002
All I Have Is You
"Omma, jebal! Omma!!" Aku meraung, pandangan sekeliling terhadap aku tidak lagi aku pedulikan. Aku cuba melepaskan pegangan kuat di lenganku. Tapi ternyata kudratku tidak setanding dengannya. Aku melihat ke arah omma. Tak nampakkah dia yang aku sedang bergelut dengan lelaki ni? Namun raungan serta tangisanku bagaikan jenaka di pendenganrannya apabila dia menyilangkan tangan dengan ketawa kecil meletus dari bibirnya. Dia melambai ke arahku sebelum menghilangkan diri ke dalam club bersama lelaki bernama Bi-Dae itu.
"Tolong, lepaskan saya. Saya merayu, tolong lepaskan saya." Aku menangis semahu-mahunya di depan lelaki ini. Dia ketawa sambil mengatur langkah perlahan mendekatiku. Aku menangis, itulah yang mampu aku lakukan, sebaik sahaja dibawa ke dalam suatu kondo ini. Aku duduk bersimpuh sambil tanganku menggenggam erat kain baju yang sedikit terkoyak di bahagian dada.
"Tenanglah, sayang. Tak mahu nangis-nangis macam ni." Dia berkata lembut seiringan dengan jarinya bermain-main di bibirku. Tubuhku menggeletar apabila rasakan ada hembusan hangat menyentuh leherku. Aku tak sanggup. Beginikah pengakhiran hidupku?
"Tolonglah, saya merayu sangat-sangat. Jangan apa-apakan saya." Serentak dengan itu juga, lelaki itu menolakku menyembah lantai. Aku menangis lagi wajahnya di hadapan terasa susah untuk melihat. Dia tersenyum sinis wajahnya kembali menyinga.
Comments