Day 4

CAFE FAMILY

Hari ni mereka akan bertolak pulang selepas sarapan sebab petang nanti chaewon akan ke busan.

"Ok,semua dah kemas barang-barang.Pastikan tak ada apa yang tertinggal."kata jongki.

"Dah."kata yang lain.

Kemudian mereka pun naik van untuk bertolak pulang..

Chorong dan woohyun duduk bersebelahan.

Disebabkan tiba-tiba perut si sungyeol buat hal,jadi mereka berhenti di Rest Place.Mereka semua turun untuk melihat kedai dan gerai yang terdapat di situ kecuali woohyun dan chorong.

Woohyun teman chorong tidur di dalam kereta.Pada mulanya Chaewon dah gerak chorong.Tapi chorong tetep dengan tidurnya,jadi woohyun membuat keputusan untuk menjaga chorong.

Untuk menghilangkan rasa bosan woohyun membaca komik sambil mendengar lagu.

Woohyun terpandang chorong yang sedang tertidur.

Cantik.

Sangat cantik.

Sekarang ni woohyun dah tahu dia sebenarnya sukakan chorong.

Tiba-tiba fon chorong berbunyi.Chorong bergerak sedikit tapi dia sambung semula tidurnya.

'Tak kan tak dengar fon bunyi.Dia ni tidur mati ke?'kata woohyun dalam hati.

Sekali lagi fon chorong berbunyi.Dan kali ini masih sama,Chorong masih tidur.Jadi woohyun pun ambil fon chorong untuk melihat siapa yang call.

Minhyuk.

Ya nama itu yang tertera.Membuatkan woohyun tiba-tiba rasa marah lalu dia letak fon chorong kembali.

'Kenapa dia call chorong??'woohyun tertanya-tanya.

Sekali lagi fon chorong berbunyi.Tapi kali ni menandakan mesej masuk.

Pada mulanya woohyun buat tak peduli saja mesej tu.Tapi gerak hatinya kuat suruh dia baca mesej tu.Jadi dia ambil fon chorong lalu membaca mesej tadi.

hi,honey.Esok ialah hari terakhir awak dengan mereka.Jangan lupa tentang perkara tu.

from:Minhyuk.

Woohyun semakin tertanya-tanya.

Apa hubungan chorong dan minhyuk?

Hari terakhir dangan mereka? siapa mereka tu?

Dia juga rasa cemburu.

 

 

 

Sampai saja,woohyun terus masuk bilik dan berbaring atas katil.Hati dia masih tak tenteram sebab fikirkan hal tadi..

Cemburu betul la dia ni.

'Apa chorong dan minhyuk ada apa-apa hubungan ke?

Tak mungkin la.Sebab chorong tak suka minhyuk.

Mungkin,minhyuk masih suka dengan chorong sebab tu la dia asyik kacau chorong je.

Macam mana kalau tiba-tiba hati chorong berubah dan terima minhyuk.AIshhh....'

woohyun terus bangun dari pembaringannya.

"Tak boleh jadi ni"kata woohyun.

"Apa yang tak boleh jadi?"tanya sunggyu yang baru masuk.

"Tak ada apa-apa la."jawab woohyun.Kemudian dia mengambil fonnya lalu menghantar mesej pada seseorang.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Chorong-Apink #1
Hi ^^ Boleh tak saya letak FF awa ni kat Whatpad saya ? Best gilaaa ff awa ni
yukiyuyana
#2
Chapter 26: Pergh suwit habis.sememangnya woorong kesukaan saya
RayhanAdni #3
Eunji yang last tu tak tahan. hahaha :p
Nursyuhada
#4
Chapter 26: //clap clap//
akhirnya habis jugak huhu....
Dontworrybehappy #5
Great story ~
Nursyuhada
#6
Chapter 8: kimia weii hwaitting !!
jongin #7
Chapter 7: Palli update juseyo! ^^
Nursyuhada
#8
Chapter 5: update soon ~
Nursyuhada
#9
Chapter 4: update soon ~