Twenty six
My Best Friend Is My HusbandAuthor's POV
4 bulan berlalu. Pelbagai kerenah Yeri dan Taehyung berlaku. Bergaduh, merajuk, gembira, sedih, semuanya menjadi kebiasaan untuk mereka berdua. Yeri semakin sarat mengandung. Kini, tinggal masa untuk dia bersalin saja.
"Ahhhh!" Yeri terjerit. Taehyung di sebelahnya yang sedang menyiapkan assigment, segera menoleh.
"Kenapa? Baby tendang lagi eh? Baby, duduk diam okay. Papa nak buat kerja ni" kata Taehyung sambil menyambung kerjanya.
"HOI! BABY NI TENDANG SEBAB DIA NAK KELUARLAH!! AHHH!!!!!"
"Mwo?!! Ahh! Tu..tunggu, tunggu kejap aku ambil kunci kereta!"
"CEPAT SIKIT!!!! AHHH!!!"
"Sabar sayang. Hah, jumpa pun kunci. Dah jom" Taehyung memapah Yeri keluar dari apartment.
Di hospital, Taehyung yang over lebih. Yeri menjerit, dia pun ikut sekali.
"Sikit lagi sayang. Sabar"
"AHHHHHH!!!!!" Yeri menjerit kesakitan. Kesakitan dan keperitan. Itulah dirasainya pada waktu sekarang.
"Sikit lagi puan"
"AHHHHHHHH!!!" Entah kali keberapa Yeri menjerit. Namun, itulah jeritan terakhirnya selepas bayi perempuan selamat dilahirkan.
"Comelnya anak papa" ujar Taehyung sambil melihat anak perempuannya di bilik bayi.
"Nurse, boleh saya bawak baby masuk dalam ward?"
"Ya, boleh. Silakan encik" kata jururawat itu sambil tersenyum.
"Yeri, kita dapat baby girl! Yeay!" kata Taehyung sambil tersenyum ceria. Yeri turut tersenyum.
"Yeri, baby kita ni muka dia comel macam aku"
"Perasan" ujar Yeri perlahan. Taehyung ketawa kecil.
"Tapi dia cantik macam kau" Yeri tersenyum.
"Yeri.. thanks" Yeri memandang Taehyung dengan hairan.
"For what?" soal Yeri.
"Sebab baby kita ni" Taehyung memegang tangan Yeri dengan erat. Yeri ketawa kecil.
"Kenapa kau ketawa?"
"Tak ada apa. Hmm, comelnya anak mama" Yeri mencium dahi anaknya yang sedang lena tidur.
"Yeri, aku ada nama khas untuk baby kita"
"Oh, ye? Apa namanya?"
"Kim Taeri"
"Taeri? Mana kau dapat nama tu?"
"Alaa kau ni. Tu gabungan nama aku dengan nama kaulah"
"Oh? Hahaha. Pandai jugak kau kan?"
"Tengoklah husband sapa" Yeri mencebik.
Selepas beberapa hari Yeri di hospital, akhirnya dia dibenarkan pulang bersama anaknya. Yeri dan Taehyung membuat keputusan untuk pergi ke rumah omma dan appa Yeri.
"Taehyung, aku nak berpantang kat sini" kata Yeri sambil berbaring di sebelah Taeri.
"Oh, okay"
"Okay? Kau tak kisah kalau kau kena balik apartment sorang-sorang?"
"Siapa kata? Aku nak teman kau kat sini"
"Habis study macam mana?"
"Aku nak berhentilah"
"Kenapa?"
"Aku nak cari kerja. Beli rumah baru untuk kita. Apartment tu.. aku rasa kita patut jual or sewa je. Okay?" soal Taehyung.
"Hmm.. aku okay je" Yeri mendukung Taeri lalu meletakkan Taeri di tempat tidurnya. Yeri kembali berbaring di atas katil. Taehyung merangkul pinggang Yeri dengan erat.
"TaeTae aku tengah berpantang sekarang ni. Jangan nak lebih-lebih" Yeri cuba melonggarkan rangkulan Taehyung.
"Alaa, sekarang kan kau dah kurus balik. Aku nak peluk pun tak boleh"
"Bukan tak boleh. Kau tu. Nak peluk kuat sangat"
"Mana ada kuat pun. Yeri, lepas kau habis pantang kan.. apa kata kita pergi honeymoon?"
"Honeymoon? Oh, no no"
"Wae?"
"Taeri sapa nak jaga? Omma? Ish, kesian omma. Lagipun membazir je"
"Alaa, bolehlah. Aku nak spend time dengan kau. Just you and me"
"Hahaha. NO"
"Huh, tak nak pergi sudahlah. Bye, nak tidur" Taehyung menarik selimut lalu membelakangkan Yeri.
"Alaaaaa, TaeTae janganlah merajuk"
"Mana ada aku merajuk"
"Hmm.. yelah. Aku pergi honeymoon dengan kau. Tapi jangan lama-lama. Nanti aku rindu Taeri" Taehyung berpaling ke arah Yeri semula.
"Betul ni?"
"Iye. Janji tak nak pergi lama-lama?"
"Ye sayang"
"Hm..okay" Taehyung mencium dahi Yeri sebelum mereka berdua masuk ke alam mimpi.
p/s: mianhae short chap!
Comments