chapt 4
Its Hurts. [ SUPER HIATUS ]Telefon bimbitku berbunyi tatkala aku sedang menuju ke keretaku untuk pulang ke rumah.Hmm,kenapa appa call ni?
"Hello appa," ucapku
"Hyera,appa nak suruh kamu pergi farmasi boleh tak? Kamu dah nak balik kerja kan?" Appa bertanya.
"Boleh. Appa nak suruh Hyera beli ubat ape?" Tanyaku pula.
"Belikan ubat sakit urat yang selalu appa makan. Abah tak larat nak keluar la harini," beritahu appa.
" No prob boss." Balasku.
Setelah menamatkan panggilan,aku terus menghidupkan kereta. Waktu macam ni memang banyak kereta. Maklumlah orang pakat balik kerja je. Selesai membeli ubat aku terus memandu pulang. Dah lewat dah ni.
Sedang aku memandu sambil menyanyi lagu I am The Best nyanyian 2NE1 yang terpasang di radio,tiba-tiba melintas seorang perempuan yang seolah-olah sedang berlari. Betulke orang tu. Terkejut aku dibuatnya. Mujurlah keretaku masih agak jauh. Kalau terlanggar tadi aku yang mati terkejut. Tanpa aku sangka,ada seorang lelaki sedang mengejar perempuan tadi. Ish,diorang ni main kejar-kejar ke ape? Kali ni,kereta ku tidak sempat mengelak lagi kerana sudah terlalu hampir. Apa lagi..
Dummm!
Ops! Dah terlanggar. Kelam-kabut aku keluar dari kereta. Aduyai,masalah betul. Tula,sapa suruh main kejar-kejar tengah jalan malam-malam buta ni.. Aku segera menghampiri lelaki yang sudah terduduk di atas jalan.
"Awak okey ke?" Cemas aku bertanya. Lelaki itu tidak menjawab tetapi dia mengaduh kesakitan. Mukanya berkerut menahan kesakitan. Kesian pulak aku tengok. Aku ni dah la lembut hati. Perasan jap.
"Kenapa awak tiba-tiba melintas tadi.Ish,jomlah" aku membantunya untuk bangun. Lelaki tu memandang aku pelik. "Pergi mana?" Dia bertanya. "Mana lagi. Saya nak bawak awak pergi kl
Comments