Fifteen
My Best Friend Is My HusbandTaehyung's POV
Hari ni omma dan appa aku dengan Yeri datang melawat kami sebelum kami start belajar di universiti. Kami semua meluangkan masa bersama-sama. Kitaorang ada jugak buat makan-makan. Makanan yang omma masak memang terbaik! Omma Yeri pun sama jugak. Hehe. Lepas tu, kitaorang pergi shopping. Err.. aku kurang sikit bab shopping ni. Yeri tu seronoklah dapat shopping. Aku setakat beli mana yang perlu untuk dalam rumah dengan kat universiti aje. Yeri tu faham-faham lah. Perempuan kan~ Demam dia pun dah hilang lepas shopping.
"Taehyung, ingat pesan appa dengan omma. Jaga Yeri elok-elok. Paham?" pesan appa kepadaku. Aku mengangguk.
"Yeri, kalau Taehyung ada buat benda tak elok kat Yeri, Yeri bagitahu omma. Biar omma sekeh dia" kata omma kepada Yeri.
"Eh, kenapa pulak omma? Omma tak percayakan Taehyung ke?" tanyaku. Sampai hati omma.
"Bukan tak percaya cuma kamu tu nakal. Tak mustahil dengan Yeri pun kamu tak nakal. Betul tak Yeri?"
"Betul tu omma. Dia ni memang nakal pun" kata Yeri sambil menjeling ke arahku. Omma dan appa ketawa kecil.
"Dah lah tu. Omma dan appa balik dulu" kata appa. Aku kemudian memeluk appa. Yeri pulak memeluk omma.
"Jaga diri baik-baik. Anyeong" kata omma sebelum meninggalkan kami.
"Ahh~ Cepatnya masa berlalu. Esok kita dah masuk U, kan sayang?" kataku kepada Yeri. Yeri buat muka menyampah. Tak sukalah tu aku panggil dia 'sayang'.
"Kau ingat eh, masa kat U nanti kau jangan pandai-pandai tersasul panggil aku sayang" ujar Yeri. Uish, garangnya perempuan ni.
"Yelah.. sayang!" ujarku. "Kat U nanti mesti ramai awek yang cun-cun kan? Wuu~" aku saja nak test Yeri. Agak-agak dia jealous tak? Tiba-tiba lenganku dicubit.
"Adoii!! Sakitlah kau kenapa? Jealous?" soalku.
"Err.. mana ada! Kau tu kena ingat yang kau dah ada wife!" bentaknya.
"Aku ada wife eh? Siapa? Kau kenal dia ke?" Okay, aku nakal. Yeri menjeling tajam. Alamak! Petanda Yeri nak merajuk dah datang. Yeri hanya berdiam diri. Hmm, sah merajuk.
"Alaa, Princess ku sayang~ Janganlah merajuk. Aku gurau je lah" kataku sambil mencubit pipinya perlahan. Dah memang hobi aku pujuk orang dengan cara mencubit pipi.
"Yelah tu"
"Iyelah. Dah jom masuk tidur. Esok kan kena bangun awal" kataku sambil menarik tangannya.
"Ish, sapa nak tidur dengan kau? Pergilah tidur bilik satu lagi."
"Sampai hati Princess. TaeTae takutlah nak tidur sorang-sorang" ujarku sambil mencebik bibir.
"Kau tu namja. Agak-agaklah nak takut pun" katanya. Aku menghentakkan kaki gaya kanak-kanak yang inginkan lolipop.
"Bolehlah~ Please..." kataku sambil mengelip-ngelipkan mata.
"Ish! Yelah, yelah" akhirnya Yeri bagi jugak aku tidur dengan dia. "Tapi, dengan satu syarat"
"Apa dia?"
"Jangan buat benda tak senonoh kat aku." kata Yeri.
"Haa? Alaa.." Nampak tak permainan aku kat situ? Aku memang tak boleh kalau tak kacau Yeri tidur.
"Take it or leave it" ujarnya sambil mengangkat sebelah kening.
"Aish, yelah, yelah" Terpaksalah aku take it. Demi Yeri ku sayang~
to subscribers : korang yang subscribe my ff, sudikanlah diri anda komen di bawah. nak tahu jugak apa perasaan korang masa baca ff ni ><
Comments