I Love You till Death

Waiting I (I Love You till Death)

 

 

 

Hara tersenyum memandang Yong gi yang nyenyak tidur.
“Yong gi-ahh, Saranghae…” Lalu Hara mendekati Yong gi, dan mencium bibir munggil jejaka itu. Air mata Hara mengalir. 
Jin masuk kedalam bilik itu, lalu menarik Hara keluar. 

                                                                   

 


 

 

     Hari yang indah, Yong gi bersiap untuk keluar. Kelihatan dia amat gembira.

“Hyung nak kemana?” Tanya V yang sedang bermain PS bersama Jimin.
“Haha, Hyung ada Date hari ni..” Yong gi membalas dengan bangga.
“huh? Date-tue? Acece, dengan siapa hyung?” Tanya Jimin pula.
“Hara..” Yong gi melemparkan senyuman manisnya.
“Kak Hara? Ohh, good luck hyung.” Ringkas jawapan dari Jimin dan V. Mereka lebih memberi perhatian pada game daripada member perhatian pada Yong gi.
“Yee.. Hyung pergi dulu.” Yong gi bergegas ke pintu, tiba-tiba dihalang oleh Jin.
“Kau nak kemana Yong gi?” Tanya Jin kasar.
“Suka hati aku lah nak kemana, kau sibuk kenapa?!” Yong gi menolak Jin.
 Jin memegang erat lengan Yong gi. “Aku tanya kau nak kemana?! Jawab soalan aku boleh?!” Jin berang.
“Aku nak keluar dengan Hara! Apa masalah kau?!” Yong gi menarik lengannya. ‘Aku sepak jugak mamat jin ni’ hati Yong gi panas. Semua ahli BTS berlari kehadapan untuk melihat apa yang berlaku.

“Waeyo hyung-nim?!” Jungkook cuba meleraikan pergaduhan.
“Kau jangan sibuk maknae… orang tua tengah bergaduh tu, tak baik menyampuk..” Rapmon menarik Jungkook kebelakang.
 

“Kan aku cakap jangan keluar dengan dia! Tinggalkan dia! Jangan ganggu dia!” Jin meninggikan suaranya.
“Apa masalah kau? Dia dah tolak cinta kau kan! Sekarang dia dengan aku! Aku tau kau cemburu, tapi jangan halang aku nak berjumpa dengan kekasih hati aku!”
“Kau jangan terlalu berharap, yong gi!”Kata Jin tegas. Yong gi tidak menghiraukan Jin lalu dia keluar dari rumah.
 

 

Yong gi belari ke bus stand. Dia melihat tempat menunggu itu kosong. “Mana Hara?! Takkan dia dah pergi.. aku lambat 5 minit je.. Jangan lah macam ni..”

 
“Yong gi-ahh? Awak cari siapa?” Hara mencuit pinggang Yonggi.
“Oh mak kau mak jahh!” Yong gi melatah. Hara ketawa besar melihat cinta hatinya melatah.
“Eeeee.. Yong gi melatah macam orang tua! Mianhae…”
“Yaaa, Hara-ssi, jangan lah buat saya terkejut! Saya ni lemah semangat! Awak pun tahu saya ni takut hantu…” Yong gi memuncungkan bibirnya.
“Ala.. mianhae.. awak lah selalu lambat! Hari ni kenapa lambat lagi?” Hara mencengkak pinggang.
 “ ni semua fasal Jin.”
“Jin?” Hara mengerutkan dahinya. “kenapa dengan Jin?”
“Dia kan suka awak, Dia tak izinkan saya jumpa awak..”
“Hah? Ohh.. jadi awak takkan jumpa saya lagi?”
Yonggi memegang muka kecil Hara, “Mana ada sayang… Saya tak akan ikut cakap dia.. pedulikan dia.. Apa pun yang terjadi, saya tetap akan jumpa awak, mencintai awak dan tak akan tinggalkan awak.”
“Janji?” Hara menunjukkan jari kelingkingnya. *pinky promise* “Janji sayang!” Yong gi tersenyum menunjukkan kesemua giginya.
“Shall we?” Yong gi menghulurkan tangannya. “Yes.” Hara mmenyambut tangan Yong gi. Mereka pun berpimpin tangan ke destinasi temu janji mereka.
 

 

 

                                                                        


 

 

**Flashback**

 

 

Jin menunggu Hara ditaman,
 

“Hara-ssi..” Jin memanggil Hara.
“Kenapa awak nak jumpa saya?” Hara memandang Jin dengan Hairan.
“Awak… Awak terimalah saya.. Saya dah lama suka awak!”
“Mianhae Jin-ahh. Tapi awak tahukan.. Saya suka pada seseorang.. maafkan saya.”
“Siapa? Yong gi??! Tapi kenapa awak pilih dia? Dia nak mainkan perasaan awak je.. Dia tu Playboy! Diakan lebih muda dari awak!” Jin menarik Hara.
“Lepas kan saya! Saya tak rasa dia player. Lagi pun dia ikhlas dengan saya!” Hara cuba melepaskan diri.
“Tak. Dia tak pernah ikhlas dengan sesiapa! Dia menipu awak! Percaya lah saya!” Jin menolak Hara ke dinding. Jin mendekatkan mukanya ke muka Hara. Jin sepertinya ingin mencium gadis itu, tetapi Gadis itu cuba mengelak.
“Yaaa! Awak jangan buat macam ni! Saya benci awak!” teriak Hara yang cuba melepaskan diri, lalu dengan tidak sengaja, satu tamparan singgah dipipi Jin. Badan Jin mmenjadi kaku. Hara turut terkejut dengan perbuatannya sebentar tadi.
“Awak tampar saya?”
“Mianhae Jin…” Hara yang sebak berlari meninggalkan Jin.



**Tamat Flashback**

 

 

 

Yong gi menyuapkan ais krim kegemaran Hara kemulut Hara.
“Yummy…. Sejuknya..” Hara separuh menjerit. Telatah comel Hara membuatkan Yong gi senang bersamanya.
“Keyeopta..” Yong gi mncubit-cubit pipi Hara. “Ania, ania, ania..” Hara cuba mengelak.
“Yong gi-ahh, kenapa orang semua tengok kita?” Tanya Hara sambil membetulkan Hair Band yang dibeli Yong gi sebentar tadi.
“Wae? Saya kan popular… I’m Suga Bts” Yong gi membanggakan diri.
“Perasan!” Hara mencebik. Yong gi ketawa bangga. “ Ya ya ya.. mestilah mereka tengok kita.. awakkan bakal isteri saya.. Kitakan tak lama lagi nak kahwin.. Ingat.. tinggal lagi 2minggu before the wedding.. On this 21st March” Yonggi mengangkat keningnya.
“Moa? Yakah? Ye.. Saya tak akan lupa..” Hara menggemgam tangan Yong gi, lalu Yong gi mengucup tangan gadis itu.

 


                                                                   


 

 

Bts berkumpul diruang tamu menunggu kepulangan Yong gi.

“Ting tong..” Bunyi loceng rumah dibunyikan.
“Itu mesti hyung!” Jungkook menjerit riang.
“Jungkook, kita kene serius dalam hal ni!” Rapmon bersuara. Keadaan berubah tegang serta merta.

“I’m back.. Hyung ada bawakkan makanan sikit untuk malam ni..” Yong gi berjalan kearah mereka sambil menunjukkan sebuah beg plastik berisi makanan dihadapan mereka. Bts memandang Yong gi dengan tajam.
“Asal pandang aku macam tu?” Yonggi tersengih-sengih. *innocent*
 

“Kau pergi mana balik lewat-lewat malam ni?” Tanya Rapmon.
“Aku kan cakap aku keluar dengan…” Tidak sempat Yong gi menghabiskan ayatnya, JHope menyampuk “Hara lagi?!” Senyuman Yong gi mati.
“Ya.. dah tahu kenapa tanya? Aku penat, aku naik atas dulu ye.”
“Tak habis-habis Hara, Hara Hara! Cuba kau fokus dengan kerja?! Kau tahukan kita akan Comeback bulan depan?” Rapmon menyoal Yong gi dengan tegas.
“Apa masalahnya? Aku berlatih ikut jadual, lagu pun aku dah gubah, minggu ni aku free kan? Kau tau kan dia kan tunang aku. Ada masa, aku kene spend time dengan dia.” Terang Yong gi.
“Boleh tak kau fikir pasal diri kau, lupakan dan tinggalkan dia, Yong gi! Kau kene rehat!” kata Jhope. V, jimin dan Jungkook hanya memerhati hyung-hyungnya bertengkar.
“Lupakan dia? Tinggalkan dia? Kau gila?! Aku dah lamar dia.. dia tunang aku.. Kau nak suruh aku lupakan dia?! Kau kawan jenis apa ni?! Aku cintakan dia!” Yong gi berang.
“Hyung.. lebih baik hyung rest and focus dengan kerja.. hyung dah la tak sihat kebelakangan ni..”Kini Jimin mula bersuara.
“Kami taknak Hyung berharap.. Hara tu sebenarnya..” Tidak sempat makane Jungkook menghabiskan ayatnya..
“Weh, Stop it! Sebelum muka korang aku pecahkan, Baik korang diam!” Kali ini Yong gi mula mengamuk.
“Tapi hyung, kami sayang Hyung.. Kami taknak Hyung jadi macam ni sebab Hara.. Hara..” Tak sempat V memujuk Yong gi, Yong gi menghempaas beg plastic yang berisi makanan tadi kebawah. Semua ahli terkejut. Lalu, Yong gi keluar dari rumah itu.
 

Taman permainan.

Yong gi menaip sesuatu di telefonnya.
 

 

To: My Honey Hara :*
Hara-ssi, boleh kita jumpa sekejap di taman?

010-xxx-xxxx

 

 

“The user is switch off their phone, bla bla bla..” Yong gi mengajuk masej yang dibalas oleh Maxcelgi (maxis + celcom + digi) selepas dia menghantar mesej kepada Hara. Yonggi pun duduk di tempat permainan.
 

“Hara!!! Where are you??” Yong gi menjerit seperti orang gila.

“Ya!!! Diam boleh tak??!” Suara seorang perempuan. Dengan pantas Yong gi menoleh.
“Hara-ssi? Macam mana awak?” Yong gi aneh.
“Bts cakap awak larikan diri. Jadi satu-satunya tempat yang awak tuju adalah taman permainan ni.. Ni kan tempat pertama kali awak jumpa saya..” Hara tersenyum.
“Mana ada saya larikan diri..” Yong gi menundukkan kepalanya.
“Mungkin ada benarnya kata-kata Bts, awak perlu tinggalkan saya.. Saya bukan lah perempuan yang baik untuk awak.. saya ada masa silam yang teruk… Selepas pemergian omma dan appa, perangai saya semakin liar..” tidak sempat Hara menghabiskan ayatnya, Yong gi memeluk Hara. “Saya tak kisah masa silam awak.. apa pun terjadi, awak perlu sentiasa berada disisi saya.. awak dah janjikan dengan saya?” Hara mengangguk perlahan. “Jadi, awak  perlu lupakan saya dan tinggalkan saya…”Hara menglepaskan pelukan Yong gi. “Moa?” Yong gi terkejut.

“Saya tak sayangkan awak selama ni, saya hanya perempuan kotor yang mendekati awak kerana duit awak bukan cinta awak.. Maafkan saya..” Kenyataan jujur Hara adalah satu tamparan hebat buatnya. Yong gi rebah. “Awak tipu hara-ssi!!!” yong gi menjerit.

“Betul cakap BTS, saya ni hanya nak gunakan awak! Awak perlu lupakan perempuan yang tak guna ni! Sebab perempuan kotor ini tak pernah cintai awak..” Hara meninggikan suaranya.
“Tipu! Tipu! Awak penipu! Kenapa awak sanggup tipu saya? Kenapa awak perlubuat macam ni.. sedangkan wedding kita lagi 2 minggu?!” Teriak Yonggi. Air matanya mengalir deras, tetapi muka Hara hanya tenang dan menyakinkan.

“Maafkan saya! Saya dah tak tahan dengan perangaai awak yang terlalu berharap, Awaklah orang yang paling lama saya permainkan.” Hara meninggalkan Yong gi. Dengan pantas, Yong gi mengejar Hara, dan memeluknya dari belakang. “Jebbal, sejahat mana awak.. Jangan tinggalkan saya… Saya cintakan awak, biarpun awak hanya nak permainkan saya..” Hara melepaskan diri dari Yong gi. “Saya benci lelaki lemah macam awak..” Kata-kata Hara itu membuatkan Yong gi terdiam dan Kaku. Ya, Benar kata Hara, Yong gi hanya lah lelaki yang lemah, yang selama ini mengharapkan cinta. Hara beredar pergi.

“Mianhae Yong gi-ahh, ini demi kebaikan awak..” Hara menahan sebaknya, lalu air matanya  mengalir. Dia tidak mahu Yong gi melihat air matanya. Sejujurnya, Dia amat mencintai jejaka itu, tetapi keadaan yang memaksa dia meninggalkan Yong gi. Lambat laun, Yong gi yang akan meninggalkan dia juga.


                                                                     


 


3 Hari sebelum tarikh perkahwinan. Ya, Pekahwinan yang tidak menjadi kerana pengantin perempuannya menarik diri.

Yong gi duduk termenung dikatil sambil membelek cincin tunangnya. Dia masih perit dengan kisah cintanya, setiap kali dia teringat akan kejadian malam itu, air matanya mengalir. Tetapi Yong gi cuba menguatkan dirinya, kerana dia ingin membuktikan pada Hara yang dia bukan lelaki yang lemah kerana cinta dengan harapan Hara melihat perubahannya dan kembali kepadanya. Yong gi masih mengharap. ‘Kalau jodoh tak kemana..’ Hati Yong gi berbisik.
 

“Hyung, Cepatlah kemaskan stor atas! ” Lamunan Yong gi terhenti dengan jeritan Jungkook.
“Aigoo, Hyung malas!” Yong gi buat-buat tidur.
“Jom lah.. bekerjalah hyung.. asyik mengelamun je!” kini V pula bersuara dan menarik Yong gi turun dari katil
“Yaaa… Hyung malaslah!!”

 

                                                                     


 

Di stor,

“Kami nak kemas rumah, kerja hyung dengan Jin hyung kemas stor je, sekarang Jin hyung keluar beli barang, jadi hyung kemaslah dulu..” Arah V.
“Ceh, tak guna punya jin.. saje nak keluar.. nak suruh aku kemas lah ni..” Yong gi merungut.

 

Sedang Yong gi mengemas kotak-kotak didalam stor.

“Kotak apa ni?? Narnia ke?” Yong gi terjumpa sebuah kotak kayu yang sangat unik. Lalu dia membukanya. Dia terlihat beberapa keping gambar seorang gadis yang sangat dikenalinya.
 

“Hara-ssi?” Yong gi membulatkan matanya. Terselit beberapa pucuk surat dan sebuah buku catatan seperti Diari, sebuah pita rakaman video dan sebentuk cincin. Ternyata itu cincin tunang Hara yang dia hadiahkan.
 

“Kenapa cincin ni ada dalam kotak ni? Ini diari Hara ke?” Yong gi membaca surat-surat tersebut.Yong gi tersenyum kecil melihat surat-surat itu kerana kesemua surat itu ialah surat yang dihantarnya untuk mengorat Hara dulu. Selepas itu, Dia mula membaca buku catatan Hara yang bertulis ‘ Buku catatan Hari-hari menunggu Yong gi’

*muka surat pertama tertulis*
'Buku ini didedikasikan untuk seorang Insan yang sedang tidur dengan nyenyak yang taknak bangun-bangun.. My Price Charming Min Yong gi. Harap bila awak baca.. Kita dah bahagia ^^ Love by Hara kesayangan awak.' 

Yongi tersentak. Dia beralih ke muka surat kedua, terlekat keratan akbar.

 

 

‘Salah Seorang Ahli Bts dan tunangnya terlibat dalam kemalangan menyayat hati sehari sebelum perkahwinan.’


 

Pada 20 mac 2013, Ahli rapper BTS terlibat dalam kemalangan yang amat menyayat hati bersama tunang tercintanya. Kemalangan diakibatkan pemandu lori yang mabuk melanggar kereta yang dipandu Min yong gi atau dikenali sebagai SUGA terbabas dan terbalik kira-kira 1KM dari tempat kejadian. Pemandu lori terbabit mati ditempat kejadian, manakala tunangnya tercampak keluar dari kereta. Min yong gi selamat dikeluarkan dari kereta setelah 3minit pasukan bomba dan penyelamat sampai. Kedua-duanya dalam keadaan kritikal.

                                                                                                                  -keratan berita Harian 2013-

 

 

 

Awak, masa kejadian ni.. awak dan saya baru balik dari ambil baju pengantin, sebelum kejadian tu, awak cakap saya cantik bila pakai baju pengantin.. dan awak tak sabar untuk hari esoknya. Tapi, apakan daya.. kita tak dapat bersanding untuk esoknya. Ketika saya tercampak keluar, saya masih sedar.. saya sedaya upaya merangkak ke kereta untuk cuba selamatkan awak.. tapi pintu kereta yang terbalik tu tak boleh nak terbuka. Awak sedar tak.. awak cakap pada saya.. “Hara, selamatkan diri awak.. biarkan saya disini..” lepas itu, awak senyum pada saya.. itu senyuman terakhir awak.. Lepastu, awak terus tak sedarkan diri.. saya meronta-ronta suruh orang bantu awak.. tapi orang lain sibuk angkat saya, selamatkan saya.. Saya nak diri awk selamat, bukan diri saya selamat.

 

 

23 Mac 2013

Saya baru sedarkan diri, Saya Nampak awak tengah tidur sebelah katil saya.. Awak kritikal.. Awak ada banyak wayar.. Semua doctor dan nurse-nurse cantik mengelilingi awak.. Awak masih koma.

 

5 April 2013

Awak masih nyenyak tidur..

Saya dah boleh berjalan semula,, tapi masih menggunakan tongkat. Haih, bila yong gi saya nak bangun tengok saya berjalan ni?

 

11 April 2013

Awak masih tidur nyenyak.. saya rindukan awak.. hari-hari saya jaga awak.. Hari-hari saya tunggu awak jaga,.. bila awak nak bangun yong gi? Bila awak nak cakap “Hara-ssi keyopta.” Bila awak nak bawak saya date kat taman? Bila awak nak beli hair band kat saya lagi? Bila kita nak makan ice cream favorite saya? Bila dan bila??

 

20 Mei 2013

Hari-hari Bts datang jenguk awak, reporter pun datang jenguk awak.. *jeles saya* peminat2 awak mendoakan awak.. ada yang hampir gila sebab awak koma.. Bts dalam krisis sebab mereka taknak comeback sebab awak..  Pengurus awak datang dan berharap awak akan terjaga dari mimpi panjang awak. Setiap kali datang, Ahli-ahli Bts semua menangis.. terutamanya Jin. Jin sayangkan awak. Jungkook dah macam orang gila cakap sorang2 sebab dia rindukan hyungnya. Walaupun Rapmon kelihatan tenang, ahli bts cakap dia menangis setiap malam sebab rindukan awak. Yong gi-ahh saya amat merindui awak..

 

20 Jun 2013

Hari ni saya dah dapat keluar dari hospital sebab saya dah pulih sepenuhnya.. saya taknak berpisah dengan awak sayang.. Saya tetap akan jenguk awak.. akan tidur sini dan jaga awak..

 

12 Ogus 2013

Hari ni saya tak sihat, tapi saya tetap nak jaga awak.. huhu saya dah diberhentiakn kerja sebab selalu ponteng kerja.. saya tak ponteng kerja lah, saya hanya jaga tunang saya.. Saya takut bila awak tak terjaga dah, atau bila awak terjaga, saya nak awak tahu saya ada disisi awak, awak nampak saya dulu.. bukan orang lain.

 

15 Oktober 2014

Saya telah dihalau oleh penghuni rumah saya. Saya sedih sangat, kenapa perkara malang selalu meninpa saya… saya tak akan putus asa.. saya akan cari duit untuk kita. Yang penting awak perlu teruskan hidup.. awak masih disisi saya pun saya dah bersyukur sangat.

 

8 November 2013

Saya dah dapat kerja tetap! Saya kerja di Bar. Awak jangan risau, Bar tu bukan yang tak senonoh tu.. saya Cuma tukang cuci pinggan je.. hehe pagi saya kerja di stesen minyak, malam pula saya kerja di Bar. Maafkan saya, ekonomi sekarang ni tak sabil, maybe saya selalu tak dapat melawat awak. Mianhae yong gi-ahh.. mianhae.. saranghae.
 

13 November 2013

Mampukah saya menunggu awak? Saya sangat merindui awak Yong gi. Saya amat mencintai awak.. Saya nak awak ada disisi saya.. dengar masalah saya.. Semalam Rumah saya dimasuki saseang.. Saseang kata sayalah punca awak jadi macam ni,.. mereka tulis di online saya ni perempuan yang malang buat awak.. Adakah benar? Saya sangat terluka sekarang..

 

1 Disember 2013

Dah hampir nak masuk setahun awak tidur..

Panggilan Kecemasan dari hospital, Doktor cakap.. Jantung awak lemah untuk berfungsi.. denyutan awak dah semakin perlahan.. Berkemungkinan besar awak akan pergi dulu sebelum saya. Time tu, saya seperti nak gila.. meronta dan menangis.. Saya tinggalkan semua kerja saya dan bergegas ke Hospital. Saya Nampak Ahli Bts sedang menangis. Hati saya hancur. Ini kah petanda yang awak akan pergi sebelum saya? Yang awak akan tinggalkaan saya?

 

2 Disember 2013

Doktor mahukan penderma jantung dengan segera. Awak semakin lemah.. Saya taknak awak tinggalkan saya..

 

Yong gi menangis teresak-esak membaca buku catatan hara.. dia membelek muka surat seterusnya, tetapi muka surat seterusnya kosong.

“Hara-ssi!!!!!!!!!!!!!!! Awak dimana sekarang?? Mana catatan yang setersusnya??” Yong gi menghubungi telefon Hara, tetapi tidak diangkat. Tiba-tiba dia teringat akan pita video yang dijumpai didalam kotak tadi, Dia pun membawa pita tersebut ke bilknya. Dia memasangnya di TV.

 


 

“Yonggi-ahh! Annyeong..” Imej hara keluar di kaca TV.
 

“Hara-ssi, Annyeong….” Air mata yong gi mengalir.
 

“Awak akan menjalani pemedahan jantung esok.. Hwaiting.. Sebelum itu, saya nak beritahu awak sesuatu.. saya cintakan awak.. saya sayang awak.. saya rindu awak.. saya nak jadi separuh dari awak.. walaupun saya tak dapat jadi isteri awak, saya masih berharap suatu hari nanti saya dapat menjadi isteri awak.. Mungkin ini adalah Video terakhir saya.. Mianhae Yong gi-ahh sebab tak sempat tunggu awak terjaga... Jika sekarang ni awak sedang menonton video ini, bermakna pemedahan jantung awak berjaya, dan awak dah terjaga dari mimpi panjang awak.. dan.. bermakna saya tidak ada lagi didunia ni. Saya tak ada apa nak hadiahkan pada cinta hati saya, awak lah satu-satunya dalam dunia ni.. Jadi, Saya hadiahkan jantung saya bagi menggantikan diri saya.. saya taknak awak pergi dulu sebelum saya.. saya taknak saya keseorangan dalam dunia ni.. Yong gi-ahh, jadi saya akan sentiasa bersama awak.. sebab setiap degupan tu, bermakna Hara masih dekat dengan Yong gi. Saya sentiasa bersama awak.. walaupun saya tak wujud didepan awak.. tetapi.. saya masih hidup.. sebab jantung saya didalam awak.. saya hidup didalam awak Yonggi..Jangan putus asa dengan hidup.. Kalau Yong gi cuba sakitkan diri Yong gi, bermakna Yong gi cederakan Hara. Jadi, tabahkan hati dengan kehidupan yong gi. Semoga Yong gi berjumpa dengan kekasih hati yang baru dan hidup dengan bahagia, jangan risaukan Hara,..sebab ingat, Hara dalam Jiwa Yong gi selama-lamanya. Akhir sekali, Jangan lupakan Hara sampai bila-bila. Saranghae yong gi.” Kelihatan Dalam Video itu, Hara menangis teresak-esak, tetapi dia tetap melemparkan senyuaman manisnya. Yong gi rebah dan menangis sekuat-kuat hatinya. Dia memegang dadanya, *tempat jantung berada*

“Hara!!!!! Hara!!!!! Kenapa? Kenapa buat macam ni??” Yong gi meraung. Semua ahli kelam kabut masuk kedalam biliknya.

“Hyung…” Mereka melihat Yong gi terbaring sambil meraung seperti orang gila, dan Video Hara masih di Tv.

“Dia dah tahu kebenaran” Kata Rapmon. Lalu, semua ahli memujuk Yong gi. “hyung, jangan macam ni.. Hara akan sedih..”

 

“Kenapa korang tak bagitahu yang dia dah tiada, kenapa korang rahsiakan?? Kenapa aku tak pernah ingat pasal kemalangan setahun yang lalu? Kenapa aku tak pernah terfikir parut didadaku disebabkan pembedahan jantung? Kenapa aku tak sedar ianya telah lama berlaku?” yong gi mengamuk, dia masih tidak dapat menerima kenyataan.

 

“Kami cuba beritahu.. Tetapi, selepas pembedahan berjalan lancar, Kau dikejutkan dengan berita yang Hara dah meninggal, Kau hampir gila, kau meraung, kau murung.. kau cuba bunuh diri.. kau lakukan benda yang tak baik untuk sakiti diri kau sendiri.. kau salahkan diri sendiri.. sedangkan kau sendiri tak tahu apa punca dia meninggal, kau ingat dia meninggal sebab kemalangan tu.. Sebenarnya, Kami dah janji dengan Hara yang tak akan beritahu tentang penderma jantung kau. Akhirnya, kau ditahan di wad sebab kemurungan yang melampau.. Suatu hari, kau demam panas.Selepas baik dari demam panas, Kau pulih secara tiba-tiba. Kau langsung berubah dan tak ingat fasal kemalangan yang menimpa kau dan Hara setahun yang lepas. Kau mulaa cerita yang kau keluar dengan hara, kau jumpa hara. Kami terkejut.. tapi kalau dengan cara ini membuatkan kau pulih, kami biarkan.. sehinggalah baru-baru… Akhirnya kau tahu kenyataannya.” Terang Jin cuba menenagkan Yong gi.
“Jadi selama ni, aku bersama rohnya.. Dia taknak aku jadi lemah dan jadi macam tu.. Dia sanggup tunggu aku terjaga selama satu tahun dan kini dia pergi buat selamanya..” Yong gi sebak.
Bts menundukkan kepalanya.
“Saya sentiasa bersama awak.. walaupun saya tak wujud didepan awak.. tetapi.. saya masih hidup.. sebab jantung saya didalam awak.. saya hidup didalam awak Yonggi..” Yong gi melihat Hara yang sedang berdiri di pintu dengan baju blouse putih tersenyum melihatnya. Yong gi membalas senyuamnnya. Yong gi cuba mengcapai Hara. Semakin lama, bayangan Hara hilang. Dan akhirnya hilang dari pandangan Yong gi. Air mata Yong gi kembali mengalir. Semua ahli Bts memeluk Yong gi. Mereka tahu perasaan yang melanda Yong gi, apabila cinta hatinya sanggup mengorbankan jiwa raganya demi dirinya. Cinta Yong gi dan Hara tidak akan mati disitu, tetapi akan hidup selamanya selagi Yong gi masih bernyawa.

 

 

 

*Flashback*

 

Sebelum pemedahan, Hara memasuki bilik Yong gi,

Hara tersenyum memandang Yong gi yang nyenyak tidur.
“Yong gi-ahh, Saranghae…” Lalu Hara mendekati Yong gi, dan mencium bibir munggil jejaka itu. Air mata Hara mengalir. ‘This is our last kissed’
Jin masuk kedalam bilik itu, lalu menarik Hara keluar.

“Hara-ssi, masanya dah tiba…” Hara melangkah pergi bersiap ke dewan pembedahan.

 

                                                            **TAMAT** 

 



PS:/ Reader yang dikasihi.. thanks sebab sudi baca one short yang tak best ni.. harap boleh improve.. Dan terus menyokong saya dan jangan lupa tinggalkan komen anda..

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BarmyDew
2018 : cover baru, edit sikit bagi lawo lagi susunan cerita.
Huhuhu 4 tahun berlalu... cepatnya masa berjalan. first one shot fanfic.
Thank you sesiapa yang support cerita ni.
ikhlas dari saya . Author-nim (BarmyDew)

Comments

You must be logged in to comment
DiamondSakura
#1
Chapter 1: ... apa ni. awak buat saya nangis, enna... kreatif gila awak buat cerita.. haha saya x boleh nk agak pun tadi jalan ceritanya mcm ni... good job author-nim!
Yuhan48 #2
Chapter 1: Oh god...I loved it so much....Saya tak tertahan sebak waktu fanfics awak...T'T
youngminbfminwoo
#3
Chapter 1: Awak, sampai hati awak buat saya menangis TT_TT
SAYA SALUTE AWAk!
Daebak! Saya tak tahu nak tulis apa lagi
Memang best. Awak dah berjaya usik hati saya T_T
m_nanakim
#4
Chapter 1: Saya sedaya-upaya menahan air mata saya dripada menitis.... sebak giler baca crita ni.... kasihannya.... ToT.....
whitelove
#5
Chapter 1: T.T so sad
jiumin #6
Chapter 1: daebak!!.. sedih gilerr.. terbaik ahh author-nim..
UUUUUUUU #7
Chapter 1: Satu perkataan : BEST
imraen_
#8
Chapter 1: /menagis sampai mata macam anak panda/ /lap ingus/ sedih nyaa TT.TT
linthehun
#9
Chapter 1: sedih siott..... nasib baik tak nangis, kalau nangis pon tak boleh ubah apa2 ..