Final

I'm In Love With The Jo Twins
Please Subscribe to read the full chapter

Jo Twins 6 Tahun

“Kwangmin, tengok tu... Budak perempuan tu dah ada dekat sini.”

Kwangmin menghalakan pandangannya ke arah yang ditunjuk. Seorang budak perempuan memakai gaun separas lutut sedang berdiri dibawah sebatang pokok sakura yang sedang berbunga mekar.

“Hani...” Youngmin dan Kwangmin menyapa berserta senggihan nakal.

Budak perempuan tersebut menggigil ketakutan. “Apa yang awak berdua nak?”

Youngmin ketawa kecil. Dia memandang tepat pada wajah budak perempuan yang setahun muda daripadanya itu. “Kami nak main bersama. Betul kan Kwangmin?”

Kwangmin menggangguk. “Hani tak nak main sekali ke?”

“Tak nak! Jangan lah kacau saya!”

Youngmin dan Kwangmin meletakkan jari di dagu mereka. Kemudian mereka bersuara serentak. “Macam mana dengan tidak?!”

Budak perempuan tersebut menangis dengan lebih kuat. Badannya terhinjut-hinjut menahan esakan.

“Youngmin, kita nak main apa?”

“Kita main...”

Kembar Jo tersenyum sinis. Dalam kiraan tiga, serentak mereka membaling telur yang busuk pada Hani. Mereka tertawa puas.

“Hey, kau boleh main jauh-jauh tak? Dah lah kotor, busuk pulak tu!”

“Stinky.”Youngmin ketawa.

 “Saya benci awak berdua. Saya benci sangat-sangat!” Dengan itu Hani berlari pergi daripada kembar tersebut.

“Abang, nak cari mangsa baru tak?”

Youngmin tersenyum. “Boleh juga.”

***

Jo Youngmin, dia lah abang dan dia jugalah kawan kepada Kwangmin. Walaupun terseksa dia cuba menjaga kwangmin dengan baik. Semampu yang dia boleh. Dia jugalah yang akan mendengar segala masalah adiknya itu. Bagi dia, Kwangmin ibarat separuh daripada dirinya. Jika tiada Kwangmin disisi, dia tidak dapat meneruskan hidupnya.

Jo Kwangmin, dia troublemaker. Dia sering lakukan masalah. Namun, kenapa abangnya yang akan dimarahi atas segala yang dilakukan oleh dirinya? Dia benci ibu dan ayahnya namun Youngmin amat sayang akan mereka. Dia buntu...

Kami tetap dua walaupun kami ialah satu. Kami tak perlukan orang lain. Cukuplah hanya kami untuk mengisi kekosongan masing-masing.

***

Jo Twins 6 Tahun

Pn Jo memandang tajam anak pertamanya. Kalau bukan kerana Youngmin membawa Kwangmin keluar bermain, pasti Kwangmin tidak akan jatuh sakit seperti ini. Dia benci Youngmin, baginya anak sulung nya itu membawa malang pada mereka sekeluarga.

Kwangmin berdiri dihadapan pintu. Dia menangis apabila melihat wajah abangnya yang ketakutan ketika dimarahi oleh kedua orang tua mereka. Semua ini bukan salah Youngmin! Dia yang mengajak Youngmin untuk keluar bermain di taman. Tapi tak ada siapa yang percaya katanya.

Tuan Jo mengambil tali pinggang yang tersangkut di belakang pintu. Dengan sekuat hati dia melibas Youngmin tanpa seberang belas kasihan. 1 libasan... 2 libasan... 3 libasan... 4 libasan... 5 libasan... Dan Youngmin rebah.

Kwangmin berlari masuk ke dalam bilik. Dia tak sanggup mendengar jeritan abangnya. Dia tak sanggup... Dia tak kuat... Ibu dan ayah nya memang kejam! Dia tak akan sesekali sayang pada mereka.

9 malam

Kwangmin melangkah perlahan ke dalam bilik abangnya. Dia mengoncang tubuh abangnya. Youngmin mengerang perlahan. Melihat kesakitan yang terpancar pada wajah abangnya buatkan dia rasa bersalah. Air matanya mula menitik jatuh.

“Kwangmin?” Youngmin sedaya upaya bangun untuk menghadap adiknya.

“Abang... Sakit.” Kwangmin menyentuh tempat yang dilibas oleh ayahnya tapi pada badan sediri. Mereka ialah satu. Kesakitan mereka di kongsi bersama.

Wajah Youngmin berubah. “Adik rasa jugak?”

Kwangmin menggangguk. “Tapi adik tahu, abang mesti lagi sakit kan? Kwangmin minta maaf.”

Youngmin menarik Kwangmin ke dalam dakapannya. “Kita kan satu. Gembira, sakit, dan sedih , kita rasainya bersama bukan?”

“Kwangmin benci ibu dan ayah! Kwangmin tak sayang mereka!”

“Kwangmin tak boleh cakap macam tu. Kwangmin kena tahu kalau ibu dan ayah tak ada, tak mungkin kita berdua akan lahir dan yang paling penting tak mungkin kita berdua akan bersama seperti sekarang. Kwangmin kena janji jangan cakap macam ni lagi, ok?”

Kwangmin menggangguk kepala. “Kwangmin sayang abang. Sayang sangat-sangat.”

***

Jo Twins 7 tahun

Hari ini mereka berdua akan berpindah ke Seoul. Mulai hari ini, mereka tidak akan tinggal bersama kedua ibu bapa mereka lagi dan akan tinggal serumah bersama adik kepada ayah mereka di Seoul.

“Kamu berdua dah siap?”

Kembar Jo menggangguk kepala. Di sebelah mereka terdapat beberapa buah beg yang diisi dengan baju dan barang keperluan.

“Abang, nak bagitahu Hani yang kita akan pindah?”

Youngmin menggeleng kepala.

“Dia mesti gembira sebab kita tak dapat buli dia lagi.”

“Mesti...” Youngmin ketawa kecil.

“Kwangmin, janji dengan abang yang kita akan lupakan kenangan disini. Kita mulakan hidup baru dengan hari yang lebih gembira.”

Kwangmin menggangguk kepala.“Kwangmin janji tapi abang pun kena lupakan kenangan kita dekat sini sebab abang lagi banyak terluka daripada Kwangmin.”

Air mata mereka mengalir. Youngmin dan Kwangmin berpelukan. Apa pun yang terjadi kita tetap satu.

***

Oh Hani 7 Tahun

Puan Oh mengetuk pintu bilik anak perempuannya namun tiada jawapan. Dia mengeluh perlahan. Hari ini Youngmin dan Kwangmin akan berangkat ke Seoul. Dia berharap sangat yang Hani dapat maafkan kesalahan kembar tersebut.

“Hani sayang, betul ke kamu tak nak jumpa dengan Youngmin dan Kwangmin? Mereka mesti tunggu kamu.” Pn. Jo memujuk.

Hani menggeleng kepalanya. Anak patung didakap erat. “Tak nak! Hani tak jumpa diorang! Kembar jahat!”

Pn. Jo menggeleng kepala. “Ok lah, Hani duduk rumah elok-elok. Mama nak keluar hantar mereka.”

“Kembar Jo jahat! Lepas buli orang bukan minta maaf! Lari kan diri! Penakut! Pengecut!” Hani meraung.

***

Starlight High School. 14 Tahun.

Kwangmin memandang gadis yang sedang berdiri

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
NizNisrina12 #1
Chapter 1: best!!daebak
boyfriendluver #2
Chapter 1: waw!daebak best gila cerita ni dan cerita yg lain2!*thumb up*
husna_luhan123 #3
amboii.. mentang2lah nama dia ________ hani .. hehe