Insecurities

Patung Plastik

“Hodoh…hodoh…” kataku di ceruk bilik kebal itu. Sudah dua bulan keadaan aku begini. Aku hanya memeluk kakiku sambil melihat sekeliling. Bilik itu kosong dan sedikit sejuk. Tiada siapa di situ.

“Hahahaha.. hidung kau besar.. mata kau kecil.. hodoh betul”

                Aku menutup telingaku dan berasa sedikit gentar. Suara itu datang lagi dan lagi. Suara yang hanya diriku yang dengar.“Diam!” kataku sambil menutup mataku.

“Kau tu gemuk..gemuk dan hodoh”

                “AKU CAKAP DIAM!!SIALL!!” jeritku. Mataku mengalirkan air mata ke pipi. Badanku terketar dan aku mengaratkan pelukan kakiku.

“Hei.. cuba lihat dekat cermin depan kau tu.. apa yang kau lihat?”

                Aku membuka mataku, mengesat air mata yang tersisa dan memandang ke arah cermin di hadapan katilku itu. Apa yang dilihatku adalah seekor babi gemuk yang hodoh sedang melihat ke arahku. Air mata aku mengalir deras.

“Itulah kau.. kau kena terima hakikat yang kau ni hodoh! Tak ada sesiapa yang sayangkan kau lagi! HAHAHAHAHAHA!”

                “DIAM JAHANAM!! PERGI DARI SINIII!!” tengking aku lalu menuju kearah cermin itu. Aku menumbuk cermin itu sekuat hatiku bertubi-tubi sampai cermin itu  pecah berkecai. Tanganku berdarah. Aku menjilat darah di tanganku sendiri.

                Seorang jururawat datang masuk ke dalam bilik aku. “Apa masalahnya Cik Bom? Apa yang bising sangat ni?” Tanya jururawat itu. Aku memandang jururawat itu. “Dia cakap saya hodoh lagi. Awak rasa saya hodoh ke?” kata aku sambil membuat muka sedih. Jururawat itu menggelengkan kepala. “Awak perempuan yang cantik” kata Jururawat itu. Muka aku berubah riak marah. “KAU BOHONG! KAU SAMA JE MACAM ORANG LAIN! PENIPU!PENIPU!!” kata aku sambil memegang leher jururawat itu  ingin mencekik leher jururawat itu.


                “Aigoo.. yeppeodda..” kata mak kepada Hyemin. “Gomowo eomma” kata Hyemin sambil tersenyum. Menyampah aku dibuatnya kerana pujian terhadap adik aku itu sudah lali aku dengar. Kenapa adik aku kena jadi cantik? Kenapa aku hodoh? Aku hanya berdengus sendirian. “Bom-ah, Bom pun lawa.. arra? Anak mak semua lawa-lawa” kata mak tetapi riaksi mak melebihkan Hyemin dari aku. “Um..” balasku sambil membetulkan rambutku di cermin. Aku membelek mukaku. Gemuk. Mukaku besar. Aku hanya berdengus kecil sambil membetulkan cermin mataku.

                Aku menunggu bas sekolah dengan Hyemin. Namun, mata jejaka yang lalu lalang di situ tumpu kepada Hyemin. Aku menjeling kearah Hyemin. Bagus sangat kan kau jadi cantik? Muka lawa, pinggang ramping, kaki panjang dan kurus. Boleh tarik perhatian lelaki macam magis. Aku menundukkan mukaku. Air mataku bertakung. Aku pun tak tahu kenapa.

                Hyemin adik aku. Tetapi lain bapa. Mak kami kahwin dua kali. Malangnya jodoh dengan ayah aku dan ayah Hyemin tak lama kerana mereka sudah meninggal. Kami tinggal tiga beranak bersama. Aku dan Hyemi sekolah sama iaitu sekolah Seni dan subjek yang kita ambil juga sama iaitu kelas vocal. Hyemi budak hot stuff kat sekolah. Dia dikelilingi lelaki. Ramai yang nak jadi teman lelakinya termasuk crush aku, Taeyang. Taeyang senior aku dan dua tahun lagi tua dari aku. Aku minat dia sebab dia ada vocal yang sedap dan dia ada gaya mr. right aku.

                Kalaulah Taeyang lihat aku. Kalaulah aku cantik dari Hyemin. Aku terlanggar seseorang. “Hadoii.. kalau jalan tu tengok la depan! Mata je empat tapi buta! Puii!” kata budak lelaki itu lalu pergi dari itu. Huish.. Dia dah kenapa? Marah tak tentu pasal. Aku melihat di hadapan dan ramai orang mengerumuni papan kenyataan. Aku turut melihat apa yang ditampal di papan kenyataan itu.

                Aku menarik nafasku dalam-dalam. Solo Singer K-Star Hunt? Wait-Really?Seyes?? Mygod.. aku dah lama nantikan peluang ni. Aku dah lama berangan jadi solo singer yang berjaya, terkenal dan disayangi. Aku minat menyanyi tetapi aku tak pernah menyanyi depan orang ramai. Aku takut. Tapi aku teringin nak masuk pertandingan ni. Perasaan aku bercampur baur.

                Aku melihat Hyemin dari jauh. Seperti biasa dia dikelilingi lelaki. Budak tu mesti akan masuk pertandingan itu juga. Dan aku? Sudah tentu kalah sebab mereka akan pandang rupa paras sahaja. K-Star.. aku mungkin tak layak lagi.


                “Baiklah, seperti korang semua tahu, sekolah ini akan buat pertandingan mencari solo singer. Pemenang akan debut tahun ini sebagai penyanyi solo dan dapat kontrak dengan syarikat besar. Cikgu harap ramai yang mengambil bahagian.” Kata cikgu Wooyoung sebelum melangkah keluar dari kelas.

                Aku memikir kembali tawaran tadi. Patutkah aku cuba? Aku teringin jadi penyanyi solo. Tetapi aku tak cantik. Tambah-tambah sosial di Korea memang mementingkan paras rupa. Patutkah aku cuba?

                Hyemin datang ke meja aku. “Kak, nak cakap sekejap, keluar jap” kata Hyemin mengajak aku bercakap di luar. Aku bangun dari kerusiku dan berdiri di hadapan Hyemin. “Kenapa?” tanyaku. “Akak tak nak masuk pertandingan tu kan?” kata Hyemin. “Err.. tak pasti lagi..” kataku perlahan. “Alaa.. kak takyah masuk lah.. kompem diorang reject kak awal2.. kak ingat diorang akan pilih orang hodoh ke?” kata Hyemin buat aku tersentap. “Hyemi ada tawaran yang lagi bagus untuk kakak..macam ni.. apa kata kak rakam vocal akak dan Hyemi just buat lip-sync je kat stage.. kompem Hyemi akan menang.. sebagai ganjaran, Hyemi akan tolong akak dapatkan Taeyang” kata Hyemi membuatkan mataku terbuka luas. Dia nak tolong aku dapatkan Taeyang? “Mm..mm..mmacam mana Hyemi nak tolong akak dapatkan Taeyang?” tanyaku. Hyemi tersenyum. “Akak, Hyemi akan buatkan akak lawa.. percayalah” kata Hyemi sambil tersenyum. Patutkah aku percaya dia? Walaupun kami adik beradik, tetapi kami tak rapat dan jarang bercakap dan luangkan masa bersama. Patutkah aku terima tawaran adikku sendiri?


                  Aku melihat Taeyang dari jauh. Dia sedang main bola keranjang. Aku tersenyum seorang diri. Agaknya apa pandangan Taeyang kalau aku cantik nanti? Dia akan jatuh cinta dengan aku ke tak ye? Aku menulis beberapa lirik lagu untuk direkod. Aku tersenyum lagi. Aku membuka pita rakaman suara itu lalu mula nyanyi. Aku menyanyi seikhlas hati aku dengan penuh perasaan sebab nyanyi adalah minatku.

                Tiba-tiba ade seorang lelaki muncul dari semak. Terkejut aku dibuatnya. Lelaki itu menepuk bajunya. “Sedap awak nyanyi! Saya suka vocal awak! Awak patut masuk pertandingan tu!” kata budak lelaki itu. “Emm.. “ aku tak tahu hendak cakap apa. “ Saya Luhan budak seni halus! Saya sedang lukis potret di sebelah dan tertarik dengan suara awak” kata Luhan. “Saya Bom budak vokal” kata aku perlahan. “Boleh saya jadi kawan part time peminat awak?” kata Luhan. Aku tersenyum sambil mengangguk perlahan. Tak pernah lelaki cakap dengan aku. Kat sekolah ni aku macam budak nerd dan invisible.

                Sejak dari itu, Luhan jadi kawan rapat aku. Dia banyak ajar aku cara melukis dan aku mengajar dia cara menyanyi. Kami banyak kongsi masalah dan cerita. Walaupun dia dua tahun lagi muda dari aku, tetapi dia banyak mengajar aku untuk yakin dengan diri sendiri.


                “Ini dia semua rekod lagu yang akak dah buat, semuanya 15 lagu. Sekarang giliran Hyemin pula.” Kataku kepada Hyemin yang sedang membetulkan rambutnya di tandas. Dia mengambil rekod itu dari aku. Hyemin tersenyum sinis. “Baiklah akak, sekarang Hyemin akan buatkan akak cantik” kata Hyemin lalu mengeluarkan barangan solekannya. Hyemin mula memakaikan aku solekan dan merias aku. Satu benda yang aku tahu mengenai adik aku, dia pandai memakai solekan. Aku hanya tersenyum. Agaknya Taeyang akan sukakan aku tak nanti?

                “Cepatlah akak!” kata Hyemin lalu menolakku kea rah Taeyang. “Akak tak ready lagi lah” kataku perlahan. “ Akak pergi, cakap akak suka dia dan bagi surat cinta akak tu, lepas tu blah la” kata Hyemin lalu menolakku kuat ke arah Taeyang. Aku terlanggar Taeyang. Dia memandang aku. Alamak.. apa patut aku cakap? Kacaknya dia.. Hati aku berdegup kencang.  

                “Umm.. ss..ssaya..ss.ss..suka awak!” kataku lalu menghulurkan surat yang aku karang semalaman kepada Taeyang. Taeyang memandang aku hampir tergelak. Ramai orang mengerumuni kami. “Awak buat lawak ke? Sesuai dengan costume badut awak ni.. ok lah saya gelak.. hahahahha” gelak Taeyang kepada aku. Aku memandang sekeliling. Semua orang gelakkan aku. Kenapa? Aku kan dah jadi cantik sekarang? Kenapa dia gelakkan aku? “ Hei badut, FYI, aku dah kapel dengan adik kau.. dah 2 hari dah” kata-kata Taeyang buatkan hatiku remuk. Celaka! Aku ditipu adikku sendiri! Aku berlari pergi dari situ.

                Aku memandang refleksi wajahku di cermin tandas. Hodoh dan lebih hodoh. Aku Nampak macam badut. Solekkan aku terlalu tebal. Aku Nampak bodoh depan Taeyang. Aku menangis sendirian.

               

                Aku nekad mengeluarkan simpanan aku dan melakukan pembedahan plastik. Aku akan masuk pertandingan itu dan kalahkan adik aku sendiri!. Hyemin seperti tak bersalah masih berani memeluk lengan Taeyang di hadapanku. Untunglah kau cantik kan? Nanti aku akan jadi lagi cantik dari kau! Kau tunggu je lah!

                “Lama awak tak datang kat taman ni.. awak pergi mana?” Tanya Luhan pada aku. Aku hanya tersenyum. “Saya pergi Gangnam” kataku. “Buat apa?” balas Luhan. Aku menunjukkan kearah hidung. “Lagi?!” Tanya Luhan terkejut. Aku hanya tersenyum sambil mengigit bibirku sedikit. Aku banyak buat operasi sedut lemak, botox, dan pembedahan plastic di Gangnam. Rupaku berubah sedikit demi sedikit. Aku juga diet untuk nampak kurus. Pertandingan itu akan bermula minggu depan. Aku rasa tak sabar pula.

                “Awak datang tak pertandingan tu?” tanyaku pada Luhan. “Hmm.. tak kot sebab saya kene pergi Paris.. sorry tak dapat bagi sokongan” kata Luhan. Hatiku sedikit hampa. “Tapi takpa, setelah selesai urusan di Paris saya akan segera datang jumpa awak.. saya yakin awak boleh!” kata Luhan sambil tersenyum. Aku juga turut tersenyum.

THE BATTLE

                Semua calon peserta beratur untuk mengisi boring penyertaan. Aku melihan Hyemin datang bersama Taeyang. Aku mengetap bibirku geram. Aku akan pastikan  mereka takkan sampai ke pertandingan akhir! Aku akan capai impianku menjadi penyanyi solo!

                Sewaktu menunggu giliran, aku terdengar peserta lain menyanyi dan ia membuatkan aku rasa rendah diri sekali lagi. Aku jadi meragui bakatku sendiri. Mereka semua cantik-cantik dan lebih kurus dari aku. Sekali lagi keyakinan aku jatuh merudum.

                Giliran aku selepas Hyemin. Aku berlatih dan terus berlatih vocal aku agar aku dapat kalahkan adik aku. Dari jauh, Hyemin hanya melihat aku sambil memberikan segaris senyuman sinis.

                Tiba giliran Hyemin bernyanyi. Dia menggunakan rekod yang aku beri kepada dia! Tak guna! Dia hanya buat mulut dan berlakon comel di atas pentas. Namun, dia masih mendapat tepukan gemuruh dari penonton.

                Seterusnya, giliran aku. Aku mula nyanyi. Wlaupun sedikit gentar, aku cuba nyanyi seikhlas hatiku. Aku nyanyi dan terus nyanyi. Namun tepukan yang aku terima kurang dari tepukan yang diberikan pada Hyemi sebentar tadi.

                Pengadil mengira markah dan membuat perbincangan. Aku dan peserta lain hanya menunggu di ruang menunggu.

                Keputusan diumumkan dan pemenangnya adalah Hyemi. Aku terdiam. Aku tak sangka Hyemi boleh menang. Hatiku berasa sungguh marah. Aku jadi berang. Perempuan tu Cuma buat mulut sahaja! Takkan mereka tak Nampak?! Aku segera pergi ke atas pentas dan menolak Hyemin sampai jatuh.

                “ KAU PEREMPUAN J*LANG! KAU GUNA SUARA AKU JE!” marahku sambil menumbuk pipi Hyemin. Taeyang menarik lengan aku dan menumbuk pipi aku. Aku terkejut dengan tindakan Taeyang. “ENGKAU TU PLASTIK! KAU YANG COPY-CAT SUARA GF AKU.. KALAU KAU TU BURUK.. STAY JE LA BURUK.. TAK PAYAH BERANGAN SANGAT NAK JADI CANTIK!” kata Taeyang kepadaku membuatkan aku terdiam. Perlahan2 mereka semua pergi meninggalkan aku. Segalanya sudah musnah.

                Sejak itu, aku tidak cakap dengan sesiapa lagi. Terlalu dalam kesan kejadian itu. Aku banyak menghabiskan masa sendirian. Aku sering terdengar kata-kata yang cakap aku hodoh..hodoh..dan hodoh.. Aku sudah tiada keyakinan diri. Siapa aku? Cuma gadis hodoh, gemuk dan tak guna.

                Aku tak guna lagi.. kenapa aku masih hidup? Kalau aku mati kan bagus? Aku tak payah dengar mak aku puji perempuan tu lagi. Aku tak payah jadi bahan kat sekolah lagi. Taeyang mungkin rasa lagi gembira tanpa aku lagi. Aku berdiri di atas bangunan sekolah. Aku melihat ke bawah. Aku terlalu keseorangan. Kalau aku mati pun diorang takkan perasan kan? Hahahahaha… aku patut mati… Aku membuka langkahku untuk terjun dari atas bangunan sekolah.


                Seorang lelaki segera masuk dan mengambil tangan aku lalu diletaknya di keliling pinggangnya. Dia pula memeluk erat pinggang aku. Jururawat tadi segera pergi dari situ. Aku terkejut. Aku memandang lelaki di hadapan aku ini. Mata lelaki itu mengalirkan air mata. Siapa dia? Aku tak ingat langsung pasal lelaki itu.

                “Mianhae, kalau sahaja Luhan tak pergi Paris waktu itu, semua ini takkan berlaku. Kalau sahaja Luhan luahkan apa yang terbuku di hati Luhan, mesti semua ini takkan berlaku. Mian, Luhan pengecut. Luhan tak tahu macam mana nak luahkan ini dekat noona.” Kata lelaki itu.

                Aku memandang lelaki itu. “Luahkan apa?” kataku. “ Bom, Luhan cintakan Bom” kata lelaki itu memandang tepat kearah mataku. “ Luhan cinta noona sebab mula-mula sekali dengar suara noona Luhan terus tertarik dengan noona.. Noona jjang.. noona je yang tak tahu ni semua.. Noona Cuma nampak kelebihan orang lain tapi bukan kelebihan noona sendiri.. noona tak rasa macam noona membuli diri sendiri?” kata Lelaki itu.

                “Bo..hong” kataku perlahan. Air mataku mula bertakung di kelopak mata. Badanku mula bergetar dan nafasku kencang. “Ni buktinya..” kata lelaki itu lalu mengucup bibirku. Aku terdiam dan terkejut dengan tindakan lelaki itu. “Luhan akan tunggu noona sampai sembuh” kata lelaki itu lagi.

THE END


A girl who only sees beauty in others, feels insecure about herself and commit suicide but all she didn't know is someone adore her and find her very special.

Talking harsh words to yourself, doesn't it sound like self bullying? 

Confident girl doesn't fall in love with boys but instead make them fall for her.


Salam, 

Orait korg, aq gigih gak nk siapkan ff ni utk korg..

hrp korg ske even aq trpksa tukar jln cerita sbb aq lpe storyline asal..

aighoo...

Ekceli aq nk wat ff ni utk contest but .. haa.. malaslah = w =

Korg ske x story ni? 

Penat tau aii menaip smpai kul 4 pagi ni u.u

Comment lh nk tau gak pndpt korg ^^

Manhi3 saranghae ;) xoxo 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kotoha
#1
Chapter 1: dae to the bak
aquariusxpisces
#2
Chapter 1: Menusuk ke hati remaja ni, sangat deeeep, macam suara Changkyun. Memang setiap orang pasti akan merasa benda ni, tapi saya suka nasihat yang last sekali. Kita kena yakin pada diri sendiri :)
vaguememory
#3
/tekan subs, vote n comment sesiap memula untuk bomb.
Yeah.. i'm ready to read e o e /
parkyura98
#4
Chapter 1: baiknyeeee luhaannn ^^
kesian kt bom :(
daebak!!! ^^
SyazanaZack
#5
Chapter 1: kesian park bom :'( update soon :)
MissLola97
#6
Chapter 1: Kesian bom. Sebabkan orang lain kutuk dia hodoh dia jadi macam tu. Kalaulah dulu dia ada sokongan untuk naikkan semangat dia mesti dia tak gila T--T
bysyyui
#7
Chapter 1: Akhirnya cerita ni update pun! Dah lama menunggu... Huhuhu sedihnyee... menyampah gila dgn Hyemin tuu! Eleh confirm dia jadi artis tak laku punye sebab tu bukan suara dia. AIshh nasib baik Luhan ada. Luhan jada la Park Bom baik-baik ya.... author-nim tak nak buat cerita ni jadi chapters ke? Cerita ni best la... harap ada sequel XDD ok lebih-lebih pula saya XD
young_angely #8
Chapter 1: thank for update. /bow/