penamat segalanya

Bila tiba hari raya

 

 

(Hari Last Puasa)

Jam penggera Kyungsoo berbunyi tepat pada pukul 4 pagi.Lagu Pororo pulak tu.Haih,nak buat macam mana.Dah Pororo itu kegemaran suaminya. Ya, Kim Jongin a.k.a Kai a.k.a si kentut itu adalah suaminya yang sah. Mereka berkahwin atas dasar cinta walaupun menerima kritikan demi kritikan daripada masyarakat dan keluarga.

Kyungsoo memandang wajah tenang Jongin yang sedang tidur pulas di sebelah kanannya. Kyungsoo cuba mengalihkan tangan Jongin yang sedang memeluk erat pinggangnya.Namun, Jongin mengeratkan lagi pelukan hangatnya. 

Setelah 10 minit cuba untuk melepaskan diri, akhirnyas Kyungsoo berjaya. Kyungsoo mengucup lembut dahi Jongin. Kyungsoo berlalu ke tandas dan menguruskan keperluan dirinya sebelum ke dapur untuk memasak. Hidangan ringkas sudah memadai untuk memenuhi ibadah sahur mereka pada tahun itu buat kali terakhir.

Sedang Kyungsoo leka memasak, tiba-tiba Jongin memeluk pinggang Kyungsoo dari belakang. Kyungsoo terkejut tak terkejut. Matanya membulat. Oh sungguh comel 0_0. Jongin ketawa hensem melihat reaksi Kyungsoo itu. Jongin meminta maaf. Tetapi Kyungsoo sengaja tidak memberi reaksi. Jongin pout. Kyungsoo mentally slapped himself apabila melihat aegyo Jongin. Kyungsooo cuba untuk menyembunyikan senyumannya.

Kyungsoo memeluk Jongin kembali dan mencapai tangan kiri Jongin. Kyungsoo menjemput Jongin makan kerana waktu sahur hampir habis. Jongin hanya menurut. 

 

(Waktu berbuka)

 

Jongin menjemput Jongin di tempat kerjanya untuk berbuka puasa bersama. Jongin menyanyi lagu Some by Soyou dan Junggigo untuk menghilangkan rasa jemu. Tidak. Bukanlah Jongin jemu untuk bertemu dengan Kyungsoo. Itu tidak benar. Di ekor matanya, terlihat Kyungsoo yang tergesa-gesa keluar. Jongin merapikan rambut dan membetulkan kemejanya. Tetapi sangkaan Jongin untuk Kyungsoo berlari ke keretanya meleset. Kyungsoo telah masuk ke dalam sebuah kereta. Raut wajah Jongin bertukar mendung. Dia tertanya-tanya dimanakah Kyungsoo ingin pergi dan paling penting dengan siapa? 

Jongin menekan pedal dan memulakan misinya untuk mengekori kereta tersebut. Dia cuba bersangka baik terhadap Kyungsoo dan dia mesti mempertahankan hubungan ini. Dia meletakkan tangan kirinya di dada kirinya dan dia mendengar degupan jantungnya sangat laju tatkala Kyungsoo bermain di fikirannya. Akhirnya, kereta jenis Audi itu berhenti di hadapan sebuah restoran mewah. Jongin memakir keretanya sedikit jauh kerana tidak mahu dicam oleh Kyungsoo. Jongin terkedu. Matanya yang galak itu bertukar suram melihat adegan romantis antara Kyungsoo dengan seorang lelaki. Jongin keluar dari keretanya. 

Sudahpun tiba waktu berbuka. Jongin menjamu selera dengan hati yang disiat pedih. Sampai hati Kyungsoo berlaku curang. Hatinya runtun melihat senyuman Kyungsoo dengan lelaki itu. Jongin termenung. Lamunannya terhenti apabila Kyungsoo dan lelaki itu ingin bertolak pergi. Jongin mahu berlama sedikit di restoran tersebut bagi menenangkan hatinya. 

Kyungsoo berasa bersalah kerana terlupa untuk memberitahu Jongin tentang dinner mereka itu. Dia menunggu Jongin dengan sabar di rumah. Malam ini dia akan menceritakan segalanya tentang hubungannya bersama Baekhyun. Dia rasa ini tidak adil bagi Jongin. Dia sudah tidak merasakan cinta dan debaran tatkala Jongin menggenggam erat tangannya.

Jongin pulang tepat pada jam 12 tengah malam. Perasaan sudah kosong. Tiada lagi perasaan suka dan gembira untuk menjejakkan kaki ke rumah mereka. Jongin merenung Kyungsoo yang sedang tidur di sofa. Barangkali dia menunggu kepulangan Jongin tetapi hati Jongin sudah tertutup. Dia hanya membiarkan Kyungsoo lalu masuk tidur ke salah satu bilik tetamu.

 

(Hari Raya)

 

/Takbir raya/

Kyungsoo membetulkan songkok Jongin. Dia tersenyum apabila mindanya menerawang ke kenangan raya mereka yang pertama dua tahun lepas. Waktu itu Jongin dan dirinya masih kaku dan malu untuk melakukan aktiviti(Aktiviti ke?) bersalaman dan bermaafan. Jongin hanya diam. Pagi raya ini bagaikan sudah hilang seri. Dia berdiri kaku dan di wajahnya terbias tanpa riak. Kyungsoo tertanya-tanya.

"Jongin, saya minta maaf atas kesilapan saya selama ini Saya tahu saya banyak salah dengan awak dan saya..." ucapan Kyungsoo terhenti apabila Jongin meletakkan jari telunjuknya di bibir Kyungsoo. "Shhhh~Saya dah lama maafkan awak. Tapi sekarang saya dah tahu semuanya. Tak perlulah awak merayu, Saya lepaskan awak." Jongin berkata sambil air mata deras menuruni pipi mulusnya itu. Kyungsoo terkedu. Mereka membenarkan kesunyian mengulit mereka. Jongin berdiri "Sebelum awak tinggalkan saya. Mari makan untuk kali yang terakhir." Jongin senyum. 

Kyungsoo teresak-esak menangis dan Jongin menarik Kyungsoo ke dalam pelukannya. Jongin turut Kyungsoo. Dia sayangkan Kyungsoo sepenuh hati tetapi dia rela melepaskan Kyungsoo pergi. Dia mahu Kyungsoo mengecapi bahagia walau bukan bersama dengannya. 

Mereka makan sambil di hati masing-masing berharap mereka menemukan bahagia.

 

 

                                        LOL

 

This story made by: Adam Mikhael

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet