first chapter

The Wedding Day

Di sebuah pagi yang hening, Yoon Ji Eun atau nama panggilannya Jieun masih berada di alam mimpinya yang indah . Tidak terdetik langsung di hatinya untuk meninggalkan alam mimpinya itu. Sedang bahagia Jieun melayan mimpinya, tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

"tok,tok,tok!!"

Bunyi ketukan pada pintu bilik Jieun yang kuat itu telah memaksa Jieun bangun dan meninggalkan alam mimpi kesayangannya itu.Jieun membuka matanya perlahan. Terasa malas hendak bangun dari katilnya . Kalau boleh mahu saja dia tidur sepuas-puasnya.

"unnie !!"

"apa?"

"bangun !! mummy suruh bangun !"

"yelah..ish."

Setelah bunyi tapak kaki berlari kedengaran, Jieun amat pasti bahawa adiknya iaitu Yoon Hae Ra telah meninggalkan biliknya. Dengan hati yang berat, Jieun gagahkan juga diri untuk bangun dari katilnya. Belum sempat Jieun membuka pintu bilik air dengan hasrat untuk mencuci muka, kedengaran nada dering lagu 'Growl' dari telefonnya yang terletak di atas meja katil.

"aduh.. siapa pulak yang telefon pagi-pagi buta ni.",bebel Jieun.

"pagi buta? dah pukul 9, Jieun.."

Dilihat pada skrin telefon bimbit berjenama I-phone 5 miliknya yang dihadiahi ibunya sempena ulang tahun kelahirannya pada tahun lalu tertera nama buah hatinya. 'Pagi yang menyeksakan' baginya kini mula terasa bagai 'pagi yang indah' hanya dengan panggilan daripada buah hatinya.

"yeoboseyo?",suara yang sentiasa membuat dirinya dalam kerinduan memulakan perbualan.

"ah, Sehun-ah. Kenapa ?", soal Jieun

"Kenapa kau tanya. Bukan ke kita nak pergi kedai buku harini. Aku dalam perjalanan nak pergi rumah kau ni. Cepatlah bersiap ", Sehun sememangnya sudah masak dengan perangai pelupa teman baik kesayangannya itu.

"A'ah lah. Aku terlupa. Okey lah, aku nak bersiap ni. Aku off call eh. Annyeong~". Sebaik sahaja Jieun meletakkan telefon bimbitnya kembali, dia terus berlari anak ke arah bilik air dengan hati yang gembira.

 

Setelah 30 minit kemudian, kelihatan Jieun yang tergesa-gesa menuruni tangga. Sehun yang sangat biasa dengan situasi seperti itu hanya mengendahkan Jieun sambil menghirup secawan teh yang disediakan oleh mummy Jieun. Jieun pula hanya tersenyum kepada Sehun.

"Ish Jieun ni. Kesian Sehun mummy tengok. Setiap kali dia datang nak ambil Jieun je mesti Jieun lambat.",mummy yang muncul dari dapur memeranjatkan Jieun yang sedang mengemaskan sedikit dirinya di hadapan cermin sebelum keluar.

"Ala, Sehun tu biasa je. Mummy pulak yang marah-marah.",balas Jieun.

"Iyelah, kalau mummy jadi Sehun dah lama mummy tinggal Jieun. Tak sanggup mummy nak tunggu lama-lama",bebel mummy.

"Eh, tak ada lah aunty. saya tak kisah pun.", Sehun mengukirkan senyuman bagi menenangkan hati mummy Jieun yang dah dianggap seperti ibunya sendiri.

"Dengar tu. Sehun tak kisah pun. Jieun keluar dulu lah. Balik macam biasa, tak tahu pukul berapa.", Jieun cepat-cepat mengambil peluang untuk lari dari bebelan mummy. Seperti biasa Jieun mencium tangan mummy sebelum keluar.

Dalam beberapa minit sahaja, Jieun dan Sehun sudah meninggalkan perkarangan banglo mewah kepunyaan keluarga Jieun yang merupakan keluarga yang kaya raya serta memiliki syarikat di bawah nama keluarga Yoon. Namun demikian, keluarga Yoon tidak pernah sombong dengan harta milik mereka. Tambahan pula, Jieun memang seorang yang low profile dan lebih selesa hidup bersederhana. Hidupnya memang sempurna.

"Jieun-ah, kau tak makan lagi, mesti kau laparkan ?", soal Sehun sambil memandu setelah terdengar bunyi daripada perut kosong Jieun.

"em. macam tahu-tahu je.", balas Jieun tersenyum sambil membetulkan rambutnya.

Tanpa membalas kata-kata Jieun, Sehun terus memandu keretanya menuju ke sebuah restoran. 

"Ingatkan nak bawak pergi kedai bubble tea.", Jieun bersuara sebaik sahaja Sehun memakir keretanya berhadapan dengan sebuah restoran.

"Nak makan ke taknak ?",balas Sehun bersahaja.

"Eh mestilah nak ! Jom masuk.",ajak Jieun segera.

Sesudah menjamu selera, Sehun dan Jieun terus ke kedai buku seperti yang dirancang semalam. Pelbagai jenis novel dibeli oleh Jieun. Manakala Sehun pula hanya membeli sebuah buku. Pada pukul lebih kurang 3 petang, Sehun menghantar Jieun pulang ke rumah. Tetapi Jieun hairan melihat perangai Sehun. Dia selalunya seorang yang suka melawak. Tetapi hari ini dia lebih banyak mendiamkan diri. Jieun tidak mahu bertanya kerana risau akan mengganggu perasaan dan fikiran Sehun. Hari itu dibiarkan berlalu begitu sahaja.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syaHun
yo yo guys. entah apa je first chapter ni kan ? hum, takde mood sangat nak buat sebenarnya. hehe. anyway thanks sudi baca :)

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 1: Isya...cpt la update,tk sabar nk bace sambungan die ni... Cpt update tau! Btw,nice story! Love it! ^^
syaHun
#2
Entah lah. Mlas lh pulak rasa. Kiki
ChocoLover99
#3
Chapter 1: that's all ???
azure_bliss
#4
Nak baca first chapter ;(
azure_bliss
#5
Malay tag Jieun-ah :)
ChocoLover99
#6
wah!!! x sabar nk bace crite nya!!!!! yehet!!!!