Last Farewell 2

Last Farewell

      Hansol membalut luka pada bahunya. Peluru yang termasuk dalambahunya dikeluarkan. Dia menjerit kecil. hanya dia yang tahu betapa sakitnya peluru tersebut apabila dikeluarkan. Dia menyapu ubat antiseptik pada lukanya dan berbaring di atas katil. 

       "Siapa manusia yang berani menembak aku tadi? Laknat! Aku akan cari manusia tu. Kau tunggu," Hansol menyumpah-nyumpah dalam hatinya.

       "Takkanlah dia tahu yang aku akan datang cari dia? Oh, !" Makin beratlah kerja aku kali ni," Hansol meramas kepalanya. "Dia mesti aku hapuskan dahulu sebelum kerja aku makin bertambah rumit," dia mencuma lelapkan mata dan akhirnya terlena. Darah mengalir di atas katil.

      Hansol terpaksa ke hospital untuk memeriksa luka tembakannya yang masih lagi sakit. Nasib baik dekat bahu. Kalau jantung, boleh mati dia dekat situ. Doktor perempuan yang sangat comel memeriksanya.

      " Awak ditembak? Luka awak sangat parah dan kuman akan merebak seluruh badan awak kalau tidak dibersihkan segera," doktor perempuan itu menyuruh Hansol berbaring meniarap dan dia menyapukan ubat cecair pada bahu Hansol dengan bantuan jururawat.

      "Doktor nampak saya tengah panah ke? Doktor buatlah apa yang patut untuk sembuhkan luka ni," Hansol menahan sakit. Tangannya mengenggam cadar pada katil hospital Mata pula dipejam menahan bisa luka tersebut.

       "Awak tak mahu repot polis? Ini kes penjenayah dan cubaan untuk membunuh. Awak patut repot," suara doktor perempuan itu kelihatan sangat 'serious'.

        Hansol menelan air liur apabila mendengar perkataan penjenayah dan cubaan membunuh. Sepatutnya si Jaehyun yang layak repot polis bukan dia. Dia sememangnya penjenayah.

        "Tak apalah doktor." Hansol dapat merasakkan tangan kirinya tidak dapat digerakkan seperti semalam. Rosaklah rancangan dia kali ini.

        "Nak saya tolong?"

         "Jangan!" suara Hansol bertukar garau lagi parau.Dia menakutkan doktor perempuan itu. 

         "Lagi satu! Sebaiknya jangan digerakkan sahulu tangan kiri awak. Luka itu memberi kesan kepada pergerakkan awak," kata doktor itu mengubah topik.

         "Saya faham. Kalau tak ada apa-apa lagi saya boleh pergi kan?" Hansol memkai semula t-shirtnya dan beredar tanpa berkata apa-apa. Dengan pasntas dia membayar kos perubatan dan ubat di kaunter tanpa sempat doktor perempuan itu mengejar.

        "gila apa nak tolong aku bagai. Dahlah aku memang penjenayah. Kalau aku repot silap hari bulan aku yang ada kat penjara," Hansol membebel sendiri. Tiba-tiba dia dilanggar seseorang ketika mahu naik lif.

         "Kau butakah!!" Hansol memegang bahu kirinya. Sakit ditolak. Lelaki yang melanggarnya berpaling dengan muka yang selamba badak. 

         "sorry," lelaki itu memusing belakang dan menutup telefon bimbitnya. Hansol ke arah lelaki tersebut dengan muka yang bengis. 

        Mata mereka bertembung. "KAU??" Hansol menundingkan jari pada lelaki tersebut. Mereka berdua kaku di posisi masing-masing.

        "Pendek? Hidup lagi kau ye~" lelaki yang melenggarnya tadi tersengih pada Hansol yang mula naik hantu. Dia kenal sangat dengtan lelaki di hadapannya itu.

        "Jung daehyun si kaki bangku? Aku pon tak sangka kau hidup lagi. Aku ingat kau dah terjun laut," Hansol tersenyum sinis. Anak mata Daehyun jatuh pada bahu dan tangan Hansol yang berbalut.

        "Budak miskin macam kau boleh pulak tinggal dalam hotel 5 star ni. Isk... isk.. ilmu apa yamh kau pakai sampai boleh jadi kaya," Daehyun sengaja menaikkan marah Hansol. Berani buka cerita dulu. Sekarang padah! Hansol memang miskin semasa zaman persekolahannya tetapi hidupnya berubah apabila dia muka bekerja sebagai pembunuh upahan.

         "JUNG DAEHYUN!" satu suara memanggil nama Daehyun dari jauh. 

          "Ahn Jaehyun?" Hansol berkata dalam hati. Daehyun dan Jaehyun berpelukkan sambil ketawa terbahak-bahak. "Apa hubungan diorang?"

         "Siapa tu, kawan?" Jaehyun menunjukkan ke arah Hansol. Daehyun tersedak dan pandangannya bertukar pada Hansol yang dah mula buat muka meluat. Silap haribulan terkeluar isi perutnya/

          "Kawanlah... sangat. Jom makan hyung. lapar gila ni," Daehyun menarik Jaehyun pergi meninggalkan Hansol sorng-sorang. 

           "Siot punya kaki bangku. Dahlah langgar luka aku tak reti minta maaf. Aku kena cari tahu hubungan diorang berdua." Hansol meluru balik ke biliknya dengan hati yang lagi panas.

            Hansol memberikan satu mesej kepada bosnyamengenai keluarga Ahn Jaehyun dengan lebih terperinci. Dia yakin Daehyun dan Jaehyun ada pertalian. Semakin susah kerja dia. Lagi-lagi kena berhadapan dengan musuh ketat, daehyun. Email masuk.. Dia membuka.

            "Mereka sepupu??" tersembur air kopi yang panas itu terkeluar dari mulutnya. "AH panas! panas!"

             "Patutlah.. Syarikat keluarga 'Ahn' mengambil alih semua kuasa keluarga 'Jung' akibat penyelewengan wang. Mak bapak Daehyun mati selepas mengalami kemalangan jalan raya lima tahun lepas? AKU TAK FAHAM!" Hansol baring atas sofa dan mengurut dahi.

    

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
SeHuNYeHeT94
#1
Chapter 3: suke giler...ohsem keep update
inspirit_lover97
#2
Chapter 3: Hansol dan Daehyun gado!!
SeHuNYeHeT94
#3
Chapter 2: okey dh faham mesti daehyun pon dendam ngan jaehyun...wow cite nie ohsem giler....
FatPanda_98
#4
Chapter 1: Wahhh...gilalah, aku suka gila kalau baca action movie, lagi2 kalau da imagine aku yang watak tu haha...
SeHuNYeHeT94
#5
Chapter 1: Pfhh...gempak giler keep update
Daevil_1004
#6
Ayat yang gempak G~
SeHuNYeHeT94
#7
So...excited....fuhh x sabo nk bace... pada sape dendam dehyun....paliii update