Story with Him..!

Kawan jadi Kahwin?

   

                                                    

   Kisah bermula dengan seorang jejaka yang bernama Myungsoo dan seorang gadis bernama Jaera iaitu aku yang berkawan rapat sejak bangku sekolah tadika lagi. Hal ini kerana kami tinggal dalam kawasan perumahan yang sama. Nak dijadikan cerita kami ni hidup berjiran. Kedua ibu bapa kami juga sudah saling mengenali.

   Persahabatan kami berterusan sehingga ke sekolah rendah. Sepanjang tempoh enam tahun menuntut di sekolah rendah, aku dan Myungsoo merupakan rakan sekelas. Tidak pernah sekalipun aku dan Myungsoo terpisah kelas. Bila difikirkan bosan juga asyik menatap muka yang sama setiap tahun! Ketika menuntut di sekolah rendah juga,aku dan Myungsoo amat dikenali guru kerana kedua ibu bapa aku dan Myungsoo juga merupakan teman baik. Setiap kali menghadiri mesyuarat PIBG di sekolah*ada ke? XD*,kedua ibu bapa kami juga sering bersama. Dah macam isi dengan kuku. Sehinggakan guru di sekolah juga sudah sinonim dengan persahabatan kami.

   Melangkah ke alam sekolah menengah, sekali lagi aku dan Myungsoo menuntut di sekolah yang sama. Malah masih tetap berkongsi kelas yang sama. Aduh,bosannya! Tetapi,itulah yang dinamakan jodoh dalam persahabatan. Pun begitu, aku dan Myungsoo masih mempunyai teman baik yang lain. Di antara aku dan Myungsoo,kami bebas bersahabat dengan sesiapa sahaja. Cuma yang pastinya dalam kalangan rakan sekelas mereka sudah sedia maklum bahawa aku dan Myungsoo sudah lama bersahabat dan sememangnya akrab.

   Ketika di bangku sekolah menengah, kedua ibu bapa kami akan bergilir-gilir untuk menghantar kami berdua ke sekolah kerana jarak sekolah dari rumah agak jauh. Menuntut di sekolah menengah juga bayangan Myungsoo tidak akan lari dari kehidupan realiti aku. Malah,dia sememangnya sahabat yang akan sentiasa membantu di saat aku memerlukan.

 

//Flashback//

Ketika aku pulang dari kedai, aku melalui lorong gelap kerana itu satu-satunya jalan yang terdekat untuk balik rumah,

“Hai cik adik nak ke mana tu?” aku terdengar suara beberapa orang lelaki di belakang aku.

Dengan senang hatinya aku menjerit meminta tolong.

“TOLONG! TOLONG!,..”  mulut aku ditutup lalu tanganku dipegang kuat. Habis barang-barang yang aku beli tadi bertaburan.

Aku mengaduh sakit.

Tiba-tiba,

“Woi,jangan kacau dia!”

Macam pernah ku kenal suara ni tapi di mana ya? Dengan tiba-tibanya keluar mentol bercahaya dekat kepala aku. Ting! Itu suara Myungsoo. Aku apa lagi,terus aku jerit kuat-kuat..

“Myungsoo!! Tolong aku..”

“Kalau kitorang nak kacau jugak?” tanya salah seorang lelaki itu sambil buat muka poyo.

“Aku bedal kau sampai masuk ICU kalau boleh arwah terus.” Balas Myungsoo sambil menggenggam tangannya menjadi penumbuk dan menumbuk lelaki-lelaki itu.

Kejadian tumbuk-menumbuk pun bermula.

Akhirnya,

Korang rasa siapa menang? –author-

Entah! –pembaca-

Ish..korang ni akulah yang menang. Korang tak tahu aku ada black belt dalam taekwando.                            –Myungsoo-

Hmm..yelah tu..kalau tak kerana aku yang buat dalam cerita ni kau ada black belt, belum tentu kau boleh menang. Itu pun nak berlagak.. dah pergi main jauh-jauh sana.. –author-

*nangis* -myungsoo-

Stop! Iklan tamat. Berbalik kepada cerita Jaera dan Myungsoo.

Myungsoo berjaya menyelamat kan aku dari lelaki-lelaki yang jahat itu. Ish..dah la jahat tak handsome pulak tu. Myungsoo terus menghantar aku balik ke rumah.

Sebelum masuk rumah aku mengucapkan terima kasih kepada Myungsoo. Kalau tak kerana dia, tak tahulah apa akan jadi pada aku malam tu. Semenjak kejadian tu aku tak dibenarkan pergi ke kedai malam-malam tanpa teman.  Yang peliknya macam mana Myungsoo boleh datang tepat pada masanya? Hmm..never mind, janji aku selamat. Moral dari story aku ni jangan ambil jalan dekat,sedangkan jalan yang jauh lebih selamat. Haha..

//End Flashback//

 

   

   Kini,aku sudah berusia 20 tahun. Aku dapat menyambung pengajian di Seoul University. Berjaya mendapat peluang untuk mengambil bidang social science *hentam je XD* di universiti itu. Manakala Myungsoo meneruskan pengajiannya di Seoul Art University dalam bidang muzik.

   Di sinilah titik permulaan aku dan Myungsoo membawa haluan masing-masing. Pada awalnya,kami merasakan agak janggal juga tetapi nak buat macam mana demi masa depan kami. Aku ingat lagi masa mama dengan papa hantar aku dekat universiti,Myungsoo pun ikut sekali,..

“Jaera,kau jangan lupakan aku tau!” Myungsoo membuat muka sedih. Memang sedih pun.

“Yelah,kau pun sama. Jangan nanti dah dapat ramai kawan kat sana lupa aku kat sini.”

“aku pulak. Kau tu! Aku steady je..”

“Aku akan rindu kau..” aku berkata lantas menundukkan muka menahan air mata yang tinggal tunggu masa untuk jatuh.

Lantas, Myungsoo mengangkat dagu aku dan berkata,

“aku pun akan rindukan kau..” lalu memeluk aku.

Ibu bapa aku hanya mampu menggelengkan kepala.

   Ketiadaan Myungsoo di sisi seperti hari-hari yang lalu ternyata sangat dirasakan. Manakan tidak sejak di sekolah tadika sehingga tamat sekolah tinggi aku melihatnya hampir saban hari. Pada permulaanya,aku sering menelefon atau menghantar mesej kepada Myungsoo untuk bertanya khabar tetapi kehidupan aku sebagai pelajar universiti menghalang aku untuk terus berbuat demikian. Kami hanya dapat berjumpa pada cuti semester sahaja.

  Selepas tamat pengajian aku di kolej itu selama 3 tahun, aku pulang ke rumah. Setibanya aku di rumah,aku disambut oleh mama,papa dan kedua ibu bapa myungsoo. Tetapi aku tidak melihat kelibat myungsoo. Menurut ibunya,myungsoo akan pulang ke rumah pada hujung minggu ini. Sungguh aku rindukan myungsoo.

Hujung minggu sudahpun tiba, aku menanti myungsoo di depan pintu pagar. Tidak sabar rasanya. Beberapa minit kemudian,sebuah teksi berhenti di hadapan aku. Myungsoo keluar daripada perut kereta,aku terus berlari memeluknya..

“aku rindu kau..”

“aku pun.” Myungsoo membalas.

“Ehem..ehem..”

aku terus menghentikan pelukan apabila terdengar suara papa.

“Jaera,Myungsoo mari masuk ke dalam. Ada benda yang kami nak bincangkan.” Papa menarik tangan aku dan Myungsoo menuju ke dalam rumah aku.

Aku dan Myungsoo duduk di atas sofa sambil mengahadap ibu bapa aku dan Myungsoo yang kelihatan serius ketika ini.

“Myungsoo,Jaera,..ayah nak kamu kahwin..” ayah Myungsoo bersuara.

“APA?!” serentak aku dan Myungsoo bersuara.

Rupanya dalam diam, kedua ibu bapa kami telah mengambil keputusan untuk menyatukan kami berdua dengan alasan kami sudah cukup mengenali hati budi masing-masing.

“Kamu tak setuju?” giliran ibu myungsoo pula bersuara.

“SETUJU..!! thanks ibu.” Kyungsoo menjerit keriangan.

Ahli keluarga yang lain semua tergelak melihat Myungsoo manakala aku hanya mendiamkan diri,nak tunjuk steady la katakan..padahal nak aja aku join Myungsoo lompat-lompat depan ibu bapa kitorang sebab happy sangat.

“Welcome,sayang. Jaera?”

“Ya..”

“Kamu setuju?”

“setuju..” aku menjawab sambil tersenyum.

Aku akur dengan keputusan ibu bapa kami. *ceh..akur..suka cakap suka..*

 

Malam itu aku dan Myungsoo bersiar-siar di taman berdekatan.

“Myungsoo, boleh aku tanya kau satu soalan?”

“tanya lah. Banyak-banyak pun tak apa.”

“kenapa kau happy sangat bila parents kita suruh kita kahwin?”

“Sebab dah lama aku suka dekat kau. Sejak dari sekolah menengah lagi. Tapi aku takut nak bagitahu kau sebab aku nak jaga persahabatan kita.” Jawab Myungsoo dengan jujur.

“kalau aku cakap ni kau percaya tak?”

“apa dia??”

“aku pun suka kau..” aku terus menutup muka kerana malu.

Sebenarnya aku baru sedar yang aku sukakan Myungsoo semasa kami berpisah membawa haluan masing-masing tiga tahun lalu. Lambat kan?

Myungsoo terus menarik aku di dalam pelukannya.

“tak perlu nak malu-malu dengan aku. Lepas ni boleh tak kita tak payah guna kau-aku bila nak panggil masing-masing?”

“dah tu nak panggil apa?”

“aku panggil kau sayang,kau panggil aku honey..boleh?” tanya myungsoo ingin mendapatkan kepastian.

“tak kisah.”

“Saranghae,sayang..”

“Nado saranghae..”

Sungguh aku gembira pada malam ini.

Inilah kisah aku yang bermula dari sebuah persahabatan menjadi sebuah perkahwinan.

                                                                                                         

                                                                                              -THE END - 

 

Yay!! siap fanfics saya.. korang suka tak? sukalah,sukalah..jangan lupa subscribe..nak upvote? boleh,silakan..jangan malu-malu dengan sayaXD..korang comment tau ! Saya nak tengok macam mana reaction readers tentang story saya yang tak seberapa ni. Saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sekiranya ada tersalah ejaan or yang sekutu dengannya. Saya tak guna satu bahasa je dalam story ni. ada tiga bahasa seperti yang korang lihat, malay,english and  korean. enjoy reading! semoga korang berbahagia.                                                                         
From, CUTTIEPIE16

 

Nah, myungsoo untuk korang..

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hyemipark
#1
Chapter 1: OMMO OMMO SWEET NYE ^^
BTW all the best author-nim
DAEBAK!!!
nurulizzahramanlee
#2
Chapter 1: So sweet... Babehhh
ekanorsyafiqah
#3
Chapter 1: Happy ending
bittersweet4u
#4
Chapter 1: Auw.. sweet couple (o^ 0 ^o)/
Myungsoo argh!!! Comel je dia org ni. Terutamanya myungsoo .. hahah xD