1

I love you, Starbuck

                                                                

   Aman dan damai pada petang itu amat menyenangkan hati seorang gadis kolej jurusan seni dalam bidang fotografi yang bernama Park Mia . Kedamaian ketika dia berada di taman bunga itu amat menenangkan fikirannya daripada berfikir tentang assigment yang dah sampai deadline . Tapi dia peduli apa . Dia nak jumpa bunga . Hanya bunga je penenang dia . 

   Ketika dia leka snap gambar-gambar bunga yang berwarna-warni dan rama-rama yang colourful berterbangan hinggap dibunga , tanpa dia sedari dari arah atas kepala dia terdapat sebiji bola yang ingin medarat di atas kepalanya . Dubbb . "Arghhh" Mia mengerang kesakitan sambil menggosok-gosok kepalanya yang terasa berpusing seketika . Bola itu berheti betul dibawah kakinya . Dari arah yang bertentangan , ada seorang lelaki yang memakai baju sukan basketball warna merah menghampirinya . 

    "Miss , can you pass the ball to me?" gaya selamba alam gila takde nya nak minta maaf , datang-datang terus minta bola . What the - ? Park Mia merenung tajam lelaki yang perasan bagus nak mati tu . Bola itu masih elok terletak dibawah kakinya . Kalau aku shoot kena muka mamat ni best jugak . Biar dia rasa apa yang aku rasa malahan lagi teruk dari itu . Heh . Mia dah sengih jahat dalam hati . 

    "Park Mia ." kedengaran suatu suara yang memanggil namanya dari arah yang sama . Matanya yang dari tadi lekat merenung lelaki yang berkulit sedikit gelap namun masih ada aura memikat itu terus dia beralih melihat empunya badan yang memanggil namanya . Lelaki yang berpakaian sama seperti lelaki dihadapannya itu menghampirinya dengan senyuman serba salah . 

      "Mia." tegur lelaki itu sekali lagi sambil melambaikan tangannya kepada Mia dengan gaya yang jelas akward dia . Gila . Mia merenung lelaki itu pula .

       "Woo Hyun." hanya itu yang keluar dari dalam mulut Mia .

      Woo Hyun dah menelan liur buat kali kedua . Kali pertama time dia mula-mula ternampak Kai berhadapan dengan Mia tadi . Rasa perit gila . Dia sendiri lupa Mia lepak taman petang tu . Dan time dia nampak muka Mia baru dia teringat esok deadline Mia dan selalu tarikh sebelum deadline dia akan lepak taman . Aaaaa Woo Hyun macam mana boleh lupa ? Aaaaa Woo Hyun !! Tengoklah apa jadi sekarang . Mia bertembung dengan Kai pulak tu . Budak nih dah lah selamba alam punya manusia . Auch . Lagi aku seram tengok Mia tenung aku macam tu weh .

      "Oh jadi nama kau Park Mia ? Hmm aku rasa kau dah boleh pulangkan balik dah lah aku punya bola tu." tegur Kai tanpa rasa bersalah . Mia beralih pandangan kepada Kai pula .

      "Bagi aku sebab kenapa aku perlu bagi bola ni balik dekat kau?" mendatar sahaja pertuturannya .

      "Sebab itu aku punya . Dan aku yang beli." selamba je Kai jawab dengan muka tak berdosa .

      "Aku tak nak bagi" Kai tercengang . Eh eh perempuan ni . Bola aku lah .  

      "Bagi aku sebab kenapa kau tak nak pulangkan balik bola tu?" Dia mengulang semula soalan yang hampir serupa dengan Mia tadi .

      Park Mia berasa menyirap dengan lelaki yang berada dihadapannya . Park Mia tunduk mengambil bola itu lalu mengimbang bola itu dengan hanya sebelah tangan . Woo Hyun dah telan berliter air liur . Manakala Kai masih setia memerhatikan Mia . Mia berundur kebelakang sedikit lalu mengangkat bola itu dan membaling kearah Kai tepat dikepala sambil berkata ,

     "Sebab bola kau dah kiss kepala aku." Sebaik bola itu terlepas dari tangan Mia terus dia berlalu pergi dari situ dengan perasaan yang membengkak . 

      Sebaik Mia jauh dari pandangan mata terus Woo Hyun menghampiri Kai lalu memukul lengannya .

     "Kau ni . Apahal kau cari pasal dengan perempuan tu? Ish dah ah susah nak pujuk dia . Eeee tengok . Kau kenapalah susah sangat nak minta maaf dekat dia . Tahu tak , perempuan tu dia bukan macam perempuan lain . Diam-diam dia , bila dia hangin memang terasa macam baru lepas ribut taufan kau tahu ?" panjang lebar Woo Hyun membebel namun satu pun tak lekat dalam kepala otak Kai . Kerana dalam kepalanya adalah untuk membalas balik . 

       Kai bangun dengan susah payah . Park Mia . Aku ingat nama tu sampai mati . 

 

 

                                                                     B A E K H Y U N 

 

        Aaaahhh aku sungguh tak faham . Dah kenapa Puan Jelo pagi ni . Park Mia yang best student dia tu pun boleh pula kena amukan PMS Cikgu tu . Lagi yang buat Mia hendak merampus jugak bila assigment yang dia buat hanya dipandang sebelah mata sahaja . 

        "Puan , here was my done assigment . May to look for awhile ?" aku datang dengan harapan menggunung untuk mendapatkan pujian . Sebab aku suka bila orang memuji kerja aku . Dan dengan senyuman aku yang aku memang plastik-kan pun sebab kes semalam aku berjumpa dengan Puan Jelo .

        Matanya tadi yang tertancap pada komputer ribanya serta tangannya menikus tetikus terhenti dan matanya memandang hasil kerja Mia dengan agak lama . Mia dipandangnya atas bawah . Park Mia kaku terdiam berdiri tegak statik . Risau dia untuk bergerak . 

        Puan Jelo mengambil kerjanya itu . Puan Jelo membuka muka surat pertama dan itu amat mendebarkan jantung Mia . Aaaa . Aku seram ni . Puan Jelo hanya menyelak satu persatu . Tapi aku dapat rasakan dia hanya sekadar menyelak sahaja dan tidak meneliti satu persatu . Lalu dia mencampak hasil kerja Park Mia keatas mejanya . Sungguh Mia terasa sangat terkejut .

        "Kosong . Saya tak nak kerja macam tu . Saya nak awak repeat semula hasil kerja awak . Dari assigment first saya bagi , semua tema yang sama. Pada mulanya saya boleh terima sebab hasil kerja awak memang menarik . Tapi untuk kali ini , saya mahu awak mencari ilham lain untuk menaikkan perasaan seseorang ketika melihatnya ."

          Sungguh dalam dan sinis kedengaran ditelinga Mia . 

          Tahan MIa . Tahan . Jangan tumpahkan air mata kau tu . Kau kena usaha lagi sekali . Kau boleh .

          Mia menerapkan kata-kata semangat kedalam hatinya . Kakinya yang tersarung Converse by Chuck Taylor itu menguis-nguis ke lantai . Otaknya kosong . Tidak tahu ingin berbuat apa-apa . Sedang dia khusyuk merenung kakinya dengan telinga disumbat Beats yang diasak dengan Offspring terperasan akan satu kasut yang amat dia menyampah menuju dekat dengannya . Tetapi dia tetap buat tak endah dan setia menundukkan kepalanya . Dia terasa kepalanya diketuk lalu dia merengus mengangkat kepala . Terasa nak tegolek dia tengok Kai dengan ice milk tea ditangannya . Terus mati niatnya untuk memaki . 

      "Kau janganlah tenung air tu . Kau nak ke tak ? Kalau tak aku sedut." tangan Kai yang berura-ura untuk menyedut air itu pantas dirampas oleh Mia .

      "Jangan nak mengada." terus dijelingnya Kai .

      "Terima kasih pun tak."

      Ingin sahaja Park Mia ingin bersuara dia terlihat Woo Hyun menuju kearahnya . Dia seraya memberikan senyuman yang semanis habis untuk Woo Hyun walaupun dia masih lagi sakit hati dengan Woo Hyun .

       "Terima kasih , Woo Hyun." Woo Hyun tersenyum lega . Itu sebenarnya tanda minta maaf . Takpe lah kira okay apa dia nak senyum dekat aku lagi . 

      "Park Mia . Kenalkan . Ini kawan aku . Freshie dekat sini . Nama dia Kai . Budak E-Commerce." Woo Hyun sesungguhnya amat baik hati mengenalkan orang asing kepada Mia . Sesungguhnya Mia sungguh tidak berminat dengan lelaki itu . Dia hanya sekadar mengangguk .

       "Kai , ini Mia . Budak fotografi." Kai turut memberikan respon yang sama . Dia sekadar mengangguk . Kai terjerit kecil . Mia dah berkerut tengok dia . "Aku minta maaf pasal semalam , Mia . Aku tak sengaja . Sorry tau weh." Mia agak terkejut juga dengan maaf itu namun seperti biasa dia hanya mengangguk . Kurengg punya Woo Hyun . Suka hati dia mencubit punggung aku . Kai dah kerek satu das dekat Woo Hyun . Woo Hyun hanya tersenyum menang . Susah sangat ke aku nak suruh minta maaf je pun . Bukan suruh minta duit .   

 

                                                                            B A E K H Y U N

 

 

        Setiap sudut daripada kedai mamak yang gamat dengan pelanggan yang melayan bola pada malam itu menjadikan pilihan dia untuk mencari ilham . Dalam pada masa yang sama dia turut melayan bola sepak . Kerana ketika itu , Atlieco Madrid tengah bermain dengan Barcelona . Takkan Park Mia nak lepaskan game Atlieco kot . Memang takkan lah . Namun tangannya masih memegang kamera dan mejadikan setiap sudut situasi di kedai makan itu menjadi ilham dia . 

        Sedang dia mencari sudut yang cantik dengan lens yang zoom in zoom out itu , dia tertangkap suatu susuk tubuh tengah bersorak atas gol Atlieco sedangkan dia pakai baju Barca . Oh mana tak nya sebab malam tu Barca main macam budak sekolah rendah . Memang fans bengang lah . Dengan secepat mungkin Mia menangkap gambarnya . Tanpa Mia sedari , kamera dia mengeluarkan cahaya dan menarik perhatian si model tak berbayar . Lelaki itu datang dekat . 

         "Bagi sini kamera kau." Park Mia yang sedang menyedut air didalam gelas itu mengangkat kepala . "Nak buat apa?' ish . Ini nyawa aku . Gila aku nak bagi . "Bagi jelah sekejap . Ada benda aku nak buat." Tak tahu kenapa , Mia seperti percayakan lelaki itu lalu dia turut menyerahkan kamera DSLR nya itu . 

           Tak sampai satu minit , Kai memulangkan semula kamera nya . "Kau buat apa?" soal Mia tidak berpuas hati . "Kalau nak aku jadi model , bayar dulu." bisik Kai ditelinga Mia dengan wajah yang cukup serious . Pertama kali Park Mia melihat mukanya seperti itu . Mia terkaku dan terkedu tentang adik aku . Kai sambung menonton perlawan bola sepak dan ketika itu muka dia masam mencuka . Park Mia kembali menunduk melihat kameranya . 

             Oh , dia tak minat jadi fotogenik punya people . Sebab dia tak suka . Heh . Aku dah awal-awal lagi simpan gambar dia yang kita tangkap ti ada tu je . Mia tersenyum bangga . 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

____________________________________________________________________________________________________________________________________

 

 

First chappie . Aku ni baru je lagi . Hm hm . 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
azamin #1
Chapter 1: update please..