjatuh and kebetulan ada kereta tengah memecut. Aq cuba nak bangun tapi tak bole. Badan kaku tetiba. Macam mana ni??? Joon oppa.. help me!! Aq pasrah tutup mata sebab kereta tu makin hampir.

Lama aq menunggu kena langgar dengan kereta. Tapi, macam takde pape je. Aq dengar ramai orang tepuk tangan. Eh?? Asal? Suka sebab nampak aq kena langgar?? Aq dah mati ke?? V... nape ko tak selamatkan aq. Selamat tinggal eomm, appa dan joon op...

"dik, adik tak pape ke. Bangun dik." Kenapa aq dengar suara lelaki. Lepas tu, nafas dia kena muka aq. Tercungap-cungap pulak tu.

"Heeyoung!! Bangun." Aq dengar suara V pulak. Tapi jaoh dari telinga. Asal rasa macam ada orang goyangkan badan aq?? Aq try bukak mata slow-slow. Aq tergamam. Siapakah lelaki ni? Kenapa aq ada dalam pelukan dia? Dan..dan.. dia sungguh kacak!!!

"Oh, dik. Nasib baik dah sedar. Bagusla." Kata lelaki tu. Dia lepaskan aq, lepas aq bole duduk. Mata aq. Tak lekang dari memandang wajah dia. Dia berjalan masuk ke suatu kawasan, melepasi pagar. Dan hilang dari pandangan aq.

"Woi! Sedarlah.. dah lambat ni " jerit V kat telinga aq. Terkejut o. Macam nak luruh jantung.

Dia tolong aq berdiri. Dia genggam tangan aq. Dia bawa aq masuk ke pagar sekolah. 'Jup, bukan mamat kacak tadi masuk sini ke? Dia sekolah sini jugak ke?? Huwaa...' fikiran aq berkata.

"Ko ok tak. Jom. Kite kena pegi tengok nama ni and tengok klas kat mana." Kata V, menyedarkan aq dari lamunan...

 


 

Hi semua...

Ni adalah fiction malay saya yang pertama.

Selepas HIATUS yang agak lama..

Well, sebenarnyer dah lama nak buat fanfiction malay kat aff ni tapi takot tak de orang baca. Yelar, ingatkan semua ff kat sini all in english.. 

Hee.. Thanks again for my lovely friend yang bagi aq dorongan nak post ff malay kat sini. (Panjang pulak ucapan aq ni. Dah macam apa tah. Mesti korang pikir 'apalah yang author-nim merapu panjang.)

Selamat membaca. *wink wink*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ShiMatoki
#1
Chapter 1: palli update! hehe