You Are Mine - Episode 1

Description

Title : You Are Mine

Characters : Luhan ( EXO ) , Yoona ( SNSD ) , Jessica ( SNSD ) , Park Jin Young ( GOT7 )

Language : Malay

Credits : AtiqahJaidin / Monstar ( K-Drama )

Song : I Know by Bii

Foreword

Di Korea Selatan , terdapat salah sebuah sekolah menengah tinggi cluster yang famous iaitu Shinhwa High School.

 

kringg kringg ~~~

 

8.30 pagi, loceng berbunyi menunjukkan waktu sekolah dah bermula. Pelajar-pelajar bergegas masuk ke dalam kelas masing-masing.

 

Di kelas 5A1 ,

 

  Cikgu BoA masuk ke kelas, Cikgu BoA merupakan guru kelas 5A1 sekali gus mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris.

 

  "Stand up class, Good Morning everybody.. " ucapan Cikgu BoA sebelum memulakan pembelajaran.

 

  "Good Morning, Miss BoA. " sambut pelajar-pelajar kelas 5A1.

 

  "Have a seat everyone. Alright today i would like to introduce you guys our new boy, please welcome Luhan!.. " Cikgu BoA memperkenalkan pelajar baru kepada kelas. " Luhan please introduce yourself" sambung cikgu BoA.

 

  "Thank you, Miss BoA. Annyeong, naneun Luhan imnida. Nice to meet you guys (( smile like deer )) " short intro daripada Luhan kepada pelajar-pelajar lain.

 

  Hampir semua pelajar perempuan terpikat dengan rupa Luhan yang menawan dan handsome. Sejak hari itu, Luhan telah digelar pelajar yang paling famous dan digilai ramai pelajar perempuan kecuali Yoona, seorang pelajar perempuan yang sukar untuk berkomunikasi dengan lelaki dan tidak mudah terpikat dengan lelaki yang handsome, lagi-lagi lelaki seperti Luhan. Selepas itu, cikgu BoA mengarahkan Luhan untuk duduk di kerusi sebelah Yoona yang kosong. Kebetulan Yuri yang dahulunya duduk di sebelah Yoona telah berpindah dua minggu lepas.

 

  Ketika Luhan berjalan ke arah tempat duduknya, Yoona terjatuhkan buku inggerisnya di depan Luhan. Luhan cuba untuk mengambilkan buku itu untuk Yoona tetapi pada masa yang sama, Yoona ingin melakukan perkara yang sama dan kemudiannya mereka terhantuk kepala. Secara tidak sengaja mereka bertentangan mata. Kemudian, perasaan bengang mula timbul di hati mereka lalu bergegas balik ke tempat duduk masing-masing.

 

15 minit kemudian....

 

  Luhan cuba bertegur sapa dengan Yoona tetapi Yoona dengan angkuhnya tidak mengendahkan teguran Luhan itu. Dalam hati Luhan berkata, "selama ini, tak ada lagi perempuan seperti dia. Kebanyakkan perempuan semua mesti pantang bila aku menegur mereka. tetapi Yoona sebaliknya. " Luhan seperti semakin tertarik dengan Yoona.

 

Pada waktu rehat, di kantin.

 

  Yoona rehat berseorangan diri kerana rakan baiknya Sulli dan JiYeon pergi ke perpustakaan untuk mencari bahan untuk presentation esok. Tiba-tiba Luhan datang menegur Yoona tetapi tidak dilayan sama sekali oleh Yoona. Luhan tanpa rasa malu duduk di sebelah Yoona dan bertanya...

 

  "Kenapa awak tak layan saya? awak taksuka saya ke? " tanya Luhan tetapi Yoona hanya berdiam diri. Kimbap yang dibelinya telah habis dimakan lalu dia beredar dari situ meninggalkan Luhan yang terpinga-pinga.

 

 

  Luhan berasa kecewa dengan layanan Yoona terhadap dia. Tetapi itu langsung tidak mematahkan semangat dia untuk berkawan dengan Yoona.

 

* * * * *

 

Dua hari kemudian......

 

  Ketika Yoona berjalan kaki pulang dari sekolah, dia terserempak dengan sekumpulan samseng yang cuba untuk mengacau Yoona. Yoona terpaku ketakutan di situ. Tidak sempat Yoona nak minta tolong, mulutnya telah ditutup oleh samseng itu lalu dibawa Yoona ke tempat yang tersembunyi berdekatan di situ. Pada masa yang sama, Luhan secara kebetulan berada di kedai berdekatan ternampak kelibat Yoona yang takjauh daripada tempat dia berdiri. Perasaan bimbang dan ingin tahun mula bermain di fikiran Luhan. Tanpa memikirkan apa-apa, dia terus berlari ke arah di mana dia nampak Yoona. Sangkaan dan kecurigaan dia ternyata benar. Dia ternampak sekumpulan samseng cuba untuk memperkosa Yoona.

 

  "Yoona!!" jerit Luhan. "Yaahh!!! apa yang kau nak buat dekat kawan aku?!?!!?"

 

  "Kau siapa? takpayah nak tunjuk hero, baik kau pergi dari sini" tegas samseng itu tanpa rasa bersalah. Yoona teresak-esak menangis.

 

  "Luhan, tolong aku!! jebal!" tersedu-sedu Yoona meminta tolong dengan Luhan.

 

  Luhan tidak dapat menahan kemarahan dia lagi. Dia berlari ke arah samseng itu lalu menendang mereka. Sekelip mata Luhan telah mengalahkan semua samseng itu. Tanpa melengahkan masa, Luhan membawa Yoona pergi dari situ lalu membawanya pulang ke rumah. Dalam perjalanan ke rumah, Yoona hanya berdiam diri dan cuba untuk menahan diri daripada menangis. Dia masih dalam trauma.

 

* * * * *

 

  Keesokkan harinya, Yoona tidak hadir ke sekolah. "Eh, Yoona tak datang.... " kata hati Luhan yang risau tentang keadaan Yoona.

 

  Jessica mengambil kesempatan untuk duduk di tempat Yoona. Jessica seorang pelajar perempuan yang famous dan mempunyai wajah yang sangat jelita. Dia digilai ramai pelajar lelaki di sekolah itu. Tetapi Jessica hanya setia dengan Luhan. Dia sudah lama meminati Luhan, cuma Luhan selalu mengelakkan diri daripada Jessica kerana sebenarnya Luhan tidak berapa gemar dengan Jessica kerana sikapnya yang berlagak dan menunjuk-nunjuk. Keluarga Luhan & Jessica berkawan rapat. Luhan & Jessica berkawan sejak kecil lagi.

 

  "Jagiya......." tegur Jessica kepada Luhan

 

  "aishh... bwoya??!" jawab Luhan dengan perasaan annoyed.

 

  "Jom pergi tengok wayang lepas balik nanti, nak tak??" Jessica mengajak Luhan pergi menonton wayang tetapi Luhan tanpa berfikir apa-apa terus menolak pelawaan Jessica.

 

  Kringg~ kringg~

 

  Loceng berbunyi menandakan waktu sekolah telah tamat.

 

* * * * *

 

  Keesokkan harinya, Yoona datang ke sekolah. Yoona pergi ke semua tempat di sekolah untuk mencari Luhan. Sampai di perpustakaan, dia terjumpa Luhan sedang khusyuk membaca buku. Perlahan-perlahan dia mendekati tempat di mana Luhan membaca buku. Luhan menoleh kiri kanan, lalu ternampak Yoona seperti sedang menghampiri dia. Dia takdapat menahan perasaan curious terus mendekati Yoona dan bertanya.

 

  "Hi, Yoona, awak okey?" tegur Luhan yang mula lega melihat Yoona datang ke sekolah.

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet