my first love

love is you ~ ♡

pada suatu hari ....

persekolahan telah bermula, daehyun bangun awal untuk bersiap ke sekolah.. kakaknya iaitu  sora memasakkan sarapan pagi sebelum kesekolah.. kini daehyun telah berumur 16 tahun manakala umur kakaknya pula 18 tahun.. mereka kini tinggal bersama tanpa ibu dan bapa..kerana ibu bapanya telahpun meninggal dunia setahun yang lepas kerana kemalangan jalan raya.

pagi itu , mereka bersarapan bersama dan bergegas terus  ke kedai runcit pal ciknya untuk menjemput sepupunya iaiyu shinyeong yang berumur 14 tahun, mereka sangat rapat dan selalu pergi ke sekolah bersama-sama...

setelah sampai ke sekolah, daehyun terus pergi ke kelasnya untuk berjumpa kawannya iaitu youngjae. dia ialah kawan rapat kepada daehyun sejak mereka berumur 9 tahun.

*loceng sekolah berbunyi tepat pada jam 7:30 pagi , itu menandakan kelas telah bermula*

daehyun & youngjae duduk bersama di dalam kelas dan berbual tentang kidah percutian mereka , tiba-tiba cikgu helin masuk dan mengucapkan selamat pagi kepada semua murid " selamat pagi kelas " semua murid membalas " selamat pagi cikgu ". selepas itu , seorang murid perempuan masuk, daehyun yang sedang berbual bersama youngjae tiba-tiba terdiam melihat gadis itu masuk. cikgu helin mengarahkan supaya eunji mengenalkan diri kepada kelas.

daehyun merenungnya dan terus berkata kepada youngjae " hei awak kenal tak dia tu? " kemudian youngjae membalas " ya , dia seorang gadis yang miskin dan tidak mempunyai ibu bapa sama macam kau.. sekarang dia tinggal dengan makcik dia yang kaya.. " daehyun terkejut dan terus melihat gadis itu kembali. cikgu mengarahkan eunji duduk di hadapan dan tempat duduk itu berhadapan dengan daehyun & youngjae.

daehyun nelihat eunji dengan senyuman yang sangat menjengkelkan dan dia terus menyapa eunji " hai , saya daehyun dan ini kawan saya youngjae " kata daehyun.. eunji pun membalas " hai , daehyun & youngjae.. gembira bertemu awak "

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet