Chapter 1: Perbincangan 'Projek Memikat Crush'

Mwoh? Almari tu... Ajaib?! [ HIATUS ]

 

    Shinyoung baring meniarap diatas katilnya yang empuk. Besar pulak tu, size super King. Well, dia ni kan anak orang kaya... So, takde masalah la kalau dia nak beli katil besar mana pun.. Besar rumah ke, besar sekolah ke, takpun besar KLCC! Rasanya, boleh je... Tengok dompet mak ayah dia lah...

    "Hish, mana pulak perginya si 'manly princess' ni pergi..." Shinyoung menjenguk jam dinding warna pink didalam biliknya. "Sekarang dah pukul 10 pagi ni... Kata, nak datang sini pukul 9:30... Ni dah lambat setengah jam ni.." rungut Shinyoung dalam hati.

    "Lebih baik aku layan tengok TV.." Shinyoung duduk dibahu katil dan terus membuka TV. Dia melihat satu persatu siaran di TV itu. Haih, semuanya memboringkan! Sehinggalah satu saluran ni, entah saluran berapa entah... Tetiba tengah cerita 'Justin Bieber Concert Live'. Shinyoung apa lagi, terus bangun dan buat lompat katak lah... Cepat-cepat dia duduk bersila betul-betul depan TV. Teruja benar bila Justin Bieber menyanyi. 2x5 je dengan bias dia, si Sehun.

    Sedang Shinyoung berjoget-joget macam Orang Utan yang baru keluar dari hutan, tetiba kakak sulung kepada Shinyoung membuka pintu bilik Shinyoung secara mengejut. Serentak tu jugak, Shinyoung terus terberhenti menari macam Orang Utan yang baru keluar dari hutan. Shinyoung terus memandang kakak sulungnya, Boyoung.

    "Kenapa ni Kak Long? Buka pintu bilik orang tanpa ketuk dulu..? Ingat, bilik kita ni rumah setinggan ke apa? Sesedap perisa je Kak Long bukak... Apahal?" soal Shinyoung berlagak sambil memeluk tubuh. (wait, apa persamaan orang buka pintu bilik orang lain dengan rumah setinggan? Kkaebsong~)

    "Amboi, amboi, amboi... Mulut adik ni makin celupar ye?? Siapa yang ajar?! Ni mesti, kawan adik yang muka dia kecik gila tu kan?!" balas Boyoung separuh menjerit. Dia bercekak pinggang sambil menunjuk muka adiknya dengan jari telunjuk. Matanya memandang tajam kedua buah ank mata milik adik bongsunya itu.

    "Hei, Kak Long! Jangan nak tuduh kawan baik adik lah! Dia tu baik, bukannya macam Kak Long! Itulah sebabnya adik panggil dia KAWAN BAIK! Kalau dia jahat, adik panggil lah dia tu KAWAN JAHAT! One more, Mulut adik ni jadi makin celupar pun sebab Kak Long yang ajar! Dan, nama kawan baik adik tu Hyeri! Bukan muka kecik gile!" Shinyoung menguatkan lagi suaranya. 

    "Hello? Bila masa Kak Long ajar adik bermulut celupar hah? Bila masa? Bila tarikhnya? Haribulan? Tahun?" soal Boyoung menyindir. Waktu itu, Shinyoung memang dah tak tahu nak jawab apa lagi dah. Terus je Boyoung ambil kesempatan yang terbentang luas macam peta dunia untuk mencelah.

    "Hah,, Takde kan??  So.. Jangan pandai pandai nak MENUDUH ORANG! Menuduh tu dosanya lagi besar daripada membunuh tahu tak?! Huh!" Boyoung meninggikan hidungnya yang kemik itu.

    "E'elleh... Adik ni, bukannya menuduh! Adik memfitnah!" Shinyoung hanya menyemburkan sahaja kata-katanya. Padahal, dia bukannya tahu pun apa yang dia tengah cakap sekarang ni.

    "Mwoh? Memfitnah?" Boyoung membulatkan matanya, gaya percakapan pun menyindir juga. "Hello?? Adik ni, umur 6 tahun ke 16 tahun hah?? Memfitnah ngan menuduh pun tak tahu" sindir Boyoung. "Ei, adik denagr sini baik baik heh,, MEMFITNAH tu... Sama maksudnya dengan MENUDUH... Adik ingat apa? Tak sama? In your dream lah.."

    Mata Shinyoung mula muncul api yang membara. Memang besar gile api tu. Untunglah, mata dia tak terbakar sekali. Kalau ye, mesti masuk surat akhbar tajuk utama... 'Seorang gadis Korea rabun akibat matanya terbakar dengan sendirinya. Doktor terkemuka di Korea, Encik Specmata pun tak tahu apa puncanya'. Entah entah, Surat Akhbar Harian Metro Malaysia pun keluar sekali!

    "KAK LONG!!!!" jerit Shinyoung dengan nyaring, mata dia pun dah jadi sepet. Eh, salah, salah.. Bukan sepet, dah memang tak nampak langsung dah biji mata Shinyoung tu!

    "Woi, kalau nak berlatih buat highnote pun... Jangan lah kat sini, dah la sengau, ada hati pulak nak buat highnote ala-ala opera." Boyoung menutup telinganya. "Kak Long rasa, kan.. Adik ni kena jumpa Chen... Chen dari grup apa tu namanye? Ekor? Ebor? Obor-obor?"

    "EXO, lah.." jawab Shinyoung ringkas.

    "Hah, whateverlah... Pergi jumpa si Chen EXO tu, pastu mintak dia ajarkan adik buat highnote... Kalau takde si Chen tu pun... Adik cubalah belajar dengan... Siapa tu namanya? Yang suka pakai eye-liner tu... Siapa? Bacon? Air-con? apa-apa je lah nama dia tu. Hah, belajar lah highnote dari mereka berdua ye? Kalau dah, cuba adik test buat depan Kak Long. Kak Long pun nak dengar jugak... Kalau bagus, kot-kot lah adik bole masuk pertandingan opera ke... Kalau adik menang, waktu berucap tu, jangan lupa adik masukkan nama Kak Long ye? Cakap macam ni.. 'saya juga mahu mengucapkan beribu-ribu terima kasih kepada Kak Long saya, Boyoung... Kerana telah men-suggest kan kat saya untuk belajar highnote daripada Chen dan Air-con... Sekian, terima kasih.' Hah, adik cakaplah macam tu! Jangan lupa tau! hihi^^" sindir Boyoung berjela-jela.

    "Kak Long..." Shinyoung menggenggam penumbuknya, bibirnya diketap menahan rasa marah. "Kak Long!! Nama Baekhyun bukan AIR-CON lah! Tapi BAEKHYUN! BAEK-HYUN!" Shinyoung menjerit.

    "hihi.." Boyoung terkekeh perlahan. "Ah! Sukahatilah Kak Long nak panggil lelaki yang takde jantina tu apapun... Lagipun, Kak Long bukannye tahu nama die yang sebenar yang boleh membuatkan orang dengar sampai nak keluar darah dari telinga tu... Anyway, jangan lupa ye, 'nasihat' Kak Long yang panjang berjela tadi tu?? Good Luck! Ta-ta..." Boyong melambai kecil kearah Shinyoung dan mahu pergi.

    Belum sempat lagi Boyoung mahu pergi dari situ, Shinyoung pantas menarik rambut lurus Boyoung yang hitam warnanya. Sampai nak ter'cabut' rambut Boyoung itu.

    "Ow, ow, ow... Yah! Sakitlah!" Boyoung cuba melepaskan tangan Shinyoung dari rambutnya 'cantik' itu. Tapi sayangnya, cengkaman tangan Shinyoung itu terlalu kuat macam Harimau!

    "Hah,, ini balasan Kak Long! Siapa suruh cakap adik punya suara sengau?! Siapa suruh Kak Long cakap yang Baekhyun takde jantina dan nama dia tu boleh membuatkan orang yang dengar nama dia boleh keluar drah dari telinga?! Lagi satu, siapa suruh Kak Long kata yang nama kumpulan EXO tu ekor lah... ebor lah.. obor-obor lah... Kak Long ingat adik suka ke?! Hah?!" tengking Shinyoung sabil menguatkan lagi tarikan 'berkuasa' nya itu.

    "Ow! Uh, uh.. Okay, okay! Kak Long minta maaf! Ye, lah... Kak Long ni bukannya..." Boyoung makin memperlahankan suaranya. Melihat akan keadaan itu, Shinyoung menguatkan lagi tarikannya itu supaya suara Kak Long nya kuat.

    "MINATGRUPEXO,TULAHPASALKAKLONGTAKTAHU!" jawab Boyoung sekali nafas. 

    "Setakat alasan tu je tak cukup! Hieeii!!" Shinyoung menarik lagi rambut Boyoung sekuat hatinya. Boyoung yang dah tak dapat tahan rasa sakit itu pun terus mengambil suku daripada rambut Shinyoung dan tariknya macam monyet nak ambil pisang dari pokok nya tapi tak boleh.

    Keadaan didepan bilik Shinyoung itu menjadi hinggar-binggar. Kedengaran suara jeritan yang sedang kesakitan. Boyoung dan Shinyoung masih lagi meneruskan pergaduhan antara 'kucing' dengan 'anjing' itu. Masing-masing tidak mahu mengalah.

    Tetiba, mama mereka datang ketempat kejadian sambil bercekak pinggang.

    "SUDAH!!!! BERHENTI!" 

    Mendengar sahaja jeritan yang keluar dari mulut ibu tercinta, terus Shinyoung dan Boyoung berhenti bercakaran sperti ayam jantan lawan ayam jantan untuk mendapatkan ayam betina. Mereka berdua serentak memandang kearah mama mereka.

    "Haik? Mama pun nak buat highnote macam Shinyoung ni ke?" Boyoung membuat muka blur.

    "Yah! You! Shut up please?!!!" Shinyoung mengetuk mahkota rambut kakaknya. Nasib baiklah si Boyoung ni lagi pendek sikit dari Shinyoung, senanglah Shinyoung nak ketuk kepala Boyoung berkali-kali.

    "Ouch," Boyoung terus memegang kepalanya. Dia memandang mata Shinyoung dengan tatapan yang buas. Dia paling pantang kalau orang sentuh mahkota rambutnya. Tanpa berlengah masa, Boyoung terus menerkam rambut Shinyoung lagi.

    "SUDAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

    Arahan+jeritan dari mama sendiri tidak diendahkan. Shinyoung dan Boyoung masih lagi bercakaran. So, kalau kalau korang tengok, situasi sekarang (macam) ini..

   

    Puan Park: Ayam betina.  "jangan gaduh-gaduh... Korang berdua memang tak padan pun dengan aku... Buat apa nak gaduh?"

    Shinyoung: Ayam jantan 1.  "Lepaskan dia! Dia tu milik aku! Aku yang dapat dia dulu! Kau yang menyemak!"

    Boyoung: Ayam jantan 2.  "Kau yang kena lepaskan dia! Sebab dia suka aku! Not you!"

 

    "Eh, dah, dah. Sudah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" jeritan Puan Park menyambar kuat Shinyoung dan Boyoung macam petir. Serentak itu juga, Shinyoung dan Boyoung terus berhenti bercakaran, menutup telinga masing-masing.

    Puan Park berhenti menjerit, menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung lagi, "Sudah! Kamu berdua ni memang tak sudah sudah nak bergaduh,ye? Hari-hari bergaduh, suka sakitkan hati mama," sindir Puan Park.

    "Ni,hah, Mama.." Boyoung menunjuk kearah Shinyoung yang berada disebelahnya dengan jari telunjuk. "Adik,ni.. akak pergi bilik dia suruh dia berhenti buat 'gempa bumi'... Lepastu, takde ribut, takde taufan... Adik pergi tarik rambut akak. Sakit.." kata Boyoung dalam nada manja, sengaja nak tunjuk tak bersalah. Padahal, dari gaya percakapan dia pun kita dah tahu, yang dia mereka cerita!

    Lantaran itu, pandangan Puan Park terus memandang muka Shinyoung sambil bercekak pinggang. Keningnya diangkat-angkat tanda mahu jawapan kepastian dari mulut Shinyoung sendiri.

    "Eh, mana ade! Mama... Kak Long mereka cerita mama... Semua benda yang Kak Long ceritakan tu mama, semuanya langsung tak terjadi! Betul, mama... Adik tak tipu... Kak Long yang menipu," Shinyoung menjeling sekilas kakaknya yang hanya pandai buat, tak pandai menjawab!

    "Eh, betul apa.." nafi Boyoung.

    "Sudah. Sekarang ni mama nak tanya kamu berdua, sape yang mulakan pergaduhan ini sebenarnya,,?"

    Tanya Puan Park, gayanya saling tak tumpah macam hakim yang sedang menyoal kedua-dua belah pihak. Memang besar sungguh tanggungjawab sebagai seorang ibu...

    Shinyoung dan Boyoung tak menjawab, sambil masing-masing menunjuk kearah pihak 'lawan'.

    "Haik? Dua-dua bersalah? Biar betul kamu berdua ni... Baik kamu berdua cepat cakap, siapa yang bersalah. Mama bagi masa 3 saat je. Dalam masa 3 saat tu, kalau salah seorang daripada kamu berdua tak mengaku... Mama akan cabut semua wi-fi dalam rumah ni!" ugut Puan Park garang. 

    "Sa... Tu..."

    Boyoung menyenggol bahu adiknya perlahan. "Eh, adik pergilah mengaku cepat, nanti wi-fi kena cabut.." kata Boyoung dalam nada berbisik.

    "Du... A..."

    "Eh adik pulak... Kak Long kan kakak, kakak yang kena mengalah sepatutnya..." balas Shinyoung dalam nada berbisik juga.

    "Ti..." 

    "Emm... Mama, sebenarnya... Kitaorang berdua masing-masing bersalah... Kitaorang tak patut bergaduh, tapi... Kitaorang tak dapat tahan 'nafsu' bergaduh ni..." Boyoung menjawab dalam nada bersalah sambil menundukkan wajahnya, takut hendak memandang wajah ibu tercinta.

    Mendengar sahaja penerangan yang 'jujur' lah jugak daripada mulut kakak sulungnya, Shinyoung menganga mulut tanda tidak percaya akan kata-kata kakaknya sebentar tadi. Dalam hatinya sempat berkata, "wah... Kak Long pandai berlakon..."

    "Hmm, mama terharu dengan jawapan kamu, Boyoung. Adik dengan akak, pergi buat kerja masing-masing. Lepas ni, mama tak nak dengar kamu berdua bergaduh lagi. Kalau mama dengar lagi lepas ni, mama betul-betul akan cabut wi-fi dalam rumah ni! Ingat.." pesan Puan Park lembut tapi kedengaran agak garang sedikit.

    "hmm..." Boyoung dan Shinyoung mengangguk lemah.

    Tetiba, Shinyoung terbau sesuatu yang hangit. "hff hff. hff hff.  Mama, Kak Long, bau apa yang pelik sangat baunya ni..? Mama masak apa?" soal Shinyoung sambil menghidu lagi bau yang hangit itu.

    Mendengar soalan dari satu-satunya maknae dalam keluarga Park itu, Puan Park dan Boyoung turut cuba menghidu apa yang diperkatakan oleh Shinyoung.

    Mata Puan Park membulat, dia baru teringat sesuatu. "Oh, My, English! Kimchi aku!!!" Puan Park terus berlari anak menuruni anak tangga, menuju kedapur. Boyoung dan Shinyoung pula apa lagi, tekedek-kedek mahu mengikut Puan Park.

 


 

 

    "Adeh,, Kimchi rumpai laut aku!!!" Puan Park terduduk, menagis tidak berlagu kerana kimchi rumpai laut yang dimasaknya sudah hangit!

    Boyoung yang baru sampai didapur bersama Shinyoung menjerit teruja. "WAH!!! Resipi baru! Kimchi berkuahkan sos hitam! Mesti sedap!"

    "Eh, kepala hot Kak Long! Ini bukan resipi baru,lah.." Shinyoung menunjal kepala kakaknya itu. (Kepada semua readers, mohon jangan tiru 'aksi' ini. Kita sepatutnya tidak boleh berbuat begini kepada orang yang lebih tua dari kita... Kalau yang lebih muda,tu... Author tak tahu.)

    "Yah! Sakitlah! Kalau ini bukan resipi baru, habistu apa? Resipi lama? Resipi zaman kuno? Kolot? Adik lagi kepala hot!" bala Boyoung.

    "Ini bukan resipi baru atau lama.. Ini resipi segera! Mama beli paket kimchi ni kat kedai! Tu, lah! Sape suruh taknak ikut pergi kedai... Al-jawapannya, Kak Long sendiri tak tahu kimchi ni kimcji segera!" Shinyoung memeluk tubuh.

    "Eleh, biarlah! Lagipun... Cuba adik tengok rupa kimchi ni... Lain daripada yang lain kan? Biasanya kita makan kimchi, kuahnya wrana merah! Ini pulak kuahnya warna hitam! So, sah sah la yang kimchi ni resipi baru!" Boyoung masih lagi tetap denagn kepercayaannya.

    "Huh! Tak sedar kimchi,,, Hey! Cer Kak Long bau kimchi ni dekat-dekat... Bau apa?" soal Shinyoung kedengaran menyindir.

    Boyoung membau masakan kimchi 'resipi baru' itu secara dekat. "Haik? Bau apa? Mestilah bau kimchi... Dah nama masakan pun kimchi.."

    "Sah! Petang ni, lepas papa balik... Kak Long kena ajak papa pergi Klinik! Adik rasa, Kak lOng ni demam dan selsema.." sindir Shinyoung lagi.

    "Hah? Demam? Selesema?" Boyoung menyentuh dahinya dan menghembuskan nafas. Tiada tanda-tanda yang dia demam dan selesema pun. Pelik.

    "Kak Long mana ada demam... Cuba adik rasa ni.." Boyoung mengambil tangan Shinyoung dan meletakkannya di dahinya. "Hah? Tak panas kan?"

    "Memanglah.. Sebab Kak Long bukannya demam normal.. Kak Long demam mental! hahaha.." Shinyoung ketawa terkekeh-kekeh. Yes! Dia berjaya memperdayakan kakaknya itu.

    "Yah! Mana ada penyakit demam mental! Masalah mental ada,lah.." ujar Boyoung.

    "memang! Ahahaha..." ketawa Shinyoung berubah. Dari gaya ketawa 'Wanita Korea Terakhir'... Berubah menjadi gaya ketawa 'Ahli Sihir Korea Terakhir'.

    "Isy!! Bencinya!!!" Boyoung mengmabil senduk kayu dan mahu mengetuk kepala Shinyoung. Tetapi niatnya terbantut apabila mendengar raungan yang keluar dari mulut Puan Park.

    "Kimchi... Kimchi aku!!! Hangit!!!" 

    Serentak itu juga, pandangan dua beradik yang belakangnya 'young' terus beralih kepada Puan Park.

    "Eh, mama... Kenapa ni??" soal Boyoung simpati. Padahal, dah terang lagi bersuluh.. Pua Park menangis kerana kimchi nya hangit. Cuma, Boyoung kan tak tahu yang kimchi tu dah hangit... Dek kerana dia ingat itu adalah 'resipi baru'.

    "Kimchi.. Kimchi rumpai laut tu.. Dah hangit!! Makanan favorit papa kamu pulak tu... Nanti papa kamu balik, papa kamu nak makan apa? Dahla kimchi rumpai laut tu adalah paket yang terakhir!!" raung Puan Park.

    "A'ahlah... Mama.." Boyoung turut tumpang sekaki, menangis tidak berlagu sekali. sambil memeluk erat puan Park dalam keadaan terduduk.

    Shinyoung menggeleng kepala berkali-kali melihat karenah mama dan kakak sulungnya yang berperilakuan macam kanak-kanak berusia 4 tahun tak dapat mainan. "Haissy,, dua beranak, sama je.. Patutnya tiga, tapi aku tak macam diorang.. Haih.. Betullah ada satu pribahasa ini mengatakan, MAK BOREK, ANAK JADI ITIK!" celoteh Shinyoung bersendirian dalam hati.

    "Dah, dah. Daripada mama dengan Kak Long menangis tak berlagu macam ni... Lebih baik mama ngan Kak Long masak kimchi yang lain.." cadang Shinyoung.

    "Tapi, tu paket yang last... Papa kamu tu pulak betul-betul nak makan kimchi rumpai laut dekat rumah... Macm mana?" soal Puan Park.

    "hmm.." Shinyoung mebuka kabinet dapur. Dia mencari peket-peket kimchi segera yang ada. Cari punya cari, yang ada cuma kimchi kosong/original.. Shinyoung mengambil dua peket kimchi kosong itu. Dia sedang mencari penyelesaian masalah tentang bagaimana mahu buat dari kimchi kosong berubah menjadi kimchi rumpai laut. Nampaknya, benda ni lagi susah daripada menyelesaikan soalan penyelesaian matematik! Memeningkan kepala!

    Tiba-tiba satu mentol kecik yang terapun diatas kepala Shinyoung menyala terang-benderang. "A'ha! adik dah tahu!" Shinyoung memetik jarinya sekali, tanda sudah mendapat idea yang dicari-cari!

    "Hah? Apa dia?" soal Puan Park dan Boyoung serentak sambil memnadang Shinyoung yang masih tersengih-sengih macam kerang busuk.

    "Okay, idea adik macam ni... Mula-mula, kita buka paket kimchi ni, lepastu kita ambik gunting dan gunting paket kimchi ni, lepastu masukkan dalam periuk, lepastu sementara tunggu kimchi tu nak masak... Kita buat lah 'kerja' lain. Kerja lain yang adik maksudkan ini... Mula-mula, kita ambil pisau dan papan pemotong, lepastu kita ambik sayur-sayuran dari peti sejuk dan membasuhnya, lepastu--" 

    "Panjang gila keterangan adik, pendekkan sikit boleh tak?" Boyoung memotong percakapan Shinyoung secara tiba-tiba.

    Muka Shinyoung me-merah marah. "Eeeiii!!!! Geramnya!!!" runtuk Shinyoung dalam hati, dia paling tak suka kalau orang tiba-tiba menyampuk percakapannya. 

    "Tak boleh!" jawab Shinyoung dengan laju sambil memeluk tubuh.

    "Elleh... Yang adik tu pendek, boleh pulak!?" Boyoung bangun.

    "Ho' alloh! Tak sedar diri... Dia tu yang pendek,," sindir Shinyoung.

    "Eeeiii!!! Kak Long bukannya pendek lah!" Boyoung menghentakkan kainya berkali-kali ke lantai. Kalau badan dia tu besar macam Gorilla, for sure lah rumah keluarga Park akan roboh! Nasib baik, nasib baik..

    "Bukannya pendek? Hello? Ini, bukan pendek namanya?" Shinyoung mengukur ketinggannya denagn Boyoung. Ternyata, apabila tangan Shinyoung sampai 'diatas' kepala Boyoung, ada lebihan 'lubang' sedikit(?). Maknanya, Shinyoung lebih tinggi!

    "Hei! Tinggi adik kan 168 cm... Manakala Kak Long pula 167 cm! So, beza ketinggian Kak Long dengan adik hanyalah 1 cm saje!" Boyoung mempertahankan dirinya, dia tidak mahu digelar pendek!

    "Memang beza ketinggian adik dengan Kak Long 1 cm je. Tapi, dengan beza 1 cm ni, kita dapat tahu siapa lagi tinggi dan siapa lagi pendek. So, for sure lah Kak Long yang lebih pendek daripada adik!" kata Shinyoung bangga, hidungnya pun dah kembang-kempis kembang-kempis.

    "Eeeiii!! Aniyo!! Kak Long tak pendek!!!" jeritan Boyoung memang kuat gile! Sampai cicak-cicak, lipas-lipas, nyamuk-nyamuk dan lalat pun tutup telinga!

    "Huh! Harapkan helang, helang makan bangau... Sah sah yang suara Kak Long lagi sengau!" Shinyoung sempat berpantun dalam sindirannya itu.

    "YAH! Aniya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" jerit Boyoung lagi, kali ni lebih kuat, sengau dan sekian-sekian-sekian..

    "Boyoung! Apahal ni!? Terjerit-jerit, ingat ini kelas highnote ke? Jiran sebelah boleh dengar tau tak?" Puan Park yang sudah membuat album solo berlagu tangisan itu, sudah bangun bercekak pinggang, memarahi anak daranya.

    "hmm.." Boyoung menunduk, dia rasa bersalah. Tapi dah memang salah dia pun, siapa suruh jerit kuat-kuat? Kan dah kena marah dengan 'ketua perang'.. Padang muka! Tapi..  Kalau jerit, mestilah kuat kan? hmm..

    "haha, padan muka! Mula-mula cakap aku punya suara ni sengau lah... Apa lah.. Hah, sekarang ni, inilah balasannya! Kena marah dengan 'ketua perang'! Padang muka! Puas hati aku! Hahaha,.." Shinyoung berkata dalam hati.

    "Sorry.." kata Boyoung perlahan.

    "Dah, takpe, mama maafkan... Lagipun bukannya salah kamu bulat-bulat pun..." ujar Puan Park.

    "Hah? Bukan salah akak bulat-bulat? Habistu kenapa mama marah akak? Kata akak tak bersalah.." soal Boyoung.

    "Dah, diam! Okay, berbalik kepada tajuk kita yang asal... Adik," pandangan Puan Park beralih kepada Shinyoung yang masih lagi tak boleh tahan menahan gelak dalam hati. "Adik? Kenapa ni?"

    "Hah?" Shinyoung sudah tersedar kembali daripada menggelakkan kakaknya dalam hati seperti menonton cerita Maharaja Lawak Mega. "Takde pape.."

    "Okay, adik, ringkaskan idea adik tadi tu,.." kata Puan Park bagaikan menjadi pengacara dalam rancangan masakan.

    "Begini idea adik... Memandangkan papa nak sangat makan kimchi seaweed di rumah hari ni juga... So, kita masak saja kimchi kosong ataupun lebih disebut orang ramai sebagai 'original' ni... lepastu, kita just tambah lah apa-apa lagi sayur-sayuran ke.. Dalam kimchi ni. Yang paling penting, kita kan ada rumpai laut... So, kita masukkan lah sekali rumpai laut tu dalam masakan kimchi kita ni nanti... Dah siap, nampaklah rupa kimchi tu macam kimchi seaweed! Kan senang... Takyah susah-susah habiskan minyak petrol untuk pergi kedai semata-mata nak beli kimchi seaweed je, kan membazir tu?" terang Shinyoung berjela-jela.

    "Bagus! Mama setuju dengan idea adik yang bernas tu.." Puan Park menepuk tangannya berkali-kali, bangga dengan anak bongsunya itu. Tak sangka, umur je 16 tahun, tapi fikiran macam orang berumur 18 tahun! Dahsyat sungguh...

    "Biasalah... Tengok kuku lah.." Shinyoung menunjukkan kukunya yang berwarna. Gayanya saling tak tumpah macam orang yang diva! Gedik sungguh!

    "Hmm, akak, setuju tak?" soal Puan Park.

    "setuju..." jawab Boyoung acuh tak acuh doh tepung. Oh, telinganya rasa nak meletus macam gunung berapi saat mamanya memuji-muji kepandaian adiknya yang diva tu.

    "Okay! Kajja, kita mula memasak sekarang!!" 

    Lalu, bermulalah 'Rancangan Masakan Tiga-beranak' yang dihoskan oleh; Puan Park, Boyoung dan Shinyoung.. Rancangan masakan yang dihoskan oleh tiga-beranak itu langsung takde iklan! Mereka bertiga tetap memasak dan memasak. Sehinggalah muncul satu bunyi ni...

    TING TONG..

     "Hah adik, pergi bukak pintu tu.." arah Boyoung sambil memotong sayur apa entah.. Tapi yang pasti sayur yang segar dari ladang terkemuka di Korea..

    "Hmm.. Yelah, yelah.." Shinyoung yang tadi sedang mencuci periuk tanah, (nak buat apa entah..) menutup paip.

    "Eh.. Takpe, takpe. Biar mama yang bukakan pintu. Adik, sambung balik cuci periuk tanah tu.. Jangan lupa, periuk tanah tu adalah point penting untuk memasak kimchi.." Puan Park terus bergerak meninggali dapur dan menuju ke ruang tamu/depan pintu 'besar'..  (Tips untuk memasak dari Puan Park: "Masaklah masakan anda menggunakan periuk tanah! Gerenti makanan korang jadi sedap..!" | Now, korang dah tahu kan kenapa Puan Park suruh Shinyoung basuh periuk tanah?)

     "Huh, dengar tu.. Mama suruh adik sambung basuh periuk ni, bukannya pergi bukak pintu!" Shinyoung menyenggol perlahan bahu Boyoung.

     "Yah! Sakitlah!" Boyoung menolak pula bahu Shinyoung dengan 'kuat'.

     "Hok alloh... Baru senggol sikit macam ni pun.." Shinyoung membuat 'lakonan semula'.  "dah sakit... Sian~"

     "Eeeiii!!!!!!!!!!!!!!!!! Sabor je le dengan 'Gangster Princess' ni...'' celoteh Boyoung dalam hati.

     "Hey, kalaulah adik ni lelaki, dah lama akak tonyoh-tonyoh, siku-siku, tumbuk-tumbuk, muka adik ni tau!" Boyoung bercekak pinggang.

     "kenapa pun kalau Kak Long takleh buat kat adik sebab adik ni lelaki?" tanya Shinyoung, berunsur sedikit sindiran.

     "Sebab..--" belum sempat Boyoung menghabiskan cakap-cakapnya itu, Puan Park tiba-tiba je muncul. Ajaib kebenor! Jatuh dari langit agaknya~

    "Shinyoung, dah. Adik pergi layan tetamu kita tu, biar mama dan Kak Long yang masak kimchi ni.." ujar Puan Park.

    "siapa tetamu kita tu mama?" soal Shinyoung.

    "kawan adik tu, ermm.. Siapa ya nama dia?" Puan Park berfikir sejenak. "Hah! Beri! Ya, tak silap mama, nama kawan adik tu beri,,"

    "Hah? Beri? Sejak bila pulak lah adik ada nama kawan macam tu?" Shinyoung membuat muka blank. Boyoung pun sama, tapi nama reaksi muka Boyoung lain dari nama reaksi wajah Shinyoung... Kalau tak silap, Boyoung tengah buat muka blur sekarang ni!

    "Dah, dah.. Mama tak ingatlah nama kawan adik tu.. Adik pergi jelah." Puan Park menolak tubuh badan Shinyoung supaya keluar dari dapur.

    "Eh,eh,eh... Tapi mama, siapa nak masak kimchi tu..?" soal Shinyoung.

    "Kan mama dah cakap tadi.. Tu,lah tak korek tahi telinga.. Dah, dah, adik pergi buat hal adik dengan kawan adik tu.. Kimchi ni, biar mama dengan kakak kamu yang masak," ujar Puan Park.

    "Oh, Jinjja? Yehet!"  Shinyoung melompat teruja, memeluk Puan Park. "Ohorat mama, adik takkan sia-sia kan peluang yang mama bagi kat adik ni. Thanks mama~" Shinyoung meleraikan pelukan tersebut dan terus berlari anak untuk pergi ke ruang tamu.

    Sementara Puan Park, masih lagi tercegat disitu. Dia berasa pelik dengan kata-kata anak bongsunya itu tadi.  "Haik? Sejak bila pulak anak aku ni baca kamus Urban?" fikir Puan Park dalam hati.

    Kini, pandangan Puan park beralih pula kepada Boyoung. "Hah, akak, cepat tolong mama masak kimchi," Puan Park membasuh periuk tanah.

    "Mama, mana adil camni, adik tu tak tolong pun.." Boyoung berpeluk tubuh.

    "Adil dekat pengadil," jawab Puan Park selamba. Malas betul mahu melayan Boyoung yang suka cemburu-mencemburui itu.

    "Hisy!" dengan 'sukarela' nya Boyoung menolong juga mamanya memasak kimchi seaweed..

 


 

    Shinyoung dan Hyeri duduk bersila dilantai, menghadap tv sambil bersandar di 'kaki' katil. Shinyoung yang tak puas hati dengan kelambatan Hyeri untuk datang kerumahnya berpeluk tubuh sambil memuncungkan bibir, tanda tak puas hati.

    "Kau ni Hyeri, apasal lambat sangat nak datang..? Semalam, kau kata nak datang kat rumah aku pukul 9:30.. Cer kau tengok jam, dah pukul berapa sekarang!?" marah Shinyoung macam pengetua di sekolah mereka, Ha Ri Mau. Bukannya harimau yang haiwan tu.. Tapi Ha Ri Mau. Ha Ri Mau, itulah nama sebenar pengetua sekolah Shinyoung dan Hyeri! Sesuai dengan nama, memang pengetua sekolah Shinyoung dan Hyeri garang macam harimau!

    "Se-belas.. Empat puluh li-ma?" jawab Hyeri tergagap-gagap.

    "Hah, pandai pun kau, babe.. Aku ingat, kau dah tak reti nak tengok jam lagi.." sindir Shinyoung.

    "Uh,, sorry lah.." Hyeri menundukkan wajahnya.

    "Sorry,sorry.. Yang kau lambat sangat nak datang rumah aku ni, kau pergi mana hah?" soal Shinyoung dengan agak kasar. Well.. 'Gangster Princess' lah katakan..

    "Ni punca sebab aku lambat," Hyeri mengeluarkan secawan besar air kopi dari plastic bag yang dia bawak tadi. "Tadi dekat cafe XiuChen beratur panjang sangat.. Dorang semua beratur sebab nak beli air kopi kat situ.."

    "Ei, kau nih.. Dah cafe tu jual air kopi je.. Of course lah dorang nak beli air kopi,, Kau punya otak ni dah terbalik ke apa ni?" Shinyoung membelek-belek(?) kepala Hyeri.

    "Isy, aku okaylah! Er.. Dekat cafe XiuChen tu ada promosi sebanyak 70%.. Hari ni je.. Tu, lah dorang beria-ria(?) sangat tu nak beli.. Aku punya nombor pulak no. 77, memang lama giler ah nak tunggu.." terang Hyeri.

    "Hah, tu lah kau! Sape suruh minat kat Luhan.. Tengok, no. beratur nak beli air kopi pun sampai 77!" ujar Shinyoung.

    "Isy, kau ni.. Orang tengah serius pun kau sempat jugak nak berguau tak bertempat.." Hyeri terkekeh kecil, dia menepuk bahu kanan Shinyoung sekali.

    "Hello? Sape cakap aku tengah bergurau? Aku pun tengah serius jugak okay,,? Dahla aku tunggu kau selama 2 jam lebih tahu tak?! Lepastu, sedap-sedap jer kau bagi alasan kau datang lambat sebab beratur panjang dekat cafe XiuChen hanya semata-mata nak beli air kopi favorit yang entah sedap ke tidak ni... Kau tahu tak, aku tunggu kau dah nak berjangg-- Waahh!! Bubbletea!!" amarah Shinyoung terus berhenti sebaik sahaja Hyeri memberinya air bubbletea perisa Chocolate. Diminumnya rakus air bubbletea tersebut.

    "Beratur panjang semata-semata nak beli air kopi favorit aku ni satu hal, hal yang keduanya pulak, aku melelong nak cari kedai bubbleta tahu tak?!" kali ni Hyeri pula yang membebel.

    "Buat apa kau nak melelong untuk cari kedai kedai bubbletea? Dekat depan cafe XiuChen kan ada kedai bubbleta yang selalu aku beli air bubbletea kat situ.." ujar Shinyoung sambil menikmati keenakan air bubbletea tersebut. Dia pun sebenarnya tak tahu apa tujuan dia cakap macam tu.. Maklumlah, seperti di profile dia, dia ni kan kalau dapat minum air bubbletea, memang tak ingat dunia! dan juga EXO Planet.

    "Masalahnya, kedai bubbletea Thehun tu tutup! Takkanlah kau tak ingat kut.. Kedai tu kan bukak hari Isnin-Khamis jer.. Hari ni hari apa? Jumaat kan.. So, sah sah la yang kedai tu tutup!" bebel Hyeri tak puas hati.

    "Owh.. So, kau beli bubbletea ni kat mana?" 

    "Dekat kedai HotBlog" Hyeri meneguk air kopi favoritnya, kopi Vanilla Milk Chocolate Machietto. (wujud ke nama air kopi macam ni?)

    "Hah? Hotdog? Anjing panas? Kau beli bubbletea ni dekat kedai anjing panas?!" Shinyoung terus tak jadi nak habiskan air bubbletea itu sebaik sahaja mendenagr perkataan 'HotDog' yang sama maksud denagn 'Anjing panas'.

    "HotBlog lah.. H-O-T-B-L-O-G. HOTBLOG!"

    "Owh.. HotBlog.." Shinyoung menyambung balik, meminum air bubbletea Chocolate. "Em, tapikan.. Aku tak pernah pun dengar nama kedai bubbletea 'HotBlog'..  'CoolBlog' aku pernahla.." komen Shinyoung lagi.

    "Ei, engkau ni... Banyak songeh pulak.. Meh sini lah, kalau taknak.." Hyeri mahu merampas bubbletea Chocolate yang Shinyoung sedang pegang itu. Tetapi Shinyoung sempat menepis tangan Hyeris itu.

    "Hehehe.. Ye,lah.. Ye,lah.. Kau jangan lah marah.." Shinyoung menayangkan barisan giginya. Nasib baik lah gigi dia putih, kalau tak.. Larilah Sehun oi!

    "Huh," Hyeri menjulingkan matanya. "Anyway, kenapa kau suruh aku datang kat rumah kau ni?" soal Hyeri.

    "Owh.. Pasal tu.. Ni, hah.. Aku nak kita sambung lagi perbincangan kita semalam yang terbantut tu.."

    "Perbincangan kita? Semalam? Pasal apa? Aku tak ingat apa-apa pun.." Hyeri mengaru kepalanya yang tidak gatal. Saling tak tumpah macam beruk ada kutu!

    "Oh My Galaxy,, kau ni.. aku cepuk kepala kau dengan bantal ni karang..," Shinyoung mengambil bantal busuknya yang berwarna pink dan mengangkat setinggi dada.

    "Eh, kau ni.. Kalau nak pukul aku pun.. Janganlah guna bantal busuk kau ni.. Bau busuk sangat.. Kau tak cuci ke? Busuklah," Hyeri menutup hidungnya.

    "Isy kau ni! Takde otak ke? Kalau aku cuci bantal busuk aku nih.. Nanti hilanglah gelaran dia sebagai 'Bantal Busuk'!" kata Shinyoung separuh menjerit.

    "Eh~ Aku ada otak.. Kau yang takde! Aku tanya apa perbincangan kita semalam yang terbantut tu, kau pergi melelong ke mana pulak dah," ujar Hyeri.

    "eh, eh, eh.. Tadi dia yang tanya aku pasal cuci tak bantal busuk ni.. Pastu aku jawablah! Heeii,," 

    "Eh, rileks sister, sister rileks~ OK, dahla, Just Straigth to the point.. Cepat cakap apa perbincangan kita semalam yang terbantut tu, aku tak ingat,"

    "huh~ Takkanlah kau tak ingat apa yang kita bincangkan semalam tuh?" Shinyoung membuat mata 0.0

    "tak," Hyeri menggelengkan kepalanya.

    "haish,, kalau kau tak ingat, camne kita nak buat 'projek' nih!?" kata Shinyoung separuh menjerit.

    "Lu pikir lah sendiri! Ceh,, takdelah.. Kau cerita lah kat aku, apa projek kita tu dan sampai mana perbincangan kita yang terbantut tu. Nanti, aku tahulah,, habis cerita, The End.." jawab Hyeri selamba badak.

    "hmm, betul juga tu! Eh, kenapa aku boleh tak terfikir perkara semudah itu, hah? Dulu, bukan aku pandai ker,,?" Shinyoung mengetuk dagunya perlahan dengan menggunakan jari telunjuknya.

    "Hah,, itu lah! Ah, Wei... Aku pernah terdengar satu perpatah ni tau, dan aku rasa perpatah ni memang sesuai sangat untuk kau dalam situasi yang macam ni," ujar Hyeri.

    "apa dia pepatahnya?" soal Shinyoung.

    "macam ni.. Kau dengar heh? E'hem! E'hem!" Hyeri mengecek 'vokal' nya. "Sepandai-pandai Shinyoung melompat, Tupai lagi pandai lompat!"

    "Hoi! Apa yang ada kaitannya dengan aku? Tupai memanglah lagi pandai lompat dari aku!" Shinyoung mengetuk kepla Hyeri tengan tapak tangannya.

    "hehehe.. Sorry,," Hyeri tersengih.

    "Dah, aku nak cerita kat kau tentang projek kita nih. Nak dengar ke tidak?" soal Shinyoung berunsur sedikit sindiran.

    "nak" jawab Hyeri ringkas dan padat.

    "Baiklah, aku mulakan ye??" soal Shinyoung.

    "Nde" 

    "Nama projek yang kita nak buat ialah,"

    "Ok,"

    "...'Projek Memikat Suami'..."

    "Ok,"

    "...Aku tak tahu apa kaitan nama projek kita ni,..."

    "Ok,"

    "...dengan projek yang kita akan buat nanti,,..."

    "Ok,"

    "...Sebab kau yang bagi nama projek nih,"

    "Ok," 

    "Hyeri, boleh tak kalau kau tak cakap 'Ok' disetiap kali aku berhenti!? Rimas tau tak? Rimas," rungut Shinyoung.

    "yelah.."

    "Ok,--" belum sempat Shinyoung menghabiskan ayat-ayatnya, Hyeri terus menyampuk.

    "Hah, tu kau cakap 'Ok'.. Boleh pulak,"

    Shinyoung hanya memandang Hyeri dengan tatapan 'boleh-tak-kalau-kau-tak-menyampuk-kata2-aku?!'.

    Hyeri yang faham maksud tatapan Shinyoung itu terus senyap, memberi 'laluan' untuk Shinyoung menghabiskan kata-katanya.

    "Good. Now, kau dah tahu nama projek kita ni?" soal Shinyoung.

    "Dah.. Sekarang, cerita kan pula apa perbincangan kita semalam yang sempat kita bualkan." 

    "Apa kata." jawab Shinyoung ringkas.

    "Apa kata?" soal Hyeri.

    Shinyoung hanya mengangguk.

    "Jer?" soal Hyeri lagi bagi mendapatkan kepastian.

    "Iya, Puteri Kopi.." jawab Shinyoung.

    "humh! Ikut selera kau jer kau panggil nama aku camtu.. Anyway, dah, cepat bincang balik 'Projek Memikat Suami' kita tu," Hyeri memang dah malas nak bertekak dengan si Shinyoung ni.. Nanti, tak pasal-pasal tak jadi nak berbincang. Apa boleh buat, dia mengalah jer lah.. Nak harapkan Shinyoung, hampeh lah!

    "Ok, apa kata kita seludup masuk dorm EXO dan dan letakkan 'sesuatu' dekat bawah katil HunHan, nak?" Shinyoung menaikkan kedua belah keningnya berkali-kali. Well, ada faedahnya juga.. Mengangkat kening berkali-kali merupakan senaman juga kan? (lol. Betul ke? xD)

    "Kau ni.. Nak bagi cadangan tu, biarlah dari A sampai Z.. Janganlah sampai tergantung macam tu.. Aku nak fahamkan pun, susah.." walaupun Hyeri ni pendiam sikit, tapi dia kalau bab-bab nasihat-menasihati memang nombor satu..!

    "dari A sampai Z? A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z.. dah, dah sampai Z dah." Shinyoung, Shinyoung.. Kau baru belajar ABC ke? Sian..

    "hoi Shinyoung! Otak kau dah terbalik ker, hah? Aku ingat, thap IQ otak kau sama tahap ngan professor, rupanya.. Isy, isy, isy.. Aku maksudkan dari A sampai Z tu.. Cerita dari mula sampai habis! Bukannya aku suruh kau baca ABC!" inilah masanya untuk Hyeri balas balik kata-kata Shinyoung dulu tentang kebodohan dia.. Baru dia puas! hahgagahhah. xD

    "Er.. Lain kali, cakap lah dengan lebih jelas.. Barulah aku faham.. Ni, kau kata benda yang aku x paham, dan macam mana aku nak paham? Lain kali kau kata lah camni ke, 'terangkan kat aku dari 1 hingga 10'.Hah, barulah aku faham.." Shinyoung menggaru lehernya yang tidak gatal.

    "Ye, ke? Nanti kang, ko baca pulak 12355678910.." kata Hyeri menyindir. Shinyoung hanya boleh terkekeh pelan, malu dengan kebodohannya.   " dah, sudah. Cepat cerita dari mula hingga habis dengan jelas dan terang tentang cadangan kau tadi tu" ujar Hyeri.

    "macam ni cadangan aku sebenarnya.. Apa kata kalau kita, seludup masuk dorm EXO lepastu bubuh 'sesuatu' bawah katil HunHan..?" Shinyoung mengangkat kedua keningnya sambil menunggu jawapan dati Hyeri. Hyeri pulak hanya memberi tatapan 'apa-maksud-sesuatu-tu?'. Shinyoung yang faham dengan maksud Hyeri tu pun menjawab, " oh, ya! Hehee.. lupa.. erm, maksuf 'sesuatu' aku tu, erm.. benda. Benda.. ala.. kau faham-faham jelah.." terang Shinyoung.

    "Mana aku nak faham nya," Hyeri mengeluh pelan dihujung ayatnya, geram dengan kawan dia yang sorang ni. Of course Hyeri geram, mana taknya, boleh pulak di kata faham-faham je lah..? Dia ingat Hyeri ni seorang yang jenis boleh baca gikiran orang lain ke apa,?

    "Hehe.. er, maksud aku.. er.. tu,lah.. guna-guna.." kata Shinyoung macam tersipu-sipu. Well,dia malu sebenarnya..

    "Owh.. maksud kau barang dari bomoh?" soal Hyeri separuh menjerit. FYI, itu salah satu daripada hobi dia juga~

    "Ha, ya.. tulah maksud aku!" kata Shinyoung sedikit kekok(?). (Lol. X thu nk bbh ayt ape)

    "tak nak lah.. bahaya lah, nanti kalau mak ayah kitaorang tahu, mati kita.. baik kita guna cadangan aku, jer. gerenti berkesan~" Hyeri menunjukkan ibu jari kirinya.

    "Hmm, yer, la tu.. apa die?" Soal Shinyoung sedikit menyindir. Ok, actually dia marah sikit.. sape yang tak marah? Orang punyalah susah payah nak cakap benda yang agak 'memalukan', boleh pulak Hyeri tolak mentah-mentah. Haissyy,, sabar jela..

    "Hmm.. memandangkan kita punya projek ni pasal nak pikat bias kitaorang., so, aku cadangkan kita guna Tips Menggoda Mr. Crush by jiara_ahn. Popular kut, ff tu.. Tips-tips dalam ff tu pun aku rasa boleh diguna pakai.. betul, tak?" ujar Hyeri. 

    "Kau punya idea tu lagi tak boleh diguna pakai. Kau ni, fikir lah sikit.. situasi kitaorang sekarang ni lain dengan Kyungmi (wtk utama pompuan).. Lagi satu, cuba kau bayangkan lah, yang kau tu Kyungmi.. Kyungmi, dia suka dekat Luhan. Tapi, akhirnya, dia kahwin dengan Sehun.. Hah, camne? Tak pasal-pasal aku punya bias dirampas kau. Tak nak aku. Lagipun kau bukannya suka sangat dekat Sehun tu, kan?" ujar Shinyoung. Gaya dia bercakap macam penceramah!

    "Ha'ahla.. betul juga kata kau tu.. hish, aku tak dapat nak bayangkan kalau aku kahwin dengan Sehun. Huh, seram~ tak pasal-pasal hari-hari aku punya duit habis sebab Sehun asyik beli air bubbletea je. Dan tak pasal-pasal jugak hubungan persajabatan kita putus. Isy, tak nak aku!" Hyeri memeluk tubuhnya.

    Dalam hati Shinyoung sebenarnya dia nak je ketuk kepala si Hyeri ni sebab dia kata Sehun camtu.. tapi sabar jerlah.. "hmm, betul tu. So, kita guna idea aku je lah. heh?" Shinyoung cuba senyum semanis mungkin, nak cover-cover lah kata kan..

    "hah ok lah. tapi.. camne kita nak dapatkan 'benda' tu?" Hyeri dah takde pilihan lain dah. terpaksalah juga dia guna idea Shinyoung yang agak 'gila' itu.

    "hah,, kau takyah nak risau.. sebab aku dah ada dah benda nye!" Shinyoung menunjukkan benda yang dia maksudkan tadi didepan mata Hyeri. siap di goyangkan kekiri kekanan lagi.

    "wow.. kau ni memang dah gila ah Shinyoung.. mana kau dapat benda ni!?" Hyeri merampas benda itu dari tangan Shinyoung.

    "dapat apanya,, kau ingat benda ni free ke!? mahal tau, aku beli.. dahla mahal, sudah pulak nak pergi kat tempat tu.. pastu, aku terpaksa pulak tipu wajib dengan eomma aku pasal benda ni.. fuh, memang susah nak beli benda ni..,!" terang Shinyoung panjang lebar. tapi takdelah panjang sangat pun..

    "hehe.. sorry ah, tapi kau beli kat kedai mana? kedai runcit? atau kedai mainan? takpun.. kedai herba. betul tak?" soal Hyeri.

    "kepala kotak kau, betul! benda ni mana ada jual kat kedai.. aku beli kat bomoh lah!!!" Shinyoung bengang ngan si Hyeri tu, adanya dia kata jual kat kedai,, cakap tak fikir guna otak ke apa,? 

    "thehehe.. manalah aku tahu.." Hyeri menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih. "erm.. tapikan apa fungsi benda alah ni,?" Hyeri membelek-belek benda itu.

    "hah,, fungsi benda ni ialah.. nanti, orang yang kitanak buat kat dia.. akan jatuh cinta ngan kita! lepastu, dia akan cari kita sampai ke lubang cacing! lepas die dah kita tu,, kemungkinan besar die akan suruh kita kahwin ngan kita..,, erm.. hah! lagi satu,, bomoh tu kata.. kalau orang tu tak dapat cari kita,, dia akan jadi gila!.." kata dalam nada teruja.  

    "huish, seramnye~ sampai macam tu sekali!?" soal dalam nada ketakutan.

    "iye.. sebab tu, lah aku rasa cara ni lah yang paling berkesan untuk buat Sehun jatuh cinta ngan aku.. manakala Luhan pula jatuh cinta ngan kau. tak gitu?" ujar Shinyoung.

    "ermm.. tapi.. kau tak risau ke kalau Sehin ngan Luhan jadi gila kalau takdapat jumpa kitaorang?" soal Hyeri. dia sebenarnye risau kalau Luhan jadi gila sebab die.. tak pasal-pasal nanti dia yang menyesal seumur hidup.

    "ala kau ni,, cer kau ambik risiko sikit..  rileks, takkan jadinye macam tu.." Shinyoung meyakinkan lagi Hyeri si penakut ni.

    "hah oklah, oklah.. eh kejap, camne nak guna benda ni?" soal Hyeri lagi dan lagi.

    "erm.. entahla. aku lupa nak tanya bomoh tu.." Shinyoung tersengih.

    "aduhai,, dah tu, camne kita nak guna !?" Hyeri hampir fedup.

    "erm.. cuba kau tengok kat benda tu, ada instructions , tak?" soal Shinyoung macam orang b***h-b***h.

    "Shinyoung, Shinyoung.. aku ingatkan, aku sorang je yang b***h kat sini.. rupanya, kau pun sama!? " kata Hyeri separuh menjerit.

    "hehe, aku saja je nak buat lawak.." kata Shinyoung sambil menahan rasa malu. serious, tadi die tak buat lawak. "ha, nak senang, kita bubuh jer dekat bawah katil HunHan.." sambung Shinyoung.

    "katil? betul , ni?" soal Hyeri. Dia agak ragu-ragu dengan si Shinyoung ni.. yelah, Shinyoung selalu je. bukan nya betul pulak tuh.. Buat sakit hati, aje!

    "hmm.." Shinyoung mengetapkan bibirnya sambil mengangguk, saling tak tumpah macam Woodie Woodpecker! (<= betul ke eja?)

    "Ha,, okaylah. Aku setuju!" Hyeri akhirnya mengambil keputusan muktamad.

    "OK!" Shinyoung berdiri, lalu bercekak pinggang. "Kita akan buat 'Projek Memikat Suami'!!" sambung Shinyoung.

    "em, betul tu!" Hyeri juga membuat pose yang sama seperti Shinyoung.

    "Eh, kejap. Tapi kita nak buat bila??" soal Hyeri.

    "Malam ni jugak!"

    "ok! Eh, tapikan.. Kau tak takut ke plan kita kali ni gagal lagi macam plan kita yang dulu-dulu tu?"

    "Ish kau ni! kata itukan cakap, cakap itukan doa.. So, tak baiklah kau kata macam tu!"

    "yelah,"

    "Ok, kita ulang balik ye? Take 2!" kata Shinyoung. "OK! Kita akan buat 'Projek Memikat Suami'!" Shinyoung membuat pose seperti tadi.

    "Malam ini!" tambah Hyeri pula.

    1 saat..

    2 saat..

    3 saat..

    "Eh, kejap!! Aku rasa nama projek kita ni tak sesuailah!" rungut Hyeri.

    "Aduhai engkau ni.. tak sudah-sudah rosakkan acting kitaorang.." Shinyoung menepuk dahinya.

    "hehe, sorrylah.. Cuma aku rasa nama 'Projek Memikat Suami' tu tak sesuailah dengan plan kita, ni.."

    "Dah, tu.. Nak tukar jadi apa?"

    "ha,, 'Projek Memikat Crush'!"

    "he'elleh.. Lebih kurang jer nama nya.." Shinyoung melepaskan keluhan kecil. "okaylah,"

    "Yey!! Okay! Take 3!"

    "OK! Kita akan buat 'Projek Memikat Crush'!"

    "Pada malam ni!"

    "Untuk memikat.."

    "Sehun dan Luhan!!!" kata mereka berdua serentak.

    "ha,, amacam? Okay tak acting aku?" soal Hyeri.

    "hrmm.. Okay, not bad. Just so-so. Tapi! Acting aku lagi superb!" kata Shinyoung bangga.

    "Isy! Perasan!" Hyeri berkata dalam nada perlahan+menyampah. Dia memandang tempat lain sewaktu kata itu, supaya Shinyoung tidak dengar.

    "Apa kau kata!!??" Shinyoung menggenggam penumbuk.

    "Eh, takde pape..," Hyeri tersengih sambil menggaru lehernya.

    "hmh! Ada-ada je la kau ni.. Lebih baik aku layan concert JB ni.." Shinyoung kembali duduk bersila betul-betul dihadapan TV. Dia memang tak takut rabun..

    "fiuh, selamat.." Hyeri menyeka sedikit peluhnya didahi lalu duduk disebelah Shinyoung.

SEHUN DAN LUHAN, NANTIKANLAH!!!

 


 

AUTHOR'S NOTE: Sorry kalau tak best dan mengelirukan korang.. Kalau Author ada free time, Author akan update lagi.. :)

WORDS: 6355 (x termasuk author note)

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
RMnEXO
Dlm ff ni nnti, akn ade muncul stu wtk bdk pompuan ni.. Dn, wtk tu lah yng akn mmbuat korng ketawa x hnti2.. :)

Comments

You must be logged in to comment
mika_lou #1
Chapter 2: Update soon ~ ≧﹏≦
hyemipark
#2
Chapter 2: Haha update soon ^^
Tapi saye akn tunggu smpai author-nim update
Kyaa I can't wait ∩__∩
kiminni #3
Chapter 1: author nim update lg taw..tak sabao nk baca dh niee...fighting
hyemipark
#4
Chapter 1: author - nim please please update soon ye x sabar gile ni nk bace
wannuraishah
#5
Chapter 1: update lagi
Yoon_Hannie
#6
Mcm syok je... Cepat2 sambung tau.