oo1

My Enemy, My neigbour, My love [Hiatus//Edit Back]

Sarah membetulkan rambutnya. Mukanya ditouch-up sekali lagi. Lip balm dicalit dibibir. Setelah puas dengan penampilannya sendiri, Sarah mencapai sling bagnya yang terletak diatas katil. Dia segera turun ketingkat bawah. Hari itu, dia akan date dengan Eun Ri yang baru sahaja balik bercuti dari luar negara. Dress paras lutut yang berwarna krim itu membuatkan dia nampak lebih berseri-seri. 

 

"Omma. Appa. Sarah pergi dulu tau!" pipi kedua-dua orang tuanya dikucup. Tangan mereka disalam. Puan dan Tuan Lee mengangguk seraya tersenyum lebar. Anaknya sudah mencecah umur 19 tahun. Di kepala mereka tiba-tiba sahaja muncul idea yang bukan bukan. 

 

"Bawa kereta tu elok-elok!" pesan Puan Lee, memandangkan Sarah baru sahaja mendapat lesennya minggu lepas. Pesanan Puan Lee tidak dibalas. Dia mengeluh kecil. "Sarah sarah.. " bisiknya perlahan. Dia sudah masak dengan perangai anaknya itu. Kalau bab nak keluar, memang dia tidak akan membalas pesanan ibunya walaupun hanyalah 'okay'. 

 

Sarah menekan unlock di kunci kereta miliknya sendiri. Selepas sahaja dia mendapat lesen, kedua ibu bapanya terus membelikan kereta untuk dirinya. Hyundai Genesis yang berwarna silver itu dipandu laju meninggalkan perkarangan rumah. Tidak sabar rasanya mahu berjumpa dengan Eun Ri. Sebulan Eun Ri menghabiskan cuti akhir tahun diluar negara terasa seperti setahun! Rindunya terhadap Eun Ri. 

 

Dia sudah berjanji dengan Eun Ri untuk berjumpa di Mario Outlet sahaja, walaupun rancangan asal mereka mahu berjumpa di Myeongdong. Tetapi kerana ianya hari Sabtu, jadi semestinya myeongdong akan penuh dengan pengunjung luar dan dalam negara. 

 

Sampai sahaja di myeongdong, Sarah segera memarkirkan kereta dan melangkah ke Han&Guk Restaurant . Dari jauh kelihatan Eun Ri yang memakai blouse putih dipadankan dengan skirt pendek berwarna biru laut. Sarah mempercepatkan langkahnya sambil tangannya melambai-lambai kearah Eun Ri. Dia hampir sahaja terpelecok ketika berlari-lari anak akibat memakai kasut tumit tinggi. 

 

"Eun Ri!!" Sarah mendapatkan Eun Ri yang menunggu. Dipeluknya Eun Ri sehabis mungkin. Rindu sungguh dia terhadap Eun Ri tidak terkata.

 

"Sarah!!" balas Eun Ri. Sudah seperti bertahun tidak berjumpa gayanya. Sarah melepaskan pelukan lalu tersenyum. Punggung dilabuhkan diatas kerusi yang sedikit empuk itu. Rambutnya yang mengurai diselitkan dicelah telinga. Menu dihadapan mata diselak satu persatu. 

 

"Kau dah order makanan ke Ri?" soal Sarah. Matanya tidak lepas dari buku menu itu. Eun Ri menggeleng. Pantas tangannya mencapai menu dan dibelek-beleknya. Seusai memilih makanan, mereka berbual-bual kosong tentang percutian Eun Ri di negara orang. 

 

"Macam mana kau cuti satu bulan kat Canada?" Sarah memulakan perbualan. 

 

"Okay! Sejuk lah jugak kat sana. 1 minggu kat sana, then kitorang pergi U.K pulak." cerita Eun Ri bersungguh sungguh. Bagaimana sejuknya diCanada, betapa bestnya di U.K. Borak punya borak, akhirnya makanan yang ditunggu tunggu tiba. Mata Eun Ri bersinar-sinar melihat hidangan yang terbentang. 

 

"Kau ni Ri! Macam tak makan sebulan jelah kau ni kan" tegur Sarah. Tisu diambil lalu dia mengelap mulutnya sendiri yang sedikit comot. Lalu dihulurkan sehelai lagi tisu kepada Eun Ri. Eun Ri tersengih kecil. 

 

"Satu bulan tau aku tak makan makanan Korea! Asyik makan western sahaja. Sedap tu memanglah sedap. Tapi sekali sekala rindu jugalah makan makanan negara sendiri kan." ujar Eun Ri. Air epal hijau disedut sedikit. Strawberi bersalut coklat dimasukkan kedalam mulut. Nyum! Kegemarannya! 

 

"Tak padan dengan kecik! Makan bukan main banyak!" usik Sarah. Eun Ri menelan makanannya sebelum berkata-kata dengan bangganya. "Tengok badan lah. Aku ni makan banyak pun tetap kurus tau!" mulut dilap dengan napkin. Dada ingin sahaja didabiknya dengan bangga. Tetapi malu pula. 

 

"Anyway kan Eun Ri, souvenir untuk aku takde ke?" tanya Sarah dengan muka tak malunya. Bukannya dia tidak kenal Eun Ri, kalau tidak diingatkan, pasti akan lupa. Seperti yang sudah diagak, Eun Ri menepuk dahinya. 

 

"Alamak! Sumpah aku lupa pasal tu. Kejap eh aku ambil dalam kereta." balas Eun Ri. Beg tangannya diambil. Dia terkedek-kedek jalan menuju kekeretanya. Pelayan datang mengemaskan meja mereka. Sarah membuat muka pelik apabila Eun Ri masih tidak balik lagi walaupun sudah beberapa minit berlalu. Sarah yang kebosanan itu terus bermain dengan henfonnya. Dia mendapati ada satu notification masuk daripada weibo. 

 

Henfon disimpan tatkala dia melihat Eun Ri jalan terkedek-kedek dengan beberapa buah beg dijinjit. Kening diangkat. Eun Ri, humph. Kalau bab shopping, dia nombor satu. 

 

"Banyaknya Rin.." kata Sarah tatkala Eun Ri sampai. Eun Ri tersenyum. 

 

"Memanglah. Kau kan BFFFFFFFFFFFFF aku.." meleret aja F Eunri. Ada udang disebalik mee betul! Kalau bab membodek, itu bagi pada Eunri. Kalau sampai banyak F nya tuh, maknanya Eunri pasti akan suruh membayar makanan. 

 

"Hhhmm.. Yelah.. Tau sangat taktik kau. Nak suruh aku bayar makanan nie lah tuh." komen Sarah. Eunri mempamerkan barisann giginya yang putih itu. Sarah hanya menggelengkan kepala. Ingatkan sebulan dinegara orang, berubah perangai. Rupanya masih sama! 


 

Sarah memarkirkan keretanya perlahan-lahan digaraj. Jam dikerling sekilas. 8.55 malam. Memang dia sudah lambat. Janjinya pada ibu bapanya hanya sampai pukul 8 malam. Tetapi si Eunri mengada-ngada mahu shopping banyak-banyaklah, kemudian makan malamlah. Beg dijinjit. Perlahan-lahan kakinya menapak masuk kedalam rumah agam 3 tingkat itu. 

 

"Sarah Lee!" panggil ayahnya. Sarah menelan air liur kesat. Kepalanya dipusingkan perlahan-lahan memandang ayahnya yang bercekak pinggang diruang tamu. "Mari sini!" tegas sungguh suarah Tuan Lee. Beg kertas yang mencecah 20 lebih itu diletakkan ditepi pintu. Dia berjalan ke ruang tamu dengan muka bersalah. "Duduk!" arah Tuan Lee lagi. Sarah tersenyum kelat. 

 

"A..ppa.. B..Bianhae.." tutur Sarah . Matanya memandang karpet yang dibawah kakinya. 

 

"Sarah..Sebenarnya.. Appa dan omma dan bincang sesuatu dengan Sarah.." berasa bersalah dengan lakonan suaminya, Puan Lee menerangkan perkara sebenar. 

 

"Apa dia?" soal Sarah.. Matanya masih lagi memandang karpet berbulu itu. 

 

"Appa dengan omma rasa sudah sampai masanya Sarah berkahwin.." jawab Puan Lee. Mata Sarah membulat mendengar perkataan berkahwin itu. 

 

"MWO??!!" tanpa sengaja Sarah meninggikan sedikit suara dia. "Omma! Appa! Kahwin?? Sarah baru umur 19 tahun! Bukannya 22 tahun !" protes Sarah. Matanya terasa hangat.

 

"Sarah.. Orang yang Sarah akan kahwini baik orangnya. Hensem,comel.. Sarah pasti jatuh cinta pandang pertama dekat dia! " pujuk Puan Lee lagi. Sarah mengeluh kecil. 

 

"Omma.. Sarah tak bersedia lagi." pantas gadis kacukan Inggeris-Korea itu berdiri. Dia mengambil beg-beg kertas yang berada ditepi pintu dan naik keatas. Beberapa minit kemudian Sarah turun dengan bagasi yang besar. "Mianhae omma. Appa. Sarah tak bersedia lagi." air mata menitis laju saat dia menuturkan kata-kata itu. Beg dimasukkan kedalam bonet keretanya. Lalu kereta Hyundai Genesis itu meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah ibu bapanya itu. 

 


 


"MWOYA??!!!" jerit Eunri. Dia tergamam mendengar cerita Sarah. Sarah-lari-sebab-ibu-bapa-dia-nak-pasangkan-dia-dengan-lelaki-cina?!! Sarah mengangguk perlahan. 

 

"Hensem tak?" soal Eunri. Sarah mencubit geram lengan Eunri. Pantang sebut tentang lelaki, pasti perangai gatalnya datang. Eunri tersenyum kecil. 

 

"Manalah aku tahu. Aku belum jumpa lagi." balas Sarah. Eunri mengeluh hampa. Baru sahaja dia terfikir hendak mengorat bekas-bakal-suami-Sarah itu. 

 

"Hurm. Yelah. Anyway Sarah, bilik kau atas, sebelah bilik aku. " Eunri menukar topik. Dia tidak mahu kuciwa. Sarah mengangguk lalu mengangkat bagasinya ke tingkat atas rumah Eunri. 


 


"Mwoya appa!!??" Luhan membuntangkan matanya. Henfonnya mahu sahaja terjatuh akibat mendengar berita itu. "Tapi appa. Luhan baru sahaja umur 19 tahun!" dalih Luhan. Tuan Lu menggeleng. 

 

"NO!! Tiada bantahan ye Lu Han." tegas Tuan Lu. Dia mahu menyatukan Luhan dengan anak kawannya itu. Dia sudah pun melihat gambar bakal isteri Luhan itu. Lawa orangnya. 

 

"No no no no Appa!! Omma, tolonglah Lulu." Luhan membuat muka comel. Ibunya menggeleng. Kalau dia membantu Luhan, Tuan Lu akan merajuk dengannya. Dan nak memujuk suaminya itu bukan senang. "Fine! Fine! Luhan takkan balik rumah ni! Luhan taknak kahwin dengan perempuan tak kenal tu!!" jerit Luhan sambil kakinya menghentak lantai menuju ke biliknya. Dengan perasaan bercelaru, dia memandu ke rumah Sehun. 

 


 

 

"Kau ni biar betik!? Hello.. Arranged married sekarang nie , dah lapuk lah. Itu zaman nenek moyang kita je pakai arranged marriage nie!" komen Sehun. Luhan yang ligat melipat bajunya masuk kedalam almari memandang tajam kearah kawannya itu. Habistu aku ni lapuk lah? 

 

"Papaya! Memanglah.. Aku tahu tu! Eei. Entah entah perempuan tuh hodoh ke, gemuk ke, nak kikis harta family aku ke? Macam mana?" Luhan meletakkan bagasinya dicelah almari. Nasibnya baik memandangkan Sehun tinggal seorang-seorang. Jika tidak, pasti ibu bapa Sehun akan memaklumkan kedudukannya kepada ibu bapanya. 

 

"Ish! Hodoh? Gemuk? Minta dijauhkan! Tapi kalau cantik?" 

 

"Kalau cantik akulah untung." Sehun memukul badang belakang Luhan. Tadi cakap tak nak. 

 

"Kau ni. Macam-macamlah. Minggu depan nak start universiti balik pun, perangai masih macam budak-budak. " Luhan membaling sebiji bantal kepada Sehun, tetapi sempat dielak Sehun. 

 

"Yah!!" jerit Luhan. Sehun menjelirkan lidahnya lalu melarikan dirinya daripada Luhan. Luhan yang geram itu terus mengejar Sehun sampai dapat. 

 


 

"Weh. Jiran sebelah kau ni memang bising eh?" komen Sarah. Eunri menggeleng. 

 

"Entahlah weh. Aku baru je pindah masuk semalam." balas Eunri. Majalah ditepi katil Sarah diambil lalu dibelek-beleknya. Sarah baring diatas katilnya lalu mengetuk kepalanya sendiri. 

 

"Aigoo. Dorang ni bisinglah." Sarah bersuara lagi. EunRi memandang Sarah dengan pandangan membunuh. 

 

"Kau ni kan. Sabarjelah. Kau tumpang rumah orang Sarah woii..." tersentap dengan kata-kata Eunri, Sarah pantas bangun. Bagasi dikeluarkan. Eunri memandang Sarah pelik tatkala Sarah memasukkan pakaiannya kedalam bagasi. "Kau nak pergi mana tu?" 

 

"Pergi rumah sape-sape jelah. Aku kan tak sabar dengan kerenah jiran kau ni. Aku kan menumpang je." ujar Sarah. Tersedar akan kesilapannya, Eunri memeluk Sarah dari belakang. 

 

"Ala.. Janganlah pergi weh Sarah. Aku gurau je tadi." pujuk Eunri. Sarah masih lagi ligat memasukkan pakaian kedalam bagasi. "Sarah.." rengek Eunri. Akhirnya Sarah mengalah. Dia memandang Eunri.

 

"Hurm.. Yelah. Tapi, jangan dekat-dekat boleh tak? Nanti orang fikir kita lesbian." Eunri meleraikan pelukan. Dia meletakkan semula majalah yang diambilnya lalu berlalu keluar dari bilik Sarah. 

 

"Aku tidur dulu. Esok jom kita kenal-kenal ye dengan jiran-jiran." perli Eunri. Sarah membaling bantalnya tetapi Eunri sempat lagi menutup pintu. Eunri diluar ketawa kecil. Akhirnya ada juga dia kawan serumah. 

 

 


 

chapter 1 siap!! Kita edit balik cerita ni. Jadi harap   suka dengan yang new version.. ^_^ Drop a comment juseyo?? :* 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jadoo98 #1
Chapter 1: Chapter 2: Update soon...nk bca lg ni :>
JeonAra #2
Chapter 1: Daebak!!!! Update soon !!! ^^
Snooww
#3
Chapter 1: Best la cite ni walaupon dh tukar jln cite.. Gud luck n update soon ^~<
arisa_nakamura #4
aaarr.. Luhan jahat!!!
kayd2208 #5
Chapter 3: update soon..x sbr nak baca
woohyun98
#6
Chapter 3: update soon :)
Hajar_EXO
#7
Chapter 2: janganlah padam~~~~~~Bestlah cerita ni~~~~
Qee_Ha
#8
Wah macam best aje, macam cute aje..Hahaha. Anyway Update soon. Macam cute aje citer ni walaupun baru baca forward *U*