First meet

Forever Will Love You
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Dewan yang besar, luas untuk pernikahan unnie kini terasa sempit, ruang yang tadinya nyaman kini terasa membahang. Aku mengipas wajahku menggunakan telapak tangan dengan harapan muka aku tak menceritakan apa yang sedang terjadi ketika ini. Sungguh aku tak sangka keputusan omma dan keluarga Park dalam kira-kira lima belas minit yang lepas akan mengikat aku berkait sama. Aku menunduk cuba melarikan pandangan daripada mata tajam milik lelaki lampai di hadapanku ini. Dia juga nampaknya sudah bersedia ingin berlalu dengan tuksedo yang kemas tersarung pada badan tegapnya. Perjumpaan pertama hari ini dengan dia memang malang tak berbau.

 

Anak omma ni dah sedia, kan?” soalan pertama yang diajukan kepada aku tanpa mendapat persetujuanku tadi. Aku hanya mengangguk, mengeluarkan suara jauh sekali. Penat dengan permainan yang dicipta tanpa kata putus aku sendiri.

 

Bunyi alunan piano yang lembut dari dalam dewan dapat didengar dengan jelas ketika ini, menambahkan lagi rancak lagu yang mengetuk dada aku. Aku mengangkat sedikit gaun kembang putih yang tersarung dibadan tambahan dengan veil yang tersangkut elok pada kepalaku. Ianya terasa seakan-akan memberat membenarkan bumi menelanku hidup-hidup. Lebih baik ditelan daripada berkahwin tanpa rela.

 

Kini masanya telah tiba….

 

 

Kini disaksikan oleh orang ramai yang hadir dalam dewan, menambahkan getar halus pada hatiku dengan keadaan yang aku takkan jangka akan terjadi. Dengan pegangan tangan dengan ikrar lafaz yang sudah dilafazkan meruntuhkan tembok yang cuba aku bina sedari tadi. Aku mengerling ke arahnya, yang menyeluk poket mencari sebentuk cincin bagi melengkapkan perkahwinan ini. Ianya cantik, dan seperti mengerti ianya tersemat cantik pada jari manisku.

 

 

“Kamu boleh cium pengantin perempuan.” Cium? Cium? Yang memerlukan dua ulas bibir kemudian menyulamnya dengan begitu lembut?

 

 Bagai tersedar dari mimpi disiang hari, aku terpempan. Malu sendiri dengan kelekaan yang mengarut. Kucupan pertama aku baru sahaja diambil olehnya. Walaupun hambar sekali rasanya tapi masih terasa hangat yang hinggap di bibir nipisku. Aku menunduk, malu. Bunyi tepukan dan sorakan seakan-akan membenarkan aku kembali semula untuk tenggelam dalam lamunan sendiri tapi cepat dihalang oleh suara garau miliknya.

 

“Hei.. pandang depan. Kita nak ambil gambar ni.” 

 

Ne? o..” itu je yang mampu keluar daripada bibir tatkala mendengar suaranya. Aku mengangkat wajah dengan riak bersahaja ta

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
chanyeorin61
pendek ke? 0,o?

Comments

You must be logged in to comment
_Chestnut
#1
Chapter 4: Update soon
minsyuki #2
Chapter 3: Daebak! update lagiii ^^
maisarah_07btsxo #3
Chapter 3: awk update lg besttt
maisarah_07btsxo #4
Chapter 1: woahh best gilerrr
Byun_Kyungmi
#5
Chapter 3: Update now!!!!
-chaseul
#6
Chapter 1: BEST SANGAT NI ARIN !!! pehhhhh, thumbs up gila2 kat arin! i like this. pasal yg tu, its okay sbb you played with the words so well