001

Last Good Night Kiss
Please Subscribe to read the full chapter

“Itu pun dia!! Cepat kejar!.” Minyoung berlari dengan pantas apabila mendengar suara si pengutip hutang makin hampir dengan dia. Minyoung menjatuhkan kotak-kotak kebelakang untuk menghalang pengutip hutang itu mengejarnya. Dia bernasib baik kerana helahnya menjadi, jika tidak sudah semestinya dia akan berhadapan dengan masalah besar.

 

Nafas Minyoung tercungap-cungap. Kenapa hidup dia sebegini,sudahlah dia berseorangan. Tak cukup dengan itu,ibu bapa dia meninggalkan hutang yang banyak kepada dia. Inilah hidup dia sehari-hari dikejar oleh pengutip hutang. Minyoung berjalan ke sebuah rumah yang usang yang merupakan rumah peninggalan ibu dan ayahnya sebelum mereka pergi dalam kemalangan bas sewaktu dalam perjalanan ke bandar.

 

Memandangkan rumah lamanya yang lebih selesai dan nyaman telah diketahui oleh pengutip hutang jadi ibu bapanya meninggalkan rumah kecil kepada Minyoung untuk melindungi dia. Oleh kerana, pada waktu itu Minyoung masih lagi bersekolah jadi ibu bapanya tidak mahu menanggung risiko jika anak perempuan mereka akan diculik

 

Walaupun rumahnya kelihatan sangat kecil tapi ianya tidak mengapa bagi Minyoung memandangkan dia hanya tinggal bersendirian, jadi dia tidak perlu risaukan tentang siapa-siapa kecuali dirinya sendiri. Minyoung sudah pandai untuk berdikari mencari wang untuk dirinya sendiri tapi untuk membayar hutang-hutang yang banyak, dia masih lagi belum dapat mencari wang yang banyak untuk melunaskan hutang-hutang lagipun gajinya cukup untuk makan, minum dan bil-bil air dan juga elektrik.

 

-

 

Selesai membersihkan badanya dari segala kotoran dan peluh yang melekit di badanya, Minyoung menyarungkan sehelai baju dan seluar di badannya sambil mengelap rambutnya yang masih lagi basah, Dia berjalan ke almari dan mengeluh apabila melihat stok makanannya yang hanya tinggal sedikit.

 

“Ah, macam mana ni? Dahlah gaji aku lambat lagi.” Keluh Minyoung.Dia mengambil air panas yang telah dia panaskan tadi lalu dituang ke dalam mangkuknya yang telah diletakan ramyun. Minyoung meniup wap-wap dari air panas itu dan mengaup ramyun itu dengan chopstiknya disua kedalam mulutnya.

 

“Ahhh, sedapnya.” Minyoung menutup matanya sambil menikmati makan malamnya pada hari itu.

 

-

 

Minyoung berbaring di atas tilamnya, tangan Minyoung mencapai sebuah buku di bawah tilamnya. Segala yang berlaku terhadapnya di tulis di dalam buku itu. Buku itu dijumpai Minyoung di tong sampah entah kenapa dia menjadi rindu untuk belajar jadi dia mengambil buku itu yang pada awalnya dia mahu jadikan buku untuk belajar tetapi lama-kelamaan buku itu menjadi diari hariannya.

 

Adakah hidup aku akan selalu dikejar dengan pengutip hutang? Duit yang aku kumpul masih belum mencukupi untuk melunas semua hutang-hutang itu. Oh, Tuhan kenapa ini semua kepada aku? Nampaknya aku perlu mencari satu lagi pekerjaan untuk mengisi waktu pada pagi hari memandangkan waktu pagi kerja aku hanya tidur di rumah, mungkin aku patut…

 

Minyoung menyimpan semula buku itu di bawah tilamnya. Dia harus tidur awal memandangkan pada esok hari, dia perlu ke tempat kerjanya untuk meminta cuti kerana dia perlu mencari satu lagi pekerjaan. Harap-harap bosnya akan memberikan izin untuk dia bercuti lagipun Minyoung jarang meminta cuti. Minyoung mula menguap, matanya juga mula layu dan tertutup menandakan dia sudah hanyut ke alam tidur.

 

-

 

Setelah mengunci pintu rumahnya walaupun rumahnya kelihatan seperti tidak akan menjadi pilihan para perompak untuk merompak tapi apa salahnya bukan? Minyoung duduk di sebuah kerusi kecil lalu mengikat tali kasutnya, sedang ralit Minyoung mengikat tali kasutnya, seorang wanita berusia lewat 40-an menegur Minyoung.

 

“Min, kamu nak ke mana pagi-pagi ni?.” tanya Hyomin nama wanita tersebut.

 

“Min ingat hari ni, Min nak pergi cari kerja lah makcik memandangkan duit Min tak cukup lagi untuk bayar hutang-hutang yang ibu ayah tinggalkan..” Minyoung tersenyum nipis ke arah Hyomin.

 

“Kan makcik dah cakap pakai sahaja duit makcik lagipun duit yang anak makcik hantar masih ada.”

 

“Tak mengapalah makcik, menyusahkan je. Saya pergi dulu ye..” S

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hundotlove
(Hiatsus) Sorry..Active on September

Comments

You must be logged in to comment
KimTaehyungWifeu
#1
Chapter 1: alaaaaaaa... x puas bca la !! authornim pliszzzzzz smbng lagi !!!!!!!!!!!!!
hyemipark
#2
Chapter 4: Ff ni mesti sedih kn, huwaa i can't wait
BTW PLEASE UPDATE SOON
Author-nim FIGHTING!!! ✌✌✌
JeonAra #3
Daebak sngt2 ff ni !!!!! Update please!!
mimie_lulu #4
Chapter 4: Update soon..!!cerita super duper daebak!!
amiramuliyadi
#5
Chapter 4: Tak sangka Suho kaki perempuan. Cerita ni best sangat.... Update Soon!!
EXOXOXOSEHUNIE12 #6
Chapter 4: Update soon!
Tak sabar nak baca what will happen
WuJesoo
#7
Chapter 4: harap Suho bole cintakan dya :3 update soon~
KUROBARAHIME
#8
Chapter 4: HARAP2 TAK ADA APA2 YANG BURUK JADI KAT MINYOUNG LEPAS DIA KAHWIN NANTI!
ArienaYehet
#9
Chapter 3: waa..daebak. Palli update!