Master Bedroom

House No. 44

Tiffany termenung di mesin fotokopi Xerox di pejabat. Sampai salinan proposal dah siap dicetak pun dia tak perasan.

"Oi!!"

Terjungkit bahunya dek terkejut. Matanya mencari empunya suara.

"Kau ni kenapa?Termenung panjang nampak?" Im Yoona menegurnya dengan seyum senget di bibir.

"Apa?" Tiffany macam baru tersedar dia masih berada dalam dunia realiti. Salinan yang sudah dicetak di ambil dari rack fotokopi. Yoona membetulkan kedudukan fail yang dipegang. "Kau ni..ok ke?"

Tiffany mengeluh berat. "Entahlah. Aku pun tak tau." rendah sahaja suaranya.

"Kau ada masalah? Cerita la kat aku. Ah..Kau baru pindah kat rumah sewa tu kan?" Yoona mula mengorek rahsia. Sebagai seorang kawan sekampus dulu dia rasa dia patut tahu kenapa rakannya tu tak bersemangat macam biasa. Bertahun Yoona mengenali gadis kelahiran Amerika tu. Dia kenal Tiffany sejak dari tahun pertama mereka di Korea University. Walaupun mereka ambil jurusan yang berbeza, tapi mereka duduk di dorm yang sama. Tipulah Tiffany cakap dia kalau dia cakap takde masalah. Yoona dah masak sangat dengan perangai dia.

"Kalau aku cakap pun mesti kau tak percaya." 

"La..Bila masa pulak aku tak percaya kau ni. Kalau kau tipu aku dua kali pun aku masih percaya kat kaulah." Yoona menjuihkan bibir.

"Ok. Aku tahu kau ni lurus sangat orangnya. Do you believe in ghost?"

Terkebil-kebil mata Yoona memandang Tiffany. "Kau..nak cakap rumah sewa tu berhantu?" Tekaan Yoona tepat pada jawapan yang bakal menyusul nanti.

Keluhan lagi yang dilepaskan. "Pening kepala aku duduk kat rumah tu. Macam-macam benda pelik kau tahu tak. Dahlah anak-anak aku mula merepek yang bukan-bukan."

Yoona menelan liur. Extreme sangat ni. Baru dua hari lepas Tiffany dan anak kembarnya yang comel-comel tu berpindah ke rumah sewa baru yang dimaksudkan. Sebelum mereka berpindah, mereka stay beberapa hari di rumah Yoona. Masa tu Seunggi outsation di U.S dan suaminya membenarkan je diorang stay rumah pasangan tu.

"Urmm..apa benda yang diorang merepek?"

Tiffany menggeleng. Jari telunjuknya yang runcing memicit ubun-ubun kepala. "Pukul 3 pagi Jae menangis macam nak gila. Lama jugak nak pujuk dia tidur balik. Dae pulak cakap si Jae nampak ada orang kat katil Jae. Demam diorang baru je nak baik. Haihh.."

"Habis tu..Kau ada nampak ke?" Yoona nak tahu lebih dalam. Dia ni jenis high curiousity. Lebih-lebih lagi benda-benda misteri macam ni.

Tiffany menggeleng. Dia susah nak percaya dengan benda-benda tahyul macam ni. Selama dia hidup dia tak pernah lagi berdepan dengan perkara misteri dan paranormal. Seeing is believing, bak kata Omputih. Selagi dia tak nampak 'orang' yang si kembar maksudkan tu depan mata, boleh cakap dia tak percaya langsung kewujudan makhluk lain di muka bumi ni.

"Hmm..Tu lah. Aku bukannya apa Tiff. Dari dulu lagi aku tak setuju kau sewa kat situ. First time tengok rumah tu pun dah meremang bulu tengkuk kau tahu tak."

"Tckk. Tapi aku berkenan kat rumah tu. Ada laman rumah, corner lot pulak. Yang penting sewanya murah."

"Hei ni aku nak bagitahu eh. Kenapa rumah tu murah sewanya, sebab haunted lah."

Tiffany menyiku lengan rakannya tu. Celupar betul mulut minah ni. Mereka segera beredar dari mesin fotokopi bila nampak project manager Song dari jauh. Kalau la singa betina tu nampak diorang berdua tengah mengular, silap-silap kena bebel sampai waktu kerja habis. Reputasi kena jaga. Dahlah baru je kerja kat office tu. Kang permohonan nak kerja dari rumah tak diluluskan pulak.

~o~o~o~o~o~

 

Tiffany mengambil Daehyun dan Youngjae di daycare berhampiran officenya. Hari ni hari pertama diorang kat pusat jagaan kanak-kanak tu. Harap-harap dah dapat kawan barulah.

"Mama!" si kembar menjerit keriangan.

Terkedek-kedek mereka berlari mendapatkan Tiffany lalu memeluk kakinya. Macam dah sebulan tak jumpa je gamaknya.

"Jom balik. Mama nak masak untuk dinner malam ni." senyum diukir dan si kembar hanya mengangguk.

 

Kereta di parkir di halaman rumah. Pintu pagar ditutup lantas barang memasak dikeluarkan dari bonet kereta. "Mama..Mama..Kitorang main buai eh?" Youngjae menarik kain skirtnya. Tiffany mengangguk. "Jangan lama-lama tau." Jae tersenyum suka. Daehyun melihat-lihat ke rumah sebelah. Kot-kot Himchan hyung keluar hari ni. Sangkaannya tepat bila dia nampak Himchan sedang memberi makan ikan koi di kolam ikan di rumahnya.

"Himchan hyung~" Dae menyapa. Himchan berpaling. Senyum menghiasi bibir. Kerusi roda digerakkan ke arah pagar yang memisahkan kawasan rumah mereka.

 

"Hai~Hai~" ramah-tamah sungguh.

"Hai.." Himchan menyapa.

"Uhh..Himchan hyung buat ape tadhi?"

"Ohh..hyung bagi makan kat ikan."

"Ikan bessar tak?"

"Hmm~besar-besar lah jugak. Hehe."

 

Tiffany yang baru menutup bonet kereta berpaling melihat dengan siapa Daehyun berbual. Dia menghampiri Daehyun yang berada di tepi pagar.

Himchan menguntum senyum. "Annyeong auntie~"

"Annyeong~" mama Dae membalas senyum. Dia berkira-kira budak yang berada di kerusi roda tu lelaki ke perempuan. Comel molek je orangnya. "Anak Puan Kim ye? Nama siapa?"

"Himchan. Kim Himchan."

Oh.Lelaki rupanya. Takkanlah perempuan nama Himchan. Kelihatan Puan Kim keluar dari rumah yang macam nampak gayanya macam nak menyiram pokok bunga. Dia tersenyum melihat Tiffany di sebelah sana. Hajat nak siram pokok bunga ditangguhkan.

"Annyeong Puan Kim~"

"Annyeong Tiffany."

Bermulalah perbualan mesyuarat pagar mereka macam wanita-wanita normal. Dah habis kerja je. Buat apa. Nak masak apa. Himchan menggerakkan kerusi rodanya ke hadapan sedikit dan Daehyun setia ikut hyung tu.

HImchan mengerutkan keningnya melihat seorang lagi kanak-kanak yang sedang bermain buai di sebelah sana. Nak pastikan yang tu manusia ke bukan laju je dia bertanya.

"Yang main buai tu siapa?"

Daehyun berpaling. "Itu Youngjae~kembar Dae~"

Himchan hanya 'ohh' mengiyakannya. Tapi, matanya masih tak lepas kepada imej yang sedang main buai tu. Pelik.

 

Kenapa Youngjae tu macam bercakap sorang-sorang? Matanya melilau mencari gerangan siapa yang berbual dengan si kecil tu.

Youngjae turun dari buai dan pergi ke arah pokok-pokok bunga liar macam mencari sesuatu. Tiffany dah pun masuk ke dalam rumah. Ibunya pula dah pergi menyiram pokok kat sebelah rumahnya.

"Hyung~kenapa ni?"

Suara Dae mematikan pengamatan dia kepada kanak-kanak yang dia tak pernah tegur tu. "Oh..Takde pa pe.."

"Hyung kejap eh. Dae panggil Jae~"

 

Seketika kemudian Daehyun datang bersama Youngjae.

"Jae, ni lah Himchan hyung yang Dae cakap tu~" manis je mulut.

"Ohh~annyeong Himchan hyung~" si pipi chubby tu menegur. Suara secomel orangnya.

 

Di sebalik pokok rendang ada mata yang memerhati. Jarinya yang runcing menyentuh batang pokok yang sebesar pemeluk tu. Perlahan-lahan kuku hitam yang memanjang tu mencakar pokok tu hingga meninggalkan kesan.

 

Ekor mata Himchan perasan kewujudan kelibat di sebelah sana. Seboleh-boleh dia menghalang matanya dari memandang ke arah pokok tersebut. Dia tahu 'dia' ada kat situ memerhatikan mereka.

"Hmm~Korang Himchan masuk dulu ye. Appa Himchan dah nak balik rumah." dia senyum pada si kembar saja beralasan.

"Uh~oh ok.."

"Bye Youngjae, bye Daehyun."

"Bye~Bye!!" riuh mulut budak berdua dengan tangan melambai-lambai.

 

"Dae~sini jom. Jae nak tunjuk kawan Jae~" tangan Daehyun diraih memaksa kakinya melangkah ke arah buai. Youngjae menoleh-noleh ke arah sekeliling mencari 'kawan' barunya tu.

Daehyun pun menjengahkan leher. Mana ada orang kat sini.

 

 

"Uhhh..Yongguk~kenapa nyorok kat situ. Sinilah." Jae bersuara.

Berkerut Daehyun memandang kembarnya. Seriuslah dia ni. Mana ada orang! Hati mula geram. Daehyun merentap lengan adiknya. "Jae cakap dengan shiapa?"

 

 

"Tu~kawan Jae.." tangannya menunjuk ke arah belakang pokok.

 

 

Macam tak kena je gayanya. Daehyun memanjangkan leher melilau.

Mana ada orang!!!Sekelian kalinya hati menggetus marah. Dia tahu suara hatinya mampu didengar Jae.

 

"Sraaap..." bahu terasa disentuh. Pantas dia berpaling. Tiada siapa pun.

Jae ada kat depan. Kenapa dia tak nampak 'kawan' yang Jae maksudkan tu.

 

 

 

 

"Kat sini..." bisikan halus hinggap ke telinga. Anak mata mencari arah suara.

 

 

Daehyun tersenyum.

 

 

Ada oranglah. Jae tak tipu.

 

 

~o~o~o~o~o~o~

 

Selepas makan malam, Tiffany menuju bilik air untuk mandi. Dah selesai semua kerja barulah mandi. Daejae duduk di ruang tamu sedang mewarna buku mewarna. Antara aktiviti kegemaran mereka.

Usai mandi, Tiffany duduk sekejap di meja solek sedang mengeringkan rambut. Rambut yang masih lembap dibiarkan lepas sahaja. Dia menilik muka pulak. Kot ada jerawat yang tumbuh, boleh dibasmi cepat.

 

 

 

Biasan cahaya yang malap di bilik tu membuatkan Tiffany mengecilkan matanya melihat imej yang berada di cermin.

 

 

Reflection takkan menipu kan? Mata macam dah kena spell kepada imej tu.

 

Ada sesuatu yang membuatkan nafasnya macam tersangkut di kerongkong.

 

 

 

 

 

Di bawah katil king size. Menjalar tangan pucat berkuku panjang. Perlahan-lahan 'dia' bergerak dengan cara merangkak. Sebelah tangan lagi turut menjalar. Sama pucatnya. Rambut hitam likat yang panjang menunjukkan dia akan keluar dari bawah katil tu.

 

'Dia' mengangkat kepala. Macam nak gugur jantung Tiffany!

 

Pucat lesi wajahnya. Matanya merah menyala. Hidungnya rompong. Lingkaran lebam biru di kedua-dua mata. Bibirnya robek. Giginya bertaring panjang dan berdarah-darah. Menitis-nitis darah pekat ke baju putih yang macam dress tidur tu. Lidah yang hitam menjilat-jilat darah yang mengalir dari mulut sendiri.

 

Dia menyeringai senyum ke arah cermin. Mulutnya terkoyak.

 

"Kkkkkkkkkkkkkkkkkeuuu~~~" bunyi tawanya yang mengekeh menyeramkan macam bergema bilik tu dengan suaranya.

 

 

Tiffany menekup mukanya. Menggigil seluruh badannya. What the hell is that?!

Dia cuba menenangkan diri. Rasa macam melekat punggungnya kat kerusi meja solek. Tiba-tiba dia teringatkan anak-anak kecilnya yang masih kat ruang tamu.

Mata dibuka dan dia memberanikan diri memandang ke arah cermin.

Imej itu telah tiada.

 

Dia menghela nafas lega. Mata di arahkan ke atas meja solek. Tangannya masih menggeletar. Rasa macam nak muntah sebab rasa takut.

 

 

 

 

Alangkah terkejutnya Tiffany bila mata tertuju ke arah cermin bila....

 

 

 

 

 

'Dia' betul-betul berada di sebelah tengkuk Tiffany tersenyum bertaring.

 

"Arggghhhhhh!!!!"

 

 

"Praaaaanggggg!!!"

Berderai cermin bila Tiffany melemparnya dengan botol moisturizer kaca miliknya.

 

 

Air mata mengalir laju dari mata. Kepalanya ditundukkan sambil kedua tangan menutup muka.

 

'Krekkkkk!!' pintu terbuka. Dia segera berpaling. Terpacul Daehyun dan Youngjae di muka pintu dengan muka macam nak menangis. Kaki-kaki kecil tu bersedia nak meluru ke arah ibu mereka.

"Stay there!Don't move!"

Si kembar berpandangan. Bibir diketap. Kenapa dengan mama?

Tiffany mengesat air mata dengan belakang tangan dan perlahan-lahan bergerak ke arah Daejae yang terpinga-pinga. Kaca yang bersepah di lantai di elak daripada terpijak. Ada segaris luka di pipi Tiffany.

Kedua-dua kembar segera diraih dan dikendong.

 

Pintu bilik Daejae dibuka. Mereka diletakkan ke lantai. Tiffany segera menutup dan mengunci pintu bilik si kembar. Dia memimpin Daejae ke arah katil Daehyun. Tiffany duduk bersandar di dinding di atas katil. Si kembar naik ke pangkuan Tiffany dan memeluk ibu mereka. Macam tahu ada yang tak kena dah terjadi.

Tangan Tiffany merangkul mereka dan meletakkan dagu di antara rambut dae dan Jae. Air mata masih mengalir disebabkan insiden tadi.

"Mama..Are..you..okay?" Youngjae memandang Tiffany dengan riak risau.

"I'm okay baby." Mata terhala kepada si bongsu.

"Are you sure? Mama luka." Daehyun pula bersuara dan jari telunjuk kecil di sentuh perlahan ke pipi Tiffany.

"Yeah..sure honey." Tiffany mengangguk.

 

Tapi si kembar dapat rasakan tangan yang memeluk mereka tu masih menggeletar.

 

 

Ekor mata Tiffany perasan sesuatu. Rasanya ada kelibat melintas di tingkap bersebelahan katil Youngjae.

 

Siapa?

 

~o~o~o~o~o~

 

AUTHOR'S NOTE:

Takut punye pasal, update siang hari. Huhu~~Wait for the next update~

Suka, sub; suka-suka, komen; terlebih suka, upvote.^^

 


 

PROMOSI FANFIC 21BLACKPEARLS~Kalau ada masa jenguk-jenguk la yek.

The Silent Wind that Blows (Malay Fanfic) - Vampire Himchan dan geng vampire B.A.P.

~> http://www.asianfanfics.com/story/view/664004/the-silent-wind-that-blows-malay-fic-angst-jaejoong-malay-vampire-exo-himchan-bap

OMG!!BAP Babies?!! (English Fanfic) - B.A.P members turn into babies and toddlers.

~> http://www.asianfanfics.com/story/view/528025/omg-bap-babies-fluff-baby-bap-daehyun-youngjae

Here Comes the Bang Family.. (English Fanfic) - Your brothers and you as the part of Bang family.

~> http://www.asianfanfics.com/story/view/511082/here-comes-the-bang-family-angst-drama-family-fluff-you-exo-bap 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
21blackpearls
yeay!!!dah ada POSTER!!!kkkkk~~~thanks chie unnie!>

Comments

You must be logged in to comment
farahhudasyamimi #1
Chapter 8: Please update.... seronok baca cerita nie... ^ ^
jiumin #2
Chapter 8: daebak... update soon..
jiumin #3
Chapter 1: hai.. new reader here..
first chap saya bca dah seram..
NajlaWolf #4
Chapter 8: palli sambung!!
2pmEXOlover
#5
Chapter 8: Sedih pasal Chae :(
Please update lagi ^^
julie8990 #6
Chapter 1: Menakutkan sangat tapi suka dengan cerita ni^^
KairaLavender
#7
Chapter 8: Sedih tu dh satu hal dh...seram pun satu hal gk especially part yg chae cakap "seronok baca kisah hidup org lain"...dh imagine dh scary n horrible face of chae masa tu
chuana08 #8
Chapter 8: bestnyer ... update lagi . tak sabar nak baca :)))
_Lullabyy
#9
update soon !
airisvanilla #10
Chapter 8: yeay3...update soon ok...mkin daebak cite ni..