01

Boy In Luv [Malay ver.]

Jungkook meletakkan basikalnya di tempat yang jauh sedikit dan luar dari kawasan sekolah. Malulah wei, kalau students lain nampak budak umur 17 tahun pergi sekolah dengan basikal! Kalau perempuan bolehlah tahan tapi ini lelaki sejati beb! Fuh, jatuh maruah nanti!

 

        “Um.. hai? Boleh tumpang sekali?”

 

Jungkook pantas menoleh apabila dia terdengar suara perempuan menegur.

 

“B-bo-boleh..”

 

Perempuan itu tersenyum lalu meletakkan basikalnya di sebelah basikal Jungkook. Jungkook ralik memehatikan perempuan itu mengunci tayar basikalnya hingga dia terlupa untuk mengunci basikal dia!

 

“Awak ni siapa? Tak pernah nampak pun..?”

 

Jungkook terpelangah, “Hah? Saya Jung..Jungkook! Kelas 1-2. awak?” Jungkook merasakan jantungnya berdegup kencang.

 

“Ahh.. patutlah.. Min Yoorin. Kelas 1-1. umm.. Saya pergi dululah. Awak taknak masuk lagi ke?”

 

Jungkook memerhatikan Yoorin beredar sambil itu, dia memegang dadanya yang berdegup kencang. “Cantiknya di...”

 

“Hoi! Berdrama apa kau kat sini?” angan-angan Jungkook musnah apabila disergah Jimin. Dia terkejut.

 

“Gosh.. kau ni Jimin! Asyik buat aku terkejut je! Nasib baik aku takde heart attack! Suka sangatlah tu kalau aku mati!” Jungkook membebel. Jimin tersengih-sengih macam kerang segar yang baru diangkat dari sungai. Sekali tengok memang muka dia ada iras macam kerang dah pun!

 

“Hahah~ Mana ada! Kalau kau mati, sape yang nak bromance ngan aku?” PUK! Satu hentakan kuat kena di kepala Jimin. Jimin mengusap kepalanya yang sakit dek dihempuk kamus Dwibahasa oleh Jungkook.

 

“Eei! Gay ah kau nih! Geli aku! Sape nak bromance dengan kau hah? Yerk!!!” Jungkook berpura-pura muntah tapi Jimin masih lagi tersenyum walaupun kepalanya sakit.

 

“Hai korang! Sorry late! Mak aku tak kejutkan tadi!” muncul Taehyung sambil menghela nafas mengah.

 

“Ha, ni sorang anak mak! Asyik suruh mak kau je kejutkan. Bangunlah sendiri lain kali! Try ler belajar berdikari!” Jimin mula dah nak membebel. Dia bercekak pinggang. Jungkook pula hanya mengeluh. Sorang anak mak, sorang anak ayah.. dia? Anak terbiar. Mak ayah asyik kerja je memanjang, takde spare time untuk dia! Sedih tau!

 

“Sudahlah korang~ Jom masuk sekolah. Nanti loceng bunyi, takdelah kita kena denda ngan pak guard yang gila limaploh sen tuh.” Ajak Jungkook. Lawak jugak sekolah dorang sebab kalau dorang datang lewat, pengawal keselamatan yang berjaga akan mengutip denda sebanyak 50 sen setiap seorang yang datang lewat!

 

Jimin dan Taehyung mengikut Jungkook.

 

 

 

Sampai di sekolah dan di kelas..

 

Jungkook meletakkan beg di atas kerusinya yang berada di barisan tengah. Jimin dan Taehyung pula mengambil tempat di belakang sekali. Spot yang paling safe kalau nak tidur waktu cikgu mengajar! Jungkook mengeleng-ngeleng apabila melihat tempat yang dipilih mereka. Haih..memang takleh blah betul!

 

Cikgu Sejarah masuk ke dalam kelas dan memulakan kelasnya. Jungkook menahan rasa kantuknya walaupun rasa matanya dah tak boleh tahan. Cikgu Lee ni.. kalau dah terangkan sejarah tu, punyalah panjang berjela-jela! Tak efektif langsung! Patutlah bebudak yang lain semuanya dah ‘kroh kroh’ belaka! Yang dua orang kat belakang tu tak payah cakaplah!

 

“Aku rasa aku je yang still survive kat sini...Ahh~” kata Jungkook sambil menguap apabila melihat reaksi pelajar-pelajar lain. Dia pun bila-bila masa boleh tumbang tu.. otak dia dah full, tak cukup memory nak tampung entah pape yang Cikgu Lee merepek.

 

Selepas Cikgu Lee keluar, masing-masing berdiri lalu menggeliat. Sesiapa yang lalu kat kelas 1-2 memang boleh tengoklah geng kelas 1-2 buat ‘senamrobik’ serentak!

 

“Adoyai.. Cikgu Lee memang mencabar keimanan aku! Aish..” Yugyeom iaitu ketua kelas 1-2 merungut.

 

“Kau pun sama Yugyeom?? Tak sangka ketua kelas skema macam kau pun cam kitorang gak.” Jimin dari belakang bersuara.

 

Yugyeom mencebik. “Aku pun manusia jugak. Aku yang first ‘tumbang’ kot. Cikgu Lee tuh, kalau dah mengajar sampai terpercik air liur pun memang takkan ada orang yang layan. Dah tak ingat dunia dah dia tu bila mengajar!” selamba badak Yugyeom membalas.

 

“Aaa.. Tau takpe! Aku nakgi tandas ah. Taehyung, teman aku!” Jimin menarik tangan Taehyung tetapi Jungkook mengikut mereka senyap-senyap dari belakang. Sebab dia pun dah tak tahan sangat dah tu! Dapat basuh muka best ni!

 

Sesudah mereka bertiga keluar, “Aah! Nak pergi jugak ah!” ujar Yugyeom dengan kuat. Tanpa dia sedari, rupa-rupanya ada ‘serombongan’ manusia mengikutnya dari belakang. Rombongan mana lagi kalau bukan pelajar lelaki 1-2! Semuanya dah tak tahan!

 

Disebabkan ramai sangat ‘rombongan’ yang pergi ke tandas, Jungkook tidak dapat masuk akhirnya dia membasuh muka di sinki luar tandas. Kemudian dia berdir di muka pintu tandas untuk menunggu dua bestienya keluar.

 

“Taehyung, kau dah siap OH MAK KAU HANTU!!” Jimin memeluk Taehyung dengan erat apabila dia membuka pintu tandas dan pada masa yang sama Jungkook menoleh ke belakang.

 

“Oh gosh! Yang kau berdiri depan ni kenapa?” Taehyung yang turut terkejut mengurut dadanya. Jungkook tersengih-sengih.

 

“Nak jadi model.. salah ke?” sarkastik habis bunyinya. “Tak sangka pulak yang kau nieh penakut! Hahaha!!” nuklear tawa Jungkook meletus jugak akhirnya. Jimin mencebir.

 

“Oi! Sorry sikit! Aku terkejut eh! Sape yang tak terkejut kalau kau duk kat sini?” Jimin control macho. Jungkook menjungkit kening.

 

“Yelah tu~ Tak caya aku!”

 

“Kelas 1-2!! Masuk kelas semua!” Yugyeom melaung dari tangga. Mereka semua terus mengikuti arahan Yugyeom.

 

 


 

 

 

“Yah, cepatlah pergi! Dia dah sampai tuu!” Jiyeon menepuk bahu Yoorin. Yoorin tersentak.

 

“Aku.. malu lah..” bisik Yoorin perlahan. Handle basikal dipegang kemas kerana takut-takut terbalik pulak basikal tuh.

 

“Alah.. cmon! Chance kau nih! Dahh, pergi lah!” Jiyeon menolak Yoorin. Yoorin menuntun basikalnya ke tempat yang dimaksudkan.

 

“Um.. hai? Boleh tumpang sekali?” Yoorin berlagak cool walaupun mukanya telahpun menjadi merah padam.

 

“B-bo-boleh..”

 

Yoorin berpura-pura mengunci tayar basikalnya.  Semakin merah mukanya apabila dia perasan yang lelaki itu sedang ralik memerhatikannya.

 

“Awak ni siapa? Tak pernah nampak pun..?” Yoorin memecahkan suasana sunyi mereka.

 

“Saya Jung..Jungkook! Kelas 1-2. awak?” Jungkook pantas membalas. Yoorin menggigit bibir walaupun dalam hati dia gembira sangat sebab dapat tahu nama jejaka yang diminatinya!

“Ahh.. patutlah.. Min Yoorin. Kelas 1-1. umm.. Saya pergi dululah. Awak taknak masuk lagi ke?”

 

Yoorin tidak menunggu jawapan Jungkook lalu melangkah pergi. Jiyeon telahpun menunggunya di belakang pintu pagar.

 

“Weih! Camne? Siapa nama dia??” Jiyeon pulak yang terlebih curious. Yoorin menghela nafas lega.

 

“Jungkook! Fuuhhh! Aku rasa macam nak meletup je nih! Malu la!!”

 

“Haa~ Relaks lah Yoo! Jom masuk!” ajak Jiyeon.

 

“Eh, kejap!” Yoorin menjenguk ke luar pagar, kalau-kalau Jungkook masih ada kat situ. Jungkook memang still ada kat situ bersama dua orang rakannya. “Yeon..” Yoorin memanggil.

 

“Pe dia?” tanya Jiyeon hairan.

 

“Try kau tengok sape ngan Jungkook tu. Aku rasa macam aku pernah nampak je dorang..”

 

Jiyeon turut menjenguk kemudian dia tersenyum sumbing. “Memang pernah kau nampak pun.. Jimin ngan Taehyung..kelas 1-2.”

 

Yoorin pantas menoleh kpd Jiyeon. “Bukan dorang geng BTS ke?”

 

Jiyeon mengangguk, “Memanglah.. selalu je buat kacau.”

 

Tiba-tiba Yoorin teringatkan pesanan dari abangnya;

 

“Jangan berkawan dengan mana-mana kumpulan BTS. Faham?”

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
SitiNurSyahirah
#1
Chapter 2: min yoorin... then abg dia, min yoongi?

okay tak sbr nak bce chap seterusnya ^^
weloveexoforever #2
Chapter 2: Update soon..mkin curious la citer awk ni
chuana08 #3
Chapter 2: asal setengah jalan jer ?
AhnChanByul #4
Chapter 1: Siapa abang yoo tu??