Luahan

MIA (persahabatan Jungkook, Mark, Daehyun, Kyungsoo) *hiatus*

Tiga botol soju dan sepinggan kaki ayam goreng terhidang. Jungkook, Mark, Daehyun dan Kyungsoo mengambil tempat di sudut hujung gerai tepi jalan. Mereka duduk saling menghadap.

“Aku rasa ni kali pertama kita minum soju bersama”, Jungkook bersuara sambil menuang soju ke dalam empat gelas kecil yang tersedia.

“Betul tu. Dulu kita kecil dan tak capai umur yang dibenarkan minum lagi”, tambah Kyungsoo.

Mereka berempat saling melagakan gelas masing-masing di tengah meja dan menjerit ‘Super Kampung Deokjeong’ sebelum meneguk minum minuman tersebut.

“Ahhh~”, kedengaran kepuasan keluar dari mulut masing-masing.

“Jadi macam mana korang semua?”, soal Kyungsoo tidak dapat menyembunyikan perasaannya. “Mark, kau bila balik ke Korea? Kau kerja apa kat Perancis?”, dia beralih kepada Mark yang berada di hadapannya.

“Aku? Aku biasa je. Semalam aku pulang dan tumpang tidur rumah mak saudara Jungkook. Kat Perancis aku kerja under family aku, pengurus pemasaran je, aku tak hebat macam kau, peguam”, jawab Mark sambil tersenyum. Tidak sangka akan ada saat mereka berempat duduk rapat bercerita. Jikalau boleh Mark ingin menceritakan semuanya malam ni. Semuanya.

Pandangan Kyungsoo beralih pula kepada Jungkook yang duduk di sebelah Mark. Jungkook pana seketika. “Aku pun kena beritahu ke?”

“Ok. Apa kata kita semua beritahu apa kerja dan keadaan kita sekarang. Kan dah lama kita tak jumpa, so malam ni lah kita nak update semula”, balas Kyungsoo menjelaskan. Dia tidak mahu membazir saat-saat yang dianggap berharga itu. Kyungsoo tidak ingat bila kali terakhir dia rasa betul betul gembira, mungkin ketika dia berkahwin atau saat berstatus peguam, tapi kali ni, Kyungsoo rasa sangat gembira dapat berjumpa semula serentak dengan Daehyun, Jungkook dan Mark.

“Ok. Baiklah, sekarang ni aku buka kedai kek”, ujar Jungkook seraya mengedarkan kad perniagaannya. “Kalau kau nak beli kek hari jadi untuk anak kau, tempahlah kat aku. Korang pun sama, kalau girlfriend nak makan kek, suruh dia datang kedai aku. Jangan risau, kek aku gerenti sedap.”, Jungkook menceriakan suasana. Sedikit berbangga dapat mempromosikan perniagaannya sendiri.

“Eh, Kyungsoo mata bulat, betulke kau dah kahwin? Kau tak ajak aku pun”, Mark mencelah. Penyepit makanan diajukan tepat konon sebagai amaran hendak mencucuk mata Kyungsoo.

“Ala~ aku mana tahu alamat kau kat Perancis sana. Tu yang aku lupa nak ajak. Maklumlah, aku ingat kau dah lupa jalan balik ke kampung ni”, ujar Kyungsoo yang dipersetujui langsung oleh Daehyun dan Jungkook. Masing-masing ketawa.

“Korang ni, dari dulu lagi, suka sangat perli aku”, Mark mengalah sebelum beralih kepada Daehyun. “Kau pula? Kerja apa sekarang ni? Kau habiskan sekolah menengah kat kampung ni?”

Kerja? Daehyun tak suka bila perkataan itu disoal kerana dia tidak mempunyai jawapannya. Daehyun menyembunyikan kemalapan di sebalik gelak tawanya. “Aku kerja kerani je, dekat pejabat surat-menyurat”, onah Daehyun. Entah di mana dia petik pekerjaan tersebut pun dia tak tahu. Segelas soju dituang dan diteguk habis oleh Daehyun.

“Aku ingatkan kau tak bekerja sebab pagi tadi aku jumpa nenek kau, dia cakap kau menganggur tak bekerja”, celah Kyungsoo menyebabkan Jungkook tersembur ketawa. Kyungsoo berasa aneh.

Nenek? Daehyun tersentak dan mula menyumpah geram terhadap wanita tua itu. Semua benda mahu diceritakan. Merah muka Daehyun menahan malu. “Errr. Yeke nenek aku cakap macam tu”, nada Daehyun kekok terketar-ketar.

Kyungsoo, Mark dan Jungkook ketawa melihat riak wajah Daehyun yang nyata kantoi berbohong. Daehyun sejak dari kecil memang tidak pandai menipu. Pembohongannya mudah diketahui.  Bahkan Daehyun tidak mampu menyimpan rahsia sendiri.

“Kau tipu eh. Tak kerja cakap je lah tak kerja, pejabat surat menyurat konon”, Jungkook tidak dapat berhenti ketawa.

Daehyun tersenyum kekok, mencapai gelas, dituang dan diteguk minum beberapa kali. Dia rasa malu diperlekehkan begitu. Dalam keriuhan kawannya ketawa, Daehyun tertunduk. Matanya mula berair dan setitik demi setitik air mata mula jatuh ke riba. Daehyun malu dan sedih.

Mark memberhentikan Jungkook dan Kyungsoo sebaik perasan akan Daehyun. Adakah gurauan mereka melampau? Dahulu, Daehyun merupakan paling sensitif antara mereka berempat. Adakah sekarang masih sama?

“Daehyun ah~ kau ok? Janganlah terasa”, ujar Kyungsoo sedaya upaya cuba menahan ketawa.

“Aku tak pandai, aku tak kaya dan aku tiada bakat macam korang, sebab tu aku tiada kerja”, ujar Daehyun perlahan, masih lagi tertunduk. Berasa kasihan akan nasib diri sendiri.

“Ala, takpe. Memang susah nak cari kerja sekarang ni. Nanti pasti kau akan jumpa pekerjaan yang sesuai”, ujar Mark cuba memujuk kawannya itu.

“Kau cakap senanglah, kau tiada di tempat aku”, Daehyun mendongak kepala, menghadap wajah kawannya. “Korang tak rasa apa yang aku rasa. Kau, kau dan kau! Semua tinggalkan aku. Aku keseorangan dan kesunyian kat sini. Korang hanya pentingkan diri sendiri dan tinggalkan aku kat kampung ni. Korang tak pernah fikir apa aku rasa”, luah Daehyun sebak, merah matanya berair.

Kyungsoo, Mark dan Jungkook tertunduk diam. Tidak tahu bagaimana hendak membalas. Sedih melihat Daehyun ditenggelami air mata.

“Aku bukannya sengaja nak tinggalkan korang”, Mark bersuara, cuba menahan diri daripada menangis kerana ego lelakinya. “Masa tu, Mia baru mati lemas jadi ia dianggap sial. Keluarga aku takut jadi mereka bawa aku pergi jauh ke luar negara. Aku tiada pilihan lain. Aku pun tak nak berpisah dengan korang. Ini disebabkan kematian Mia”, Mark menjelaskan. Memang benar, tatkala Mia dikatakan mati lemas, semua orang menganggap ia adalah satu perkara sial, petanda buruk, begitu juga keluarga Tuan. Mereka bimbang jika apa-apa berlaku terhadap anak tungggal mereka, Mark.

“Daehyun ah~, aku pun bukan sengaja, masa tu aku…. “,Kyungsoo cuba menjelaskan situasi di pihaknya.

“Alasan!”, bentak cucu Kim Heejun itu. Dia meneguk lagi beberapa gelas soju

“Itu semua alasan. Korang memang tak sayangkan persahabatan kita kan. Korang tahu tak, aku seorang diri masa nak tamatkan pengajian kat sekolah sini. Tiada siapa nak berkawan dengan aku. Mereka semua anggap aku terkena sial akibat kemalangan Mia mati lemas. Aku sangat kesunyian. Aku perlukan korang tapi korang tinggalkan aku. Seorang demi seorang tinggalkan aku”

Luahan hati Daehyun menyentuh jiwa persahabatan mereka. Jungkook juga mengeluarkan air mata. Dia yang paling lama tinggal di sini bersama Daehyun jadi dia faham perasaan kawannya itu.

“Ini semua takkan terjadi kalau Mia masih hidup. Kalaulah Mia tak mati lemas masa tu. Kalaulah aku tolong Mia masa tu”, Kyungsoo bersuara sedang yang lain tertunduk sedih. Peristiwa 12 tahun lepas sentiasa menhantui hidupnya. Bayangan Mia terkapai-kapai jerit minta tolong ketika itu masih segar di ingatan Kyungsoo.

Jungkook mengesat air mata di pipinya, mendongak dan bertanya kepada Kyungsoo, “Apa maksud kau?”

“Aku ada masa Mia jatuh ke dalam sungai tu. Aku nampak dia jerit minta tolong tapi aku… “, belum sempat Kyungsoo menhabiskan cerita, bajunya ditarik kasar, dicengkam oleh Mark.

“Kenapa kau tak tolong dia?! Kenapa kau tak tolong Mia masa tu?! Kau tahu kan yang Mia tak reti berenang!!”, jerkah Mark kuat. Mujur keadaan di gerai lenggang ketika itu, tiada pelanggan kecuali mereka berempat. Daehyun dan Jungkook terkejut dengan pengakuan Kyungsoo serta tindakan Mark.

“Apa sebenarnya yang berlaku?! Kenapa kau tak tolong Mia?!”, Daehyun bangkit berdiri. Air mata masih bersisa di pipinya merah.

“Aku takut masa tu. Aku takut tak dapat selamatkan dia seorang diri jadi aku berlari pergi rumah penghulu kampung. Bila aku dan ketua sampai kat sungai tu, Mia dah dibawa ke hospital dan disahkan mati lemas”, Kyungsoo sedaya upaya menjelaskan. Dia juga masih rasa bersalah atas apa yang berlaku.

Kolar leher Kyungsoo dilepaskan perlahan. Mark kembali duduk, seolah tidak dapat percayai apa yang Kyungsoo ceritakan. Kalau dia ada di tempat Kyungsoo ketika itu pasti dia akan lompat terjun menyelamatkan Mia. Mark sanggup buat apa saja demi Mia, tapi kini sudah terlambat.

Daehyun juga kembali duduk, bertenang. Dia sedar dia tidak boleh menyalahkan Kyungsoo. Jikalau dia berada di tempat yang sama, dia juga pasti berasa panik dan takut. Tindakan Kyungsoo mencari ketua kampung itu juga dianggap bijak yang mana Daehyun tidak mungkin berbuat yang sama.

“Maafkan aku, aku terlalu takut masa tu. Aku panik jadi aku fikir hanya orang dewasa yang boleh tolong, sebab tu aku berlari mendapatkan ketua kampung dan biarkan Mia”, Kyungsoo menyesali perbuatannya. Jika ada mesin masa ke masa silam, pasti Kyungsoo ingin kembali ke 12 tahun lepas dan selamatkan Mia.

“Sebenarnya…”, Jungkook yang tadi diam akhirnya meluahkan. “Aku pun bersalah. Dalam seminggu sebelum kejadian tu, Mia ada datang cari aku. Dia minta tolong aku ajarkan dia berenang. Tapi aku.. aku.. aku pentingkan diri sendiri. Aku tak mahu ajar dia berenang dan aku suruh dia minta tolong Kyungsoo atau Mark”, nada Jungkook sebak. Teringat tatkala Mia datang kepadanya. Jungkook bukannya tidak mahu mengajar Mia berenang tapi dia sejujurnya berasa malu kerana Mia seorang perempuan. Malah Mia dan Jungkook tidak rapat seperti yang lain. Jadi Jungkook bimbang akan terasa kekok dan menolak permintaan Mia ketika itu.

Mereka berempat diam sedih. Daehyun terus meneguk soju gelas demi gelas dan air mata Kyungsoo terus mengalir. Jungkook asyik menyalahkan diri sendiri manakala Mark berasa kasihan akan persahabatan mereka yang musnah akibat peristiwa malang yang menimpa Mia 12 tahun lalu.

 

                                                     >>>>>>>>>

“Aduh! Beratnya Daehyun ni, nampak je kecil”, Mark mengeluh. Gerak kakinya melangkah agak tidak seimbang sedang dia dan Kyungsoo memapah Daehyun yang ternyata sudah mabuk.

“Kan aku dah cakap tadi, bawa kereta lagi senang. Korang nak sangat jalan kaki, kau ingat rumah nenek Daehyun tu dekat sangat ke”, Kyungsoo memarahi Mark dan Jungkook.

“Ala, kami cuma nak buat macam kecil-kecil dulu. Jalan kaki je kalau nak pergi mana-mana. Jangan risau, dah nak sampai dah rumah nenek Daehyun”, ujar Jungkook yang berjalan di belakang mereka. Wajahnya merah kesan bahang arak yang diminum, dia juga separuh mabuk tapi masih boleh berjalan sendiri.

“Kau cakap senanglah, mari tukar dengan aku, papah si berat ni”, Mark mengalihkan tangannya lantas berat Daehyun  dipikul Kyungsoo seorang menyebabkan anak lelaki Do Haeseul itu tidak stabil lalu jatuh terbaring di atas jalan tar. Mujur tiada kenderaan yang lalu di jalan kecil itu.

Kyungsoo ketawa kecil dan membiarkan dirinya serta Daehyun terbaring di atas jalanraya. “Aku rasa macam orang bodoh layan korang ni”, dia tersenyum.

“Kyungsoo bodoh Kyungsoo bodoh”, Daehyun melalut dalam tidak sedarkan diri. Soju yang diminum menguasai dirinya.

 Daehyun membuatkan tiga yang lain ketawa. Jungkook yang separuh mabuk itu turut melentangkan diri baring di sebelah Daehyun. Mark menyambung dan mereka berempat baring baris sederet di atas jalan tar tersebut. Masing-masing merenung pandang langit gelap di atas mereka. Hanya terdapat satu bintang yang munculkan diri.

“Aik, satu bintang je malam ni?”, soal Jungkook mengecilkan mata, cuba mencari kelibat bintang yang lain.

“Haahlah, ade satu je bintang. Kita anggaplah bintang tu Mia yang menemani kita malam ni”, ujar Mark yang masih waras normal. Badannya boleh menerima kadar alkohol yang banyak jadi Mark sukar mabuk.

“Bengong! Tu bukan bintang, tu satelitlah!”, balas Kyungsoo sambil ketawa.

“Ala, lantaklah tu bintang ke satelit ke”, ujar Mark lalu tersenyum.

“Siapa sokong tu bintang, angkat tangan!”, Jungkook mengangkat tangan ke udara diikuti Mark. Daehyun yang mata terpejam kerana mabuk juga turut mengangkat tangan.

“Yah Jung Daehyun!”, Kyungsoo menjerit tidak puas hati. Daehyun tersenyum sinis.

“Boo! Kyungsoo kalah!”, Mark mengejek. “Terima kasih Daehyun, aku sayang kau”, dia bergerak memeluk Daehyun yang masih lagi memejam mata.

“Aduh sakitlah!”, Jungkook mengaduh sakit dihimpit Mark.

“Aku minta maaf atas segalanya”, ujar Mark merapatkan pelukannya terus menghimpit Jungkook yang berada tengah antara dia dan Daehyun.

“Hey!, tak boleh. Daehyun milik aku!”, Jungkook menepis tangan Mark dan memeluk erat Daehyun.

“Nak berebut pula, ambil korang si busuk Daehyun ni”, ujar Kyungsoo lalu disertai hilai tawa mereka berempat.

                                  >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

“Mia….”

Heejun menyelimutkan Mark yang sudah nyenyak tidur. Ditatapnya muka merka berempat. Bau arak melekat kuat pada badan mereka namun Heejun menahan diri dari bau busuk itu.

“Mia….”

Kedengaran suara Daehyun mengigau dalam tidurnya. Heejun merapati cucunya dan menarik selimut rapat ke dada Daehyun, melindungi Daehyun dari kesejukan malam.

“Kesian cucu aku”, ujar Heejun membelai rambut Daehyun lembut sebelum kedengaran bunyi motorsikal tiba. Heejun bergegas ke muka pintu untuk melihat siapa yang datang pada lewat malam itu. Kelibat ayah Kyungsoo dilihat berada di atas motorsikal lama di depan rumah. Dia tahu pasti Do Haeseul risaukan anaknya Kyungsoo.

“Jangan risau, Kyungsoo ada di dalam. Dia dah tertidur kat bilik Daehyun dengan kawan mereka sekali”, Heejun berkata sebelum sempat Do Haeseul bertanya.

“Begitukah, saya minta maaf kalau anak saya menyusahkan mak cik”, ayah Kyungsoo memberi tunduk minta maaf.

“Eh, tak mengapa. Lagipun dah lewat sangat kalau nak suruh nak dia balik. Mereka semua penat dan tertidur”, balas nenek Daehyun.

“Kalau macam tu, saya ada bawakan baju Kyungsoo. Katanya esok ada hal yang sangat penting, jadi minta tolong mak cik serahkan kepadanya esok pagi”, ayah Kyungsoo lalu menyerahkan sebuah beg plastik yang berisi set persalinan pakaian Kyungsoo. Dia tahu dan masak dengan perangai Kyungsoo yang tidak selesa kalau tidak menukar baju.

“Untung Kyungsoo dapat ayah yang baik”, Heejun turun menyambut beg tersebut.

                                             >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Mark terjaga apabila cerak matahari pagi terkena mukanya. Mark mengamati sekeliling dan mengambil masa untuk sedar yang dia berada di rumah nenek Daehyun. Kepalanya terasa sedikit berat.

“Wei, cepat! Bangun! Sarapan!”, Daehyun menarik tangannya.

“Ya, aku nak bangunlah ni”, balas Mark masih lagi mengantuk,mengikut Daehyun dari belakang. Di dapur, dilihat Jungkook dan Kyungsoo sudahpun separuh jalan dalam menghabiskan sarapan mereka.

“Oh! Anyeonghaseyo~”, Mark memberi hormat kepada nenek Daehyun yang bersarapan bersama.

“Mari duduk makan”, nenek Daehyun mencedok sup ke dalam mangkuk Mark.

Mark duduk bersila di sebelah Kyungsoo yang leka dengan sarapannya. “Kenapa kau tak pakai baju? Kalau badan lawa takpelah juga. Perut buncit”

Hampir tersedak Kyungsoo mendengar kata-kata Mark. “Yah! Suka hati akulah”, dia membalas. Kyungsoo menanggalkan baju kerana berasa tidak selesa dengan bau alkohol yang terlekat pada pakaiannya malam tadi.

“Oh ye, ayah kamu ada bawakan baju untuk kamu. Apa kata kamu mandi dan bersiap di rumah nenek je”, Heejun menyerahkan pakaian yang dikirim oleh Do Haeseul malam tadi.

“Bersiap? Bersiap nak pergi ke mana?” Mark terpinga-pinga.

Jungkook lalu meletakkan penyepit makanan dan menelan nasi dalam mulutnya. “Majlis tu lah!”, dia lantas teringat majlis hari lahir yang dinyatakan dalam kad undangan yang mereka terima.

“Haahlah! Majlis hari lahir M..” Kyungsoo menekup mulut Daehyun sebelum sempat cucu Kim Heejun itu menhabiskan ayatnya. Isyarat mata diberikan supaya masing-masing tidak memberitahu atau buka mulut mengenai majlis hari lahir tersebut. Kyungsoo yakin hanya mereka berempat yang diundang dan Kyungsoo tidak mahu dilabelkan tidak waras kerana menghadiri majlis hari lahir orang yang dah mati.

Jungkook, Mark dan Daehyun mengangguk faham isyarat yang diberi oleh Kyungsoo.

“Wei, cepat, kita balik rumah dan bersiap”, Jungkook bangkit dan membetulkan seluarnya.

“Kamu nak pergi ke majlis apa?” soal nenek Daehyun bingung lihat situasi didepannya.

“Majlis hari lahir bekas cikgu kami”, tipu Kyungsoo menyembunyikan perkara sebenar. “Saya tumpang mandi di rumah nenek ye”

“Cepatlah Mark ,nanti takut terlambat”, Jungkook menarik tangan Mark yang sedang menhirup kuah masakan nenek Daehyun.

“Nek, kami balik dulu. Terima kasih bagi sarapan”,  jerit kedua Mark dan Jungkook laju menyarung kasut.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Rumah banglo yang berdiri megah itu ditenung lama sebelum terukir senyuman di bibirnya. Mujur keluarganya mengupah orang untuk menjaga rumah tersebut jadi keadaan keliling sangat bersih sama seperi rumah yang dihuni sebuah keluarga. Namun pada minggu tersebut, penjaga rumah diberikan cuti khas.

Sebatang pokok yang terdapat di bahagian sudut taman di halaman rumah tersebut menarik perhatiannya. Gadis itu bergerak menghampiri pokok tersebut dan membaca tulisan yang terukir pada batang pokok.

“Mia…” gadis itu tersenyum menyebut nama tersebut lalu dilihat simbol hati diukir di bawah nama Mia diikuti beberapa buah nama. “ … Jungkook, Daehyun, Kyungsoo, Mark”

Ukiran nama tersebut disentuh rasa. “Saya tak sabar nak jumpa awak semua”

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
k-hope
#1
Chapter 4: Best giler citer ni...Dah habis ehh cuter nie??
LeeYeonRin
#2
Chapter 3: Saya dapat rasakan apabila mereka berempat bertemu semula.
T_T
Update cepat!
Tak sabar!
galaxy_here
#3
Chapter 2: daebak.
saya selalu tnggu unnie update.
hwaiting ya.
mieyhyun
#4
Chapter 1: Update soon =)
ELFlisa #5
cant wait for the update~~~...