02

THANK YOU FOR WAITING ME!! (LAST CHAPTER !!)

Flashback 7 tahun lalu.... (Di Malaysia)

'Hai, saya Suho! Saya berasal dari Korea. Saya merupakan pelajar pertukaran dari Korea. Harap kita boleh membina persahabatan yang baik' kata Suho.

Cikgu mengarahkan Suho duduk di sebelahku kerana cuma aku seorang sahaja yang memahami bahasa Korea. Pada suatu hari, aku melihat Suho yang sangat sedih itu lalu bertanya kepadanya 'Awak okey?'. Namun tiada balasan darinya. Kemudian dia berpaling ke arahku dan terus memelukku. Waktu itu, aku merasakan bahawa aku berada di awang-awangan. Dia memberitahu aku bahawa sudah tiba masanya untuk kembali ke Korea.

'Awak mesti ingatkan saya walaupun kita jauh beribu batu. Itu bukan penghalang untuk kita kekalkan persahabatan kita yang terjalin ne kan?' luah Suho.

'Promise with me Hani' luah Suho lagi.

'I will keep this promise until the last of my breath' janjiku.

'Esok saya dah nak terbang ke Korea... Boleh tak awak hantar saya kat airport?' tanya Suho dengan bersungguh-sungguh.

'Tapi... saya tak janji dapat datang atau tak..' balas aku sambil menundukkan kepala.

'Tak apa lah. Mungkin awak sibuk kan? Goodbye my lovely friend... Take care.' kata Suho dengan nada sedih. 'Oh lagi satu. Baca surat ne bila awak berusia 20 tahun' kata Suho lagi.

* * * * * * * * * * 

'Cik? Dah sampai pun destinasi yang cik nak tuju ne' kata pemandu teksi tersebut.

'Gomawo ahjusshi' kataku sambil menghulurkan wang tambang teksi kepada ahjusshi itu.

Akhirnya sampai juga aku kat Bangunan Nature Republic. Omo! Alangkah terkejutnya aku apabila melihat ramai fans Exo sudah beratur menunggu giliran untuk berjumpa dengan Exo. Tiba-tiba aku ternampak dua buah van berwarna hitam di hadapan mataku. Betul-betul di hadapan aku! Aku terkesiama apabila orang pertama yang keluar dari van tersebut ialah KAI!

'Eh! Hani, please jangan nak pengsan kat sini. Malu lah kalau Exo nampak!' bisik Sungyoung.

Tiba-tiba Sungyoung menarikku daripada dirempuh oleh fans Exo yang sudah mula berebut untuk mengambil gambar.

'Wei! Betul kah aku nampak Kai tadi?!' tanyaku kepada Hani.

'Iya la. Jadi? Kau ne kan tak pasal-pasal aku kena jaga kau pulak' marah Sungyoung.

'Eh kejap. Mana kau punya pas special kau tuh? Masuk lah kat dalam. Dah aku bagi kau pas special a.k.a VVIP tu nak juga kau beratur kat luar ne. Dah lah sesak.' terang Sungyoung.

* * * * * * * * * *

Aku masuk ke dalam bilik VVIP tersebut dengan keadaan yang masih bingung. Aku melihat cuma beberapa orang fans sahaja yang berada di dalam bilik tersebut. 'Mesti dorang anak orang kaya-kaya ne. Aku ne apa lah juga. Dapat pass VVIP pun dari BFF aku' bisik aku di dalam hati. Hampir 10 minit aku menunggu dan akhirnya muncul lah group dambaan aku selama ini. Exo in the house yoh!

Exo memberi tunduk hormat kepada kami kerana sudi menunggu mereka. Mereka memperkenalkan diri mereka seorang demi seorang dan akhirnya sampailah giliran Kai! Aku bagaikan orang yang baru habis lari pecut apabila nafas aku naik turun efek ternampak Kai. Okey Kai tu bias utama aku. Miahaha

Selepas selesai Exo memperkenalkan diri masing-masing, kami diarahkan untuk beratur untuk memulakan acara fan-meeting. Apabila aku sampai di tempat Suho untuk meminta autograph, dia memandang aku tanpa berkedip.

'Awak Hani kan?' tanya Suho.

'Err...Iya.. Suho, awak masih ingatkan saya?' tanya ku yang agak terkejut sedikit.

'Sudah semestinya saya masi kenal kat awak. Awak kan kawan saya waktu saya sekolah kat Malaysia dulu? And tak sangka awak dah makin cantik sekarang ne!' kata Suho sambil melemparkan senyuman yang mampu mencairkan hati perempuan.

Aku terkejut apabila orang dibelakangku menolak-nolak badanku supaya bergerak ke depan. Aku tidak percaya apa yang telah diperkatakan oleh Suho sebentar tadi. Aku menampar kedua-dua pipi aku supaya aku tidak merasa seperti mimpi. 'Auch! Sakit. Maknanya bukan mimpi' bisik aku di dalam hati.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
pikahbajet #1
Chapter 5: HAPPY ENDINGGGGG...........
weloveexoforever #2
Chapter 3: Update soon please
JieunSparkleJunior #3
Chapter 2: Update soon!^^